Friday, October 30, 2009

:: I.S.A oh I.S.A. ::

No comments:

Dialog-dialog aneh yang pernah cK dengar sepanjang berbakti untuk company:

Dialog 1 : Cek Isa nyer telur mana?
Ini terjadi bila Cik Isa order roti telur tapi yang sampai roti canai kosong.

Dialog 2 : Cek Isa takde telur lahhhh.....!!!!!
Ini terjadi bila Ayu order roti telur tapi yang sampai roti canai kosong.

Dialog 3 : Taknak telur Cek Isa!
Ini terjadi bila Cik Isa tanya cK nak roti telur ke roti canai biasa.

Dialog 4 : Kenapa Cek Isa nyer tak function?
Bila Ayu tengok skrin komputer Cek Isa dan ada function yang tak boleh pakai.

Dialog 5 : Cek Isa punya besar!!!!
Bila apa2 menda dalam pinggan Cek Isa dapat yang lagi besar dari kitaorang semua. Mana aci!

Dialog 6 : Tak mau Cek Isa punya...!
Bila apa2 menda yang Cek Isa offer tapi kitaorang tak mau

Eh...korang fikir apa ah?

Haip!

:: Inglourious Basterds

2 comments:

cK bukanlah peminat cerita perang. Apatah lagi nak ambil tahu segala Perang Dunia, Nazi segala. Tapi! Inglourious Basterds buat saya suka tengok cerita gelap ni. Haip! Bukan sebab adanya Brad Pitt semata-mata ya. Sebagai pengarah, Quentin Tarantino berjaya menghidupkan setiap watak dan plot cerita.
Dengan tajuk yang agak kasar, cukup untuk membayangkan penyiksaan yang ada. Namun begitu, korang jangan salah sangka. Filem ni cukup dengan gabungan pelbagai elemen. Sedih, gembira, cinta..jenaka pun ada. Watak yang best :

Shosanna Dreyfus - Jew yang lari ke Paris - jadi tokey panggung dan nak balas dendam kat Nazi yang bunuh family dia.

Colonel Hans Landa - Nama glemer dia The Jew Hunter. Kolonel Nazi yang jahat giler dan menggunakan pendekatan psiko dalam interogation. Instinct dia yang sangat power dan menggerunkan.

Bridget Von Hammersmack - Aktres German yang belot dan berkomplot untuk menjatuhkan Third Reich. Kira nak suh nazi gulung tikar la ni.

Lt. Aldo Raine - Ha..ni Brad Pitt la ni kan. Dia ni Jewish American soldier yang jadi kepala untuk the Basterds. Kira method balas dendam dorang ni cam Apache.

Donny Donowitz - Badan besor giler orang panggil The Bear Jew. Part paling best bila dia sebot 'Margariiitiiii....'

Sgt. Hugo Stiglitz - Jenis panas baran dan membunuh tanpa perasaan. Kira yang paling kejam la.


Babak2 yang korang akan teruja:

1. Each time Landa interogate orang. Memang sangat gerun. Nak tipu pun cam tak sanggup.

2. Bab Aldo toreh logo Nazi kat dahi orang2 Nazi yang kalah. Konsep : You may take off your uniform, but i will give u sumtin to make you different from others so that we kno who you are.

3. The Basterds toreh 100 scalps of Nazi's.

4. Transmission from Chapter to another chapter.



:: More Books ::

4 comments:

" A woman who knows she wants to be married and raise a family and lets a man know this upfront is a keeper; a woman who doesn't have a plan for her relationship life beyond next weekend is a throwback" - Steve Harvey
It happen that I watched Steve appearance in Oprah last week. He talked about relationship, the expectation - men vs women. Depsite the fact he is a hugely successful stand-up comedian who now host 'Steve Harvey Morning Show', he did pretty good in writing thou.
The book - Act Like A Lady, Think Like A Men makes me realize that men is not a complicated creature to understand. It's not about messing up the signal and think beyond from what it should be but to give and respond accordingly.

Men by nature will - Profess, Provide and Protect their Women. Whereas in return all they're asking are Support, Loyalty and Cookie. By saying cookie...its either their belly or their needs for pampered, caress, also known as sex. As simple as that. Steve also reveal the truth on why men cheats also the five questions a single lady should ask before she decides to go for a deeper relationship.

A good reading material for single, couple and not fogetting the married people. You will then understand your man better. On the plus note, now you have more clues on the criteria need to be spotted when you go for your man-hunt. Must read!

Tuesday, October 27, 2009

:: Lari Laju-Laju ::

No comments:


Dalam kehidupan seharian, ada 1001 perkara yang harus kita tunaikan. Yang wajib pada Pencipta, sunat dan yang memang menjadi tanggungjawab pada yang tecinta. Terlalu banyak perkara yang harus kita lakukan dalam satu-satu masa. Dan dengan itu, ada masa dan ketikanya kita tergelincir seketika.
Tak sempat bertatih, terpaksa mengejar arus masa. Ada kalanya terpaksa pula mendahului detik rentak putaran jam agar kita tidak ditinggalkan. Dalam menghayun langkah dan mengatur strategi kehadapan, kita akan berdepan dengan pelbagai dugaan. Kecil, besar masalah itu sudah menjadi lumrah. Hubungan bisa goyah dek kerana amarah.

Menyelesaikan perkara bukan perkara mudah. Namun, bila difikirkan semula tujuan kita dilahirkan kedunia bukanlah untuk bersengketa. Masa terlalu mencemburui umat manusia dan ianya boleh menyebabkan kita hidup dalam kerugian andai tiada manfaat yang diperuntukkan.

Terlalu singkat masa yang diberikan untuk kita sering bermusuhan atau sentiasa melahirkan ketidak puasan hati atas segala apa yang terjadi dalam kehidupan seharian. Cara paling mudah dan murah untuk menjalani kehidupan adalah dengan mengikut atur rentak tanpa banyak memberontak. Setiap sesuatu itu dijadikan ada beralasan. Dan setiap sesuatu yang berlaku itu adalah ketentuan. Belajarlah menerima kenyataan dan lupakan hidup yang penuh dengan alasan.
Sesekali tersasar langkahmu, segeralah pulang ke laluan asalmu. Andai kamu terlalu buntu, hati2 ketika memilih laluan baru. Ia bakal memberi dimensi baru yang mungkin tak tercapai dek akalmu. Fikir sedalamnya sebelum kamu berkata-kata. Pepatah lama ada berkata "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Tak perlu jadi susu, jangan jadi nila. Cuba kaji peranan belanga. Ia masih menerima segala sesuatu itu walaupun perubahan telah berlaku.
Perubahan itu perlu. Bukan tanda kegagalanmu, namun bukti keberanian mencuba sesuatu yang baru.


:: A.S.A.P ::

No comments:
Fuuhhh sana...Fuuhhh sini...
Hembus sana....Hembus sini....
Kepul sana....Kepul sini....

Aduyai! Seriously, i am not so against smoking. Memanglah merokok tu membahayakan kesihatan, merosakkan paru-paru dan apa saja yang bersangkut paut dengannya. Tahun demi tahun, harga rokok pun dinaikkan demi mengekang penjualannya.

Tapi! Boleh dikatakan penduduk negara kita ni terutama abang2, pakcik2, malah mungkin juga atok2 sangat tegar orangnya. Fund allocation untuk rokok ni memang tak pernah miss.Paling2 tak pun kalau dulu hisap Dunhill ke Salem ke...sekarang ni mungkinlah Sempoerna or Gudang Garam. Fine, duit korang...pandai2lah nak allocate camne pun kan.

Yang tak best, bila orang2 ni duk hembus2 asap2 beracun dorang ni kat orang2 cam cK ni. Eiii, cik abg...saya tak minta hatta sekelumat pun nak merasa sedut asap rokok tu. Dah penuh dalam udara segala asap kilang, asap motor, asap kereta...jangan la tambah asap rokok kamu tu pula. Senak paru2 saya.

Fakta yang mengatakan bahawasanya orang kedua yang menghidu asap ni lebih berisiko untuk 'padam' awal, amatlah merisaukan. Ya, semua orang pengakhirannya mati. Itu benar. Tapi, taklah pula saya bercadang untuk menamatkan riwayat dek kerana terlalu baik hati berkongsi masalah kesihatan dengan orang2 lain yang memang kebal dan dahsyat.

Selain dari bau yang kureng, cK takut gak kalau2 ada kes tuju2 angin ni. Baik santau, guna2 mahupun pukau. Semuanya tu selalu sangat dikaitkan ngan asap rokok. Ingat ya, asap rokok taw..bukan asap bakar daun kering ke apa. So, sebelum meraung kemudian hari baiklah adanya sediakan perisai ya?

Motif : Sila hembuskan asap korang jauh2 ye.

Sunday, October 25, 2009

:: Jangan Terlalu Emosi Pada Tanah ::

5 comments:
Sorry for the late review (macamlah korang tunggu pun kan?hiks!). cK g layan muvee ni pada hari pertama on big screen. Takde lah ramai sangat. Agak cabaran la jalan cerita nak mendapatkan tiket ni. Still remember how sakit my kaki is jadi lipas kudung ngan high heels. But, trust me its worth it!


Cerita ni dah diperam agak lama - cuba tengok kat poster tu ya kawan2. Kiranya tersasar daripada target tayangan asal. Namun begitu, jalan ceritanya masih relevan untuk keadaan hari ini. I guess, that's the beauty of being Afdlin Shauki - always thinks ahead of time.

Papadom berkisar pada nilai2 kekeluargaan dan kemasyarakatan yang makin dilupakan dalam konteks kehidupan seharian kita. Saadom yang mempunyai perniagaan nasi kandar telah mengambil mudah urusan rumahtangga dan menyerahkan bulat2 pada isterinya Munirah (Khiriah). Satu demi satu janji terlerai tanpa ditepati, hinggalah insiden Mun meninggal dunia.

Dek kerana ingin membetulkan keadaan Saadom menatang satu2 anak perempuan nya Miasara (Lyana Jasmay) secara berlebihan. Makan, minum, pakai segala2nya dijaga rapi hingga tiada ruang untuk anaknya menjalani hidup normal seperti manusia biasa. Perkara berlanjutan hinggalah Miasara mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke Universiti. Episod baru bermula dengan kisah cinta remaja dan Saadom yang juga menemui cinta baru. Lebih2 , korang gi layan sendiri lah.

Apa yang cK suka dalam Papadom:
1. Que Haidar! Korang kena tengok filem ni sampai penghujung...Jangan berganjak, kalau tak...rugi!
2. Dialog selamba (refer title entry) dan tidak over.
3. Konsep 1 Malaysia...Uncle Pete..not bad huh!

:: Everyone Connect ::

No comments:
It blast the nation with its one of a kind promotion strategy. The single (CD) been drop to the media with no hint on whats its all about. Radio station has launched their search for the mastermind behind it. Mystery solved. For those who still searching for the answer, search no more. Let's bring it up - Bunkface, Through My Window.




Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Keep log in here, for more updates. It's powered by TM. Thank you for make us realize that we do have talent which equally good as our neighbors!

p/s : I kinda knew it all along..it was Bunkface...Sam, sing for me puhleez!

Thursday, October 22, 2009

:: Apa Yang Jadi Kat Fesbuk dan Maksudnya ::

No comments:

Nak blogkan ke tak...Nak ke tak? Patut ke tak? Malaysia free country kan? So, ok lah..cK kata la apa yang cK nak kata. Korang nak terima atau tak, itu belakang kira. Janji, cK dah beritahu my point of view.

Apa Yang Jadi Kat Fesbuk dan Maksudnya

1. Bila bukak je HOME, balik2 si polan tu je yang update status.

Erti : Anggap je la dia tu berharapan yang Fesbuk akan buat pertandingan user paling banyak update status. Terlalu banyak sangat dia nak bercerita gamaknya.Mungkin user tu tak reti nak guna Twitter, so dia bergantung pada akaun Fesbuk semata dan akaun Frenster plak dah tak bermaya.

Langkah keselamatan : Daripada korang sakit hati, pastikan bukak part profile korang je. Takyah tengok HOME pon. Kalau gian sangat, go HOME. Hiks.

2. Bila buka part photo update, polan tu jugalah yang beratus2 album dia ada.

Erti : Kategorikan dia sebagai seorang yang sangat obses dengan fotografi. Tak kira gamba apa pun janji leh petik, dia petik. Atau, korang boleh juga beranggapan yang dia sedang cuba cari makan. Yelah, mana tau kot2 ada orang yang berkenan, dapat gak dia buat kenalan.

Langkah keselamatan : Kalau korang suka, layan la selak album tu. Tak suka kalu, bukak je album gamba korang sendiri. Apa susah. Jari masing2 kan ada, klik je mana mau.


3. Bila baca note yang ada, rasa cam ada unsur2 ketidak puasan hati .

Erti : Mungkin itu cara dia ekpresikan diri dia. Lain orang kan lain cara. Kalau bercakap mungkin dia ketar, so menulis nampaklah kurang kelakar.

Langkah keselamatan : Kalau rasa sensitip tahap gaban, jangan gatai nak baca sembarangan. Ianya amat berbahaya untuk kesihatan. Silap2 kena sawan. So, abaikan.


4. Bila dapat banyak sangat notification yang tak sesuai ngan jiwa raga.

Erti : Itu tandanya ada orang lain yang lebih aktif dari korang. Ha, jenis yang buat step2 kat atas ni tadi la. Banyak sungguh dia nak bercerita gamaknya. Afterall sharing is caring kan?

Langkah keselamatan : Turn off / Hide mana2 notification yang korang tak mau terima. Sekali buat, selamanya berfungsi nok.

5. Bila taip komen berjela2 , tiba2 hang then kuar notice kata page is currently not available.

Erti :Mungkin bawa maksud sistem nak suh korang rehat. Dia pun penat melayan jari2 korang je. Dok menekan keyboard tak abis. Letih u!

Langkah keselamatan : Taip apa yang perlu je, dan mesti pantas. Kalau perlu refresh je PROFILE page korang selang 5 minit? Tapi ingat, jangan bukak HOME tau. Maka, bila tengok muka sendiri, takkan boring kot?

Pendek kata, semuanya di tangan kita. Tapi ingat, namanya pun laman sosial. Maka, bersosial lah mereka, networking kata orang putihnya. Janji tak langgar tatasusila dan masih lagi dalam konteks norma2 kehidupan masayarakat kita, dah cukup baik untuk cK.

Kot ini tak boleh, itu tak boleh..ini suka, itu tak suka..susahlah. Portal tu share bersama. Bukan takat seorang dua (yang boleh dijerit-jeritkan) tapi jutaan beb oii. Terima je la kenyataan. You are also a part of the whole networking. So whatever you do pun, impact dia orag lain plak rasa. What goes around comes around. Semua perkara ada kebaikan dan keburukan. Tak suka, teruskan berjalan...pek barang pindah dok utan. Ngeee!



:: Karak - Oke ? ::

No comments:

Dek kerana kehebatan teknologi dan permintaan yang tinggi, maka terciptalah mesin karaoke ini. Kalau orang kampung, nama glemernya mesin nyanyi. Kira hebatlah kan sapa2 yang nak jadi penyanyi leh je asah bakat dok nyanyi2. Lirik pun disediakan sekali. So, sediakan diri dan ye..duit sekali.

I am not a big fan of this karaoke thingy. Sorry to dissapoint u guys. Seriously for my entire life, cK baru je 3 kali jejak kaki kat pusat karaoke ni. Itu pun sejak let say, 3 tahun kebelakangan ni? Kira cam average setahun sekali lah kan? Ada antara kawan2 yang berjuta kali (over la tu) kuar masuk karaoke ni. Dari RedBox, Green Box (ada ke?) ngan ntah apa2 box lagi ntah. Oh ye, karaoke jamban jangan dilupa.

cK suka menyanyi ni, dan walaupun ada yang kata OK lah not bad la suara cK - taklah sedap cam TokTi dan tak juga cam katak puru ... cuma I have problem to sing infront of other people, speshly the one yang i tak berapa nak kenal asal usulnya. Nak kata malu tu, tak juga. Cuma i have high expextation for sumone yang nyanyi karaoke ni. I hope they can performed well. Not just nak happy2 dan sing off key yang pehtu jadi bahan kutukan orang lain. Gosh ! I hate to listen those pitching ke laut nyer singing. Don't you know that you are actually deaftone?

Kalau nak ajak juga, silalah pastikan korang nyer nyanyian layak dapat tepukan. Pergh! Demand. Lagi satu kenapa rasa tak selera nak pergi, tempat2 macam ni ada je yang buat aktiviti luar kawalan. So kang, tak pasal2 cK sama2 diangkut naik Black Maria, masuk plak Buletin Utama. Ahhh tidak mahu!

So, bagi mengelakkan cK hilang mood dan mulut capui...i choose not to go and melalak kat karaoke ni. Lebih rela, nyanyi2 manja kat opis ke..dalam bilik sendiri ke..Janji kat tempat sendiri. Buat sesiapa yang seronok pergi karaoke dengan alasan nak release tensen, nak asah bakat..Silakan. Siapalah cK untuk menghalang meraka, kan?


:: Aku & Sukan ::

No comments:

Sukan, bagus untuk kesihatan. Itu cK tak nafikan. Elok sangat la kan kalau kita leh keluarkan peluh hari2, sihat tubuh badan. Dapat juga keluarkan toxic yang banyak tu kan.

Baik bola, futsal, badminton, basketball...apa sahaja pun lah cabang sukan sekalupun. My personal view, cukuplah kalau orang tu fokus kat satu2 jenis sukan je. Kalau ada banyak skill ngan sukan2 lain, baguslah. Kalau tak, satu je pun cukuplah.

cK paling suka badminton. Ok je cK main badminton ngan Abah, Boboy, Dekdek. Ya, cK main badminton ngan ahli keluarga. Ada masalah ke? Tak cool eh? Kalau nak cool, kena la gi main ngan kawan2 gi sewa dewan segala bagai. Camtu? Well, been there done that. Masa jadi kuli akaun dulu leh kata tiap2 minggu gi main badminton. Tak pula masa tu cK kuar statement kata "Eh, ko ni tak minat bersukan eh? Tak pernah nak ikut aku gi main badminton pon?". Contohnya lah kan.

Ya, sekarang ni memang masa agak terbatas. Tanggungjawab makin banyak. Maaflah kalau cK tak dapat nak join sapa-sapa bersukan kat merata tempat. Salah satu faktor nya, timing. Kot kalau yang solo molo takde kewajipan apa2 tu, layaklah kalau korang nak ke mana2 sampai lewat malam. Lepas keje je cabut buat agenda sendiri. I wish i can do the same all the time. But i just cant. Nak kena bahagi masa seadilnya.

Masuk bab aktiviti sampingan. Lepas bersukan, acara suka ria pula akan berjalan. Ha, ni la yang selalu mengganggu pemikiran cK. Main nya sejam dua...melepaknya berjam2. Memang takleh tahan. Nak pula kalau yang jenis layan tgk Piala segala Piala yang ada. Wooo....tak larat mata guwe nak tunggu. Bole kejong, otak beku.

Called me boring or whatever it is that u like. I play when i want to not because you told me too. Just because i don't join you, does not mean i dont do anything about my health n fitness the way i suppose to. Pilihan tu banyak, pilihlah mengikut kesesuaian masing-masing. Jangan over sudah.

:: Tersentak ::

2 comments:

Aku tak kisah kalau orang bersenda.
Ada masa aku juga lakukan yang sama.
Aku tak kisah kalau kau ingin menasihat.
Ada masa aku pun terlepas melihat.
Aku tak kisah kalau kau naik angin.
Ada masa aku juga berubah angin.
Aku tak kisah kalau kau mahu berdiam.
Ada masa aku begitu untuk elak berdendam.

Yang aku kisah bila kau tak berlaku adil.
Yang aku benci bila kau buat terkebil-kecil.
Yang aku kisah bila kau nak aku ikut cara kau saja.
Yang aku tak suka bila kau canang aku tak reti nak jadi dewasa.
Yang aku tak gemar bila ego kau tinggi.
Yang aku sangsi bila kau kata kau bz tapi sempat berFB.
Yang aku tertekan bila kau tak mahu berdepan.
Yang aku bosan bila kau asyik2 nak menyakitkan.

Apa nak buat, lumrah kehidupan.
Kalau semua nak menang, mana boleh jalan.



:: Diam Tapi Banyak Bunyi ::

No comments:



Ntah. Penat dah.



Kalau tak suka, cakap depan je. Takyah nak duk depan PC, dalam selimut sindir merata.



Budi bahasa kan, budaya kita?

Tuesday, October 20, 2009

:: Terima Kasih Semua ::

2 comments:

Mama suruh pulang awal. Aku kata Ok.
Mama tanya adakah aku tak punya acara? Aku kata tiada yang istimewa.
Aku pulang jam lapan. Mama suruh mandi, nanti nak makan.
Aku rasa tak sabar. Sedap sungguh bau makanan.

Aku confident ke dapur, Papa tangkas datang menahan.
Disuruh duduk di meja, ada surprise kasi kejutan.
Mama muncul tersenyum2. Ku lihat kek besar ditatang di tangan.
Itulah kali pertama Mama buat cubaan. Buat santapan anak perempuan.

Air tangan Mama habis ku telan. Kek Coklat, Mee Kari penuh kelazatan.
Air Lemon kesukaan turut Papa sediakan. Agar aku tidak kehausan.
Hampir aku titis tangisan. Tanda syukur atas kurniaan.
Terima kasih Tuhan atas kegembiraan. Buat aku seorang insan.


Nota Kaki Ayam :

Buat semua yang mengingati ulang tahun saya, terima kasih. Buat saudara, saudari, tuan, puan yang hantar mesej kat frenster, email, FB, SMS..terima kasih teknologi! Tahun depan kirim2 lah mesej lagi.

Monday, October 19, 2009

:: Jom Kita Tunang! ::

2 comments:
Dia kata, dia suka kita.

Dia kata lagi, dia tak mahu lambat2.

Dia kata juga, dia dah lama perhati kita.

Dia kata, kita memang sesuai ngan dia.

Dia juga kata, mak ayah dia mesti suka kita.

Dia pun kata juga, yang dia dah tak sabar nak lamar kita.

Dia kata bertunang segera, nikah lepas dua bulan ya?



Meh sini kita nak kata.


Kita tak mahu, tak suka dan tak rela.

Kita takkan buat kerja gila.

Kita tak mungkin kahwin ngan ntah sapa2.

Kita tak pernah jumpa dia, berborak plak sekali sekala.

Kita suh dia cari yang lain saja.

Kita kata jangan kacau kita nanti dia dapat naya.

Kita takmaulah kasar dengan dia.

Kita marah kang kalau tak reti bahasa.

Kita kata "Gi main jauh2, kita tak sudi ngan mika!"




p/s : kita arini nak hepi2 je, janganlah kamu spoilkan mood kita!

:: Tua2 Berisi Ok ::

4 comments:


Sapa belum baca Utusan hari ni, leh klik sini.

Sapa yang dah baca, mesti perasan statement ni :

“Pada masa ini, orang yang obes amat ramai, malah semasa mereka berjalan, gear box (merujuk kepada perut) mereka turut bergerak dan dibuai dengan kuat"

Sapa yang kata? Bukan fitness trainer ye kawan2...Che Det yang kata. Mantan PM kita tu sentiasa make sure berat badannya tidak melebihi daripada 60kg. Dan pada usianya, dia masih lagi larat angkat dumbell! Adeh..tamparan sungguh. Nasib baik dia tak letak situ the exact weight of the dumbell, mau cK larik!

Menyahut seruan Che Det, marilah kita bersama2 menggembeling tenaga bersenam untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan. Jangan cuma hangat2 tahi ayam dan melidi bila nak naik pelamin je ok kawan2?!

:: 19th October ::

2 comments:

Today is not just another day
Thou the fact most of us hates Monday
It will definitely be more than just a day
Cause I'm celebrating my birthday!

For all the things that i've done wrong
Hope i'll be forgiven thou it mite take long
For all the friends whom with me all along
We'll walk the journey just like a rock song

For so many dreams i must achieve
Pray for me dear for i will not miss
Of all the things i have put in my list
May God answer my prayer and let me get in biz!

Sunday, October 18, 2009

:: Cuci Jangan Tak Cuci ::

No comments:
Oppss..ini bukan cerita pasal Cuci The Musical ye kawan2. Oohh..hensem sunguh Hans Isaac itu...Eh..! Focus!

Last week, ada segerombolan wakil penjual HP berkampung kat kantor cK. Macam2 offer yang dorang dok promote. Ada tu pakej RM50 untuk 9 barang which includes lappy fan, mouse pad, LED torch ngan ntah apa-apa lagi. Kot kalau dia kata Kingston 8G tu masuk gak dalam pakej tu, mau la juga cK sambar satu set.

Tengok punya tengok, tenung punya tenung...cK jumpa satu menda ni. Agak sticky dan sejok ye. Senang citanya camni lah...Pernah tak korang rasa tensen sebab susah nak bersihkan keyboard? Nak nyer kalau part yang celah2 alam tu. Tak jerlus sungguh!

Selalunya cK gegor2 je keyboard tu takpon baik sikit amik la brush. Now, i have find my solution. cK beli menda ni (nama penuh to be put later, gwe lupa!) Yang penting, ia sangat senang digunakan dan reusable. Bagus kan?

Just tepek je atas keyboard korang (henpon pon bulih juwa), sambil tu urut2 sikit. Menda ni kalau nak jimat, korang potong siap2. Guna sikit demi sikit. Kalau buat menthod camni, means lepas pakai terus buang la. Memandangkan cK ni M agak beso, cK tepek je sebeso2 alam Mr Sticky ni. Senang je melekat semua kotoran degil..

Sekarang ni, Mr Lappy telah kembali berseri. Woohoo! Tima kasih Mr Sticky!

Saturday, October 17, 2009

:: Best ke Kahwin ? ::

3 comments:
Ni sume Yaya punya pasal. Saya mau juga!

Nor Amelia & Wan Zulkifly Akad from Jabbeproduction.blogspot.com on Vimeo.


Rasa macam nak buat satu juga. But instead of a compilation / random pic..i wanted to have a stylo mylo vc kot? Siap ada story board...bley camtu? Gila komersial! Pengantin jadi model / pelakon dalam video klip. Sapa mau jadi pengantin lelaki!!!!

Friday, October 16, 2009

:: Surrr...prraaaaaiiisssseeee ::

No comments:
" I got surprise for you. Mesti tak jadi marah "


Confirm! Tak jadi marah!!!!

Berapa ramai yang dapat wish birthday from your favorite artiste and it was posted publicly? Well, dengan meriaknya i must say I Do! I Do! I Do! Thanks guys! Watch it here.

I heart u ols so much (ehem...yang buat i marah tu pun gak!)

Sunday, October 11, 2009

:: The Guy I Saw On TV ::

2 comments:
Maka tersebutlah kisah bahawasanya ada seorang perempuan telah tangkap syiok sama seorang lelaki. Kisah chenta yang bertepuk sebelah tangan ini sememangnya hanya dapat dihidu leh teman2 rapat wanita itu sahaja.


Telah beberapa percubaan dilakukan untuk berkenalan dengan jejaka pujaan, namun tidak membuahkan hasil seperti yang dijangkakan. Si wanita telah berusaha membuat kunjungan wajib setiap bulan bagi memastikan dia dapat bertentang mata dengan jejaka pujaan. Leburlah juga wang ringgit dek kerana setelkan duit insurans. Ahh..itu tidak mengapa! Janji dia yang jaga di kaunter sana.

Sesi soal jawab mula dilakukan dengan berhati2. Dapatlah nama si teruna dan asal keturunan dari mana. Mulalah berbalas senyum mesra. Nak ajak keluar, rasa over lah pula. Nanti kata dia ada affair ngan customer...tak ke naya?


Namun sekarang itu cuma kenangan sahaja. Harap pada nama, number telefon nya tiada. Pernah terserempak di kediaman member, namun tak pasti masih adakah dia di sana. Tempat kerja telah bertukar juga cuma mungkin masih di bank yang sama. Bila melihat ditepi jalanraya, kadang kala ternampak mukanya di billboard sana.

Wahai kanda, mana perginya....Adinda kamu itu, dah separa gila...ha ha ha...Buat sesiapa yang kenal, tahu cik abg dalam gamba ni di mana...calling2 i ya?


:: Not Gonna Happen ::

No comments:
I was watching this tele-movie at TV3 while completing this quiz in facebook. Too bad, i don't think the result is accurate thou. I am not taking it too serious but pitty for those who did.

Oh wait! I have not share you the result. Here goes :


As much as i love to get married ASAP, i don't think its gonna happen that soon. Sorry, FB..i don't think so. *sigh*

:: Goodbye Twitter!!! ::

No comments:
Well....what can i say. At last! Hi 5 Miley! Errrmm....think i better start practicing to rap or maybe i put a whole new element of zapin in the upcoming Goodbye video on quitting Twitter.

Whatever it is, hail to you Miley Cyrus...It's all about the climb.


Friday, October 09, 2009

:: Hidup Dengan Wayar ::

2 comments:
Ni nak bagitahu ni..dengan tidak semena-semena tugas telah bertambah. Nak kata dulu study bab2 godek komputer ni...tak juga...Pernah hack mana2 sistem? Takde pulak..Errr...yang ada pun dolu2 ah...cuba try test buka email orang. Muahahah...Oppsss! Astagfirullah!
Macam rupa kedai kat Loyat suda

Kenapa? Kenapa kena tambah menda ni pada individu yang comel (atau perasan comel) macam cK dah kawan2 cK? Why? Dah takde orang lain ke yang bole handle? Tak mampu handle? Aiyo! Kang bila buh kat dalam bidang kerja, orang lain tak suka plak tengok list panjang2. Dia kata cam karangan plak nanti.

Abis camno? Kerja kena buat...Tapi orang takmo acknowledge. Bley ke camtu? Takleh kan? Tu tak masuk bab2 bonos lapan tahun tu. Janji pelsu...Janji manes madu je tu. Huhu. Tapi takper, janji ikhlas ye kawan-kawan. Jangan nak harapkan balasan je.

Ayu buat2 happy ngan lappy


Moga-moga pc yang ada tu mendegar kata. Takmo ternak virus merata-rata. Nak ajak kuman masuk, kena tapis dulu segala menda. Kalau tak, nanti i cabot wayar!

:: Rindu Sotong ::

No comments:

Sotong bukan sebarang sotong
Sotong dicandat orang kampung
Pergi Bellamy ngan perot kosong
Bila balik perot besao kalah tong!

Tarik pinggan senduk nasi
Top up juga sayur dan kuah
Dapat bedal hai ikan pari
Rasa nikmat sedap sungguhlah!

Burp!

:: Divalicious ::

3 comments:

Should i? Should not?

Love her voice.

Love her songs.

Love her curves.

Thursday, October 08, 2009

:: Masa itu....canteeekkk!!! ::

2 comments:
Kalau korang ingat, dulu cK pernah beli jam Swatch yang satu ni. Well, its not only a watch..it goes by the name Sweet Honey. Tak percaya, sila google eh . Camni rupa dia.


Tiba2 pagi ni timbul rasa membuak2 nak tambahkan koleksi jam yang ada. Think its about time for my Sweet Honey to have new friends. Memandangkan cK ni ada masalah alahan kulit, therefore not all type of metal can go with my type of skin. Serius ok, tak main2.

Means, kalau imitesen tu harapan sikit lah nak tahan lamanya. Mau naik bintik2 berair pehtu bila pecah dan digaru, merah merebak merata. Huuii...takmolah. Thats why i prefer not to wear watch until last two years. Pegi Swatch tu tengok, terus jatuh cinta.


So, cK gugel2 website Swatch n here are some of the desgins that i like. Macam nk masuk dalam wishlist la plak kan...Ha ha ha. Mula-mula cK dah bling2 tengok collection Climber Flowery which comes in three different colour - white, pink and blue. Omg! Rambang mata sudah. But then, i want something similar to my Sweet Honey - ada date di situ. So, i keep on browse Swatch nyer website lagi.


Found this one - Flower Box namanya. I fall for the design kat metal strap tu. Mind you, i loves Swatch - Irony collection so much. With blue background, it just melt me straight away lah. Blue is my ultimate favourite colour for all time. Let it be dark blue, baby blue, navy blue...suka je..Naaakkk!!!!!


But wait, not to long after that..i come acros sweet pink creation named Ton Chemin. Terasa cam mek mafia kampung la plak. Tetiba kenan kaler pink. And i have to admit that this design has it own feminine touch. Ada ala2 batu diamond situ , just like my Sweet Honey. Naaak jugaaakkk...

Ahah! Feminine, elegant but mysterious. That's how i describes the next design. Its call Black Flower. Flower to represent you feminity and softness, black to represent your dark, emo side of your self. Whoa...love this one too!

Still, i dont find anything with a date/day on it until i saw this one. Again, blue! Im blue dabadeedabadaaa...More sophicated looks and fits working scenario. Macam sporty gak in one glance...and yeahh...it carries the date and day as well...Cool eh?What do you think?


If i could, i want to have all of them..But if i have to choose, i hope each of you who read this entry can take the hint and start rushing to the nearest store and buy any of them for me. yes, for me. Ha ha!

Wednesday, October 07, 2009

:: Perigi. Timba. Tembok ::

7 comments:
Its all started when i put up a MukaBuku stat camni :


Macam-macam reaksi yang diterima baik daripada lelaki atau pun yang sekaum ngan cK ni. Yang pasti, golongan kita-kita ni rasa ok je kalau perempuan yang make the move. Dunia dah moden, zaman dah berubah.

Namun, ada la seorang hamba ni telah mengeluarkan pendapat dia. Pendapat yang lebih menjurus bahawa cara tradisi perlu diteruskan dalam usaha-usaha nak mengayat ni. Hanya perempuan yang tegar dan bermuka tembok sahaja yang akan mengorat seorang lelaki. Well, itu pendapat dia. He must have his own reason to say so, whatever that is.

For me, konsepnyer senang, u know what u want so go and get it. It didnt make any different if you just sit and do nothing. Tol? Anyhow, it take courage and loads of guts to make your move. So, for those girl...woman out there for have done it before, i salute you. Untuk lelaki yang tak pernah merasa how a girl go gugu gaga over you, too bad. You may stick to your traditional kinda way, so as you speak.

It is no more perigi, timba or tembok punya era i believed so. If its still ongoing, we would not see any woman keluar mencari rezeki. Baik duduk dapur je belajar masak, menjahit while waiting lelaki-lelaki tradisional ni datang melamar. Barulah betul2 tradisional namanya, warisan turun temurun lah katakan.

Take Siti Khadijah for example la. Dia gak yang melamar Nabi Muhammad (thanks Esah for reminding). So, does she too falls under muka tembok nyer kategori? I don't think so. So, if you can accept her guts why cant you do the same to other woman?

Tepuk dada.

Monday, October 05, 2009

:: Jiranku Meroyan Lagi ::

No comments:
Tak habis-habis lagi la jiran i ni taw! Naughty betol. Awal dulu dia sebok nak menari, lentik sana lentuk sini. Bila i nari-nari dia marah. Dia kata dia je yang bole nari sambil pakai kain batik lepas ala puteri kraton tu. I pon say sorry. Biarlah kalau dia nak nari2 joget tu...Takde jadi kuman pon kat i.

Tapi, u know...my neighbour tak abis2 bising lagi. I kata, resepi nasi lemak tu i punya. Dia marah juga. Dia ngaku plak kata kunyit tu dia yang punya hasil. I senyum je. Nasiblah masa Tuhan tu siapkan dunia ni Dia tak buat barcode siap-siap. Kalau tak, harapan la jiran i tu nak ngaku kunyit tu dia punya!

Dalam pada dia membebel pasal kunyit tu, sebok je dia nak sapu bersih segala sisa i. Apa barang i semua dia plan nak humban keluar rumah. Eii...geram i tau. Dia punya hasil-hasil tu...baik yang i pinjam atau yang main park sesuka hati kat rumah i ni, taklah pula i rasa nak humban mana-mana. Tu tak kira lagi yang main datang je pehtu tak balik-balik.. Opppsss...

Sekali tu, tak pasal2 rumah my neighbour ni kena sweep seround. Abis terpalit lumpur segala. Gegar la juga sampai rasa kat rumah i. I ni pon tolonglah apa yang patut. Dah kata berjiran kan...Kira standard la kalau tolong menolong kan. U know what? My jiran tu, bakar harta pusaka i! Bakar depan rumah pula tu. Geram sangat-sangat i dengan dia orang lah!

My neighbour ni kurang kesedaran sivik gamaknya. Orang bagu madu, dia balas tuba. Kalau cuka ke, boleh gak buat acar ke jeruk ke...Ini tak, tuba terus. Mau putih mata kalau nak cuba2. Wahai jiran ku, tak boleh ke kita hidup aman2 je? Napa nak main bakar2? Napa nak perang2? Takde benda lain yang berfaedah ke nak buat dah?

Err...sorry ya my neighbour!Errmm....korang paham ke cite neighbour ni? *sigh*

Sunday, October 04, 2009

:: Rebut Bukan Rampas ::

5 comments:
Someone told me that i should open my heart to l.o.v.e. And i said i did open the door but there's no one can handle the key well. Relevan ke camtu? Hehe..Yela...kalau dah dia pegang kunci hati cK, jagalah sebaik-baiknya...Kalau cK biar nganga je pintu tu...sapa2 pon leh masuk jarum nanti. Tak ke naya camtu? Hikss...!

Ada satu nasihat lain yang cK suka. Kalau ada calon yang berkenan, rebutlah peluang yang ada. tak dapat tidak, mesti akan ada persaingan antara kita ngan yang lain. So, baik rebut dari rampas. Jangan mudah mengalah. Cuba dan cuba lagi. Tol gak kan?

Just had chat with this adik. She break the news that she will be a wifey soon. They get to know each other dalam bulan Mei this year dan in November, tadaaa.... Nak nikah. In fact, they wanted to have it earlier, but family suruh tunggu
cuti sekolah. Can u imagine?

I guess, itulah jodoh. Dia pun tak mencari. Alih2 datang je tanpa perlu paksaan. Macam orang-orang kampung yang sedang berbunga2 sekarang ni. it just come, naturally. Happy for u guys!

And i learned something today. Bila ditanya "Bila nak kahwin" and my answer will goes "Kahwin? Lambat lagi..."After this, my answer will be "Insyaallah, tahun depan. Depan yang mana, ngan siapa...itu tak tahu lagi". Bila orang tanya "takde calon ke?"..I will tell them "Ada...cuma tak jumpa lagi". Bila selalu kita ucapkan, ianya akan jadi doa buat kita. Tak gitu?

Thank u for the advice.

p/s : gamba tu takde kena mengena apa pon....

Friday, October 02, 2009

:: Soulful Nite ::

2 comments:
Date : Thursday, 1st Oct 2009
Venue : No Black Tie, Jalan Mesui


Me, besties and ehem2, Dy went to watch the live performance from this Indonesian talent namely Sevensoul. Ada tujuh orang kesemuanya. Dah bertahun tak jumpa Dy, so ni kira first attempt la. He is such a darling. cK suka je dapat Tiramisu choc tu...And how he manage to settle down with my besties tu memang baguih la. Leh geng!Afterall semuanya smooth.

We enjoyed the music so much. Have to thank Kuro for the invites. Lenkali invite lagi ya? Kolaborasi vokal yang sangat mengasyikkan dan menggetarkan jiwa bila mendengar. Syahdu beb. I am so i love with them, yes 7 of them:

Us With Them

Rhendee - Bassist

Adrian 'Popo' - Drummer
Oscar - Vocal
Sandy - Vocal
Frankly - Vocal
Beboy - Vocal
Chuck - Guitarist
It doesn't matter whether they sings their own songs of even Boyz2Men, ahh..not forgeting KC& Jojo's hits..they are superb. Sungguh terpesona. A good start for someone yang dalam dating mode. Hikhik...Cinta pertama (lagu untuk Bonda), All My Life, I'll Make Love To You...also Bersamamu and cover version of Anuar's Bidadari.

Bukan senang nak tengok Leq beli CD after first time dengar someone perform but Sevensould definitely dah panah hati dia baik punya. Dy pon tergugat iman. The best part, sitting arrangement tu yang betol2 rasa cam artis la plak. Dorang ni best. Salam berkali2 dan mendengar arahan. Berbaris je ramai2 sign CD. I loike.

With Beboy

I wish to have more of them. Kapan lagi mau bikin showcase ya pak? I cant resist to keep on listening and watching the clips i recorded during the show, over and over again. Inikah namanya cinta?
p/s : When i arrived, i saw him at the corner. We didnt talk much except for Hi & Bye. Yes, i still remember you. *Sigh*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...