Thursday, May 07, 2009

:: L.E.H.E.R ::

Ini semua gara-gara seorang lelaki gempal yang berdiri dibelakang cK dalam train pagi tadi. Bukanlah sengaja niat di hati untuk menuding jari, TETAPI kehadiran dia telah mengundang rasa tak puas hati.

Dia menghimpit cK yang sudah hampir lemas dibelakangnya. Dek kerana jaki, cK pusing belakang nak tengok siapakah gerangan manusia durjana itu. Bila cK toleh, dia stop pushing. Then, he starts back! Dengan pantas cK menoleh dan.... "Ouch! Sakitnyer leher!"

cK cuba lagi untuk menoleh ke kiri namun "Aaaahhh...sakitnya!". Tak bole toleh kiri wooo!!! Bila cuba juga, sakitnya ya amats! Sampai je pejabat, cK tanya kat kawan2 mana tahu ada yang sudi tolong urutkan. Tapi, hampeh! Takde sapa pon yang boleh bunyi2kan leher tu. Crap!

Balik rumah, ingatkan bolehlah mengharapkan Mama letupkan leher tu. Apakan daya...Mama mencuba nasib buat kali kedua namun tak juga berjaya! cK try gugel2 pasal neck pain ni. Namun leh kata hampir semua tak membantu. Paling habis treatment yang disyorkan adalah sapu ointment dan yang penting rehatkan leher tu dari melakukan pergerakan yang banyak. Not helping!

Tapi, dalam banyak2 kan..ayat yang satu ni tak boleh blah tol - "Ko ada leher meh?". Rasa nak pijak jek! Huh!

8 comments:

SilverFerio said...

jangan pandang belakang, sebaiknya pusingkan badan

Mem Aluya said...

Ahahahaha. Komen Man tu tak boleh blah.

Pegi la cari mak cik urut.

HambaMaya said...

pergi kedai mamk gunting rambut la.. sabde' skali!!!

hehehe... er, dah ok dah leher?

Pink Marie said...

yoko2!!

Zu said...

hai CK rindu ngan blog ni tp apakn daya ......

so masih sakit leher tak??

KitKet said...

ce guna 'tokusen'

DoOrDie said...

baman : ikut sunah nabi la kononnya. takleh main toleh2 but kena pusing badan togede2.

mem : tuh la...sedang berusaha

tuan : aduii...nak suh ane tu urut kaaa???

mek : ermm...ade bau la...tak ske...

zu : kenapakah???

mamaket : tokusen??? yang cam koyok tu gak kan??

KitKet said...

aah ari tu mak pes time pakai best jugak.. cam power ajer minyak panas dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...