Bila dah terhantuk, benjol kepala tu barulah orang keliling nak meraung sekuat-kuatnya. Mangsa yang kena? Belum tentu lagi dapat merasai kesakitan itu sendiri. Silap haribulan mangsa bakal diratapi kerana sudah tiada di dunia ini lagi.
Apa masalah dengan kenderaan awam negara kita ya? Masih mundurkah? Kalau tak silap hemat pemikiran cK dah luak duit ringgit rakyat disalur ke konsortium2 yang berkenaan untuk menaik taraf mutu pengangkutan awam yang ada dalam negara.
Nampak gaya, duit yang dilabur tidak setimpal dengan hasil yang diterima. Ada penyelewengan berlaku? Oooppssss, jangan main tuduh2 ok! Seram nok! Dari kacamata seorang pengguna dan bekas pengguna beberapa perkhidmatan awam, cK teringin nak kongsi pengalaman.
1. Bas
Apa masalah dengan kenderaan awam negara kita ya? Masih mundurkah? Kalau tak silap hemat pemikiran cK dah luak duit ringgit rakyat disalur ke konsortium2 yang berkenaan untuk menaik taraf mutu pengangkutan awam yang ada dalam negara.
Nampak gaya, duit yang dilabur tidak setimpal dengan hasil yang diterima. Ada penyelewengan berlaku? Oooppssss, jangan main tuduh2 ok! Seram nok! Dari kacamata seorang pengguna dan bekas pengguna beberapa perkhidmatan awam, cK teringin nak kongsi pengalaman.
1. Bas
- Masa sekolah menengah dulu naik bas putih merah, Leng Seng namanya takpun biru putih Bas Sri Jaya. Dulu-dulu ada khidmat Bas Mini yang selalu orang ingat cam sardin! masuk reramai tapi murah dan pantas! Sekarang nih KL tinggal RapidKL, Metrobus (kira paling glamour lah)
- Memang boleh diterima akal yang dulu2 mana ada bas ber'aircond' semuanya back to basic ok. Bunyi pun tak best. Asap kepul2 hitam!
- Dulu-dulu sistem pakai tiket ngan konduktor. Lama2 dah ganti ngan mesin masuk duit je. Tak lama lepas tu, Touch&Go pon bole guna. Sekarang? Touch & Go still ada dan jenis sistem tiket kena simpan so that bole guna time pegi balik. Ala-ala tiket LRT jadinya.
- Bab beratur tunggu bas, masih lagi hingga ke hari ini.
- Pemandu bas, terkenal ngan sikap pendek akal - nak cepat jek!
- Penumpang bas? Asyik kena tipu ngan ulat tiket je!
2. Bas ekspres
- Bab ni cK kurang arif. Maklumlah membesar di KL membuatkan cK kurang pendedahan dalam isu2 nak naik bas balik kampung masa raya, tahun baru, krismas etc. Plus, im not long journey traveller type of gal, not yet.
- Yang tak best, asal ada je perayaan mulalah terpapar di kaca tv, suratkhabar kes kemalangan jalan raya melibatkan kehilangan nyawa. Dan sekarang ni, bukan musim perayaan pun boleh jadi tragedi.
- Bila dah ditimpa kecelakaan, mulalah orang tuding jari. Salahkan pemandu bas yang dah berkeping2 saman tidak berbayar. Salahkan syarikat yang permit tidak diperbaharui. Ada juga pemandu yang telah tamat tempoh lesen memandunya! Ni sapa punya angkara? Orang jabatan mana yang tak buat kerja? Hang dok buat tahi mata ka?
- Personally, lagi rela naik kereta dari naik bas express yang tak menjanjikan keselamatan!
3. Teksi
- Dari teksi kaler itam kuning zaman dolu2 sampailah sekarang dah ada warna merah putih, lime. Pendek kata, cuma warna yang bertukar tapi servisnya? Takuk tu juga.
- Masih kekal dengan isu 'tak payah pakai meter, rugi je', pemandu yang pilih bulu, meter modified...still the same. Yang berubah mungkin teknologinya.
- Diperkenalkan meter yang beresit. Tapi berapa kerat sangat driver yang nak print resit2 tu? Katanya duit untuk kertas resit tu je pun dah mahal. Kenalah kita bertekak nak suruh dia print juga just for the sake nak masuk dalam claim.
- Pemandu teksi negara kita juga agak selekeh. Tak cukup dengan itu, teksi dorang pun sama je macam tuannya. Bau hancing, hapak..ntah apa apa lagi. Bila naik, rasa cam nak muntah pun ada. Walaupun tak semua, tapi kebanyakannya.
4. LRT / Monorel / Komuter
- Putra, Star - nama je gempak. Ada macam layanan anak raja ke? Atau mungkin bintang2 filem? Jauh dek non oiii!
- Tambang, masih berpatutan dengan adanya pas bulanan.
- Masa? Menjimatkan cuma menyakitkan hati bila selalu sangat ada masalah teknikal dan babak tergelincir di landasan.
- Selesa? Pause, yea rite there. Bayangkan diri dihimpit rapat, terasa bagai diremuk, kesukaran bernafas, peluang tinggi untuk menhidap penyakit berjangkit dan boleh pengsan bila-bila masa sahaja.
Maka, sejauh mana duit kita dilaburkan ke jalan yang sepatutnya. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan berdoalah untuk yang lebih baik. Namun begitu, cukupkah hanya dengan berdoa sedangkan ada insan lain yang sedang enak dibuai mimpi diatas takhta ciptaan sendiri?
7 comments:
i like teksi blue bird... mereka jujur, mereka menguasai perkhidmatan teksi di Indonesia
ehem...ehem...ehem...nampak gaya aku kena buat macam pak lah nih...spotcheck...
selain blue bird, silver bird pon okeh ape... di samping itu mereka juga ada big bird... comel kan?
p/s: selalu pilih nak tahan blue bird version toyota vios :p
yaya, baman : yang kat mesia nih kita punya driver je ade bird!
jusoh : sila2 la YB oiii!
kisahnya sama jugak kat Sabah ni....kalau nak diikutkan Sabah ni kaya tp apa yg kami dapat??:D
hmm.. sekali lagi suara rakyat bergema tapi terpantul balik kat yang bertempik pasal telinga dan mata para YB ditempek kertas warna bernota RM...
naik lrt best.. seelok2nya tambahkan gerabak.. leh menjanakan ekonomi lebih tinggi utk negara...
Post a Comment