Monday, June 29, 2009

:: Tenaga Batin ::

5 comments:
Korang pernah tahu tak, berapa kuat 'Qi' dalam badan korang? Qi refer to tenaga dalam setiap orang. Ye, itu bahasa cina lah.

Lepas mengisi perut kat kenduri kahwin Melaka tu, cK ngan kawan2 sempat la jalan2 pusing bandar Melaka sat. Sakit la juga kaki sebab meronda pakai heels la katanya. Dalam pada pusing2 tu, ternampak la sorang mamat cina ni dok gosok2 pemegang mangkuk tembaga.

Apekehe nyer kan? Pemegang mangkuk tu sampai berkilat la jadinya. Dalam mangkuk tu ade isi air ala2 3/4 penuh. Terdetik hati lalu bertanya "Auntie, ni apa?". Auntie tu pon explain, mangkuk tembaga tu gunanya nak tengok sekuat mana tenaga dalaman setiap individu.

Caranya ? Korang kena basahkan sikit tapak tangan, then gosok2 kat pemegang mangkuk tu. Masa mamat tu buat, cK tak nampak apa pon. Kitaorang suh Will buat. Mula2 dia gosok, tak jadi apa..then second rubs baru nampak air tu berkocak! Wahlaw! So, air tuh gegar2 macam kena getaran la jadinya.

Next, Leq plak try. Getar tak banyak, tapi bunyik dengung kuat! Hebat! Last sekali cK pon buat la..Sekali gosok, air memercik2. Auntie tu kata "Waaah!!!! U Qi banyak kuat wooo!". Apakah? Giler la memang kuat air tuh memercik ngan bunyi2 sekali. Tenaga / Aura apalah yang banyak sangat dalam badan ku ini?

helep2!

:: Terima Kasih Boss! ::

No comments:
Best! Lazat! Enak!

Seperti yang dijanjikan, boss cK mengotakan janjinya. Makan besar di Bellamy. Meraikan JJ yang bakal2 menjadi cikgu. JJ left us to pursue her ijazah kat UPSI. Macam biasa, pengunjung kat Bellamy tu memang lah ramai.

Nak cari parking tu ada masalah sikit lah. Kena gamble je parking mana yang ada janji tak halang lalulintas dah kira ok la tu. Service memang pantas. Sebab diaorang dah bakar siap2 apa yang patut. Macam sotong pon dia dah ala2 bakar separa masak...So tinggal nak well done kan aje. Takde isu makanan lambat sampai la kiranya.

2 ekor pari, 2 ekor sotong, nasi 5 orang, sayur macam2, ngan air semua sekali RM63.00. Okla tu kan? Ada kawan cerita makan ikan bakar kat Bangsar sedap tapi cK tataw kat mana. Nanti kena usha la tu. Boleh buat tempat makan di hari Jumaat plak kan?


Apa-apa pun, good luck JJ!

p/s : asyik cerita pasal makan je kan, mesti korang boring. tak membina sungguh! but..what the heck, my page...my story. bley?

:: Ketagihan Coklat ::

No comments:
Blame it on Yaya. Iye...cik yaya azura itu. Actually dah lama da entry yaya pasal makan2 kat Chocolate tu. Memulanya cK tataw kat mana nak cari kedai tu. Sampai beberapa bulan sudah, masa pergi pavillion, terjumpa la pula.

Tapi masa tu, tak jadi makan kat sana. We end makan kat kopitiam je. So semalam, lepas sesi di JW Marriot, cK ajak Leq g Pavillion sat. Nak makan chocolate. Memang rasa teringin sangat2. What's woman with chocolate? Ahh...who cares anyway. It just taste and make me feel damned good hokkay!

Kira macam terapi minda la kan. (Eceh konon!). Rambang mata tataw nak pesan yang mana satu sebab semuanya macam sedap2 belaka. Naik kecur liur nengok gambar2 yang ada. Ishh! Tak bole jadi nih!Belek punya belek, Leq pun order Cappucino. cK try rasa, giler pekat ok! Konpom tak tido malam la kalau minum tu. Giler melekat kat tekak rasa dia. For me, i ordered Iceberg Lady. Ada rasa cam sinonim tak? Choc smoothies yang siap ada seketol ice cream vanila kat dalam tu. Cuba tgk kat gelas tu betul2, ada cam huruf 'A' kan kan kan?

Another one yang kitaorang pesan (sharing is loving kan?) is Belgian Waffle with Magnolia Ice Cream. Syahdu betol makan berdua. Dengan ketulan strawberry yang banyak, makan ngan ice cream n choc...Heaven!

I guess, sapa2 nak melamar (hoho) bole je buh cincin dalam chocolate foundue tu. I suggest cara je, keputusannya belum tentu positive lah kan. Plus, takut gak kalau2 tercekik ke apa.. Naya woo! Sapa yang gilakan chocolate, sila2lah ke level 1 Pavillion - atas berdepan Starbuck.

Sunday, June 28, 2009

:: Trip Mencabar ::

No comments:
Minggu nih agak pack dengan aktiviti berjalan-jalan pusing Melaka. Yup! cK sempat ke Melaka semalam to attend a wedding of so-called-opismate la. Photog kitaorang. Roslan namanya. cK, Leq and Will mulakan perjalanan agak lewat.

Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 11 pagi telah terlewat gara-gara kejadian yang tak diingini. Dalam sedap2 nak kereta si Leq..Dengan bunyi macam anak tikus. Then dengar macam ada bunyi helikopter betul2 atas kereta.

Apa kes plak ni? makin lama makin kuat. Nak sedapkan hati, Leq pon pull over to Pandan's Esso station. Keluar kereta sekali tu.. Taraaa!!!! Tayar belakang side kiri Neo Leq dah kempis. Macam kena tarah beb! Fuuhh...nasib la kitaorang cepat pull pover. Kalau tak, tak tahulah apa akan jadi.

Kitaorang pon minnta tolong seorang mamat bangla petrol pump tu untuk tukarkan tayar. He is so kind to help us. Tak macam boss dia yang melayu tu, sombong menyinga plak. Takperlah, janji tayar tu berjaya ditukar dengan jayanya.

Nak ambil hati dan tanda terima kasih, Leq hulur RM20. ok la tu kan. Dia dah tolong tukar tayar then siap tolong kemas dan masuk angin sekali. Clap2 lah! Siap2 semua tu, kitaorang pon mulakan perjalanan untuk pick up Will.


Sekali tu, silap stesen la plak! Nasib la tak berapa jauh sangat. Manage to fetch him and start our journey to Melaka almost 12.30pm. Oklah tu, not that teruk. Glad the traffic pon ok ok jer. And for the first time ever, cK pakai GPS kat E Tujuh Satu. Kool gak menatang ni. Thanks Matthew!


Apa2 pun, makanan sedap. Dan yang paling layan, band jemputan. Fuuuhh..meremang bulu roma dengar dorang perfomed. Sampaikan pengantin lelaki pon, dijemput menyumbangkan suara. Kekasih awal dan akhir jadi nyayian pengantin lelaki ditujukan pada wifey nyer. So sweet. I will try to upload the vid to FB. Senang2 korang usha la nanti ok?

I think i have to be back to Melaka. One day. I hope so!

Thursday, June 25, 2009

:: Kunyah. Telan. ::

3 comments:
Dua tiga menjak ni, selera makan bertambah la. Macam mana nak kurus ni? Macam mana nak menghadapai bulan puasa yang akan mendatang nih? Aiyak!

Baru rasa nak ringankan diri, dan cam nak debok balik ni. Bermula ngan Legend yang penuh ngan breakfast buffet yang sedap2 dan lazat itu, then gi makan2 ngan family plak dengan saguhati celah gigi yang company bagi (tu pun atas dasar ehsan je kot?)


Hari Selasa plak, my boss bawa g makan sup sedap kat Pudu area - restoran Sururi kalau tak silap namanya. Lazat woo...cukup rasa, rempah nyer. I like sup yang berempah banyak dan pekat. Kalau cair2 ni, kurang selera sikit. Rasa macam tukang masak amatur je.

Malam semalam pulak, temankan kekasih gelap cK g jumpa potential client dia. Makan pizza hut tu. Ala, yang set baru mediteranian ke amenda ntah namanya. Beli yang combo meal je. Ada pasta, pizza, soup, nasi ngan kepah, ayor ngan bread stick. Penoh perot.

Sejak hari Isnin plak, cK ngidam nak makan bubur nasi. Akhirnya, pagi ni berjaya juga merealisasikan hajat tu. Nikmatnya rasa weihh!!. Ditabur dengan kacang sedap, ikan bilis yang rangup, daun bawang, bawang goreng dan yang penting telur masin! cK up lagi letak sikit ayam sweet n sour.


Masih kenyang dan masih senyum gembira. Huhuuh.

Wednesday, June 24, 2009

:: The Sweetest REVENGE ::

4 comments:
MUST WATCH MUVEE!



FACTS & FIGURES



1. 4 Hall @ Cineleisure semalam full house.
2. CGI yang giler babas gempak
3. Soul cerita yang complete secukup rasa
4. Runut bunyi yang enak - mekasih Linkin Park!
5. Giler lah rasa nak transform juwa!!!!!!!

:: WHAT Medicine 2009 ::

3 comments:
Hujung minggu lepas cK penuhi dengan cuti-tapi-kerja. Cuti from my office routine but work for my sayang's event. Dah lama tak merasa keje2 belakang tabir nih. Makanya, cK pon kerjalah sambil2 kat WHAT Medicine 2009 - PWTC.

I was suppose to be the announcer je, end up terjebak juga mencari crowd to join the community talk. Working with a great bunch of people (despite the age..who cares anyway). I enjoyed it much.Adalah sikit penat tapi biasalah kan, kerja mana yang tak penat. Tol tak? So i manage to kenal this twin - not really twin la..but they are sibling. Sorang lahir awal tahun, sorang lagi hujung tahun. Produktif betol! Miahahaha...Tinggi giler si abang nyer and kelakar! Both of them rawk la.I love the part yang main2 walkie talkie tu. Happy noks! Macam2 aksi, gaya bebas on air. To Qilla n Anis, korang pon best gak. Lily, Leq n Shen...another 3 pempuan garang. I guess that's the reason why my garang side never cool down..I'm surrounded with other garang ladies. Haha!

Part paling best, bila dapat pay check la. I brought my family for dinner. Plus, another berita best, gaji dapat awal plus bonus (ke saguhati je ah?). So end up makan2 la katanya. Dah lama tak merasa Cordon Blue Chicken, so apalagi duet dalam tangan suda...order saja noks.



Burp! Amin!

Monday, June 22, 2009

:: Masa Untuk ??? ::

3 comments:
Transform la dude!!!!Esok masa yang ditunggu2! Bumblebee i miss u!


Cineleisure, kita serang kamo esok!!!!!

:: My New Baby ::

2 comments:
Mula-mula terima kasih kat Mek sebab ingatkan betapa bestnye Nokiah itu. Nokiah E Tujuh Satu yang menjadi kesayangan cK bersama2 Nokiah N Tujuh Poloh yang dibeli dua tahun lepas sempena hari jadi.
I guess, my bday prezzie dapat early la kot this year. Ahaks! i loike my baby!

Thursday, June 18, 2009

:: Hari Yang Panas ::

2 comments:
Mana satu ye nak mula dulu? Erm...oklah camni.Kita cerita dari pagi yea?


Pukul 9.00 - 12.00

- Hari ni cK jadi receptionist. So kena la jawab call termasuk luahan hati ramai orang
- Tak semena2 terima call dari sorang Ah So yang tak puas hati gara2 application anak dia tak dijawab hingga kini. Dahlah dia mention my name plak tu. Pehtu satu das ayat pedih dia kata "Adzratul, i think thats how u work. You never care about other's need and concern". Hey! Me n my department takde kaitan hidup mati pun ngan menda yang Ah So tu bebelkan!
- "Akak, saya tak faham pasal borang feedback tu. Nak kena suruh mentor ke supervisor ke sapa yang sign?". Aaaahh...kenapa gwe kena menjawab! Bukan keje gwe!!!
- Nak transfer call kat orang2 yang berkenaan gagal. Sebabnya satu department kosong melayan interview katanya. Dem!

Pukul 12.00 - 12.30

- Ada sekor makhluk ketot masuk dalam opis.
- Terus2 nak menyinga. "What is this?" katanya. cK jawab "Its notes for the class given by the faci". "I thot i my instruction is that there shall be no more photocopy to be done at all. All must be in soft copy!" tempik si pendek. WTF!
- Dah tempik2 orang, pehtu kuar mintak suratkhabar. Then nak melawak2 bodo suh orang banje dia makan.
- Silap besar bila dia kata "yelah, takde orang nak belanja makan. Maybe tunggu bonus". Dapat balasan "Ha ah. Ntah bila la dapat bonus tu kan?". Diam.

Pukul 12.30 - 1.00

- Sorang femfuan datang je reception area sambil petik2 jari ala2 panggey macai kata "I need my parking ticket".
- cK pon g je la inform ngan org yang sepatutnya arrange for parking tu. Orang tu tengah enganged plak.
- I wanted to tell that woman to wait for a while. Sekali dia bukak mulut "Can u be fast? I need to rush back to my office" sambil tangan buat signage menghalau ala2 halau berok! Bitch la lu!

Kesimpulannya

1. Walaupun saya ni dok jawab talipon kat luar tuh, tak bermakna IQ saya nih tahap bawah tapak kaki korang or SPM saje ok. Ko pehal nak pandang gwe sebelah mata! Ko ke yang amik, bayar gaji gwe?
2. Keje2 menjawab call ni memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.
3. Orang Malaysia nih amatlah teruk PR skill mereka. Sungguh tak berbudi bahasa! Tak melambangkan bangsa betul!





Monday, June 15, 2009

:: Karok Lagi Mengarok ::

3 comments:
Sesudah setel acara makan2 sampai moncit di Janda Baik, aktiviti bersosial telah diteruskan lagi. Bukan senang nak berhuha-huha reramai. Maka, peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin. Penat lelah mengipas bara sampai naik muscle2 kat lengan ni perlu diredakan.

Maka, cadangan berkarok oleh Dilla disambut baik oleh geng pengembaraan. Walaupun hakikatnya, lebih ramai yang menyumbangkan suara dari menyanyi mengikut beat dan tempo tapi takper. Kita redah je semua! Janji gumbira!

cK nyanyi lagu Kau Ilhamku - Man Bai dan duet ngan Dilla lagu Sedang Ingin Bercinta - Dewa. Lagi satu lagu, cK up Pupus - versi Mawi (apada Dewa takdak!). Budak2 ni siap belajar Poco-poco lagi. Tak daya nak ikut step weih. Konpius semendang. Dok ulang2 pusing2. Pening noks!

Dalam pada berfoya2 sesama staff ni, ada plak sorang participant kitaorang kat tempat yang sama. Jadi mangsa keadaan la dia. Suh nyanyi lagu yang dia menang untuk FSTEP Talent - Big Spender tapi takdak plak. Maka, kitaorang suh dia jadi Akak Zeton Samion. Miahahaha!

Dan ketika ini barulah kitaorang discover yang Emin rupanya peminat boyband. Dalam banyak2 lagu yang ada, dia leh link ngan lagu Backstreet Boys je. Siap diri amik feel tu! Clap clap! Towards the end ada nari reramai. ikut chareograph lagu Backstreet Back. Best wooo!!!

I enjoyed my day so much! It was well spent with a bunch of great people. Love u guys!

*Hugs!*

:: Hoye-Hoye @ Janda Baik ::

2 comments:
Tarikh : Sabtu, 13hb Jun 2009

Tempat : Janda Baik (atas lagi dari D'Ark and Riverside)

Ahli kumpulan : Semua staff muda2 opis

Akhirnya menjadi kenyataan gak edisi hoye2 yang cK usulkan. Seronok tak terkata la kan. Bertolak seawal jam 9.00 pagi (cK sampai paling last!).



Sorang pon tak pernah sampai ke Janda Baik ni. So jadinya, sapa2 yang rasa nak pegi gak..Takkan sesat la korang. Follow je sign board tu, mesti sampai. Ada beberapa port la kat sana but yang cK nak rekemenkan ni agak dalam la.

Korang follow je sign board nak ke D'Ark atau pun Riverside. D'Ark tu byk challet tapi air dia takat buku lali je pon. Tak feel. Kalau Riverside tu, memang camping side. Kot nak buat team building ke apa, elok sangat lah tu kan.

Kat area kitaorang nyer port ni, ada khemah dua biji. Makcik tu cas RM10 - buat upah dia nyapu sampah. Ok la tu. Area depan umah dia pon. Acik tu kata ada anak Dato nak mai...tak muncul2 pun. Kuciwa i!Puas la kitaorang ni tunggu, bulu kening anak Dato' pon takdak!

Anyway, makanan toksah cakap la. Banyak giler. Masing2 telah siap sedia nak melantak dan mengembangkan badan memasing. cK menaja ayam siap tolong marinate sekali. Muahaha. Tapi, habis ok. Takde pembaziran berlaku di situ. Ha...cK ngan Ayu (my partner) terasa bangga leh hidupkan api ok. Kalahla budak ROTU yang sorang tu. Muahahaha. Clap clap. I loike!

Semuanya berjalan ikut plan asal. Masak, mandi, makan sampai kol 3 petang. Elok je nak naik ke darat, guruh pun kedengaran. Arus sana deras . So kalau hujan turun mau la leh hanyut sampai Australia kot? Bole ke? Hik hik...cK yang berat nih pun boleh dibawa air, kalau Mek n Dory tu...ermmm...tak pun Tok Ketua ke...Ishhh...seram!

Lepas dah siap2, lawa tukar baju semua kitaorang pun beransur. Oh, kami tak terus pulang taw. Then ada aktiviti lain menyusul. Apakah??? Teng teng teng...


Fo more picture sila ke sini.

:: Si Anak Baru ::

2 comments:
Seisi rumah bergumbira dengan kehadiran 'anak' baru ke dalam keluarga. Ianya tidak dibeli, tapi dikutip di depan kedai runcit milik seorang Acheh. Maka, mama dengan rela hati bagi nama Acheh kat dia.

Tuan dia buang dia sebab ada luka kat montot dia kot? Agar besor le juga. Tapi takper, sekarang proses merawat telah pun bermula. Oleh kerana dia seekor 'femfuan', kucing2 lain si Tigis, Salem dan Urban telah pun berubah tingkah laku.

Dah takde bising2 lagi dah. Masing2 behave baik punya! Dengan harapan untuk menjadi calon lelaki ini buat Acheh. Cheetah on the other hand, macam kecik hati sikit. Tapi takper, mama tetap utamakan Cheetah tak kira apa pun.

Maka dengan ini, andai ada orang-orang kampung yang nak mencari calon...Sila hubungi cK untuk tetapkan janji temu ok? Haha! Bisnes baru ni...Hanya calon2 yang di short-listedkan saja yang akan dihubungi.

Buat maka sekarang, cK dah pon forward proposal kat Mek untuk anak jantannyer si Ted Baker dan juga Cik Dory kita untuk Gemuts.

Apa lagi tunggu!? Yang terhangat di pasaran!!!

:: Ikan Bilis Cedap!!! ::

1 comment:
Apakah yang boleh dilakukan dengan hirisan bawang besar dan serai?

Dicampurkan lagi dengan cilip padi sesuka rasa jiwa?

Perahan limau nipis yang menyentap jiwa?

Ikan bilis digoreng rangup kruk krak kruk krak bunyinya?

Setelah ditambah garam dan gula, taraaa...kerabu ikan bilis cedap!!!


Cobaan berjaya! Suka suka suka! Makan ngan nasi bubur pon boleh, nasi biasa pon ok. Nak kunyah dia je pon orait. Cubalah!

Saturday, June 13, 2009

:: Hoye Hoye ::

4 comments:
Susulan cerita penuh akan diupdate kendian. Chaiyooookkk!!!

Friday, June 12, 2009

:: Ketagihan ::

2 comments:
Penantian untuk berbulan-bulan lamanya telah berakhir semalam. Tegar je cK ke pasar malam untuk membeli juadah pojaan hatiku ini.

Taaaraaaa.....Gamba before and after kuah.


Mak Teh yang jual Yong Taw Foo (YTF) tu dah tak meniaga lagi. Ni ganti ngan makcik lain plak. Not bad la cuma dia kedekut sesame. cK makan tak banyak mana pon, just nak buat rasa je sebenarnya. Bukannyer hantu YTF pon. Lama tak rasa, buat mengidam pula.

Harga makcik tu jual murahlah juga. Sebeban cK amik, baru RM10. Heheheh..Kankung, Chee Chong Fan (kue teow panjang tu), fish ball, fish cake, wantan, tahu berisi...banyak lagi weh. Sangat suka.

Burp!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...