Friday, December 26, 2008

.: Pinjam Meminjam :.

Where do i begin?

Mula-mula sekali, CK nak minta maaf kalaulah ada yang terasa hati dengan penulisan kali ini. Sebaik-baiknya CK cuba untuk tidak menyinggung mana-mana pihak ketika menulis (kecuali beberapa entry yang memang ditujukan khas untuk puak-puak yang tak pernah berhenti menyalak).

Pinjam. Macam-macam cara pinjam yang jadi dalam hidup kita.

"Pinjam pen ko jap!".

"Pinjam henpon sat. Nak miss call phone aku. Mana ntah!?"

"Alaaa...pinjam la buku tu"


Dan dalam banyak-banyak pinjam, ada satu yang CK kurang berkenan sikit.

Duit.


Bukannya kedekut. CK paham, besar pahalanya kalau membantu golongan yang memerlukan. Personally, CK sendiri susah nak bukak mulut nak meminjam kat orang. I will try my best to make sure I have enough fund to get what i want. Kot kalau tak caya, cuba la tanya orang-orang yang rapat giler barbie (bak kata Cik Nad) ngan CK. They will tell you exactly.

Fair enough, kadang2 perkara terjadi tanpa dirancang. Kereta rosak, kena buang keje or even sakit. Lagi sengsara kalau kena bala bertubi-tubi. Memang sakit beb! Ke mana lagi nak dituju kalau bukan kawan-kawan. Memanglah masing-masing ada sedara mara. Sumhow, kita nih ada yang kurang selesa nak berurusan dengan saudara mara. Tak pasal lambat bayar loan, mau kecoh sumer pakcik makcik.

Macam CK, memang dah jadi lumrah perangai sendiri kalau ada lebih memang CK bagi. Bukan apa, kita tak tahu nasib kita nanti macam mana. Still, I will ask what for? Speshly kalau time tu, CK dah berkira-kira untuk menggunakan duit tuh ke tempat lain. Kalau urusan peminjam itu lebih penting, memang CK akan proceed je. Bila CK kata penting, maksudnya ada kaitan dengan hidup mati ke apa bukanlah nak bagi peminjam tuh joli katak semata. And yes, I am selective. More or else, i will give some thought "orang ni kalau aku tolong nanti, will he/she help me later?". Can't help it..i have to.

Namun begitu, CK harap sangat dia faham bila CK tak dapat nak tolong. Maybe dia akan dengar, nampak CK spent sini sana. But please, that is what i have allocate my money for. How i spent my money, is not your need to know. And please, you can try some other time. Mungkin kali ni CK tak dapat tolong esok lusa mungkin lain pula ceritanya.

Tapi kan..kalau dah pandai pinjam, pandai la bayar balik. Jangan dok peram. Itu macam kalu, no more next time. Terus je CK masukkan dalam list hitam. Consider takde harapan nak rujuk dah tu. Kalau CK ada pinjam apa2 kat sapa2 tolong la declare ye? Takut lupa. Nanti susah plak time mengadap Mungkar Nangkir. Lagi bagus kalau halalkan je! Amacam, bole?

10 comments:

NaD said...

alamak.. duit fund yg belen RM50 belum masukkan. Satt..ciknad masukkan skrg!!

DoOrDie said...

uik?

dia plak terasa! ha ha ha!

aku la ros said...

me ni alergic tul kasi pinjam duit dengan org yang tak berapa rapat..

DoOrDie said...

rasa, hampir sumer orang gitu kot?

tapi macam i nih...kalau lagi rapat pon susah gak nak bukak mulut. Segan!

Dory said...

susah jugak nak bg org pinjam kalu x tau pgai org tu camne. penah skali ni, ade sorg mbr nak pinjam duit sb abang dia nak pakai. dan alasan yg di beri cam xmasuk akal langsung. so, i ni serba salah gak rase. tapi rs suspicios tu lagi tinggi dari rase kesian. plus amount yg nak di pinjam tu banyak.

tp yg sakit ati tu, bile i ckp xle, marah2 lak.. tu la diaa.. adoi.

DoOrDie said...

betol2....part tuh yang mula rasa nak tendang jek..

time nak pinjam, manis kemain bahasa dia. bila kena rejek, mula la temper dia naik. I dun like..

yang lagi i tak suka, bila dia siap jadi akauntan kita bagitaw kita spent our money ke mana, buat apa. Was it wisely spent or not.

Duhh!

SilverFerio said...

hehehe... nak pinjam ngan saya boleh. tapi saploh henget je... tak nak pulangkan balik pun tak pe...

DoOrDie said...

ok, done!

Saploh hengget sehari...ade gak 300 sebulan...wink wink...silap transfer yer?

Atau pon leh je buat auto debit...kan baman kan kan kan!

aku la ros said...

abg silverferio.. ai nak pnjam soploh hengget setiap hari leh tak.. wink2 sejuta kali

SilverFerio said...

errr... tak boleh!!!

saploh henget je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...