Sunday, December 28, 2008

.: Libur di Kanching :.

Kenangan terindah!

Acara santai yang dicadangkan oleh Seleq akhirnya menjadi kenyataan! She has promised us last year or was it last 2 years) that she will take us for picnic. Tak kisah samada di sungai atau air terjun, atau mungkin juga laut!

Jadi, bila dia dah bersuara maka CK pun bagilah pendapat. Initially , rasa macam nak menghabiskan masa kat Chilling Waterfall, tapi sorang pon tak tahu jalan nak pegi sana. Takper girls, masih ada banyak masa lagi ok!

Leq fetched me @ 9.15 am then me tapaw some nasi lemak to fill up our empty stomach. Headed to Tot's place and then straight up to Hutan Lipur Kanching. Perjalanan mengambil masa 15 minit sahaja. Nak masuk pun ada bayaran ye..For each person dalam kereta kena RM1 dan RM2 untuk parking. Tak kisah lah!

Tengok2 ada plak sukaneka tengah rancak berjalan. Therefore, we made up our mind to do some stairs climbing in order to get to the waterfall area. Lama lah juga berjalan tuh. Let say another 15 minutes? Naik lenguh kaki2 dan segala urat saraf dalam badan ni.

Tapi berbaloi sangat rasa bila tengok air terjun depan mata. Mulalah masing2 keluar stok2 makanan yang dah siap2 dipek. Selain daripada nasi lemak, Tot ada bawak kek batik, buah tembikai dan juga sandwich sardin. Ck plak ada tambah air and Iajan la sikit.Isi perut masing2
jap ala kadar then terus cari air terjun . Sempatlah merasa dapat massage free. Berderap2 belakang badan ni dikerjakan dek air yang deras. Keluar segala angin dalam badan. Ringan rasa! Yang tak bestnya, ada sorang brother nih main terjah je. Mementang port kitaorang mandi tu best, dia mulalah jaki. Kitaorang beralih sikit je, mula dia bertakhta! Nasiblah air tejun tuh hak milik bersama, kalau tak!!!!

Tot tak join sekali mandi sebab dia demam. Sekadar celup2 kaki je pun dia. My family plak datang berkunjung. Tapi taklah kat area waterfall ngan kitaorang. Diaorang mandi kat area bawah bukit je. Memandangkan kat atas dah mula ramai orang, kitaorang pon kemas2 dan sambung mandi kat bawah pula.

Syok woooo!!! Hilang segala lenguh2 lemah badan nih bila dapat mandi sesuka hati! Korang bila lagi nak pergi!?

2 comments:

Pink Marie said...

wow!

semacam terasa sejuknye air sungai..

Unknown said...

best la mek!

moh la rombongan 360!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...