Friday, February 27, 2009

:: Young @ Heart ::

13 comments:
Sekadar gambar hiasan dan tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun mati

Sesi berbalas sms yang telah ditapis dengan penapis yang berkualiti tinggi.

TM : Sorry, bz sket arini. Ada event tadi.
CK : Owh, takpe. Event apa wak?

TM : Dalam opis je. TM punya Financial Report.
CK : Ahhh...Lama tak nampak kat tren?

TM : Ha ah. Pegi awal skrg. 7.15. Awak?
CK : 7.35. Penuh je selalu.

TM : Tu la. LRT bengong. Pernah sampai opis 9.15. Gile lambat!
CK : Kesian.

TM : Lagi teruk bila "Tren yang akan tiba di platform 2 tidak akan digunakan"
CK : Tau pon! Ntah apa-apa ntah. Eh, awak asal mana eh?

TM : KL je. Family kat Keramat.
CK : La...KL je...dun mind, umur?

TM : Muda lagi. Cubalah teka.
CK : Ermm...paling kuat 25?
**Dalam hati dup dap dup dap daaahh! Janganlah muda sangat!

TM : Kurang sikit. Saya 24. Tapi ada org kata nampak mcm dah ada anak 2.
CK : Muka matured, garang! Maybe thats why.
**Hancur plan! Huwaaa!!!!!

Macam mana ni kawan-kawan? Patutkah saya teruskan mengorat Trainman itu?

:: Siapa Punya Salah? ::

6 comments:
Dunia kita sehari-hari memang tidak lekang mendengar berita sensasi di sana sini. Nak lagi berita hiburan. Memanglah boleh cari makan.

Sana-sini orang bermusuhan dan saling menyalahkan. Tuding jari sana, tuding jari sini. Disebabkan status selebriti, senanglah dapat publisiti. Bukan minat sangat nak mengikuti segala onak duri diaorang ni cumanya, nak juga cK sentuh few issue yang hangat masakini tentang orang-orang seni kita.

1) "Memang salah saya!"

Itu statement yang keluar dari mulut dia, tuan empunya diri yang terpampang gambarnya meriba seorang wanita yang terserlah bukan muhrimnya. Bukan itu sahaja, aksi berlatarkan minuman keras juga jadi tanda tanya. Apakah yang terjadi sebenarnya?

cK tak tahu nak kata apa. Jadi orang yang bermuka-muka , hipokrit itu memanglah tiada untungnya. Depan tv nampak ok je, belakang tabir tunggang langgang sampai merah-merah muka. Manusia memang alpa. Tapi, apalah yang nak dibanggakan melihat aksi diriba, meriba, meraba hak yang bukan punya kita?

Meluat pula bila menatap lama. Orang kata wanita itu mesra orangnya, sudah dianggap kakak pun. Tak pernah pula cK nak bergamba ngan adik sambil minta diriba. Atau pegang2 bahagian dada sambil berpelukan mesra. Anehnya! Lagi hebat bila sang isteri katanya rela suaminya diperlakukan sebegitu rupa! Waduuuh!!! Sharing is loving afterall, heh?


2) "Sapa-sapa yang belajar tak tinggi, saya nasihatkan kawin then cerai pastu mintak duit!"


As confident as she looked, Shafnie, now director of a beauty product company, broke down when she told reporters that he had not made any attempt to see their two children -- Muhammad Shafiq Iman, 12, and Muhammad Shabil Iman, 9.

"My children miss him. They tried calling him, but he claimed he was busy and did not entertain them.

"Our children are growing up. Whatever happens to us individually, they are still our children."
She said he does not even know their children's birth dates, or which school they go to.


I was having a conversation with my fellow colleagues masa lunch. Mixed reaction. Yes, total of 50k plus tu memang banyak and outstanding for so long. 300 sebulan yang diminta untuk saraan 2 orang anak macam ciput je jumlahnya nak di bandingkan dengan show si bapa yang merata. Tu tak masuk income jual gelang ngan jadi duta ntah segala menda.

Salah? Memang nampak tak kena je kan. Sedangkan dia ngan bini barunya bercuti sini sana ngan anak yang lagi dua orang. Anak yang dulu tu, apa cerita kan? But then, dia kata ex nyer tak mau beri ruang untuk in touch dengan anak2nya. Tup2 dok serang, naik turun mahkamah mintak dwet. Dia pun kata, tututan ex wife nyer melampau. 9k untuk dwet coti2, ntah apa-apa lagi. "Saya tak nak la nanti dia pakai mercedez ke sana sini". Eleh. Kalau ko pakai bimmer takper?

cK punya pendapat gini. Sebagai seorang ibu yang penuh dengan rasa tanggungjawab, peliharalah anak tu sebaik-baiknya dengan tulang kederat sendiri. Walaupun awak tuh dah pernah bercerai 2 kali, lantak pi. Jaga anak tu, jangan sibuk2 nak mengharap ngan bekas laki. Dia dah buat-buat tak reti, pi la mati! Sekali membesarkan budak-budak tuh pakai dwet dia, berjuta kali nanti dia canang sampai masuk TV. Kang keluar pulak statement "Kalau takde duit Daddy, korang tak dapat nak makan nasi sampai besar ni. Mummy korang apa reti?". Lagi menambahkan sakit hati.

Awak pun bekerja orangnya kan. Kalau tak dapat nak bermewah-mewah, tak apalah. Pentingkan anak-anak tu. Besederhana dalam segalanya. Esok lusa anak-anak akan nampak, siapa yang lebih banyak berbakti, menyumbang pada kehidupan mereka. Tapi, andai benarlah ci puan ni mementingkan $$$$ semata, elok lah ex hubby awak tuh angkut sumer anak-anaknya. Amik terus custody. Awak pun senang nanti, keje dan tanggung diri sendiri je.

Macam2 hal!




Thursday, February 26, 2009

:: 1 lawan 5 ::

6 comments:

Baru semalam senyum gara-gara penutupan plaza tol NPE yang satu hala ke KL nun. Tapi cuak juga memikirkannya. Takkan senang-senang je depa tutup but nothing in return. Siap panggil reporter ramai-ramai snap gambar, rakam kuar berita segala. Muka gembira je masing-masing.

That was yesterday. History. Below is what happen today.

Tol 5 lebuh raya naik 1 Mac

PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat AmpangKuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini. Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini.

Sekali 5!!!!??? Tutup 1, naikkan 5 beb! And u think they are nice people! Heh!

Wednesday, February 25, 2009

:: Makan Suap ::

5 comments:

Perbualan terjadi ketika sedang berjalan pulang dengan Ayu ke stesen LRT Pasar Seni. Sewaktu melihat deretan kereta bersusun parking di tepi kaki lima di bahagian belakang balai polis trafik Jalan Bandar gara-gara kes tak mahu bayar parking la nih.

Ayu : Eh, kereta-kereta kat tepi-tepi ni kan masuk ikut mana ah?
cK : Tu ha...masuk ikut tepi kat bulatan Syed Putra tu aaahhh...

Ayu : Ooo...ehh....Tak kena saman plak parking sini?
cK : Ha ah kan. Kalau aku jadi DBKL, lama dah aku saman.

Ayu : Memang patut kena saman pon!
cK : Kan kan kan..Suka-suka hati je parking sini. Saman je la. Nak parking free jek!

Ayu : Ala...DBKL pon makan suap!
cK : Errmmm...tapi kan...kalau tak suap, macam mana nak makan?

Both : Ha ha ha!


Come to think about it, true kan? Kalau tak disuap, cukup makankah gaji-gaji mereka itu? Atau mungkin orang-orang bandar ni cuba-cuba nasib sahaja parking di sana? Kalau kena saman, bayar (itu pun lambat, tunggu waran tangkap keluar). Kalau nasib baik, lepaslah dari saman segala. Manusia ooo manusia!

:: Mengapa Perlu Begitu? ::

4 comments:
Semalam ketika dalam perjalanan pulang, cK terserempak dengan seorang wanita. Puas cK tenung, amati raut wajahnya. Sah! Dialah orangnya!

Namun, hati sedikit gusar apabila melihat penampilannya. Apa yang laen eh kat akak nih? Dok fikir berkali-kali barulah cK sedar. Ha!!!!Dulu akak nih pakai tudung meh? Rasa macam tak je... Maka, dalam berani-berani cuak, cK mulakan perbualan:

cK : Errmm...akak ni keje ngan Armani eh?
Akak : Pardon?

cK : Akak keje ngan Armani kan? KLCC.
Akak : Ye saya. Customer akak eh?

cK : Ha ah... beli Diamond ngan Mania dulu.
Akak : Owhh....cam lagi eh?

cK : Cam...! Akak bagi goodies. Heheh..Tapi...dulu tak pakai tudung kan?
Akak : ooo...Kat international counter memang kita tak pakai. Tapi, kalau keluar biasa akak memang bertudung.

cK : Owh.....

Perbualan terhenti. Akak tu kena move ke dalam lagi sebab ramai orang bersesak nak naik LRT. Dan bukan niat cK nak cantas perbualan kami. Kalau nak ikutkan rasa hati, mahu saja cK tanya promosi terkini. Yang cK sempat jengok hebat sungguh promo Diamond - For Men. Boleh tahan baunya.

Mungkin rakyat kita masih lagi dalam usaha memboikot produk Israel dan sekutunya maka, Armani turut merasa tempias. (Pelik gak apsal orang tak benti je pakai komputer, bukan asal2 nya dari sana gak ker?). Macam kes cK memang dah beli, takkan nak tengok je kan? Tak pun biar kering je minyak wangi tu. So, dah beli kena la spray mana patut.

That is not interest to talk about. Bayangkan, untuk mencari sesuap nasi akak tu membuka auratnya. Kurang enak bunyinya. cK bukan alim orangnya, masih banyak khilaf di sini sana. Tapi, perkara begini membuatkan cK terusik hati. Umpama agama dan urusan Dia jatuh ke nombor 2. Yang penting dapat menyara seisi keluarga. Hukum jatuh ntah ke nombor berapa. Inilah punca mengapa agama dan kaum kita (yang majoritinya beragama Islam) sering dipersenda. Senang benar berubah arahnya.

Namun, siapa cK untuk menghakimi dia. Apa yang cK nampak cuma luaran sahaja. Di balik tabir, dicelah kehidupan, itu tidak terlihat di mata saya. Bagaimana status, apakah hukuman dosa atau pahala yang bakal diterimanya, pasti Dia lebih tahu dari kita.

Tuesday, February 24, 2009

:: Kau Fikir Kau Hebat Ya ? ::

6 comments:
Pagi-pagi cK dikejutkan dengan berita seorang isteri sering naik angin dengan si suami. Korang leh baca kat sini.

Suami yang dikenali sebagai John itu memberitahu media bahawa isterinya yang berusia 30 tahun itu seolah2 mempunyai kuasa luar biasa (woohoo!!) bila menderanya. Tidak tahan didera, si suami akhirnya mengambil keputusan untuk mengadu nasib di balai polis. Waaah! Bukan main hebat lagi penangan seorang wanita ya?

Dunia dah terbalik barangkali. Kalau dahulu lelaki mendominasi hampir segala2nya tak kira dari bidang apa sekali pun. Nampaknya sekarang ini keadaan sudah berubah. Kalau dulu perempuan saja yang selalu didera, dicedera malah kerap dicerca. Hinggakan trauma jiwa raga, bengkak bengkil seluruh anggota.

Apa pula rasanya bila lelaki diperlakukan sedemikian rupa? Hilangkah sudah ego mereka? cK tak pasti atas sebab apakah wanita berkenaan bole menggila sedemikian rupa. Semua berlaku pasti bersebab. Andai isterinya punya masalah jiwa, bawalah berjumpa pakarnya. Jangan biarkan melarat hingga terseksa jiwa dibuatnya. Kalau si suamilah puncanya

Secara tak langsung, cK sedar satu perkara. Manusia akan bertindak apabila hak mereka tercabar. Tak kira siapa jua mereka, lelaki atau wanita. Bila emosi melanda, amarah mula berkuasa. Si tanduk dua mula la menghasut jiwa anak2 Adam. Hasilnya? Entah apa. Buat kalian yang sering sakit hatinya, bawalah bertenang ya? Jangan nanti anak isteri atau mungkin juga suami jadi mangsa penangan sulung kalian. Not nice ok!

Monday, February 23, 2009

:: Magical Nite of PGLM ::

4 comments:
Taaarrrrraaaa!!!!

Malam yang penuh dengan emosi, kejutan dan magik! That's how i see it. Andai ku tahu betapa gemalainya lentok tari, merdu indah alunan melodi dan betapa hebatnya naskah ini...cK confirm akan buat kunjungan setiap kali ianya dipentaskan.


My first theater experience dan PGLM3 membuatkan ck rasa bangga dengan producksi pementasan teater tempatan. cK terserempak tuan direktor nya Dato Zahim Al-Bakry few times and all i said was just 'Hi Dato!'. I managed to catch few others familar faces includes Dato' Tom Abang Saufi (who thught i'm one of the fashion student, puhlezz!), Suhaimi Baba (nama je lelaki tapi dia perempuan ok!) , Azizi 'Chunk' Adnan (Spanar Jaya guy), Samatha Scubert (Red Kebaya), Lina Teoh (former Miss Malaysia). Oh, jangan tak taw orang kuat Celcom Dato Sazali Ramly pon ada!

Diri rasa amat beruntung dapat menyaksikan buat kali pengakhiran Datin Seri sebagai Gusti Puteri disamping laksamana idaman hati Tuah dibawakan tanpa pelat (despite the 's' pronounciation ada sikit cam ajai) oleh Stephen Rahman. Honestly, i dont know where to start or who deserve dipuji melambung the most. All of them contributes their level best to make the best of the wonderful play.

Prop.Costumes. Songs. Skrip. Vokal. lakon layar. Dramatari. Ahh..memang sangat indah! belum masuk elemen magikal dalam beberapa scene contohnya bagaimana Bayan dapat memetik api umpama ada lighter di hujung jari. Dan siapa tahu bagaimana Gusti Putri dapat hilang dibalik lingkungan kain batik jawa si Bayan? Babak Gusti mengganggu rombongan peminangan Sultan Mahmud yang menyaksikan nenek kebayan mucul di serata pentas. Menakjubkan!

Jalan cerita yang tidak membosankan dipenuhi dengan bahasa2 indah, puitis malah ada juwa jenakanya. Pat Ibrahim amat bijak menyusun langkah tari kareografi para pelakon PGLM3. The movement is sharp. Bravo. Err...i sempat congratulate Pat, give him a pat on his shoulder. Heheh..Sweet! Dan buat Roslan Aziz, dapat salam ngan u pon ok dah! Lagu2 dalam PGLM3 ni memang ai suka! Tapi sayang CD dah sold out!

The crowd? Happening beb! So supportive! Masa time break 20 minit tu, cK sempat la calling2 Mem sebab ada perutusan dari sana. Terbeli la polo shirt (kaler merah Gong Xi Fa Caii - kata Bamin), kad touch n go (i lost mine, ok...!) and the booklet. After the show, ada sessi otograf - meet n greet with the cast kat foyer. Maka, dapat la klik2 pica and signature depa. Wat an experience!

I will be missing PGL and TJ the most! Gosh, as this is my first experience i have sumhow set a high benchmark for the industry. What can be better than PGL? I challenge u!

Sunday, February 22, 2009

:: Ngantok! ::

No comments:
It's 10 am.
And I'm late for work.
Ahh..Its Saturday n m not going there u jerk!
It's time for tv and stress free from work
Let's sit and eat till u hear the 'burp!'
It's 2.00 pm
The MS Office trial version has expired.
Need to get the full version but i feel tired.
Need to prepare the slides or else i'll be fired
Why waste money when i can get a pirate?
It's 4.00 pm.
Still strugling to install the software bought earlier.
Made a calls to the vendor or was he the cashier.
This and that, do's and don't he keeps on repeating
Why does this damned software ain't working?
It's 4.30 pm.
And i have lost my patience.
Drove back to the store to get more explanations
Being given new disk with some steps being written down
Will it work this time around?
It's 6.00 pm.
Shit! It's not working still!
I'm running out of time, think i need a chill pill
Patience become nill, and i'm now sweating
I cant just sit and do nothing!
It's 9.00 pm.
I was at the office trying to get the thing that i want
My notebook has crash and i need another one.
Lucky Eddee gimme keys.
Or else i'll be pissed!
It's 12.oo midnite.
Leq texted and fetched me for drinks.
One hour - thats how long the conversation bring
Back home and i was terified by the time.
Dammit! Look at the time, look at the time!
It's 4.25 am.
I'm finally smiling to my disbelief.
I have done a good job, i guess i believe.
As sleepy as a pig, what else can i be.
Why should i wait when i can hear the pillow is calling me?
Buh bye!

Thursday, February 19, 2009

:: Makan With Style ::

5 comments:
The event was a success. Thanks to all the patience being born with. Moment i enjoyed most was the 'makan' part. I have to say this, u got style la! Suffered from kebuluran (not even breakfast plus yesterday's dinner was at 6.00 pm!) I kinda filled my plate with each of everything the serve.


Well, its not all actually. I have to pass the 'Bubur Gandum', 'Sup Rawan' and few others which has not been top up (during the time i take lunch la). Nope, i dun take nasi for tengahari - not today ok. I ate Kuey Teow Goreng intead. Yea yea..make no different, still tepung beras gak kan? Heh! Out of everything, the 'Air Sirap Bandung' was the worst i ever taste. Tasteless la korang oii. Tak kuasa mak!

The Seafood serving was excellent thou I'm not a big fan. Ada rasa mentega cair ditambah dengan keju...Nyummy! Cant recalled what's the dish name. En Isa has gimme some tips to have a better meal - by making your own mini burger!

Conincidenly, I have been craving for McD burgers for the past few days. Maka, apa lagi..! cK amik bun kasi belah dua. Amik salad plus thousand island tepek atas bread slice tu. Then, top it up with meat - goreng pepper + cili kering (thats how i remember thou its not the real name of the dish!). Terhasillah mini burger yang sangat menyelerakan tekak saya! WooHoo!!

Last but not least, for dessert cK makan jello je. Rasa lemonade yang memang menjadi kegemaran saya. Amik laici, stoberi (harus nih!) ngan dragon fruit buat hiasan sisi. Enak. This one cK kene share ngan Ayu. Tak larat nak bedak sorang2. Kot kalau Abam Zool ka K.E ka..memang tak sampai 5 minit abis sumer menda kat atas tu. Hehehe. Tq Lanai!


:: Mai2 Kita Ke Lanai! ::

No comments:
Semalam tak semena-mena cK terpaksa berpusu ke Lanai Kijang. Kalau korang rasa Lanai ni tempat mandi manda ala-ala Lata Kijang, maaflah yer? Tak dapat den nak nolong. Lanai Kijang adalah sebuah tempat yang dikhaskan untuk kakitangan Bank Negara untuk melakukan aktiviti riadah / berkumpulan.
Ada dewan pelbagai guna, bilik2 untuk menginap, sport center dan tak lupa kolam renang. Macam mana cK leh sesat kat sini? Tujuan sebenar nak tengok lokasi untuk Career Fair conducted by us la. Takde appointment or notification, tup2 dengar suara sumbang "We are going to lanai at 3pm!). Whadehel!

It is a nicely setup venue. Memang patut la pun dengan RM70 juta spent to build it. Terasa mewah sungguh. Thou rasa sakit hati ngan perangai sesetengah pihak, managed to release it with a beautiful scenary. Rasa sejuk sikit hati yang membara nih. Plus, i can snap lots of picture too! Takleh la nk sumbat sumer kat sini, nanti cK upload dalam FB ok?

Dah abis2 tuh, kitaorang jenjalan masuk Tasik Perdana plak. To be exact - Jalan Tanglin. Ada sebuah gerai nasi lemak yang dah lama bertapak kat sini dan amat famoous sekali. Even mama cK pon pernah mention berkali2. So, took a chance to taste it yesterday. Beberapa keping gambar je yang cK amik pon sebabnya kedai dah nak tutup.

Anyhow, dengar katanya kalau hujung minggu orang akan beratur panjang untuk membeli nasi lemak. Mesti special banget kan? Ikutkan deria rasa cK, biasa2 je la. but i like the nasi. Yes, the the nasi alone. Its not like other place yang tak rasa sangat kelemakan santan (Malis punya ok la, plus akak abang yang meniaga dekat depan BSN Melawati tuh! Nyaman!) . This one, nasi memang sedap.

Makan-makan dengan ahli2 kumpulan yang lain, sambil ngumpat sebarang dua kitaorang berpisah. cK ngan Anggun g berjalan-jalan kat Tasik Perdana tuh. Takde la sampai satu round. Pusing2 gitu je. Nak tengok tumbuhan. Tapi yang kitaorang banyak jumpa adalah kapel mapel yang sedang merendek. Ape kes la!

Dah berpeluh ala kadar, kitaorang pon balik umah Anggun. Bukan apa, saja nak lepaskan time jem je. Lagipun, member dah kata nak anta balik. Yey! Takper lah cK rela dikidnap...janji anta balik! Sampai umah je, badan dah rasa seram sejuk. Macam nak demam je nih! Alahai...not again!

Wednesday, February 18, 2009

:: Berkemban pon Berkemban lah! ::

7 comments:
Indah sungguh panorama
Seri seribu warna..
Oh la la...tropika....

Kau buat ku kata..
Ohh la la la la!!!!
Setiap masa....
Ohh la la la!!!!


Riang gumbira rasa di hati pabila tiket ada di jari.
Senyum lirik tanda ria
Bakal bertemu puteri jelita
Menari gemalai di samping perwira


Need i say more??? Yey!!!


Tuesday, February 17, 2009

:: Perkara Mudah Dibuat Susah ::

8 comments:

Dalam perjalanan ke pejabat hari ni (yey! mintak mama anta lagi!), cK berfikir tentang sesuatu yang mungkin telah lama berada dalam benak pemikiran korang semua. Isu lama dan mungkin basi tapi masih tiada perubahan.

Adakah itu tanda-tanda mentaliti dunia ketiga orang-orang di Malaysia? Kalau nak diikutkan, perkara-perkara yang bakal cK senaraikan kat bawah ni semuanya senang-senang sangat. So practical! Tapi kita nih susah nak buat. Kenapa yer?

Jom skodeng!

1) Memotong line bila tengah jem
  • Ni memang menyakitkan hati. Dah la jalan tengah sesak, lagi korang nak mencelah2. Tak boleh ke kalau ikut je lane tu? Macam kat MRR2 just rite after simpang ke Bukit Antarabangsa ada satu simpang ala2 roundabout tak jadi tempat nak masuk ke Baverlly Hills tu. Kat situ pun sanggup orang korner semata2 nak potong 2 3 biji kereta yang kadang2 end up balik ke posisi asal. Ntah apa ntah!
  • Kenapa ? Diaorang nih semua rasa diaorang je ada lesen dan layak bawak keta atas jalan. Plus, ada yang jenis memang suka kuar lewat pehtu kelam kabut nak sampai awal.
  • Apa nak buat? Kawal pemanduan korang, jangan bagi muka. Kalau tak paham bahasa, korang hon je! Oh, kan besh kalau leh langgar je! Hehehe.
2) Buang sampah merata sesuka hati
  • Pantang ada pembalut gegula, puntung rokok, tisu...and the list will go on. Punya banyak ada tong sampah, kat tengah2 jalan tu jugak la nak campak. Tak kiralah yang tengah berjalan atau yang dalam kenderaan. Siap boleh buka tingkap semata2 nak buang tisu masa kenderaan bergerak.
  • Kenapa? Kurang cerdik. Alasan biasa : Lahai... kan ada DBKL, MPAJ dan segala majlis perbandaran la nak bersihkan nanti. Kalau tak dorang takde kerja plak nanti
  • Apa nak buat? Daripada korang sepah merata, baiklah simpan dalam beg ke, poket ke. Balik umah, buang la. Kalau bawak keta plak, make sure ada satu plastik beg untuk buang sampah je. Kalau rasa malas, cuba bayangkan kalau orang main curah sampah atas tempat tidur korang. Suka tak?
3) Makan kat fast food restaurant
  • Time dah kat kaunter tuh bila cashier kata "Order pls"..time tu la baru nak dongak pikir nak makan apa. Duhhh!!! Tak bley tahan betol cK ahh!
  • Kenapa? Sepanjang2 line beratur tadi taknak plak fikir sebab deaorang sibuk sembang2, layan sms.Dah puas terkikik2 baru muka biru bila orang mintak order. Tak pon kang, mula la tukar order 2 3 kali. Sengal!
  • Apa nak buat? Tolonglah fikir apa yang korang nak makan sebelom korang sampai kat tempat tuh lagi. Kalau boleh, sila buat backup sekali kot2 apa yang korang nak makan tu habis ke, tak jual ke. Kan senang?
4) Bagi tempat duduk untuk unfortunate, ibu ngandung dalam pengangkutan awam
  • Time sesak2 masing2 macam sardin dalam tren (sebagai contoh) ada pula seorang ibu mengandung. Orang-orang sihat yang duduk ni, buat2 tak nampak. Ada yang pretend tidur sebab malas nak bangun berhimpit ngan orang lain. Sapa suh ko lambat kan? Ha, camtu la konsep dia.
  • Kenapa? Diaorang nih mungkin dilahirkan tanpa hati perut. The catch is "first come fist serve". Sapa naik awal, dia la dapat seat! Apa plak nak bangun2 bagi orang lain dok. Yang ngandung tu pun, lain kali suh ah laki beli keta ke apa. Yang buta, ala...diaorang tak nampak apa pun. Takdehal lah! Sengal kan orang2 nih!
  • Apa nak buat? Korang sound je kuat2 kat orang2 yang tegar tu. Kalau dia buat derk, korang cuit je dia, tepuk2 bahu ke apa. Kasik satu mesia dengar. Lantaklah, apa nak malu! Dah terang2 tulis kat situ, seat tu untuk orang-orang kurang upaya bukan kurang daya!
5) Couple / Makhluk yang makan dalam tren
  • Dahlah beli keropok lekor or hatta roti john sekalipun, bau semerbak dalam tren. Saja nak eksyen ke apa tuh? Pehtu sebok mengunyah2 depan orang beria2. Macam tak bleh tunggu sampai umah baru membaham.
  • Kenapa? Dorang buta mungkin? Kan dah tampal stiker kata no food and drinks allowed Ala..yang gamba burger cross tuh. Maybe sebab dia guna gamba burger maka diaorang ingat makanan lain bole makan la kot dalam tren nih.
  • Apa nak buat? Korang siku je couple2 yang main suap2 dalam tren tu. Tenung sampai juling. Lagi best tanya "Aiii?? Keropok lekor je??? Kenapa tak buat piknik je dalam ni?" Sambil tuh korang tunjuk stiker no eating tu.
6) Kencing / Berak tak flush kat tandas awam
  • Pengotor gile! tak kira tandas laki or pompuan baunya toksah nak kata la...Tobat weih! Memang putus selera. Sebab tu la cK sanggup tahan je niat nak melepas kat tandas awam ni, sanggup balik umah taw! Bayar 20 ok la lagi ni ada yang 50 sen tapi keadaan toilet? Perghh!!! Bwekk! Haktuih!
  • Kenapa? Jakun! Umah depa takde tandas or memang saja nak bagi kerja kat pencuci tandas tu. Takkan nak makan gaji buta je kan?
  • Apa nak buat? Ni susah sikit la..Kena la pandai2 cari tandas yang bersih or else kena tahan je la. Apa bole buat kan? Sambil2 tuh beritahu la kat akak yang jaga toilet tu suh bersih2kan tandas tu.
Rasanya macam banyak lagi benda2 yang mudah dan senang tapi orang2 negara kita ni susah nak buat. Apa kata korang?

Monday, February 16, 2009

:: The Two Morning ::

5 comments:
I have a great weekend. Not because it is Valentine's and I've dated anyone (if having dinner with a bunch of nice, warm people counts - then yes i've dated them!).

Saturday's morning kick off with my personal favorite - The Curious Case of Benjamin Button. Kurosan has made such a good review on this David's Fincher's latest masterpiece. It was adopted from 1920's story by F. Scott Fitzgerald, starring Brad Pitt and Cate Blanchett as main actors. It managed to make me cries half way towards the end. Feel emberased at first but then i heard others cried too!

Beautiful script and cinematography, i'm pretty sure i'll be able to watch it another round. Hint : Who ever needs a company to watch the muvie, i sincerely offers me, myself and i. Hehehehe. Having 13 nominations for Academy Awards - Best Director, Best Actor ( to name a few), i believe they will win at least 5 maybe? Wonder when will Malaysian muvee will have something simillar. For those who have not watch it, go. Trust me, its worth every single penny u paid for. Lucky me to get a chance to watch it with my loved ones.


The very next morning - Sunday, the whole family went to TGV KLCC to watch the first ever 3D animation done by our local people; Geng : Pengembaraan Bermula Bersama Upin & Ipin. Full house ok! I finally learn something, in order to save your cash u better watch the earliest show i.e. 10.30 am or as long as it is before 11 am. Why? You will get the early bird rate even it is weekend. I'm not sure whether it applies on Public Holiday.

Yes, i paid for all the tickets. The reason being - to have the whole family to support the local product. No use to kutuk if you have not experience / watch the outcome (that's the reason why i dun make any harsh comment on Cicakman 2). Overall, i enjoyed it much. They works brilliantly ( at least for the 1st attempt - still new). Thanks to all the people behind the scenes who have finally made it happen to the big screen ( i was told it was a 3 years project!).

We need more of this to keep our entertainment industry alive. Agree? Betul betul betul betul!

Hari Berkasih Sayang

5 comments:
Seperti satu kebiasaan 14 Februari akan menjadi salah satu tarikh pilihan untuk berkumpul. Get-together kinda thing la. Sesi beramas mesra gitu. Kali ni awal-awal lagi cK dah dapat sms dari Rijal - our favourite waiter kat Kunang-Kunang tentang reservation.

Maka, cK pon reserve 1 table for 4 people. Teringin nak merasa 2 menu baru yang ada which happen to be Cupid Lasagne and Spagethi with Steak. Apa pun, maaflah ye cK lupa nak snap gambar makanan. Gambar2 model tak berbayar je yang banyak! Harap maklumlah yer, saya kan gile kamera. Sob sob sob...(Hint2 suh kumpul dwet belikan untuk bufday tuh..Aiyaks!)



The food is good. Place setting is nice oso. Macam tahun lepas, tempat ni akan bergelap dan cuma diterangi dengan cahaya lampu kelip - bagi membangkitkan mood kunang-kunang dan juga cahaya dari pelita yang diletakkan di atas setiap meja.

Atas hint-hint yang diberikan oleh Mira, maka tengahari Sabtu tu cK ngan Leq terpaksa pusing keliling nak cari hadiah. Ada prezzie exchange la plak! Ampeh! To my surprise, i couldnt find anything that can impress me until i saw one cute clock. Jam loceng lagi tu!!! Walaupun ada sesetengah kaum yang kata tak elok beli jam ni kan (macam menghitung hari kematian, perpisahan dan lain lain) , cK ada motif lain.

Let me be the first to wake them up (thou not phisically) but at least..bunyik bingit jam tu dah cukup untuk mengejutkan mereka menghirup udara pagi dan menjalani hari dengan penuh rasa happy! Waahh...boleh gitu? Jiwangers mode sudah kembali ...he he he...

Buat Norsherliza dan Nulimah Mira, saya sayang anda!!!


Friday, February 13, 2009

:: To All My Dearest ::

4 comments:

Sayang Korang!

:: Jual Ikan La Lu Olang! ::

4 comments:
Hish..Pagi ni dengan selamba kataknya cK mintak mama n papa anta g opis. Bukan ada apa pon yang urgent ke apanya. Tak lambat pon kalau naik LRT tuh. Semuanya gara-gara Hot Fm! Yup, stesen panas itu lor.

Pagi nih sapa yang dengar sure tahu kan hot chat pasal lagu2 cinta korang. Sapa nak buat permintaan ke apa memang dialu2kan. Cuma insan terpilih je yang akan ke udara dapat buat luahan perasaan. Tu yang cK exciteg sangat tuh. Ada lagu2 yang da lama tak dengar. Masuk2 keta je dah denga suara As Feminin..sonok la sangat.

Dek nak melayan lagu2 olskool ni, tu yang suh mama anta g keje tu. At least leh layan lagu2 time jam yang berjela kat Jalan Genting Kelang tu kan, kan, kan?

Habis satu bab nak cerita satu bab lagi. Pagi nih masa dalam perjalanan nak ke ofis, 2 kali cK tembung ngan ambulan. Mula2 tak sedar, tau2 dah bunyi siren. So sebagai pemandu berhemah Papa pon ketepi la..Nak bagi laluan kat ambulan. Dah bunyi siren mesti la ada kecemasan. Betul tak?

Yang jadi panas hati ni bilamana ada driver2 yang bodoh sombong, buat pekak dan ala2 terkebil2 tak taw nak buat ape. Clueless dan blur cap ayam! Dah tu boleh plak buat muka tak bersalah! Innocent sangat la kononnya!

Nak dekat 10 minit ambulan tu sangkut. Tak dapat nak gerak. Memang jalan tengah jamming the nation. But then, kalau masing2 tak jual ikan (selfish) dan beri laluan kat tengah tu...boleh lagi ambulan tu cerlus aihhh...

Takde sivik langsung la depa2 nih. Kot dalam tu orang tengah bertarung nyawa. Korang sedap2 je tegar dok tengah2 dunia takde rasa apa? Tu time orang lain, kot esok lusa time korang plak? Apa maw cerita?

Thursday, February 12, 2009

:: My Type ??? ::

2 comments:
Lovely Lady
You are lovely and caring. You help others and spread out a lot of sympathy. Your life aim maybe is to serve the people. But your weakness is that you forget about yourself, your own needs. All your time is hold back for your friends and family. You are always there for people in trouble. Ready for any emergency. You make a lot of sacrifices just to be a good human. But every woman has her needs, her longings and a destiny. Don't loose yourself in work or curing other people's souls. You will have your own problems in your life. Another problem is that you don't say your opinion when it's right and important to say it. People trample onto your soul if you are always so kind and lovely and helpful. They will play on you. Though you should try to relax more and enjoy your life, you should not loose the gift that was given to you to help others . Not everyone is created this way... You are uniqe and rare!

p/s : I tak tipuuu ok !!!

:: Jom Belajar Cakap Cina ::

No comments:
Funny one...

You MUST read them out loud or it doesnt make as much sense...
For those who find it hard, refer to ( ). Have Fun!

1) Thats not right........ Sum Ting Wong
(Something wrong)

2) Are you harboring a fugitive................... Hu Yu Hai Ding
(Who you hiding)

3) See me ASAP............. Kum Hia Nao
(Come Here Now)

4) Stupid Man...................... Dum Fuk
(Dumb F**k)

5) Small horse... Tai Ni Po Ni
(Tinny Pony)

6) Did you go to the beach?... Wai Yu So Tan
(Why you so tan)

7) I bumped in to a coffee table... Ai Bang Mai Fa Kin Ni
(I bang my f**cking knee)

8) I think you need a face lift...
Chin Tu Fat (Chin too fat)

9) It's very dark in here... Wao So Dim
(Why so dim)

10) I thought you were on a diet... Wai Yu Mun Ching
(Why u munching)

11) This is a tow away zone... No Pah King
( No parking)

12) He's cleaning his automobile... Wa Shing Ka
(Washing car)

13) Your body odor is offensive... Yu Stin Ki Pu
(You stinky poo)

14) Great... Fa Kin Su Pah ( F**cking super)

Wednesday, February 11, 2009

:: She's A Pilot ::

2 comments:
I received an email from one of my colleague. The title itself has amazed me - "Armless Girl Gets a Pilot License". For real? Born armless, she must have gone lost of obstacle in her journey. She loves ballet so much and as you can see she swims too! Yeah, swimming - get urself floating in the water and moves like a fish! Dem! I cant swim!

Being normal myself (minus the excess body fat), I don't even think or dare to have myself struggle with all the Physic theory, equation and stuff then sit for an exam just for the sake to be a pilot. But this woman has made it thru! Kudos to her!That's girl power!

Put me to shame, I should have done better than her. With all the capabilities that i have, i should have used it to the maximum and for a good course. With this bare hands i should have done things that can be proud of, make me feel good as a human being which can wow others too.

But i guess, we always take things for granted. With all the blessed from the Almighty we should be grateful with what we have and learn to bring out the best of it. Stop complaining (this would be hard) but try to handle things in better picture.



Tuesday, February 10, 2009

:: PGLM 3 - Last Shot! ::

No comments:

Puteri Gunung Ledang: The Musical’s third season, brought by Enfiniti Productions Sdn Bhd, will run until Feb 21 at Istana Budaya, Kuala Lumpur. The musical’s sponsors include RHB Banking Group, Public Bank, UEM Group Berhad, Ntv7 and Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Tickets for an encore performance on Feb 22, 8.30pm, will be available from Feb 11 through Axcess Tickets (www.axcess.com.my), at Istana Budaya, and through the ticket hotline (tel: 02-77115000). Prices range from RM30 to RM350.

Sumber berita dari sini.

p/s : sapa nak tolong g beli nih!!!!???


:: cK Juwa! ::

5 comments:
klik la kasi busat kalau tak percaya!

Aduyaiii!!! Wahai olang2 kampung semua..Ini hali wa mawu belitawu lu olang ahh..wa ade jumpa satu lagi kembar tak selupa.

Mula-mula masa wa baca lia punya nama...mata wa suda bulat2 busat2 tak percaya. Tapi apakan daya..memang nama lia sama ngan nama wa di alam maya...Oh No! Nama lia pon cK juwaaa!!!! Plagiarisme telah berlaku di sini!

Tapi tidak mengapa...Bukankah kita memang dilahirkan bersama2 tujuh lagi olang yang sama lupa dan lebih lamai lagi olang yang sama nama? Tapi..wa yakin, wa lagi best dali lia...Lu lasa2 macam mana?

Monday, February 09, 2009

:: Jom Masak!!! ::

6 comments:
cK nih ada mood sikit kalau nak masak. Bila time rajin sangat, mulalah otak nih fikir macam-macam disamping plak tekak merasa-rasa je certain taste. Hari Sabtu lepas cK dan family ke pasar malam. Best woo pasar malam kat sini, sampai tiga kali seminggu! Itu tak kira lagi pasar tani plak.


Macam-macam yang cK beli antaranya daging lembu dan sayur kailan. Ha, kalau nak tahu inilah dua elemen penting dalam favourite dish cK. Daging ni selalunya cK suka buat masak lemak cili padi dan kawankan dengan sambal belacan. Tak lupa mesti ada kerabu ulam or kangkung goreng ke.


Kot kalau kailan tu sah sah cK suka goreng ngan ikan masin. Memang terbuka je selera mengadap juadah, sampai bertambah. Tapi, untuk hari ni daging tu cK tak buat gulai lemak cili padi pun. cK buat daging masak merah je. Huhu..itu pun kira favourite dish gak. Daging merah cK pedas ok, dan mesti ada daun limau purut. Ada sesetengah orang suka rendam dalam sirap. Oh please..Not me!

Untung ke sapa yang memperisterikan cK nanti? Tepuk dada tanya selera ok. I'm not perfect pun. Masak pun suka-suka je. Terima kasih kat Mama yang suka masak. Maka cK akan curi2 tengok skill masak Mama kat dapur tuh. Cumanya cK nih lebih vitamin M. Camno tuh?

:: Fitness First ::

11 comments:
Setelah hampir seminggu befikir-fikir tentang berat badan, bentuk badan cK yang cumil nih makanya, cK ambil keputusan untuk mendaftar diri di Fitness First.

Thanks to Syihan yang beria-ia buat follow up and he is cute ok! Tu yang tambah semangat lagi tuh nak memantopkan diri kasi meletop! Ha ha ha. No la, i think its about time for me to do sumtin to myself oredi.

Last year konon nyer target 08.08.08 nak jadi bootylicious haram tak kemana pon. Tahun nih harapnya before jejak angka 3o tuh (tahun depan) i manage to achieve my target. I do feel good about myself but i want to feel better. Tak salah kan?

cK pon dah tanya-tanya pendapat few frens and orang2 sekitar. Ada yang kata Ok, ada yang kata bazir. Well guys, i will try my best to use the best of every single cents i spent on the program. Satu lagi, manalah sangka kalau ada jodoh di sana. wink wink!

Lagi satu. dapat juga cK isi masa lapang ngan aktiviti baru. Takde lah dok nak meraban abiskan RM semata2 tengok wayang, makan, jenjalan semata-mata (walaupun aktiviti itu bakal diteruskan juga, tapi kuranglah kot). Wish me luck korang!

Saturday, February 07, 2009

:: Rojak! ::

4 comments:
Tet tet teeettt...

Tet tet teeetttt...

"ROJAKKKKKKKKKKKK!!!!!!"


Setiap kali hari Sabtu, kitaorang satu family memang menunggu uncle rojak buah nih. Petis yang dia pakai memang nyummy la. Ada keropok udang ngan cakoi kering yang terbaek!

Buah-buahan yang uncle tuh campur pun ada banyak. Betik, mangga, jambu batu, jambu air, nenas campur plak ngan timun, sengkuang, kacang tanah...Waduuihh...memang tangkap syahdu i tell u!

"Mau pedas ka takmau?"

"Mauuuu..."

Hasilnya, uncle tu akan tambahkan cili ngan belacan. Bila makan je rojak tu nanti toksah kata air mata, air liur malah air idung pon boleh meleleh. Sedu sedan je masing2 layan rojak buah tu. Harga dia kalau satu bekas polisterine tu RM4.50. Tapi kitaorang nih suka bagi mangkuk je kat Uncle tu senang, lepas makan basuh. Taklah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar (pergh! ayat cK).

p/s : Amacam, terliur tak?

Friday, February 06, 2009

:: Nakal ::

12 comments:
Sedang asyik berbual ketika sarapan pagi tadi bersama-sama ahli-ahli mesyuarat tingkap opis, keluarlah satu cerita yang tak pernah cK beritahu umum. Kami bercerita tentang cara-cara nak balas dendam.

Bukanlah jenis berdendam sampai tahap nak buat aktiviti syirik segala santau busung semua tu cuma bagaimana kita boleh melegakan minda kita bila tensen dan sakit ati di 'kena'kan oleh seseorang.

Selalunya orang akan kata nak calarkan kereta, bakar rumah, pergi hentak dan sebagainya. Tapi tak pon buat akhirnya kan? Well, meh sini cK nak kongsi ngan korang betapa evilnya cK di suatu ketika dahulu.

Ada sorang minah nih (opppss...nama dan lokasi adalah rahsia!) selalu bikin panas. Dah la jenis suara pitch ke laut suka sangat nak tengking-tengking. Hatta nak menanya menda senang pun nak jerit-jerit. Bukanlah jauh sangat pun cK ngan dia, tak sampai berapa tapak!

Tak cukup ngan tu, keje dia kita plak kena cover. Dia taw nak petik-petik dapat result je. Tak ke geram? Bila kita OT dia boleh plak takmaw approve, main kensel2 takmau inform kita. Nasib boss lagi besor, overwrite kegilaan minah tuh. Maka I got my salary + OT in full ok!

Kalau sesekali dia short circuit, mungkin cK tak kisah sangat. Ini tak, hari2 beb. Mintak nyawa! Bila dia tak datang tu rasa merdeka sangat. So...setelah lama cK dok fikir2 apakah jenis pembalasan dendam terindah yang cK boleh buat kat minah nih..I finaly came out with an idea which will let her suffer for a while.

Dengan bantuan beberapa helai kertas putih komputer, cK type :

ROOMMATE NEEDED!
- NEAR LRT / GIANT / CARREFOUR
- 17 km FROM CITY CENTRE
- FULLY FURNISHED

CALL ****** AT 012-3456789.


Part ****** tuh cK buh nama minah psiko tu dan off course number HP dia. cK tampal 5 kepipng kat different2 location which involve few bus stop and LRT station. For the rest of the week , hp dia hotline!

Kui kui kui...dan dia membebel2 la orang mana ntah tipon cari rumah. Dari mana ntah dapat advetisement dan segala bagai. cK tunjuk kesian tapi at the same time tersenyum puas! Lalalala! The sweetest revenge!

Nasib cK buh sewa umah, kalau buh benda lain? Ahahahah! Beware!

Thursday, February 05, 2009

:: Kambing Bin ?? ::

2 comments:
Semalam merupakan haru yang agak best dalam minggu ni. Bukanlah sebab cK dapat duit terpijak atau ada orang masuk melamar tapi hati cK sangat happy.

Sapa2 yang jarang-jarang bukak MukaBuku mungkin tak perasan sangat tapi sapa yang masuk akan perasan yang cK buat trivia teka teki semalam. Yelah, daripada rasa ngantuk dan blur petang2 hari kat opis ni, cK cuba bagi peluang kat sumer kawan2 menggunakan akal mereka dalam menyelesaikan teka teki yang cK sediakan.

Sambutan yang diterima? Jangan cakaplah, havoc beb! Sampai ke tahap cK offer nak banje makan mula la lagi depa2 tuh semangat giler nak jawab. Meh refer kat bawah soalan yang paling cK suka.



Pasni, korang leh dapat idea nak tanya orang sebelah, jejiran, skendel korang soalan maut nih. Hari ni cK layan trivia story telling...Masing2 kelaut sudah!

Wednesday, February 04, 2009

:: Pantun di Hari Rabu !!! ::

4 comments:

Hari ini hari Rabu
Esok pula hari Khamis
Pagi2 dah sakit hatiku
Rasa macam ingin menangis

Naik tren ke tempat kerja
Dengan harapan sampai segera
Kat KLCC announcement bergema
Minta turun serta merta
Kerosakan teknikal kata suara latarnya

Mula rasa nak teriak aja
Fikirkan malu ku diam saja
Orang sebelah mula berlaga
Tak mau mengalah nak menang saja

Lima belas minit ku buang masa
Menunggu tren tak kunjung tiba
Dapat naik, aircond plak takda
Mula berpeluh macam-macam bau ada!

Apalah nasib pengguna Putra
Asyik2 masalah saja
Naik kereta jem peningkan kepala
Tiap hari nak mintak nyawa

Kalau aku ahli silap mata
Lama sudah ku kerdipkan mata
Dari rumah zass ke tempat kerja
Tak perlu minyak, jimat tenaga!



Monday, February 02, 2009

:: Gaza @ Istana Budaya ::

12 comments:
Hari ini cK masih lagi cuti. Yea, Hari Wilayah jatuh pada hari Ahad maka kenalah ganti Isnin. Lepas dah hantar Dekdek ke skool, cK jemput Ewok balik skolah then pegi bertenet ngan Leq. Uppdate gossip2 terkini then melawak ala kadar, cK balik umah dengan rasa happy.

Then , dalam pukul 3.30 ptg ada temujanji cK ngan Dilla plak. We head off to Laman Baiduri, Istana Budaya for "Doa Buatmu Palestine" event. I admit, last entry i am fully emotional about the fund raising project which been telecast live @ Ass-tro.

cK rasa terpanggil untuk melihat sendiri apakah jenis kerja amal yang diusahakan oleh Erma Fatimah dan Umie Aida dengan bantuan pihak kementerian dalam usaha untuk membantu masyarakat Gaza. Untuk pengetahun korang semua, acara ini bermula pada Ahad, 1 hb dan berakhir 2hb Februari 2009 dari jam 10pg - 11 malam.

Dengan cuaca yang agak panas pada awalnya, segalanya berjalan lancar. Dengan kehadiran Azwan Ali (diva hangswang), Nazril Idrus (Sazzy's hubby) dan Imuda dapat menarik minat pengunjung untuk sama-sama berhibur dengan persembahan yang diadakan.

Antara artis-artis yang sempat cK dan Dilla tonton persembahannya adalah Alia, Bienda & Sheeda, Art Fazil, Fazli Zainal, Dr Fazley, Saeirah, Saida AF, Akma dan tak lupa Abam Imran (just to mention a few). Hujan yang turun dengan lebat di pertengahan persembahan agak mengganggu kelancaran konsert.

cK sempat beli t shirt yang ada printed catchy line and Ctea teh pandan. Seyes tak penah dengar or tahu ada Teh Pandan. Terjebak membeli maka dapatla amik gamba ngan Tok Ti! Yey! Ramai lagi selebriti lain yang turun padang dan membuka gerai masing-masing bagi menjayakan program ini. Sesekali nampak selebriti berniaga, apa salahnya kan?

Sekarang badan cK rasa panas2 mungkin kerana mau demam gara2 kena hujan lebat tadi. Apa mau buat, terima sajalah. Enjoy the pix folks!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...