Hari ni cK rasa nak share beberapa perkara yang menjadi kepantangan kalau terserempak, terpandang, terwitness masa dalam tren. Boleh kira rosak mood jugalah hari tu. Still ok kalau kejadian tu berlaku lepas waktu pejabat. Kiranya takdelah teringat sepanjang hari.
1. Lengan pendek dan rumpun lalang
1. Lengan pendek dan rumpun lalang
- Oh puh leezz...Kalau dah tau nak pakai short sleeves, sila silalah cukur apa yang patut. Geli lah tengok orang2 yang bergayut dalam tren, angkat tangan tinggi2 pehtu..naaahhh...serumpun lalang yang tidak ditebas! Apakah?! Potong mood nak breakfast la weih.
2. Jimat air dan bau tengik
- Yang ni pun agak kronik. Ya, cK faham andainya ada sesetangah orang yang ada alahan nak mandi pagi. Jenis yang lap2 mata, muka je. Lagi teruk kalau dia jenis kaki tisu lepas melepas. Bila dah sesak2 tu, mula la peluh. Dan berpeluh, naiklah aroma tu. Again, loya!
3. Asmaradana
- Yang cK perhatikan, foreigners jarang la terjebak. Yang selalu nampak, orang-orang bangsa sendiri. Dari yang muka pecah, sampailah ke jenis yang alim2 kucing. Berpeluk2 sakan, laga2 pipi segala. Yuran sekolah pun orang tua yang tanggung, ada hati nak menggatal. Agak2 la kan?
4. Redah dan menyendat
- Yang jenis ni ada dua. Satu - jenis yang kalau boleh nak menyumbat walaupun dah nampak padat. Selagi boleh dia nak menyelit. Kita semua faham yang masing2 nak cepat tapi gunalah akal yang sikit tu. Dah tak muat, buat apa nak menyendat!
- Jenis kedua ni plak involve physical. Suka main pijak2 kaki orang. Tak boleh duduk dendiam. Ada je hal kaki dia. Or else, time nak keluar dari tren. Rilek je pijak kaki! Nak kena pijak?
5. Tuli lagi buta
- Nampak orang2 yang kurang mampu, dia buat2 tidur. Apalah jenis makhluk? Nampak orang bawa anak keliling pinggang..pegang, kendong. Dia boleh pandang je...kalau nampak dan berakal, mesti dah lama dia offer seat. Sebab tak nampak la dia leh menten je rilek.
6. Buta huruf
- Dah letak signange "No eating, no smoking, no pet" dan beberapa No No No lagi lah kan. Still, ada juga yang nak makan minum dalam tren. Hello! Modo ke apa? Dah la makan berdecap2, bau plak tu! Takde sivik betul la dorang nih.
The list will add on, time after time.
p/s : Beberapa posting kebelakangan ini agak emosional. Ya, saya sedar. Lebih selesa luahkan segala di layar daripada memenatkan diri bercakap dengan insan yang tak mampu menempuh cabaran. End of it.
3 comments:
Kaedah penyelesaian
1. Lengan pendek dan rumpun lalang
- sediakan pisau cukur atau mesin rumput atau cangkul.nampak jer lalang-lalang depan mata, taras je sekuat hati sampai luka, pastu letak garam sikit, cuka sikit kat tempat luka.nak lagi sedap, letak ajinomoto secukup rasa
2. Jimat air dan bau tengik
- sediakan termos yang mengandungi air panas.kalu terhidu bau yang mencurigakan, tuangkan air tersebut. kemudian, bagitau dia...incik, pemanas air skang ni takde la mahal sangat.kalu tak mampu, bangun pagi2 jerang la air dulu.air ni sebagai contoh jer..tak sejuk kan? kan? kan?
3. Asmaradana
- jangan salah sangka dengan mereka.mungkin mereka kembar tak seiras dan melekat jarang-jarang.hubungi segera pihak hospital untuk pisahkan mereka tatkala mereka melekat.
4. Redah dan menyendat
- ntah....aku dah abes idea dah...dekat sejam aku nak siapkan komen nih...ade jer halangan...cis btol....lain-lain tu pikir la sdiri...
owh tuan jusoh...saya sungguh ceria membaca cadangan2 bernas awak itu!
clap*clap*
org yg mkn dlm tren tu mebi dia dh lapa sgt kot.. tp jgnla sampai bunyi2.. nyamperss..
Post a Comment