Friday, August 14, 2009

:: Cukup Tapi Kurang ::

Menunggu sabar kaki-kaki mereka melangkah keluar sebelum masuk memenuhi ruangan Putra. Sambil lagu jadi penyedap halwa telinga, cK pon pusing badan untuk melihat pemandangan luar.

Sekumpulan makcik2 bertudung, awek2 menunggu tegar di hadapan pintu lif. Ya, lif itu untuk orang kurang upaya. cK lihat mereka cukup je sifatnya. Tapi itu mungkin luarnya saja. Yang dalam2 tak tahu la pula.

"Ting tong ting tong".

Pintu Putra tutup. cK luaskan lagi pemandangan. Nampak seorang lelaki cina jalan berbeza. Bertongkat rupanya dia. Buta. Dia terus berjalan. Tergagau2 mencari hala tuju. Langgar tembok. Berjalan lagi. Akhirnya sampai hampir dengan pintu lif.

Cik kak yang diri ramai2 depan pintu lif tu, buat2 tak nampak je lelaki tu. Ada yang cuba menjauhkan diri. Cuma seorang akak yang akhirnya mengalah dan tarik lelaki tu dari hilang arah. Itu pun selepas lelaki tu, nyaris2 nak langgar akak tu. Geleng kepala cK tengok dorang. Yang masih berlegar dalam kepala sampai sekarang :

1. Macam ni ke konsep satu Malaysia?
2. Ini ke rupa orang yang beradat, beradab dan berbudaya?
3. Kenapa dorang layan orang kurang upaya sebegitu rupa?
4. Hina sangat ke golongan kurang upaya?

Kesian. Masing2 berakal tapi dangkal. Cukup anggota tapi kurang pengajaran. Harap kita dijauhkan dari sikap sebegitu rupa. Segala yang ada hanya pinjaman semata. Sedar2lah sikit, kita nih berhutang sebenarnya. Full loan, installment sampai mati plak tu! At least orang2 OKU ni tak amik full loan ok!

p/s : selalu je pagi2 cK bawak sornag akak buta nih gi opis dia. takdak hal pon!

2 comments:

Kimi Kay MS said...

speaking about being non-typical Malaysian in the very typical Malaysians society - macam tu le kekdahnya dek non!

aku paling sakit ati kalo org tak paham bahasa kat lrt neh =

1. kalo nk masuk tren, dia sukati tak berbaris, potong jalan org lain, perangai babi

2. kalo berat bontot nak jalan turun kat escalator, dia tak reti nak berdiri kat sebelah kiri [right side is for speeding man, what's so hard about that to understand?]

3. dlm tren, dia sihat wallepatliat, tapi dia duduk, tak kasi org yg lebih berhak

4. sanggup lagi tunggu lif untuk OKU padahalnya dia sihat sejahtera je aku tengok [otak dia kot yg kurang upaya, hehehe]

5. time nak swipe kad tu la baru dia terkial2 nak cari kad dalam henbeg yg besar gabak tu - bangang. lagi bangang bila dia langsung tak kasi orang lain lalu dulu.

6. bau badan/ketiak cam haram, selamba je ketiak2kan muka orang - memang haram!

7. dah tau bawak stroller budak, tau la lipat sebelum masuk tren. apa punye bangang la budak ko dokong, ko pun duduk kat seat, tapi stroller ko terbukak ternganga takde menda pun - buat jem je dlm tren yg memang dh macam bas mini dulu2.

8. bila masuk tren tak reti sabar langsung, tak kasi orang kuar dulu. bila dah masuk, tak reti nak ke dalam lagi, saja je tunggu kat depan2 pintu gak. macam saja je tunggu aku membuat pengumuman penuh kelembutan untuk menyatakan hasrat yg aku nak kuar/masuk tren - sheyytt!

meka ni memang haram jadah.

Unknown said...

complete circuit nih weih...syabas mere bete!

memang sangat bertepatan kekdahnya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...