Friday, August 28, 2009

:: Kenapa Aku Berkecil Hati? ::

Kenapa aku berkecil hati?

Kau ajak aku jumpa.
Ya, aku memang suka.
Dapat jugak bergurau senda.
Tapi aku mula tertanya-tanya.
Kau jumpa aku kerana persahabatan kita?
Atau kau nak marketkan insurans kau saja?

Kenapa aku berkecil hati?

Kau kata "Kalau nak support, jangan cakap saja"
Kau kata juga "Jadilah client aku, baru betul caranya"
Sudah ku kata, insurans tu aku dah ada
Takkan nak tambah lagi dua tiga
Nak jadi ukuran, bukti kata-kata
Kalau tak, kau tak layan punya!

Kenapa aku berkecil hati?

Kita keluar makan bersama
Selepas menonton wayang gembira
Kau minta Indo Mee tak semena-mena
Bila mamak kata Indo Mee tak ada
Kau herdik dia dengan kuat engkau berkata
"Tak ada? Ni mamak ke apa?"

Kenapa aku berkecil hati?

Kau datang rumah singgah kadang-kala
Kau datang ikut sesuka masa
Tak rasa perlu nak sms ke apa
Kau kata rumah aku 'pit stop' kau saja
Buat tumpang kencing semata
Aku senyum hambar walau hati dah berdarah rasanya

Kenapa aku berkecil hati?

Kita berbual pelbagai cerita
Kadangkala bersangkal idea
Kau persoal apa saja yang ku kata
Seolah menidakkan apa yang ku rasa
Orang luar jadi saksi sengketa
Kau rasa tu OK, takda hal punya


Kenapa aku berkecil hati?

Kau tepuk tangan bila aku dilaser
Kau diam diri bila aku dicerca
Kau langsung tak sedar aku dah luka
Kau buat muka bila aku bercerita
Kau rasa semuanya biasa-biasa aja
Kau tak endah bila aku berubah air muka


Ya, aku tahu kau tahu apa yang aku nak sampaikan
Kau juga tahu siapa gerangan yang aku maksudkan
Aku dah bingung dengan siapa aku berkawan
Orang tu dah hilang yang ada cuma kenalan
Maafkan aku jika lama takkan berhubungan
Aku dah bosan, malas nak jadi bahan cebikan
Sampai hari ni, satu maaf pun kau tak pernah ucapkan.

Sekian.

3 comments:

Lily said...

ala..ciannyer aku baca,,sape kah gerangan yang empunya diri yg telah merobek hati mu wahai kawanku..isk isk isk..terasa seakan ku kenal...

yaya|azura said...

kalau aku, aku pun berkecil hati nie.... sometimes kan org tak sedar apa yang dia buat kat kita tapi bila dah terkena batang idung diaorg, barulah nak terasa.
biarlah mereka sedar suatu hari nanti...

to be a good fren is not that hard, just always bring out the best of each other. as easy as that.

Unknown said...

lily : jgn cepat melatah ok. dan jgn nak main terjah.

yaya : yea, betol tu. the more i try to ignore it, it become more annoying and i get more frustrated. so, i gz..better keep my distance for the time being.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...