Sunday, March 29, 2009

:: Filem Malaysia :

Kunjungan ke panggung bagi menonton karya Yasmin Ahmad nyata tidak sia-sia. Mungkin sesetengah dari peminat filem tempatan masih tidak dapat menerima corak penyampaian dan jalan penceritaan beliau,, namun begitu bagi cK ianya cukup untuk membuat cK melekat di kerusi dan mengikuti setiap gerak geri pelakonnya.

Sungguhpun masih membariskan beberapa muka "favourite" - Harith, Ida Nerina, Adibah Noor, Syafie Naswip; Talentime kali ini turut diwarnai oleh muka-muka baru antaranya Pamela Chong (akak Vince AF tu), Jac Victor dan tak lupa seniwati tersohor Azean Irdawaty. Penglibatan 3 kaum utama negara kita telah mengangkat filem mencerminkan wajah Malaysia. Filem Malaysia!

Jalan cerita yang ringkas namun sarat dengan isu dan mesej. Majlis Talentime yang akan diadakan kali ketujuh dan disertai oleh tujuh orang pelajar yang berlainan latar belakang. Sounds so simple kan? Namun begitu, apa yang ingin dikupas dalam kehidupan setiap individu dalam filem ini amat menarik.

Beberapa perkara yang mungkin telah kita terlepas pandang dan ambil mudah turut diselitkan. Isu agama turut disuntik dalam penceritaan Talentime. Ianya diimbangi dengan jenaka yang biasa namun mencuit hati kerana ianya memang terjadi dalam kehidupan kita.

Apa yang buat cK jatuh cinta pada Talentime ?

1. Mesejnya :
Agama bukan sebab seseorang itu akan kehilangan ahli keluarganya.
Cinta dan kasih sayang itu tidak mengenal batas agama, bangsa atau budaya
Islam itu bukan diukur atas nama seseorang

2. Lagu :
Keindahan bait lirik yang dinata oleh Pete Teo nyanyian Atilia dan Aizat. Ingat sungguh!
Diulangi berkali-kali menyebabkan kita rasa terbuai-buai (apatah lagi bila ditemani seseorang)

3. Sinematografi
Tidak banyak perbezaan dengan filem-filem Yasmin yang lain. Trademark kamera pacak - long shot tu memang masih berjaya menimbulkan kesan.

Guys, i highly recommend Talentime! Gi tengok gi! Ia akan mengajak kita berfikir seketika tentang beberapa kejadian pertumpahan darah antara kaum yang terjadi di negara kita. Klue tragedi Kg Medan, perhaps?




9 comments:

Dory said...

pamela tu adik vince..vanessa baru kakak.. heh

Unknown said...

silap plak...mekasih dory! exited!

Paan Lee said...

huhu... kak, kan dh ckp cite ni best! nway bile nak kunjung blog sy, ade kartun baru buat huhu :)

Unknown said...

paan : yeah2..kalau tak...u hafta pay for my tix..huhuuh!zasss!!!

Zu said...

kena tunggu dvd la nampaknya...my hubby bukan penggemar filem melayu n zu pulak tak suka tgk wayang sorang2....:D

Unknown said...

sabar eh zue..

Mem Aluya said...

Tasabar nak tengok...

FerioBiru said...

malam tadi tgk 12 rounds

Unknown said...

12 rounds? best tak baman??

knowing????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...