Tuesday, December 30, 2008

.: Kedua Kali :.

Sejauh mana pentingnya peluang kedua? Sebijak mana seseorang itu akan menggunakan sepenuhnya peluang kedua? Bagaimanakah kita menilai layaknya seseorang itu diberi peluang kedua?

Cubaan pertama tidak semestinya berakhir dengan kejayaan yang membanggakan. Perancangan yang teratur mungkin dapat membantu kepada hasil yang memberangsangkan. Namun, ada masanya ia tidak berakhir seindah yang kita harapkan.

Melakukan sesuatu yang membawa kepada perlunya ulangan bukan sesuatu yang menyenangkan mana mana pihak. Namun, ianya bergantung kepada situasi. Suapan kedua, ketiga akan menyebabkan kita kenyang. Tetapi janji yang dibuat berulang-ulang dan tidak ditunaikan bisa membuatkan kita muak untuk mempercayainya.

Bagi CK sendiri, suatu tugasan itu perlu dirancang cara perlaksanaannya agar tidak menimbulkan masalah pada pihak lain hingga memaksa ulangan dilakukan. Paling mudah, bab2 penyimpanan dokumen. Cuba lakukan dengan bersistem dan seteratur yang boleh. Tidaklah ianya akan menyusahkan orang lain ketika ketiadaan kamu. Dab cuba sahaja tidak mencukupi. Buatla dengan bersungguh-sungguh.

Sesuatu yang dilambat-lambatkan atau ditimbun banyak sememangnya akan menyukarkan kita untuk menyelesaikannya. Samalah dengan filing! get it right the first time and u wont need second time! Cuba berfikir panjang dalam mengambil sesuatu tindakan. Berfikir panjang tidak bermakna perlukan masa yang lebih panjang. Kalian cuma perlu lebih bijak dalam membuat perhitungan.

Atur langkah agar sentiasa maju kehadapan dan bukan sentiasa jauh ditinggalkan!


6 comments:

NaD said...

sib baik ler kat opis ciknad tuh ada kerani fail. idok ler ciknad pecah kepala nak mikior mana nak cari fail bila bos mintak. hehe.

SilverFerio said...

hehehe... need a system :-?

Saya, Aku dan Kamu said...

berapa ribu harga filing system tu?

aku la ros said...

owh filing system mmg ada jual eh?.. bukan create sendiri boleh ke?..

SilverFerio said...

SOP

DoOrDie said...

ai kena refile balik...sebb nyer nak cariks ehelai kertas pon amik masa...alang2 amik masa tu, baiklah cek re-file balik semua nya..!

p/s : sempat promo nampak baman?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...