Wednesday, May 20, 2009

:: Yang Ini Budi, Yang Itu Body ::

Dua kejadian.

Satu lokasi.

Dua pelaku.

Memang banyak coretan cK berkisar pasa kejadian sebenar dalam kehidupan seharian. Bagi cK, itu lebih dekat dengan hati. Lebih-lebih lagi bila korang sendiri pernah mengalaminya.

Ada 2 kejadian dalam LRT berlaku pada hari yang sama. Semalam to be exact. Kita mulakan dengan cerita budi bahasa, amalan kita dulu ok?

Kejadian 1

Seorang wanita berusaha gigih untuk keluar dari celahan manusia ketika tren tiba di stesen KLCC. Dengan bersungguh2 dia menghimpit cK yang sedang tersepit diantara seorang lelaki berbadan besar, seorang awek berbaju sendat, seorang abang yang akan turun di Masjid Jamek dan aliran umat manusia yang sedang berpusu2 keluar dari perut tren.

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, wanita itu terus merempuh cK tanpa ihsan. Bukan niat cK untuk tidak memberi laluan, namun kekalutan wanita itu telah menyebabkan pinggang cK sakit, kaki cK dipijak tanpa rasa bersalah. Tambahan lagi, laluan yang sempit menyukarkan cK untuk beralih melainkan semua penumpang yang bertali arus itu telah selamat keluar semuanya.

Tiada ungkapan "Excuse Me", "Tumpang lalu" atau "Sorry" keluar dari mulut wanita itu. Hanya kelihatan muncungnya yang sejengkal. Bukan cK saja yang jadi mangsa, namun semua orang dilaluan wanita itu juga tak terkecuali. Susahkah untuk mengucapkan 3 baris kata hikmat itu? Mulut penuh emas kah hingga gagal berkata2?

Kejadian 2

Seorang wanita mula memasuki tren dari stesen Kg. Bharu. Suhu pagi agak dingin maklumlah air-cond berfungsi penuh dan cuaca di luar agak mendung. Wanita ini mengenakan baby t yang mempunyai kolar V sehingga menampakkan lurah dendamnya.

Beberapa pasang mata lelaki nakal mula menonton wayang percuma. Lurah indah ciptaan tuhan, kata mereka. Berasa kurang selesa, wanita tersebut mula menarik2 baby t nya. Namun, dengan saiz dada yang agak sedang2 itu, usaha wanita tersebut boleh dianggap gagal.

Melirik pada bahagian muka, agak comel orangnya. Turunkan pandangan ke leher, ada kesan gigitan di situ. Turun lebih bawah, ke bahagian punggung. Wow! Ada tali hitam melintang hasil dari g string yang dipakainya. Cuting jeansnya pula, low cut. Memang cuci mata!

Sekali lagi, dia menarik2 baby t nya dan juga jeans nya. Tapi untuk apa? Ia takkan merubah apa-apa! Pelik. Kalau dah tak selesa, pakailah pakaian yang sewajarnya. Pilihlah apa yang patut sebelum mengenakannya di badan. Dah tahu pagi2 tren gerenti sesak ngan seramai2 umat, cuma dress up properly. Ini tak, sendiri cari pasal.

Kalau dah ditayang, takkan tiada yang tak sudi memandang. Kan? Dunia...dunia...



5 comments:

Mira a.k.a Toti said...

lumrah manusia yg...ntah la nk kata ape kan!

takmo org tgk2 ko jgn la pakai seksa sgt!
yg no.1 tu.. sorry seem to be the hardest word kot!

SilverFerio said...

itulah nilai yang boleh bezakan sesama manusia

DoOrDie said...

toti : yea..macam2 ragam...penuh warna warni

baman : dan nilai itu sering dipandang remeh oleh sesetengah dari kita.

Meera :) said...

memang ahh enn?
kalo dea pijaks kaki u lagi, starting from now, u pkai kasut yg ada paku..
tapi, yg tajam tuhh menghala ke atas.
kahkahkah!

DoOrDie said...

dek dek : ishh..ingat ala2 cite 300 ke apa...?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...