Monday, March 02, 2009

:: Sapa Nak Bayar Saman ? ::

Pernah tak terlintas di benak pemikiran kalian semua bahawasanya kita sebagai manusia sememangnya inginkan balasan bagi setiap tindakan. Tidak mengira betapa kecil atau besarnya sumbangan yang dilakukan, adalah menjadi idaman setiap insan untuk menerima sedikit imbuhan hatta walau dengan ucapan terima kasih.

Maka, kesimpulannya cK rasa pihak-pihak berwajib yang ada dalam negara sepatutnya memikirkan cara terbaik untuk memberikan penghargaan yang sewajarnya dalam usaha mereka untuk membentuk warganegara yang baik. Malah, pihak swasta juga boleh turut sama menggunakan pendekatan yang sama untuk menangani masalah pengguna yang sedia ada.

Tak percaya? Cuba amati contoh-contoh yang cK sediakan di bawah:

1) Saman

Selalunya badan2 berkuasa yang mengeluarkan saman ni akan minta ianya dilunaskan sebelum tarikh2 yang tertentu. Contohnya macam sebulan dari tarikh saman dikeluarkan ke or maybe 3 bulan paling maksimum. Bila gagal, mula la keluarkan notis peringatan. Sampailah ke notis penghabisan, mungkin waran tangkap dikeluarkan (contoh : kalau tak bayar saman trafik).

Maka, untuk elakkan kena masuk lokap dan malu seMalaya, kita-kita ni pon bayarlah saman tu. Kadang2 tuh bukannya tak berduit, tapi saja suka tunggu last minit. Lepas bayar saman, apa yang kita dapat? Takde apa pun kan? Apa kata kalau dikeluarkan sijil penghargaan untuk orang-orang yang bayar saman tepat pada masanya. Yelah, kalau tak bayar nanti dicanang habis seluruh balai satu negara, lepas bayar saman diam je. Dengan adanya sijil ni, bole gak sapa2 yang banyak saman tu buat koleksi dan bahan bukti yang diaorang nih dah lunaskan saman2 yang ada tu. Siap leh buat album lagi tuh!


2) Kredit Kad

Kes yang ni pun agak lebih kurang. For those yang pegang 4-5 kad dan akhirnya tak mampu nak bayar sebab gian berbelanja tu sangat dahsyat, cK rasa cara berikut ni ada rasionalnya dan win-win situation. Kalau sekarang kita ada AKPK - an agency yang nak bagi khidmat nasihat on how to manage your credit and how to setle your debt, kita mungkin perlukan lebih dari itu.

Apa kata kalau syarikat2 ini memberikan potongan diskaun pada pembayar terawal (early bird discount) pada individu bermasalah yang berjaya menyelesaikan hutang mereka. Malah, jika hutang tertunggak itu dapat dilangsaikan dalam masa yang tertentu had kredit mereka akan ditambah naik. Means, kalau mula2 limit 3k, lepas dah abis utang naik jadi 5k ke? Dahlah dapat diskaun bila setelkan hutang, dapat new limit plak tu! Wow!

Cuma, cK harap individu2 yang terjebak hendaklah serik dan belajar dari kesilapan mereka yang terdahulu. Kredit Kad bukan sekadar kad plastik semata, ianya juga bisa mengurangkan bilangan akaun bank anda.


3) Bil telefon

Ha...yang ini khas untuk pengguna line - pasca bayar kata Melayu nya. Masa time bercinta terutamanya kita-kita ni galak menggunakan telefon. Tak kira untuk SMS mahupun call. Bila sampai je bill, rasa nak pengsan! Alih-alih, kena bar...Sakit otak woo...Takkan nak call awek / bf pakai public phone? Takde style la. Ingat budak-budak skolah per?

So, apa kata GreenMan or Si Debab Yellow tu buat promo baru untuk akaun tertunggak. Despite appoint segala law firm yang ada untuk kutip hutang korang, cuba buat massive ads. Publishkan nama-nama si penghutang tu dalam sotkhabar edisi mingguan. So depa ni alert sikit. C'mon lah, ads nak suh orang pakai line korang buat gempak2..takkan nk kutip utang malas kot kan?

Dah publish tu, kena la ada penyejuk hati. Sapa leh bayar paling cepat, dapat henpon free yang sah2 datang ngan line korang gak! Siap ada family plan 5+1, 3+8 ke apa2. Kalau boleh henpon yang paling latest dalam pasaran dan mengikut nilai akaun yang tertunggak.


Hehheheh...Amacam ok tak? Ni sikit je baru. cK tengah mengalami kondisi hyper-gula. Sebab tu la keluar pemikiran yang agak luar biasa ni. Jangan mara ahhhh?




5 comments:

aku la ros said...

saman - tak pernah kena lagi setakat ni

kad kredit - sokong sesgt.. kad kredit selalu byar ontime

bil tepon - bil tepon umah selalu bayar on time.. hp guna prepaid jer...

owh indahnya dunia tnpa hutang.. erkk.. my gebok still hutang lagi aaa...

FerioBiru said...

ikut lah peraturan, elak kena saman :D

Unknown said...

ayat baman tu yang buat insaf tuh..

Anonymous said...

lepas kita bayar saman-saman tu semua, kita saman la plak orang yang menyaman tuh...Saman Malu pasal telah memalukan kita untuk pegi membayar saman..kenapa? kerana setiap kali kita ke kaunter, dorang mesti tanya, "boleh saya bantu encik?" dan dengan terpaksanya kita kena jawap, "NAK BAYAR SAMAN"...ha...tak ke malu kalu orang dengar...saman jee....

Unknown said...

lenkali kan jusuh..bila dia tanya "boleh saya bantu?"...

ko jwb "ye, tlg byr saman sama. Tenkiu!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...