Monday, August 31, 2009

:: Di Bumi Asing Di Tanahair Sendiri ::

No comments:
In between jalan2 menghabiskan voucher Parkson, cK ngan besties sempat singgah untuk iftar di Pasar Seni - Central Market. Rasa mengidam pula nak makan lauk 'kahwin campur pedas' kat roof CM tu. Ya, saya makan gerai juga. Takda masalah pun.
Justify Full
Masa kitaorang berjalan dari LRT Pasar Seni menuju ke CM tu, adalah nampak segerombolan warga2 asing duduk ramai2 kat tepi Sungai Gombak sebelah area Pos Besar. Agak seram tapi memandangkan dorang tak buat apa2 selain berhimpun sesama mereka, we all pon buatlah muka selamba.

Baru terdetik dalam hati "Oh hari ni hari Ahad, esok plak public holiday...cuti la dorang tu". Kitaorang pun terus je lah naik roof dan order sesiap untuk berbuka. Elok2 bersembang sambil menunggu azan berkumandang, nampaklah due tiga orang warga seberang ni naik kat roof gak. Oklah tu, mereka pun nak berbuka juga kan?

So, azan berkumandang dan setelah membaca doa buka puasa kitaorang pun bedal apa yang patut. Tak baik biar rezeki lama2 terbiar sejuk macam tu je kan. Tengah sedap2 suap tu, tiba2...Datang dari satu arah kumpulan yang kami nampak melepak tepi sungai tadi. But, the volume dah tambah ramai. Gilalah!

Tak semena-mena, riuh rendah jadinya situasi. Yang paling dahsyat, cK ngan Leq terasa seperti berada di Bandung or tak pun Jogjagkarta! Dengan bahasa mereka yang pekat, likat ditambah pula kuat...Pergh! Terasa amatlah sangat seolah berada di bumi asing. Sungguh terpinggir. Yang menakutkan, dorang duduk belakang cK je. Duk meja panjang plak tu. Ada juga yang terpaksa berpecah daripada kumpulan dan duduk kat meja sebelah kitaorang.

Abang Jamil, tokey kedai air menyapa cK "Bila kita duduk di tengah2 kelompok orang luar...tak pasal2 kita pun nampak macam dorang juga kan?". Tak tahu cK nak jawab apa. Pandang kiri kanan, tengok muka masing2 macam nak telan orang. Rasanya dorang ni pekerja2 kontrak. Dengan rambut panjang, bercelak, kuku pecah, muka letih. Fuuh...memang seram!

Terfikir seketika, adakah sambutan merdeka kita akan dipenuhi dengan orang-orang luar? Di mana rakyat kita? oh...mereka di rumah masing2 beramal sempena Ramadhan? Mungkin tahun ini sambutannya lebih personal berbanding fizikal? Tepuk dada, tanya selera. Tak mungkin kita sanggup berdiam diri pabila jiran tetangga negara yang lantang menjerit "Merdeka!" sedangkan kita hanya enak beradu. Malaysia tanahair ku, aku bangga dengan pencapaian mu!

:: Shopping Spree - Part 2 ::

2 comments:
Day 2
Monday, 31st August
Ikea, Mutiara Damansara
11 am - 5 pm


Woohooo! The second day of Ops Shopping! Kali ni motifnya nak usha2 apa yang patut untuk dapur cK. Almaklumlah, mama ngan papa baru setelkan extend ruang dapur tu. Maka, rasa cam nak tepek la apa yang patut kat situ. Sambil2 tu usha la juga kot2 ada set meja makan yang berkenan sikit kan? Rasa cam muat je buat ala2 mini dining kat dapur tu.



Konsep modern, simple and stylo. So, mana lagi kalu tak ke Ikea..kawan2. Again, yang paling penting, be a smart shopper. Jangan main rembat je, ye. Jangan ikut nafsu ok! Yang penting mesti ikut kepentingan (dan sedikit keghairahan membeli...muahaha!)

Kalau pergi Ikea ni sah la kena buat one big round baru rasa puas. Walaupun department tu takde kena mengena sangat yang apa yang nak dicari, nak cuci mata..apalah salahnyer yer dak (yaya pasti setuju!). So, pusing punya pusing...end up buying few items listed as:

- 3 set Bygel wire Basket (nak susun gelas and spice jar)
- a set of Rajtan Spice Jar (a set of 4 pcs nak buh rempas ratus mama)
- Magasin Dish Drawer (nak susun pinggan mangkuk or balang besar for gula, garam, tepung )
- Ordning Cultery (nak buh sudu garfu)
- Koncis Can Opener (i have to replace the old one yang dah karat)
- Lots Mirror (a set of 4 pcs mirror 1 kaki x 1 kaki nak buat deco kat dinding dapur)

I feel happy ye kawan2 dapat menyumbang serba sedikit pada dapur tuh selain dari belikan mama tiles untuk lantai ngan dinding dapur. Boleh tak kalau kata.."Itu dapur, ana yang punya!". Miahahaha! Puas hati walaupun sakit kaki. Rasa dah turun 8 kilo kot? Ahaks!

Apa2 pun, sales bakal berterusan hingga raya. Maka, kunjungan berikutnya mungkin juga akan dilakukan dalam masa dua minggu lagi kot? Errr...mana nak korek duit eh? Ke ada yang rasa nak sponsor? Ke patut mintak Bank Negara? Larik!!!!

:: Shopping Spree - Part 1::

No comments:
Day 1
Parkson, Pavilion
Sunday, 30th August 2008
11 am - 6 pm

One word - superb! Mula awal pagi terus pegi Pavi. Fokus utama adalah untuk berbelanja dengan budget RM500 - menggunakan voucher Parkson! How cool is that? With that amount of money,either you can have loads of things to bring home OR you only have one expensive thing. Ahah! Inilah yang membezakan good shopper with a skills and amatur. Muahahah!


So, sebagai permulaan we go to browse kasut, sandal, stiletoes yang ada dalam parkson nun. Carlo Rino, Valentino, Guess, semua kasi usha ok. Pilih2 dulu, later on datang balik when we have finalized the choice. Dah spot few kasut untuk dibawa pulang.

Then we went to Arizali untuk beli baju raya. Collection of modern contemporary memang banyak la kat sini. End up buying a turquoise blouse and match it with blue pario. So elegant. Complete it with buckle yang cun! Tinggal nak pakai tube kaler putih ngan kasut.

Then, pusing2 jumpa plak seluar putih with 20% discount plus another 10% for Bonuslink member. I loike Bonuslink! Dah beli suar tu, we singgah plak kat Audrey. Owh, indahnya discount sehingga 70% banyaknya. Lingerie lawa2 wo! Beli satu set brg2 dalaman termasuklah 2 helai sports bra. Ha, jangan fikir bukan2 eh. Penting tu, nak support bila berlari2 anak nanti.


Kendian, kita patah balik gi tengok kasut. Minta saiz tapi alangkah sedihnya saiz tak ada. Ada plak, bila dah pakai..cam tak berkenan. Rasa cam lain macam la plak kan. So kensel. Pehtu, naik bahagian children wear. End up beli 3 helai Seed Tees for Daniel. Lawa seh. Bergayalah dia di hari raya nanti! Still, memandangkan rasa tak puas hati tak dapat kasut idaman hati, kitaorang menuju plak ke KLCC. Nak puaskan hati la katakan. Huhuu.

Parkson, Suria KLC
8 pm - 11 pm

Dah menunaikan tuntutan apa yang patut, kitaorang pon naik tingkat 3 untuk meneruskan Ops Kasut. One after another try. Sampailah berkenan to one dark blue heels Valentino yang memang match with baju turquoise bought earlier. How sweet. Then, turun kat Sembonia tingkat bawah nak usha a pair of sandal.


Nasib agak baik, the white sandal ada. Bestnyer! But then heels Carlo Rino itam yang cK nak tu takde. Frust skit. But takper lah bukan rezeki lah kot. Masuk plak Vincci. Ramai orang gak woo. Yang bf belikan kasut untuk gf. Yang akak2, auntie dok rambang mata abis kaut sumer. Ada gak sales but only for PMC (Padini member club) saje. Sad. cK berkenan kat this one velvet beige heels, tapi i keep my option open la ho? Lagipon sales sampai raya nanti, so..man man laa...


Balik rumah masing2 flat. Gila penat! Tetapi! hati telah merangka projek lain untuk hari Senin. Masa untuk....deko bersama IKEA. Arrrghhh!!!!


Friday, August 28, 2009

:: Kenapa Aku Berkecil Hati? ::

3 comments:
Kenapa aku berkecil hati?

Kau ajak aku jumpa.
Ya, aku memang suka.
Dapat jugak bergurau senda.
Tapi aku mula tertanya-tanya.
Kau jumpa aku kerana persahabatan kita?
Atau kau nak marketkan insurans kau saja?

Kenapa aku berkecil hati?

Kau kata "Kalau nak support, jangan cakap saja"
Kau kata juga "Jadilah client aku, baru betul caranya"
Sudah ku kata, insurans tu aku dah ada
Takkan nak tambah lagi dua tiga
Nak jadi ukuran, bukti kata-kata
Kalau tak, kau tak layan punya!

Kenapa aku berkecil hati?

Kita keluar makan bersama
Selepas menonton wayang gembira
Kau minta Indo Mee tak semena-mena
Bila mamak kata Indo Mee tak ada
Kau herdik dia dengan kuat engkau berkata
"Tak ada? Ni mamak ke apa?"

Kenapa aku berkecil hati?

Kau datang rumah singgah kadang-kala
Kau datang ikut sesuka masa
Tak rasa perlu nak sms ke apa
Kau kata rumah aku 'pit stop' kau saja
Buat tumpang kencing semata
Aku senyum hambar walau hati dah berdarah rasanya

Kenapa aku berkecil hati?

Kita berbual pelbagai cerita
Kadangkala bersangkal idea
Kau persoal apa saja yang ku kata
Seolah menidakkan apa yang ku rasa
Orang luar jadi saksi sengketa
Kau rasa tu OK, takda hal punya


Kenapa aku berkecil hati?

Kau tepuk tangan bila aku dilaser
Kau diam diri bila aku dicerca
Kau langsung tak sedar aku dah luka
Kau buat muka bila aku bercerita
Kau rasa semuanya biasa-biasa aja
Kau tak endah bila aku berubah air muka


Ya, aku tahu kau tahu apa yang aku nak sampaikan
Kau juga tahu siapa gerangan yang aku maksudkan
Aku dah bingung dengan siapa aku berkawan
Orang tu dah hilang yang ada cuma kenalan
Maafkan aku jika lama takkan berhubungan
Aku dah bosan, malas nak jadi bahan cebikan
Sampai hari ni, satu maaf pun kau tak pernah ucapkan.

Sekian.

:: Bila Si Luncai Mula Bersuara ::

No comments:
Dengan kadar keaktifan yang tinggi di alam maya melalui saluran muka buku (fesbuk la tu), cK dapat peluang melihat lebih banyak ragam dalam diri seseorang. Yang mana luarnya nampak macam baik, suci murnni pemeringkatan dua kali tu..belum tentu isi dalamnya sama ya kawan-kawan. Maka pepatah yang kata "Don't judge the book by its cover" memang sesuai diguna pakai. Nampak baik, belum tentu baik.Nampak cam pecah rumah, belum tentu penjenayah.

I don't judge people. Why? I don't have to plus, i don't need them to judge me either. So, kalau cK kurang berkenan tu cK jauhkan diri sikit. Berikan ruang yang ala kadar untuk tidak terlalu rapat. Yes, i only trust few people. By saying few, memang sangat few la angkanya ya.

This one guy, yang cK kenal melalui seorang kawan betul-betul buat hati terusik. Opps! Bukan timbul rasa chenta asyik masyuk ke apa, cuma....indah khabar dari rupa. Kenal pun bukanlah kenal rapat, setakat tahu nama dan pernah jumpa dalam majlis dia dan tunangnya (yang memang kawan cK) baru baru ni.

Nak dijadikan cerita, adalah status dalam FB cK yang kalau nak diikutkan taklah kontroversi tapi telah dijadikan medan si lelaki ni nak bercakap soal yang takda kaitan dengan jalan cerita. Maka, dalam bersembang2 dengan si perempuan, cK sampaikanlah apa yang terlintas difikiran berkenaan komen2 yang diberikan oleh tunangannya tu.

Al-kisah, sibijak ni bercerita dengan si lelaki itu. Yalah, mungkin dia sangka ia sekadar bual biasa. Tak semena-mena si lelaki ni mula lancar misil dalam FB Chat. Puas dia lancarkan peluru, lepas satu, lancar lagi. Nak buat rundingan damai, boleh kata gagal lah usaha itu. Sebab? Dia hanya nak suara dia didengar pakai. Runding apa macam tu beb?

Bila kita bolayan, dia mula meroyan. Apa nak buat. Bukan semua orang dilahirkan untuk menerima kritikan. Lebih mudah melenting bila dicuit, tapi bangga bila diberi pujian. Macam ni, mana boleh jalan. Kenalah seiringan. Tak boleh la macam ni abang oii. Orang menegur untuk kebaikan, bukan nak jadikan topik pergaduhan. Ni macam kalu, kalau dah kahwin nanti...mau melayang pinggan!

p/s : taknak kena tegur, gi duduk dalam hutan.

:: Lelaki Beratur Di AU3 ::

No comments:
It's a bit late for me to write this entry. Nevertherless, the activity of those men queuing at one of the stall in AU3, Keramat is believed to still running.

Pergh! Bahasa omputih plak. Juling mata nak membaca. Oklah, let me simplify it. A few days back, masa nonton MHI adalah tajuk berita yang berbunyi "Lelaki-lelaki berkereta mewah, berbaju uniform dan yang biasa-biasa beratur seawal jam 10 pagi untuk membeli makanan di AU3". Camna tuh?

Kalau perempuan tu, cK fahamlah. Walaupun ada dua tiga kerat yang memang tabiatnya malas nak puasa (dahlah malas posa, malas ganti plak tu), perempuan bila datang haidnya memang tidak diwajibkan berpuasa. Kiranya, dapat cutilah kan. Cuma, bila dah bersih nanti kenalah ganti.

Tapi, yang ni lelaki beb. Apa masalahnya kaum Adam ni? Period kah? Mengandung kah? Atau semua bila masuk je Ramadhan tu, automatik gastrik menyerang? Dalam setahun kalendar Islam ni, mintak sebulan je ikat perut pon susah sangat ke dorang ni? Pastu ada hati nak jadi ketua keluarga. Sebelum ada lelaki2 marah2, ni cK khaskan kat orang2 lelaki yang tak berpuasa tu je ok. Kalau korang cukup amal, abaikan.

Macam dah takda perasaan malu langsung dalam diri mereka. Boleh main pakat2, order sama2. cK rasa tak adil kalau tuding jari kat pembeli je, yang menjual tu pun 2x5. Memang seronok agaknya tanggung dosa secara terbuka bersama2 ni eh? Kot ya pun nak mengejar untung yang tah seberapa tu, takkan la sampai abaikan tanggungjawab agama cik abang oi.

Buat sesiapa yang terasa, i don't think i owe you an apologize. I'm just doing my part untuk menegur dan mengingatkan. Jangan sampai nanti, segala hukum hakam agama korang lupa terus plak. Renung-renungkan, selamat berpuasa!

Thursday, August 27, 2009

:: Gerak Khas ::

No comments:
Sejauh mana keberkesanan pembabitan seorang pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum? Semasa pembelajaran cK dulu, aktiviti Coco ( nama mesra yang kitaorang bagi) ni wajib. Semua orang kena daftar diri untuk pembabitan dalam pasukan unit beruniform.

Ada pandu puteri - tak mau sebab rasa macam so girl2, pengakap - tak suka juga sebab ramai na senior2 yang terrer, bulan sabit merah - tak kenan sebab rasa tak berapa glamer, kadet polis - seram sebab training cam nak bunuh diri. Makanya cK pilih Kadet Remaja Sekolah(KRS). Masa ni, KRS ni baru je ditubuhkan di skolah kami. Kiranya jadi pelopor lah.

Nak djadikan cerita, cK diterima masuk Skuad Khas yang hanya dianggotai oleh perempuan2 perkasa dan seksa. Miahaha. cK jadi cik Sarjan okie. Jangan tak caya korang! Itulah hakikatnya. Mungkin sebab lantunan suara yang sangat gegak gempita kot cK terpilih. Lantang banget bila jerit command2 berkawad. Ya, saya berkawad ye kawan-kawan.

One thing for sure, aktiviti unit beruniform ni buat cK jadi lebih disiplin. Nak2 bila nak buat formasi tu (ala yang bila kawad ada adegan pecah baris, then masuk baris buat bentuk2 segala tu). Timing kena betol. Kerjasama tu sangat penting. Tak boleh nak ikut hati sendiri je, main bantai ke kiri bila orang ke kanan. Not nice ok.

Untuk sesiapa yang pernah berkawad bersama saya tidak kira di UiTM mahupun SMTM, mereka tahu betapa cerewetnya saya. Apa pun, thanks Nizzie for uploading this pic in your FB!



Monday, August 24, 2009

:: Topeng Lindungan ::

2 comments:
Ya, saya sedar title tu macam ada repeatition. Kalau dah bertopeng tu, mestilah untuk melindung kan? Tapi! Apa yang nak kita lindung? Ha, yang itu kena ikut masing-masing punya keperluanlah ya?

Semenjak dua ni, adalah amat dicanang-canangkan untuk penggunaan topeng sebagai langkah berjaga-jaga daripada terkena serangan penyakit epidermik yang hebat melanda antaranya H1N1. Maka, banyak pihak dah keluarkan peringatan untuk sekalian rakyat jelata untuk memakai topeng muka ini.

Cuma ada sesuatu yang agak mengganggu perhatian cK ni. Ya, cK ngaku cK tak pakai pon mask ke opis atau ke mana-mana sekalipun. Paling kuat, cK tutup mulut bila nak bersin atau batuk dan bawa tisu. Yang cK rasa kurang selesa bila tengok orang yang pakai topeng ni jenis recycle. Dok ulang tayang mask dia tu. Kot kalau jernih lagi takper. Ni dah ada sambal segala. Macam mana tu? Kalau lah tak kena H1N1, mau kena penyakit lain tu. Penyakit kuku dan mulut ke? Eh...boleh ke? Hehehe...Cuba pakai topeng cam kat bawah ni ah :

Ha, barulah betul cara pemakaiannya. Kita hanya berusaha untuk menghindarkan diri dari mempunyai peluang cerah terkena jangkitan, namun Tuhan yang menentukan. Yang penting usaha ya kawan-kawan.

Kepada sesiapa yang rasa nak pakai mask tu, pakailah yang senonoh dan berhemah. Bagus niat korang tu. Tapi, tukarlah mask tu. Jangan pakai sampai lebam! Kat sesetengah tempat memang dah ada dijual pelbagai fashion mask untuk pilihan kalian. So, pilihlah yang mana berkenan di mata. Macam ada sorang hamba Allah ni, dia pilih pakai yang camni :

Korang sanggup tak?

:: Sapa Kata Buka Puasa Kat Rumah Tak Best? ::

No comments:
Ha...tu dia!Panjang sungguh tajuk entry hari ni. Kena baca senafas je ok? Miahahaah...Korang semua puasa tak? Harap2nya puasa la ye. Kalau orang pompuan tu, cK paham le ada pasang surutnya. Janji cukup masa, sila ganti!

Ok, ni nak cerita ni. Ada yang kata kalau bulan puasa ni lagi best buka kat luar compare to buka dirumah. Maka, cK rasa pemahaman ini patut diperbetulkan. Serius ok. Korang bole je beli juadah kat mana2 bazaar ramadhan (beli jangan sampai membazir) dan still amalkan konsep berbuka di rumah. Lagi seronok, percayalah.

Untuk cK sendiri, bertuah rasanya dapat memulakan puasa di rumah. Ewok pula tahun ni cuba berpuasa penuh dan alhamdulillah dah dua hari dia berpuasa penuh. Walaupun dalam pukul 5-6 petang tu dia dah mula hangen je menahan lapar...bila dia tengok reward yang bakal dapat untuk berbuka, terus dia semangat.


Yea, konsep tu mungkin silap sikit la. Sepatutnya bulan puasa ni kita kena belajar menghayati hidup dalam serba kekurangan. Namun, cK rasa daripada dok umpan ngan duit je baiklah kita serapkan nilai2 yang kekeluargaan dalam diri sikecil ini. Contohnya, bila nak menyediakan juadah tu, kita ajak dia sama2 involve. Bagi dia rasa excited.

Dah habis berbuka, sama2 basuh pinggan mangkuk. Kan seronok tu. Ada juga nilai2 tanggungjawabnyer. I will try my best to buka puasa everyday at home, kecualilah ada jemputan berbuka yang tak dapat dielakkan. Yelah, rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari.


Seronok bila cK dapat buat hidangan ala2 5 star untuk menjamu keluarga. Tak bermakna kita makan kat rumah, tak perlu manners ye kawan-kawan. Ini penting untuk mengasuh diri kita lebih beradab bila pergi makan kat yang high end. Idokle tak kenal apa spoon, fork mahupun pisau. Lagi satu, idokle nanti jakun sangat bila tengok hidangan tu dihias bagai.

Untuk Ewok, U go boy! Jangan marah-marah ok?

Sunday, August 23, 2009

:: Al-Pukat De Avocado ::

4 comments:
Masa kecil2 dulu, belakang rumah arwah nenek ada tanam pokok pukat ni. Ala, orang kampung paknggey pukat org bandar high end panggil avocado. So nak jadi cerita masa dulu2 tu agak muak la juga nak mengabiskan buah ni. Almaklumlah rasanya yang memang lemak berkrim so cepat la muak sikit.Arah nenek dulu suka potong2 pukat ni dan sira dengan susu pekat. Kadang2 nenek tabur sikit nescafe nak matikan rasa lemak yang amat tu. So, ni setelah beberapa tahun tak merasa avocado ni, tekak rasa teringin la plak.

Maka, cK suarakan pada mama hasrat nak buat avocado blended. Mama kata OK, janji Ck yang buat la kan (walaupun muka dia cuak sket..miahhhaa). Maka pergilah anak beranak ke Giant beli avocado 3 biji ngan Hersey. Kat umah ada eskrem ngan ais.

Lagi 30 minit nak buka, acara blend pon mula. Blend avocado, ais ngan susu pekat sampai sebati. Then amik gelas masing2. dripkan hersey dalam gelas tu. Anyway sapa2 yang suka Chocs ni kan, Hersey tengah promo, sila la beli kat Giant. Then, tuang sepatuh gelas Avocado tuh. Masukkan ketulan2 ais kat tengah2 avocado blend tu. Bukan apa, nanti bila masuk mulut, rasa sejok je.


Pastu, continue penuhkan gelas korang. Finishing kalu, sila masukkan satu scope eskrem ikut pilihan hati korang, Optional ni. Tak penting sangat pon, kot ada ... taruk..takde takper. Maka, untuk korang2 semua, selamat mencuba!


Thursday, August 20, 2009

:: Itu Boleh Usaha ::

2 comments:
Masih adakah cinta kerana cinta semata-mata?

Bolehkah korang terima pasangan atas dasar suka sama suka semata-semata?

Yakinkah kamu bahawa dia boleh bertanggung jawab untuk menyediakan segala-galanya untuk kamu?


Peribadi, perkara-perkara diatas inilah antara sebab yang mengekang cK dari mempunyai hubungan. Memilih? Mungkin. Ya, cK sedar yang cK juga ada kurangnya. Tapi, andai kita sendiri dah tak mencukupi dari satu segi, perlukah kita bawa lebih banyak kepincangan lain dalam kehidupan kita?

Bukanlah bermaksud duit adalah segala-galanya. Dan bukan juga menyuruh kita berkiblatkan duit semata TAPI segala-gala keperluan dalam kehidupan hari ni mahu atau tidak bergantung pada duit. Ya, mungkin kamu mula bercinta dari zaman remaja. Ketika masing2 tidak lagi mempunyai sumber pendapatan sendiri. Maka, kamu akan sama-sama bekerja mencari rezeki untuk sesuap nasi. Pendeknya, kamu membesar bersama dan ini sekaligus hampir menidakkan kepentingan duit sebagai elemen utama dalam hubungan.

Namun begitu, dalam kehidupan seorang insan akan tibalah satu tahap di mana mereka sepatutnya mencapai tahap-tahap ekonomi tertentu. Bayangkan situasi kamu dan dia dengan umur yang sebaya. Kamu telah berjaya mempunyai simpanan sendiri, tabungan haji untuk ibubapa, bekalan berumahtangga. Tapi dia? Nak tanggung diri sendiri pun masih berkira2. Nak merokok minta ditaja. Suruh meminang, duit tak ada katanya.

Mahukah kamu menghabiskan masa bersamanya? Ya, mungkin dia boleh didorong dan dinasihat untuk memajukan diri. Tapi, percayalah yang manusia itu tidak mudah berubah apatah lagi apabila dia sudah selesa di zonnya sendiri. Jangan angkuh dan berasa perjalanan hidup semua insan sama seperti kamu.

Manusia ini kompleks. Apa yang penting untuk kau, mungkin tidak bagi aku. Kuasa penentu itu bukan kamu. Tepuk dada, fikir panjang, tempuhlah hari kamu.

:: Somebody Is Leaving ::

No comments:

:: Selamat Bertandang ::

No comments:
Cuma tinggal hari ini dan esok kita boleh makan minum tanpa segan silu di pagi hari. Ya. Ramadhan datang lagi. Insyaallah, hari Sabtu kita semua bakal memulakan ibadah puasa untuk tahun ini. Itu bermakna, hari Jumaat malam tu kita dah boleh mula solat terawih dan pagi Sabtu tu kita dah mula bersahur.

Penantian yang berbulan2 untuk menempuh bulan penuh keberkatan ini akhirnya sampai juga. Secara peribadi, cK mahu berusaha agar solat terawih tahun ini lebih banyak dari tahun2 yang sebelumnya (walaupun rasa first day tu bakal kantoi!).

Tahun ni juga, cK nak pujuk Ewok untuk berpuasa penuh. Maybe la bagi ganjaran duit raya sikit. See how it goes la. Last year dia manage puasa half day setiap hari. Kira dia buka puasa lepas azan Zohor la instead of Maghrib.

Dah tua2 nih..I think penghayatan Ramadhan tu kena lebihkan sikit. Boleh ke nak khatam Quraan dalam masa sebulan ni agak2 nyer? Nak buka puasa kat rumah je lah hari2. Ishh..susah la kot sebabnya mesti ada 3 4 hari akan berbuka diluar. Samaada ngan keluarga mahupun teman2 baik dan teman tapi mesra. Haha! Boleh gitu?

Apa-apa pun, diharap bulan puasa ni dapat dikurangkanlah nafsu berbelanja tak tentu hala ye. Moga2 berkat hendaknya. Amin!

Wednesday, August 19, 2009

:: Lega ::

1 comment:

Rasa lega.

Amat lega.

Apa yang bersarang sekian lama telah dileraikan dengan kata-kata.

Terima kasih semua.

Monday, August 17, 2009

:: Jangan Kacau lah ::

2 comments:
Pernah tak korang rasa macam privacy / pribadi korang dicabuli? Macam2 cara ianya boleh terjadi. Kadang kala orang sebarkan gamba kita yang agak seksi (ni kes bopren2 lama yang tak berapa puas hati la ni)..ada juga yang sabotaj anta kat america's funniest home video klip yang menunjukkan betapa tongongnya kita..macam2 lah kan.

Jenis yang paling cK tak boleh terima ada tiga. Ni dua golongan ni kira top of the list lah. Meh baca perinciannya (pergh...macam iklan minyak la plak).


1. Jenis amik makanan dari pinggan tanpa bertanya.

Ewah-ewah. Pinggan tu ada tulis nama dia agaknya. Boleh plak dia main cedok2 pinggan kita, pehtu amik part yang isi plak tu. Wahh...bikin panas nih! cK ni bukanlah berkira sangat but sumtime, berbudi bahasa la sikit. Cuba tanya tuan punya hidangan tu. Macam cK, i like to s ave the best for last. So, dalam pada kita ketepikan udang2 yang beso tu alih2 ada sorang hamba Allah sedap je amik the masuk mulut. Putih mata woo..Mau menanges time tu juga. Seyes! Tanya dulu.

2. Jenis pakai banyak nombor henpon, tapi bila call satu pun tak dapat.

Ha...ni memang sentap noks! Cannot tahan lor. Nak2 nyer bila time emergency. Abis semua number cK dail, satu pun tak sangkut. Mula la rasa nak buat sumpahan mendam berahi je kan. Lenkali susah2 pakai public phone sudah. heh!

3. Jenis datang umah tanpa diundang.

Cukuplah pantang. Zaman teknologi dah ni, bukan zaman batu. Maka, sila call atau sms sebelum korang muncul. Rumah saya nih bukan rumah tumpangan beb atau tempat persinggahan. So, sila hormat tuan rumah ye. Plus, tu umah mama saya...Jangan nak tunjuk terra na main redah suka2 jiwa.


Sekian.

:: Kenapa Aku Rindu Skolah? ::

4 comments:
Masih dalam mood Back to Skool. Rindu giler kat kawan-kawan skolah menengah dulu. Ada banyak alasan untuk menyebabkan alam persekolahan tidak dapat dilupakan dan akan senantiasa tersenyum keriangan apabila mengingatnya.

Sin Cos Tan :

1. Karipap pusing arwah mak Rozie. Awalnya, Rozie bawa untuk bekal dia je. Then dia offer cK, DekWan n Zillie. Sedap lah pulak. Lama2 jadi bisnes. Dari kelas 5H, berita kehebatan karipap pusing Rozie tu tersebar meluas. Seyes ok, memang sedap. Now, Rozie dah melebarkan sayap karipap itu diluar negara.

2. Rekod Rosak. yes, we love singing much! Geng depan pintu kelas ni memang suka menyumbangkan suara. Rozie dengan lagu Rindu Padanya, Camelia...Zil ngan Oh La La! Siap buat versi omputih "You make me say...oh lalala..everyday...oh lalalala", Dekwan ngan "Betapa ku cinta padamu....." - Tok Ti nya... and me??? Celine Dion, because u love me!!! Hahaha...

5 Harmoni, 1997

3. KRUmania. Memang fenomena hebat lah kiranya. Sapa tak minat KRU masa tu kira poyo gile ok. Pesen suar londeh2, hiphop rapping terabur..kira gempak giler! Kalau suka KRU, sah2 suka Feminin pehtu Elite. Ada gak group lain macam Res2 ngan Msteen also Nico, tapi impact dia gitu2 je la. Suam2 kuku sikit. Kira KRtu top of the list la.

4. Garfield. Yes, femfuan2 kelas 5G and 5H mesti terjebak ni. Wawa Omar seorang trendsetter yang sangat berjaya. Minah ni memang giler Garfield. So, yang lain2 ni jadi follower. Dari wallet /purse, bawaklah ke pen, pembaris, key chain, beg sumernya ada muka kucing gemok pemalas tu. Rasa cam kool je kalau ada barang2 garfield ni. Yelah, masa tu mana ade High School Musical ke, Ben10 ke..Plus, barbie is not for teen..bebudak leh ah.

5. Beg galas size S yang berlabel international. Well, at first cK agak reluctant nak pakai mine. Masa tu arwah nenek baru balik dari australia, dia belikan this one Channel nyer beg. So kecik, bole muat buku tulis je la. Buku teks kena pegang. Sekali tu, pegi skolah tengok Wawa (again) pakai beg kecik Polo. Pergh! The next day, terus pakai dah beg tu. It's the IN thing ok.

6. Abang angkat, akak angkat. Kira cam glemer alam la kalau ada 2 jenis makluk ni approach kita. Dari abg angkat, ada je 2 3 orang member2 yang terus up jadi pakwe. Kinda kool la, tengok kawan2 tenet. Yela...kena teman beb. Kalau tak nanti kena tiaw ngan cikgu...Sapa susah?

7. Lepak! Medan selera tu memang sinonim la ngan kitaorang ni. Balik sanggup jalan kaki, ye kawan2. There's one day masa pegi KFC. Shaqi kena pedajal. Sapa eh yang masukkan cili sos dalam air dia..Izwan ke? Shaqi sedut terus lari keluar, semua orang panik. G kejar dia lagi tu...He almost burst to tears..or did he? Hahaha...Sorry Shaqi!

8. Dibenci oleh rakan sebaya. Alah..not really that kinda hate. cK ni mawas..silap! Pengawas! So, mana la budak2 suka kan. Bila buat spot check je, memang rasa kejam gile. Sapa2 rasa bela kuku panjang pehtu nak sorok2 dengan menekan kuku mereka di atas meja untuk menunjukan ala2 warna putih sama cam tekanan pada kuku, silap besar ok! Ada sekali tu, kes org sorokkan henpon dalam jamban. Kantoi juwa akhirnya.

Sidang redaksi PERSADA time Hanis jadi Editor

9. PERSADA. Tu nama majalah sekolah. cK dalam sidang redaksi untuk dua tahun. Tahun pertama jadi kuli, tahun kedua jadi boss bahagian ads, sponsorship. And for the first time lah, belajar jalan nak ke TV3. Masa tu jumpa Nik Ramzi Nik Hassan. Comel je dia...i was lucky eh!?

10. Tusyen. Ha, ni lagi satu besh. cK dapat tusyen free jerk. Pasal Abah keje kat Kasturi. Sapa budak KL tak tau Kasturi, sila pindah sekarang juga ok! Kat sini lah nak buat networking ngan dunia luar. But i guess, my luck is not there. Rozie berkenan ngan Sofi happen to be Leq's classmate..and Nurin plak, bercouple ngan Ed - mamat Methodist. I ni la jadi orang tengah.

11. Oh yeah...one of my fren punya abang, did approached me. Hensem gak orangnya. Miahaha. Tapi, apakan daya...tak mampu la nak menerima chenta suci murninya itu. Gile korang...kang kalau gado ngan abang dia..ngan adik2 dia bengang ngan guwe. Takmo2...Yang sempat, cuma bergambar berdua saja ok. Hehehhe...

12. Helikopter kertas. Amik kertas, koyak besar2 pembaris pendek tu. Pehtu koyak lagi half kat tengah2.Then jatuhkan dari tingkat atas, lagi tinggi lagi bagus. Memang kira buat sampah la ni. Tapi bila jatuhkan banyak2 one shot, lawa!

13. Belon air. Penuhkan belon tu ngan air pehtu perang!!!! Aim baik punya dari atas, jatuhkan kat sapa2 yang korang tak suka. Selalunya masa hari Sabtu la ops ni dijalankan. Sebabnya takkan la nak basah2 pakai uniform sekolah kan. Hari sabtu pakai baju sukan. So senang la sikit.

14. Bergerak2 bertiga2 dari kiri cepat jalan!!!! I nih ala Comander In chief Skuad Khas untuk Kadet Remaja Skolah. Skuad ni khas untuk lelaki je ok. We menang masa lawan antara skolah2 kat UTM, Semarak. Gile lah guwe jerit. Panjang, lantang, ala2 Jac V suda..Muahaha...Nyaring wooo...

15. Beli plaster pelbagai pesen. Nak pakai tukar2..saje mengada2. Cantik apa..Ada macam kuda belang, ada yang rimau bintang...yang kaler2 highlight tak hengat...ade juga yang kartun2. gile membazir, tapi takpe..janji lawa!

Ada banyak lagi lah menda2 yang guwe rindu. Nanti recap balik ok!?

Friday, August 14, 2009

:: Cukup Tapi Kurang ::

2 comments:
Menunggu sabar kaki-kaki mereka melangkah keluar sebelum masuk memenuhi ruangan Putra. Sambil lagu jadi penyedap halwa telinga, cK pon pusing badan untuk melihat pemandangan luar.

Sekumpulan makcik2 bertudung, awek2 menunggu tegar di hadapan pintu lif. Ya, lif itu untuk orang kurang upaya. cK lihat mereka cukup je sifatnya. Tapi itu mungkin luarnya saja. Yang dalam2 tak tahu la pula.

"Ting tong ting tong".

Pintu Putra tutup. cK luaskan lagi pemandangan. Nampak seorang lelaki cina jalan berbeza. Bertongkat rupanya dia. Buta. Dia terus berjalan. Tergagau2 mencari hala tuju. Langgar tembok. Berjalan lagi. Akhirnya sampai hampir dengan pintu lif.

Cik kak yang diri ramai2 depan pintu lif tu, buat2 tak nampak je lelaki tu. Ada yang cuba menjauhkan diri. Cuma seorang akak yang akhirnya mengalah dan tarik lelaki tu dari hilang arah. Itu pun selepas lelaki tu, nyaris2 nak langgar akak tu. Geleng kepala cK tengok dorang. Yang masih berlegar dalam kepala sampai sekarang :

1. Macam ni ke konsep satu Malaysia?
2. Ini ke rupa orang yang beradat, beradab dan berbudaya?
3. Kenapa dorang layan orang kurang upaya sebegitu rupa?
4. Hina sangat ke golongan kurang upaya?

Kesian. Masing2 berakal tapi dangkal. Cukup anggota tapi kurang pengajaran. Harap kita dijauhkan dari sikap sebegitu rupa. Segala yang ada hanya pinjaman semata. Sedar2lah sikit, kita nih berhutang sebenarnya. Full loan, installment sampai mati plak tu! At least orang2 OKU ni tak amik full loan ok!

p/s : selalu je pagi2 cK bawak sornag akak buta nih gi opis dia. takdak hal pon!

:: Back to Skool ::

No comments:
Baru-baru nih bila kawan cK upload gambar-gambar skolah, rasa cam flash back plak. Gosh, i used to be in good shape ok! Mana nyer orang tu sekarang? mana? mana? Well, i am still in shape..and its ROUND!

Kelas 4 Harmoni, 1996

Terasa rindu zaman kegemilangan itu. Walaupun masa tu i have no boyfriend, thanks to Dek Wan yang terover manja menyebabkan orang lain ingat dia tu my partner. Ces! Partner in crime bole lah. Buat gaduh, lawan memekak, ngumpats..opps! But i don't care. Apa barang ada boipren2 nih...buat nyemak je. But things yang tak berubah, part garang tu. Miahahah!

Most of my friend can be contacted thru FB. Mekasih teknologi! Masing2 ada yang dah sah bersatu, hampir menyatu dan lebih dari satu. Rindu sangat ngan dorang ni semua ah. Memandangkan bulan puasa dah nak berkunjung tiba ni, mesti ada ura2 nak berbuka sama. Selalu i miss this event. Ada je menda yang menyebabkan clash of time.

Barisan pengganas skolah

Kalau diizinkan, harap dapatlah bersama2 dorang untuk tahun ni. Itupun, kalau adalah perancangannya. Dalam dua gambar yang cK up kan ni, cuba korang teka yang mana satu guwe. Kalau dapat, memang terrer lah. Bley apply keje ngan CSI.

p/s : kan bagus kalau masih seslim itu!

Wednesday, August 12, 2009

:: Do's & Don't ::

2 comments:
Sooner or later one of 'the lalats' will read this entry so here's what i have to say on the do's and don't on blogging. Think 3 points for each Do's and Don't will be good.


DO's
  1. Say all the good things on whatever you touch in your writing (Read : Make people around you, speshly the one who shares the same workspace feel good about themselves)
  2. Write things related to vacation, food, fun. (Read : Do not expose your co-worker's bad attitude or how unorganized one can be. They don't like it)
  3. Use only words of wisdom when writing. (Read : Thou its your blog, you have no freedom to express your feeling cuz 'the lalats' will read it n they will not like it)

DON'T
  1. In any circummstances to use explicit terms. (Read : It's my blog, i'll take charge)
  2. Offense any party with any part of your entry (Read : I love myself much. Better let them suffer than me)
  3. Let other people labelled your blog as 'WASTE OF TIME". (Read : I dungivadem)

Therefore, for those who have yet to read my blog....your comment means nothing to me.

For you who suffer mental illness or heart ache due to the entry....Sorry, i cant help you except to advise you to see the doctor.

To any of you who loves playing 'postman" - to read my blog and spread it to the clanz with an intention to create chaos, Thank You for being "nice".

Bottomline is, do whatever...i just dont bother.

:: On Me Being A Librarian ::

4 comments:
Semenjak dua kena put in charge for library thingy ni (walaupun!!!!), i try as much to take it as one hell of an experience (after series of nagging n memekak with closest ppl on earth).

Not bad la actually nyer. Banyak giler buku2 yang best telah dibeli tapi diperam oleh orang2 terdahulu. Gile lah. Series of motivational pon melambak. Alang2 dah jadi librarian newbie (apakah!?) ni kan, cK sempat lah kidnap few buku untuk dijadikan rangsangan bacaan.

I starts with two books entitled "The Power of Thinking Big"compiled by John C. Maxwell. Hak yang ni banyak quotes yang membakar jiwa dan semangat waja untuk menempuh kehidupan seharian. I find it good. Yelah, kalau tengah down tu kan..bila baca balik kata-kata hikmah yang ada tu, terus bersemangat waja.

The other books titled "Perfect Phrases for Dealing With Difficult People" by Susan F. Benjamin. Yang ni pon best. I can improve my way to communicate with other party. What phrases to avoid and how to get things done the way it suppose to be. How to deal with co workers, dealers, partner...macam2 ada. Must read ok.

So guys, korang bila plak?

Tuesday, August 11, 2009

:: Kokokoookokkoo ::

4 comments:
Selepas sessi luahan perasaan ngan besties (i lebiu la yang) , maka we have come up with a solution. Rasa mungkin berjaya la kot saranan dia tu. Esok mesti cuba!

Kalau esok sapa2 buka mulut dan buat cK rasa nak marah tahap dewa, all i gotta do is just imagine orang tu sedaaaanggg........


Koookoookookoooooookkkkk!!!!!

Monday, August 10, 2009

:: Wannabie ::

3 comments:
Kalau ikut translation kat Urban Dictionary, WANNABIE membawa maksud :

from the word "wanna be", a WannaBIE is a person who "wants to be".
It's a noun. It's a person who's trying to "fit in". It's similar to a NewBIE, it's already a noun and this MUST be the proper and correct spelling, not just wannabe but a wannaBIE.

dan NEWBIE bererti :

A person that is new to a game or forum. Not to be confused with n00b, a derogatory term to define either a new user to a game/forum or someone who acts stupidly regardless of account age or time played.


On my personal notes (baca terang-terang ye, PERSONAL) :

WANNABE adalah golongan manusia yang berbuat apa sahaja demi untuk mencapai sesuatu dan menjadi sesorang yang lebih berkedudukan. Caranya mungkin tidak popular dan boleh mendatangkan tekanan kepada orang sekeliling namun kerana gila kuasa, dia tebalkan muka. Bagi golongan ini, meraka akan rasa lebih hebat apabila berjaya membuat semua orang memberikan perhatian kepada mereka. Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri namun berusaha keras untuk disukai ramai.
NEWBIE adalah individu baru dalam sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi yang masih cuba untuk memahami corak kerja, hala tuju, tujuan sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi tersebut.

Maka , kesimpulan yang nyata untuk soalan "Siapakah Newbie Wannabe?"

Jawapan : Individu baru dalam sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi yang masih cuba untuk memahami corak kerja, hala tuju, tujuan sesuatu kelompok, acara, persatuan atau organisasi tersebut namun berbuat apa sahaja demi untuk mencapai sesuatu dan menjadi sesorang yang lebih berkedudukan. Caranya mungkin tidak popular dan boleh mendatangkan tekanan kepada orang sekeliling namun kerana gila kuasa, dia tebalkan muka. Bagi golongan ini, meraka akan rasa lebih hebat apabila berjaya membuat semua orang memberikan perhatian kepada mereka. Mereka juga susah untuk menyesuaikan diri namun berusaha keras untuk disukai ramai.

Those fits you well. Lalalaaaa....

:: Angin Kus Kus Da Mari La ::

No comments:

Mula-mula tanya apa kerja aku.
Bila aku cakap, ko potong ayat aku.

Kau kata lagi, itu kerja tempelan bukan rutinku
Ku terangkan lagi, memang itu maksudku.

Kau tanya lagi, menulis di blogkah aku?
Ku iyakan saja, tiada sebab untuk menipu.

Kau cungkil lagi, apa isi jalan cerita.
Ku jawab ringkas, pengalaman motif segala.

Kau soal pula, berkaitah ia dengan kerja?
Ku tunduk dan selamba menjawab "Ya".

Tak puas hati, kau kata tulisan aku buang masa.
Kalau begitu, yang kau bz body bertanya tu kenapa?

Hari ini bertemu lagi, ku tambahkan lagi tugasan yang ada.
Seperti diduga, kau cuba tutup segala kebenaran yang ada.

Kau perkecil seakan mencemuh diriku yang muda.
Dengan begitu, kau harap akan ku hormat kerana kau tua?

Cukup-cukuplah kau cuba gila kuasa
Malas aku nak buka telinga

Dari sarat ku pendam rasa, sakitkan jiwa
Baiklah kalau aku pekak telinga, butakan mata.

Suka hati kamulah nak buat apa!






:: Selamat Bertunang JJ ::

No comments:
Lepas sorang, sorang. Alhamdulillah. Awal seru masing-masing. As for me, tumpang gembira ngan tumpang sebok. Boleh gitu?


Majlis berjalan lancar walaupun ada sedikit kelewatan dari pihak lelaki (salah simpang katanya). JJ looks stunning that day. Dan kitaorang nih (both me n dilla) tiba2 jadi pengapit tak rasmi. Sambil2 tu juga kitaorang telah menjalankan kerja2 fotografi haram! Muahaha..

Naik muak JJ dengar arahan pelbagai kitaorang. Pandang bawah, jeling tepi, senyum simpul...macam2 ada. Miahahah...yang penting malatops! So ni ada la sikit2 gamba yang sempat dipulun masuk dalam blog. Yang lebih2 tu dalam facebook sudah. Sila-silalah eh.


Part that i like most is makan part! Sedap sungguh lauk pauk nyer. Teruja. Lauk2 kampung la katakan. Dengan ikan masin sepatnya. Pehtu ada telur masin, sambal belacan superb! Masak sambal tumis udang ngan ayam goreng rempah..marveles la kiranya. Lainkali rajin2 lah panggil makan lagi eh JJ.


Yang penting, sirih junjung! orang kata, kalau dapat curi sirih junjung nih then kunyah cepat dapat jodoh katanya...Tak tahulah nak kata. Misi macam dah berjaya ni...tunggu je la. Bukanlah percaya 100%..tapi ikhtiar la kira. Mana taw berkat doa semua, makbul pula. Hheheeh...Amin!

Friday, August 07, 2009

:: Oh, Crap! ::

2 comments:
My mood was ok until....Ah...crap!

1. When u have no idea of something, you ask. Digest the info. Don't pretend or assume.

2. Do NOT give your opinion unless you know what you are talking about.

3. Do NOT underestimate anyone. You might have not fully see what they are capable of.

4. Should you need to discuss, put all your negative thought far far away. Discuss it professionally not emotionally.

5. Be firm, not rude.

6. Listen. You will not get anything out of something when both parties talk and no one listen to it.

7. Bold enough to speak on your thought yet be prepared to get screwed by others.

8. Life, work is so subjective and it's not you to determine who's right and who's not.

9. Do what you do best, leave other to the rest.

10. I dont need you to like me to get things done. Its ur task, so shut up and perform.

Thursday, August 06, 2009

:: Caras ::

3 comments:
Kenalkah anda akan objek ini?


"U sudah satu tahun highlight ah amoi!"
"Ehh...taklah!"
"Butul lor...dulu datang masa mau laya ma...ini suda mau laya lagi..."
"Errr...iye lah!"

Ikut plan asal...si pink dragonfly tu je yang nak caras rambut dia. Apakan daya baik plak si May tu stayback nak potong rambut guwe. Kesian plak dia dah tunggu lama2 tu kan. So lepas dia trim rambut Leq, cuci segala...tibalah giliran cK plak.

"Apa style u mau potong?"
"Tataw la..pendek sikit lor May"
"Kita buat layer la...mau ka?"
"Bole la bole..."

Sambil2 cK selak FHM tengok gamba2 100 most wanted women on planet ...May bersuara lagi...

"Ha! Kasi buat fringe...mau amoi!?"
"Hoh?! errrm...boleh2 kasi buat laaaa"

Lepas 30 minit, satu tranformasi berlaku. Daripada ini :


Taaaraaaaa......bertukar!!!!!



Saya suka rambut saya! Rasa macam comel je. Dan!!! Sekarang saya mula pakai sepit2 comel...jangan marah aaahhh...

Wednesday, August 05, 2009

:: Single By Choice ::

5 comments:
Ada plak suara2 sumbang yang kata "Eh dia tak kahwin lagi?"
Ada pulak yang menjawab "Boipren pon takdo, nak kawen guano!"

Sambung plak ngumpat lagi "Sapa nak, garang ...kaki komplen!"
Tambah ajinomoto lagi "Ha...tula pasalnya! mulut laser!"

Meh sini nak bagitau sikit cik adik, nyonya, acik2 sekalian yer....


"Hakikat yang mengatakan saya ni seorang yang menyukai kaum sejenis adalah tidak berasas sama sekali. Tak pernah terlintas pon nak tolak hukum hakiki. Saya persilakan mana2 individu yang mahu berkenalan dengan saya. Tak bermaksud kenal, terus boleh bercinta. Gila ke?

Mana-mana pihak yang rasa nak mix-match kan saya ngan ntah mana2 orang dalam dunia, the best move is to just sit back n relax. Tak payah nak susah payah. Omak den pon tak kecoh2 anak dia tak kahwin lagi, why should you?

Untuk korang2 yang tak abis2 ngutuk, ngumpat dan terlalu prihatin kenapa saya tak kahwin2 lagi. Fikirlah pasal benda lain. Jangan bz body hal orang boleh? Kahwin ke tak ke, tak luak duit korang pun. Korang jagalah bf, tunang, laki masing2 elok2. Jangan bz kan hal orang, kang korang lak jadi bahan umpatan orang gara2 kena tinggal. Takmo kan?

Moral of the story, buzz off lalats!"

Sekian.





:: Densha Otoko ::

No comments:

The other day:

"Oiit! Jadi sardin ke?"
"Hey..sorry lambat reply. Inbox penuh tadi"

"Oh eh. I think i saw u"
"I baru turun kat KLCC"

"Awal balik hari ni? Sempat la tengok matahari"
"Ha ah. Kalau tak, bulan pon belum tentu"

"Haha. Buat apa kat KLCC? Muvee?"
"Taklah. Nak beli barang sikit"

"Shopping? Mega sale kan?"
"Kalau beli contact lense tu kira shopping, yelah. Hehe"

"U pakai contact? Beli kaler biru ah"
"Takmo lah. Bukan artis..malu!"


Last two days:

"Hey2, i saw u lah!"
"Hey2..i baru turun KLCC ni"

"Each time i cancel nak g Maxis, mesti nampak u"
"Haha. Nak buat camne...lenkali rasa kalau xnak pegi Maxis, bitaw i so that i leh turun KLCC"

"Jahatnyer! Beli barang lagi?"
"No lah...Berhenti nak solat, takut tak sempat"


Aaaahhhhhhh...shuweet nya kamo!

Glosarry : Densha Otoko - Train man.

:: Tarikh Apa Yang Penting? ::

4 comments:
Pernah tak korang terlupa tarikh lahir sendiri?

Ha! Tak mungkin itu terjadi pada diriku ini. Yes, i have the habit to keep reminding people on my birthday. Terok eh? No la..im not expecting prezie pon. Just that, rasa gembira dihujani ucapan "Happy Birthday". Terasa glamour kejap. Boleh gitu konsep? Ha ha.

Birthday orang lain, i will try my best to ingat all. Yang wajib, for those who rapat with me..Kena la ingat. Family, besties, skendel (oppps!)...Apa pun, thanks to social network portal macam FB yang akan notify kita on friend's birthday. Sekurang2nya kalau kita clueless, bila tengok notification tu kira sempatlah juga nak wish.

(Gambar Hiasan : Kalendar Outlook Kantor)

Orang2 yang dah berkahwin, rasanya mesti tarikh ulangtahun perkahwinan tu penting. Hari lahir pasangan, anak2 pon penting gak rasanya. Kalau masa tengah bercinta2, tarikh declare tu la kot penting (lepas ambil kira besday masing2). But i don't go extreme sampai nak kena ingat tarikh mula2 g dating or first date pergi tgk muvee, pegang tangan (aaaiihhh! bukan muhrim! takleh!ngee!).

Kalau gitu too much la rasanya. Tak daya dek oii! Sumhow cK rasa, yang prihatin ngan segala tarikh2 ni pun, orang pempuan. Lelaki ni kurang sensitif sket la. So, kalau dapat yang mmg peka tu, kira bonus lah! I wish! Dan selain dari tarikh2 bagi hari2 yang cK dah mention kat atas ni, orang2 pompuan juga sangat peka dengan tarikh2 cuti dan juga jualan mega. Hehehe...kira aktiviti sampingan yang bermanfaat tu untuk merancang percutian yang berjaya. Ahah!

Ada juga perempuan2 yang follow tarikh2 kalendar Hijrah kita. Senang nak tahu bila elok ganti puasa , manfaatnya pada diri. Kan ke elok macam tu? So, kesimpulannya lebih baik kita ambil tahu tentang sesuatu daripada buat2 tahu sedangkan apa pon tak tahu! Tak gitu?

Sunday, August 02, 2009

:: Setem ::

2 comments:
Geng Tosai.

Geng Piranha.

Geng Bakso.

Geng Anak Yatim.

Yang Teraniya.

Tahniah Kabir Bhatia!



This is yet another 1Malaysia true value. You don't need a film with pretty face who looks more like Eurasian than local. We need US. Yes, the faces you will see daily and not the type who walks on the runaway.

Jalan cerita yang mudah difahami dan jenaka yang bersahaja. Tabik pada semua pelakon yang berjaya membawakan watak masing2. Kabir telah berjaya membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya. Daripada cerita cinta, sedih, pilu dibawa ke cereka seram dan sekarang kelakar. He did great. Sayang, promosinya kurang.

Things i like about the movee:

1. Tokey Gengster bercakap loghat utara
2. Pakar bom yang stylo, mylo...i heart Bront!
3. Sathia nail it this time around.
4. Despite me demam, i can laugh n laugh n laugh out loud
5. Again, its Malaysian muvee..not malay, not chinese nor indian. Its Malaysian.

:: On Drugs ::

No comments:
Tajuk ala2 macam menagih dadah je kan? Well, i am. At least for this few days. Dengan demam yang ala2 on off ni, kena la rajin2 makan ubat. Macam-macam color plak tu. Ada color putih, ada yang hijau ada juga yang disolve bila masukkan dalam air.

To tell you the truth, bab2 ubat nih cK lagi suka kalau consume liquid. Hatta kelat macam mana sekali pun, rela. Sebabnya kalau yang tablet bila tiba2 dia pecah dalam mulut...Aiyooo! Kenot tahan wooo... Maybe masalah penerimaan mental je camtu kot. Walhal sama je.


But trust me, kalau cK makan yang tablet biji2 tu kan...segelas air tak lari lah walaupun ubatnyer cononet je. Penuhkan mulut ngan air dulu then masukkan tablet2 tu pehtu telan. Camtulah gayanya. No way i'm gonna put those pills in my mouth then minum air. Tak dapek laa dek oi!

Anyway, semakin sehat rasa badan ni. Sebagai kesannya, mengidam rasa nak makan Nasi Ayam Hainan...err...Maggie Curry...ermm...Choc Stroberi Cake? Muahahah...apakah? Gilalah! Selera naik mendadak ni. Blame it on drugs. Muahahaha!

p/s : Thanks for all your prayer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...