Sunday, October 11, 2009

:: The Guy I Saw On TV ::

Maka tersebutlah kisah bahawasanya ada seorang perempuan telah tangkap syiok sama seorang lelaki. Kisah chenta yang bertepuk sebelah tangan ini sememangnya hanya dapat dihidu leh teman2 rapat wanita itu sahaja.


Telah beberapa percubaan dilakukan untuk berkenalan dengan jejaka pujaan, namun tidak membuahkan hasil seperti yang dijangkakan. Si wanita telah berusaha membuat kunjungan wajib setiap bulan bagi memastikan dia dapat bertentang mata dengan jejaka pujaan. Leburlah juga wang ringgit dek kerana setelkan duit insurans. Ahh..itu tidak mengapa! Janji dia yang jaga di kaunter sana.

Sesi soal jawab mula dilakukan dengan berhati2. Dapatlah nama si teruna dan asal keturunan dari mana. Mulalah berbalas senyum mesra. Nak ajak keluar, rasa over lah pula. Nanti kata dia ada affair ngan customer...tak ke naya?


Namun sekarang itu cuma kenangan sahaja. Harap pada nama, number telefon nya tiada. Pernah terserempak di kediaman member, namun tak pasti masih adakah dia di sana. Tempat kerja telah bertukar juga cuma mungkin masih di bank yang sama. Bila melihat ditepi jalanraya, kadang kala ternampak mukanya di billboard sana.

Wahai kanda, mana perginya....Adinda kamu itu, dah separa gila...ha ha ha...Buat sesiapa yang kenal, tahu cik abg dalam gamba ni di mana...calling2 i ya?


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...