Tuesday, December 02, 2008

.: Nian di Hati :.

"Akak kerja kat bangunan Takaful kan?"

"Ya, saya"

"Jomlah, kita jalan sekali"

"Terima kasih, dik"

"Sama-sama. Akak naik dari mana?"

"Dari Cheras"

"Kena tukar tren lah ya? Kena berhimpit2 juga?"

"Ha ah, akak kena tukar tren. Berhimpit? Biasalah tu"

"Erm...pernah tak jadi kat akak..takda sapa tolong akak ke opis?"

"Pernah. Lambatlah sampai. 15-20 minit macam tu"

"Tu laaa..orang sekarang ni ada yang kurang berhati perut"

"Tak boleh salahkan deoarang. Mungkin deoarang dah lambat, masing2 nak cepat. Adatlah"


Itu cuma sebahagian dari dialog CK ngan sorang akak (yang CK lupa nak tanya nama) yang selalu CK nampak bila turun kat stesen Pasar Seni.

Apa yang istimewa sangat ngan akak tuh? Bukan sebab pakaian dia stylo mylo or smokey eyes not even her high heels..Nope. Non of the mentioned. Dia merupakan seorang wanita yang hilang penglihatan hanya pada mata tapi tidak pada hati.

Dengan nada percakapan yang lembut tuh buat CK terfikir sejenak. Tak pernahkah dia berasa kecewa, sakit hati bila tiada siapa yang membantu dia untuk sampai ke destinasi? Perjalanan dari stesen nak ke ofis ni sebenarnya cuma mengambil masa 5 minit. Tapi, cuba bayangkan kalau dengan menutup mata tanpa ada sebarang pertolongan?

Apa lata kalau hari hujan. Memegang tongkat dan payung sekaligus bersama2 beg di bahu. Bunyi hujan itu sendiri pun dah mengganggu kosentrasi. Mana nak dengar bunyi bas, kereta atau motor yang lalu lalang..inikan pulak bunyi hujan.

Ya Allah, kau restuilah perjalan hambamu itu setiap hari dan terangilah hatinya untuk sentiasa tiba ke destinasi yang dihajati olehnya.Amin!

5 comments:

Khambeng Madu said...

amin...

amalkanlah sikap mcm ni, agar hidup diberkati...
bagus kuntum..

Pink Marie said...

mek kagum dgn org2 yg tabah mcm ni. mek yg sempurna pon kadang2 tersungkur dgn ujian2 kecil dariNya.

good deeds, ck.

DoOrDie said...

k.e : kagum ngan sikap akak tuh yang langsung tak buruk sangka kat orang lain yang sah2 tak membantu dia walaupon cukup sifat

mek : samalah kita....

sue cipot said...

Ck akak tu pakai tudung labuh x? muka nya babe face cumil x? kulit kuning langsat? kalo itu dia duk dkt rumah sue & mmg trun kat pasar seni.. she nice person.. sllu bkata wlaupon akak buta tp akak bsyukur sbp masih diberi pluang hidup di dunia ni

DoOrDie said...

ha ah...betol!!!!!tudung labuh muka cumey banget!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...