Monday, December 29, 2008

.: WWW U? :.

What's Wrong With U?

Apakah kualiti yang kurang dalam diri seorang lelaki solo (jika diambil kira mereka yang berumur 33 tahun ke atas) untuk dijadikan pasangan hidup?

Sedar tak sedar trend perempuan berkahwin dengan lelaki muda kini semakin menampakkan impaknya. Tak kiralah Rosnah Mat Aris, Rita, Sheila atau mungkin Linda Jasmine masing2 punya sebab tersendiri untuk memilih pasangan masing-masing.

Paling tidak, yang CK sedar adalah... Lelaki yang tergolong dalam golongan umur seperti dinyatakan diatas tadi rata2 kurang cerdik! Ya, mereka punya kestabilan ekonomi namun kurang bijak berfikir.

I'm talking from my observation. Dalam umur yang layak digelar matang itu, lelaki2 ini ada yang masih lagi bujang dan tak kurang juga yang sudah bergelar duda. Masalah timbul bila mereka ini tidak mahu berlajar dari kesilapan yang terdahulu. Apa yang diinginkan oleh seorang wanita. Don't u know by now that you don't have to study US (women) but listen to our needs.

Untuk golongan yang muda2 belia, mereka ini lebih senang dibentuk dan mendengar kata. Maka, wanita2 yang memilih mereka (yang rata2 dari golongan janda atau yang dah banyak kali putus cinta) merasakan, lebih baik melentur buluh dari rebung. Degil2 pun boleh dijentik2 kan sahaja. Kot kalau yang dah tua2 nih melawan ego yang tinggi. Payah beb nak meluruskan hala tuju yang dah sedia bengkok!

Secara peribadi, CK memang kalau boleh ingin dijodohkan dengan seorang yang lebih tua dari CK. Namun bila difikirkan semula keadaan semasa, terima saja apa adanya. Mungkin dia muda, tapi lebih tinggi akalnya. Yang tua2 dan terlebih makan garam, tu dah kena attack darah tinggi gamaknya. Sebab tuh perangai masing2 susah nak diramal!

Ya Tuhan, Kau lebih mengetahui akan apa yang terbaik buat diriku ini. Temukan aku dengan pelengkap hidupku yang bukan dari kalangan seteru Mu. Amin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...