Thursday, May 28, 2009

:: Nyampah You! ::

3 comments:
Hari ni cK rasa nak share beberapa perkara yang menjadi kepantangan kalau terserempak, terpandang, terwitness masa dalam tren. Boleh kira rosak mood jugalah hari tu. Still ok kalau kejadian tu berlaku lepas waktu pejabat. Kiranya takdelah teringat sepanjang hari.


1. Lengan pendek dan rumpun lalang
  • Oh puh leezz...Kalau dah tau nak pakai short sleeves, sila silalah cukur apa yang patut. Geli lah tengok orang2 yang bergayut dalam tren, angkat tangan tinggi2 pehtu..naaahhh...serumpun lalang yang tidak ditebas! Apakah?! Potong mood nak breakfast la weih.
2. Jimat air dan bau tengik
  • Yang ni pun agak kronik. Ya, cK faham andainya ada sesetangah orang yang ada alahan nak mandi pagi. Jenis yang lap2 mata, muka je. Lagi teruk kalau dia jenis kaki tisu lepas melepas. Bila dah sesak2 tu, mula la peluh. Dan berpeluh, naiklah aroma tu. Again, loya!
3. Asmaradana
  • Yang cK perhatikan, foreigners jarang la terjebak. Yang selalu nampak, orang-orang bangsa sendiri. Dari yang muka pecah, sampailah ke jenis yang alim2 kucing. Berpeluk2 sakan, laga2 pipi segala. Yuran sekolah pun orang tua yang tanggung, ada hati nak menggatal. Agak2 la kan?
4. Redah dan menyendat
  • Yang jenis ni ada dua. Satu - jenis yang kalau boleh nak menyumbat walaupun dah nampak padat. Selagi boleh dia nak menyelit. Kita semua faham yang masing2 nak cepat tapi gunalah akal yang sikit tu. Dah tak muat, buat apa nak menyendat!
  • Jenis kedua ni plak involve physical. Suka main pijak2 kaki orang. Tak boleh duduk dendiam. Ada je hal kaki dia. Or else, time nak keluar dari tren. Rilek je pijak kaki! Nak kena pijak?
5. Tuli lagi buta
  • Nampak orang2 yang kurang mampu, dia buat2 tidur. Apalah jenis makhluk? Nampak orang bawa anak keliling pinggang..pegang, kendong. Dia boleh pandang je...kalau nampak dan berakal, mesti dah lama dia offer seat. Sebab tak nampak la dia leh menten je rilek.
6. Buta huruf
  • Dah letak signange "No eating, no smoking, no pet" dan beberapa No No No lagi lah kan. Still, ada juga yang nak makan minum dalam tren. Hello! Modo ke apa? Dah la makan berdecap2, bau plak tu! Takde sivik betul la dorang nih.

The list will add on, time after time.


p/s : Beberapa posting kebelakangan ini agak emosional. Ya, saya sedar. Lebih selesa luahkan segala di layar daripada memenatkan diri bercakap dengan insan yang tak mampu menempuh cabaran. End of it.

Wednesday, May 27, 2009

:: The Silence Boycott ::

5 comments:
Yes.

I don't care much.

Still, i need you to read this.

It doesnt matter whether it takes only u or the whole bunch of your 'bijak pandai overly sensitive' group to boycott me for God knows whatever reason.

I am not here to pleased anyone.

I am not PERFECT, neither do you.

There will always a thin line between being FIRM and RUDE.

I don't want to be the latter, as i still have a lil respect for you.

Therefore, do not i repeat DO NOT force me to.

I will have nothing to loose if i lost you.

Tuesday, May 26, 2009

:: Tipis Lagi Nipis ::

1 comment:
“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘innalillahi wa inna ilaihi roji’un’.” (Surah Al-Baqarah : 155-156)

cK akui dua minggu kebelakangan ini kesabaran agak tipis. Bukannya sengaja ingin menduga kewarasan diri cuma keadaan boleh berlaku tanpa dijangka. Masih belajar dan mencuba sedaya mungkin untuk memperkasakan kesabaran diri.

Maaf atas segala keterlanjuran perkataan mahupun perbuatan. Ku bukan sempurna dari imannya. Hari demi hari ditempuhi dengan rasa lebih bersemangat dari hari yang sebelumnya. Dengan satu harapan, segalanya akan jadi lebih baik dari semalam.

Sesekali menoleh kebelakang untuk mengambil iktibar atas setiap satu kejadian. Namun yang pasti, langkah terus dihayun melangkah ke hadapan menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Ya Tuhanku, lengkapilah aku dengan kesabaran menghadapi dugaanmu.

Monday, May 25, 2009

:: Larangan Solat ::

1 comment:
Mula-mula dorang kata camni.


Lepas ada orang buat aduan, dorang kuar surat camni plak.


Apalah yang nak jadi nih? Salah siapa? I have to say, orang2 Islam dalam syarikat itu pun memainkan peranan mereka. Kalau dah mengular je kejenya, sampai orang pun tak respect dah. Camni lah jadinya. Tak ke malu diri sendiri?

Bab management yang beria-ria kira waktu, jam orang bersolat ni..dahsyat juga la kiranya. Ada masa eh, dorang amik time. Pakai jam randik ke apa? Dunia...dunia...

Sunday, May 24, 2009

:: Konsert Jom! ::

3 comments:
Wahai kengkawan sekalian, adakah kalian mahu temanin guwe nonton konsert? I went for the first PMI, i skipped the 2nd show n now i wanna come for the 3rd one. Ada sapa sudi?


Jom kita!

:: All ABout Ms ::

4 comments:
Ye, jangan betulkan mata anda. Memang betul apa yang korang baca. Kalau rasa M tu refer to new scandal kalu, nope! Silap da tu. Let me tell u what Ms are all about. Lets start folks!

  • Mood swing.
  • Moody.
  • Marah2.
  • Mengaruk.
  • Menyampah.
  • Mengumpat
  • Mengata
  • Menahan sabar
  • Mengira syiling
  • Menunggu gaji
  • Menghitung hari
Well...ada banyak lagi kalau nak list down. Malas. Yes, thats another M. Seems like these last 2 weeks, really put my patience to the test. All roll into one. Moga2 tabah la ndaknyer.\

I learn my lesson, not to trust people much. What to do. I hate to judge people ma. Thought that with your sincerity (at least thats what u potray) and the family, education background you should have been better. U r the most sophiscated liar instead.

Phewww...payday mayday2! I need you to light up my day!!!!

:: Syiling Nikel Itu ::

1 comment:

I am broke. Totally broke.

So what, if i admit it?

Dah memang tengah pokai. Ngaku je la. I'm not living in a lala-land and everything will be good all time. I have my up and down too.

Too bad, u just dun seem to understand. Dah rasa malas nak bercakap ngan orang-orang plastik ni. Berbuih mulut bercakap tapi tuli rupanya. Kesian seh.

To be honest, i have lost my patience to u. Memang la cK ni jenis cepat panas hati dan cepat sejuk but in your case, it will never be sejuk ok. Why? U dont deserve it, seriously. I cant find any 1 good reason why i should.

Daripada layan kerenah ko tu, baikla cK kira belen2 syilling yang ada nih. There go my precious 50 cents big rounded syilling. Huwaaaaa..!!!! Poket lobang woookkk!!!!

Thursday, May 21, 2009

:: Rahsia Perempuan ::

4 comments:
Ada Satu Bahagian Pada Perempuan
Yang Sangatlah Peka Bila Di Sentuh Oleh Lelaki
Dimanakah Bahagian Itu?
Maukah Kau Tahu?

Karena Bagian itu Hanya Untuk
Lelaki Yang Cukup Umur
Karena Bahagian itu Sungguh Sangat Bisa
Buat Perempuan Dimabuk Kepayang Dimabuk Asmara
Dimanakah Bahagian Itu?
Maukah Kau Tahu?

Sentuhlah Dia Tepat Dihatinya
Dia Kan Jadi Milikmu Selamanya
Sentuh Dengan Setulus Cinta
Buat Hatinya Terbang Melayang

Sentuh Hatinya Dengan Sangat Hati-hati
Bila Ingin Rebut Hatinya
Karena Bahagian itu Sungguh Sangat Bisa
Buat Perempuan Dimabuk Kepayang Dimabuk Asmara
Dimanakah Bagian itu Maukah Kau Tahu

Sentuhlah Dia Tepat Dihatinya
Dia Kan Jadi Milikmu Selamanya
Sentuh Dengan Setulus Cinta
Buat Hatinya Terbang Melayang

Ari Lasso & Ahmad Dhani

Membaca baris-baris lirik ini, terasa indah sekali. Dan sudah tentu dari kacamata seorang lelaki yang lumrahnya pervert, bahagian lain yang bermain di minda. Ala...toksah nak cover line la. Orang tau lah! Ngee...

But then, i guess it is well said. Perempuan loves to be pampered. All the time. But how? Starts with her heart. Thats the key point. Cam suiz gitu. Once you manage to click it, the rest will be lot more easier. Just go with the flow. Tak caya tanya Yaya.

Yes, women nowadays loves to play hard-to-get but once u hit the right notes, she will sing a song for you. So, learn the lesson please. Touch my heart. Our heart.

Wednesday, May 20, 2009

:: Namaku Seng, Bukan Mat ::

7 comments:
Rasa nak gelak je bila dengar ringkasan berita utama kat TV3 pagi tadi. cK kurang ngerti dengan agenda sebenar yang cuba dibuktikan oleh pak polisi kita. Mungkin alasan mereka kukuh but for me....naaahhh..i doubt it.

Mat Rempit sudah tiada dalam kamus jalanan. Kenapa? Dengar kata, golongan mat rempit bertindak lebih ganas dan merasa seolah-olah disanjung dan digeruni oleh warga yang lain. Pendek kata, kalau sebut je Mat Rempit, dorang akan terbayangkan seorang mamat yang begitu hebat menunggang motornya sambil mencelah2 di kiri kanan kenderaan lain dengan kelajuan tinggi ketika malam minggu dek kerana ingin memenangi pertaruhan duit dan body.Dah kira macam Mat Kool la dorang nih. Sebab itulah dorang makin berleluasa dan mula buat pelbagai benda. Yang pasti rata-rata tindakan mereka adalah merapu semata. Jadi, penjaga keamanan negara kita ni keluarkan idea bernas untuk semua.

Gantikan panggilan Mat Rempit itu ke Samseng Jalanan atau nama omputihnya Roah Thugs. cK rasa dah jadi cam Bone Thugs n Harmony plak bunyinya. As simple as that? Dengan tukar nama manja dorang tu, so dorang akan lebih sedar yang budaya merempit ni tak baik sebenarnya dan membahayakan kesihatan sumer orang?

For me, whether its Mat ke Seng ke...Takde beza apa pon. Dorang nih tetap kelompok yang sama. Jenis suka memekak kat jalan, kurang ajar dan cetek akalnya. Cuba buat pertandingan untuk so-call-raja-jalan ni. Cari the best, then train elok2 kasi wakil negara acara motor GP. Ada juga faedahnya. Korang rasa camne?

:: Yang Ini Budi, Yang Itu Body ::

5 comments:
Dua kejadian.

Satu lokasi.

Dua pelaku.

Memang banyak coretan cK berkisar pasa kejadian sebenar dalam kehidupan seharian. Bagi cK, itu lebih dekat dengan hati. Lebih-lebih lagi bila korang sendiri pernah mengalaminya.

Ada 2 kejadian dalam LRT berlaku pada hari yang sama. Semalam to be exact. Kita mulakan dengan cerita budi bahasa, amalan kita dulu ok?

Kejadian 1

Seorang wanita berusaha gigih untuk keluar dari celahan manusia ketika tren tiba di stesen KLCC. Dengan bersungguh2 dia menghimpit cK yang sedang tersepit diantara seorang lelaki berbadan besar, seorang awek berbaju sendat, seorang abang yang akan turun di Masjid Jamek dan aliran umat manusia yang sedang berpusu2 keluar dari perut tren.

Tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, wanita itu terus merempuh cK tanpa ihsan. Bukan niat cK untuk tidak memberi laluan, namun kekalutan wanita itu telah menyebabkan pinggang cK sakit, kaki cK dipijak tanpa rasa bersalah. Tambahan lagi, laluan yang sempit menyukarkan cK untuk beralih melainkan semua penumpang yang bertali arus itu telah selamat keluar semuanya.

Tiada ungkapan "Excuse Me", "Tumpang lalu" atau "Sorry" keluar dari mulut wanita itu. Hanya kelihatan muncungnya yang sejengkal. Bukan cK saja yang jadi mangsa, namun semua orang dilaluan wanita itu juga tak terkecuali. Susahkah untuk mengucapkan 3 baris kata hikmat itu? Mulut penuh emas kah hingga gagal berkata2?

Kejadian 2

Seorang wanita mula memasuki tren dari stesen Kg. Bharu. Suhu pagi agak dingin maklumlah air-cond berfungsi penuh dan cuaca di luar agak mendung. Wanita ini mengenakan baby t yang mempunyai kolar V sehingga menampakkan lurah dendamnya.

Beberapa pasang mata lelaki nakal mula menonton wayang percuma. Lurah indah ciptaan tuhan, kata mereka. Berasa kurang selesa, wanita tersebut mula menarik2 baby t nya. Namun, dengan saiz dada yang agak sedang2 itu, usaha wanita tersebut boleh dianggap gagal.

Melirik pada bahagian muka, agak comel orangnya. Turunkan pandangan ke leher, ada kesan gigitan di situ. Turun lebih bawah, ke bahagian punggung. Wow! Ada tali hitam melintang hasil dari g string yang dipakainya. Cuting jeansnya pula, low cut. Memang cuci mata!

Sekali lagi, dia menarik2 baby t nya dan juga jeans nya. Tapi untuk apa? Ia takkan merubah apa-apa! Pelik. Kalau dah tak selesa, pakailah pakaian yang sewajarnya. Pilihlah apa yang patut sebelum mengenakannya di badan. Dah tahu pagi2 tren gerenti sesak ngan seramai2 umat, cuma dress up properly. Ini tak, sendiri cari pasal.

Kalau dah ditayang, takkan tiada yang tak sudi memandang. Kan? Dunia...dunia...



:: Masa Untuk Shopping ::

No comments:
Sila klik kat gamba kalau nak tengok besor2.

Kalau korang peminat jenama di bawah ini, sila2lah:

  • Banana Republic
  • GAP
  • Guess
  • La Senza (ggrreeoowww)
  • Nike


Tuesday, May 19, 2009

:: Berita Gempar ::

5 comments:
KUALA LUMPUR,18 Mei - Sejumlah kira-kira 150 penumpang Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) terpaksa dikuarantin serta merta bermula jam 7 petang kelmarin.

Kejadian berpunca daripada lepasan gas beracun yang dipercayai telah menyebabkan seorang wanita berumur lewat dua puluhan menggelupur sebelum tidak sedarkan diri.

Gas beracun itu dipercayai telah dilepaskan seorang lelaki berusia awal 30-an yang didapati sudah hampir sekian lama tidak mencukur bulu ketiaknya.

Gas yang dikenalpasti mengandungi campuran ammonia dan sulfat telah mengakibatkan kulit mangsa menjadi biru dalam jangka masa kurang dari 2 minit.

Menurut saksi, mangsa terlebih dahulu mengalami sawan dan kekejangan otot sebelum muntah hijau dan pengsan. Pihak berkuasa telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan termasuk pemeriksaan bau badan di stesen utama STAR
bagi memastikan kejadian ini tidak akan berulang.

Sehubungan dengan ini, sebuah syarikat kosmetik telah bersetuju untuk memberikan sampel deodoran secara percuma kepada setiap pengguna STAR bermula hari ini.

p/s : Nasib baik tak jadi kes camni semalam. cK cam dah nak pengsan menghidu ketiak hangit mamat sebelah cK. Mual, loya, pening semua menyerang in one shot. Gile lah!

Sunday, May 17, 2009

:: Kenapa? Mengapa? ::

7 comments:
Petang tadi cK ngan besties g berjogging kat Tasik Titiwangsa. Hujung minggu, maka ramailah umat manusia. Masing-masing datang bawa agenda.

Ada yang mode berdating, berkenu, bawa family jenjalan dan ramai juga la yang melepak. Oh ya, Ewok pon ikut sama berjogging. Nak kurus katanya! Sentap akak! Miaahahah!

Dalam pada aktiviti berjogging tu kan, terlintas gak kat benak ni kenapalah takde pun rasa ada brother2 comel yang boleh dibuat kenal. Dalam drama swasta tu, macam senang je dorang dapat boyfriend time melakukan aktivti sihat ni. Why cant we????!!!!

Maybe sebab dalam drama tu memang fantasi penulis skrip semata-mata dan tak mungkin jadi dalam realiti? Tapikan, ex-officemate cK dulu bertemu jodoh masa tengah jogging lah. Melekat je sampai la hari ni. Kenal pun tak lama, dalam 3 bulan gitu tak silap. Tup2 dah tunang. Lepas tu express rakyat kahwin.

Aiyak! Cabaran siot! Maybe port kitaorang jogging ni kurang sesuai kot? hehehe... Kat gym nuh adalah satu dua muka yang menarik minat. Tapikan, garang benor! Nak tegur pon seram. Naknyer bila dorang tengah naik ketol2 kat lengan menarik segala menda alatan yang ada. Terkunci mulut nak berkata2.

I dont need a man now but i want one. Bley gitu?

:: Some People Are Born SENSITIVE ::

No comments:
Pernahkah kalian berada dalam situasi yang kurang menyenangkan bilamana apa yang korang perkatakan disalahtafsir oleh pihak lain hingga mengakibatkan perbalahan? Atau mungkin kalian sendiri pernah tersilap catur dalam memahami apa yang cube disampaikan oleh individu lain dan secara tak langsung terus bersikap dingin?

Semuanya gara-gara prasangka dan salah sangka. Sensitif adalah suatu sifat yang ada dalam diri setiap insan. Berapa peratusannya adalah berbeza-beza antara kita semua. Pokok pangkal yang penting, kita harus berusaha untuk memperbetulkan segala kesilapan yang telah terjadi - damage control kata kak tiri cK, Oprah.

Sesuatu perkara itu terjadi kadangkala tanpa dirancang. Namun, bila ia sudah terjadi dan memudaratkan, sila2 lah ambil peluang memperbetulkan keadaan. BERBINCANG. Tak pernah dengar ke?


Kebanyakan mentaliti kuno masih bermain dalam pemikiran masyarakat hari ini. Sorry seems to be the hardest word. C'mon, dengan meminta maaf itu ia tidak akan menjatuhkan maruah atau meninggikan darjat seseorang.

Selain itu, perasaan hasad yang lahir dan mengatasi jiwa murniharus dilatih untuk mengurangkan anasir serta virus membenci. Apakah keuntungan yang akan diperolehi daripada sikap prasangka dan saling memburukkan sesama insan? Tak perlu rasa tertekan atau sering ingin memenangkan prinsip diri dan terus menutup pintu terhadap pendapat orang lain.

Sedar atau tidak, apabila kita beremosi terlampau, kita akan senang menjatuhkan hukum pada orang lain. Judging people. That is not healthy. Avoid to have confrontational conversation if you must. Don't try to be a hero and drag the case to the limit as if u will be a millionaire should you win the argument.

Grow up la beb. Settle it once and for all. Never think u are better than anyone else in these universel. The truth, we all need each other to complete our weakness. U should be able to see your shortcoming rather than try to point your fingers to other's kecacatan.

p/s : You might have a bright brain but have the darkess heart.


Friday, May 15, 2009

:: PALAT ::

1 comment:
Argh! Apalah masalah engkau eh? Pagi-pagi lagi kau dah buat aku panas telinga, panas hati. Memang beruk betol!

Aku ingat malam tadi hujan sampai subuh bolehlah tenang, sejuk je sehari suntuk. Ini tak. Ade je ayat2 cabul dari mulut tempayan kau tuh. Bila la ko nih nak belajar guna akal. Eh, ko ada akal meh?

Hari ni hari Jumaat. Aku patutnya tak elok menyumpah. Hari-hari pun tak baik sumpah2 orang ni. Tapikan, kalau aku ada kuasa magis yang hebat..dah lama aku tukar ko jadi tokek, sesumpah tak pun sugar glider nuh. Pehtu suh si Bukit pijak2 perot ko yang boyot tu.

Dem u!

Thursday, May 14, 2009

:: Minum Tapi Tak Mabuk ? ::

No comments:
Try klik kalau nak besarkan.

Tataw nak kata apa, cuma ada sedikit pesanan penaja.

"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:

(1) yang memerasnya
(2) yang minta diperaskannya
(3) yang meminumnya
(4) yang membawanya
(5) yang minta dihantarinya
(6) yang menuangkannya
(7) yang menjualnya
(8) yang makan harganya
(9) yang membelinya
(10) yang minta dibelikannya.

p/s : makin karut lagu mengarut!

Wednesday, May 13, 2009

:: Siapa Binatang Sebenarnya? ::

4 comments:


bodoh!

:: Serabut Tak Sudah ::

No comments:
Apalah nak jadi ni. Buang masa sungguhlah! Elok-elok masa tu boleh guna untuk kebaikan bersama korang dok gatal nak berebut jajahan. Dunia-dunia.

Korang ni dah banyak sangat masa senggang gamaknya. Sampai tak tahu nak buat apa. So, sebabkan tahap kebosanan yang melampau korang pon buat la kerja-kerja bodoh ni. Kau naik, aku gulingkan. Aku naik, kau tolak pula sampai jatuh.

Pergi merayu sini pergi menyalak sana. Kau kata kau betul, dia kata dia lagi lurus. Langsung tak hormat kat tuan tanah korang tu. Tak takut kena daulat meh? Main sedap molot je nak berperang kenyataan dalam media. Sengal betul!

Mesyuarat bawah pokok la. Kena kosongkan pejabat lah. bawak kereta rasmi cam reta sendiri lah..Macam-macam. Korang ni masing-masing mengharap sangat nak jadi so call big shot eh? Sampai mati takkan dapat jadi tuanku weih.

Ntah apa apa lah! Tak semenggah, tak senonoh, tidak beradab!

Tuesday, May 12, 2009

:: Skodeng Ke? ::

No comments:
Alahai! Lawak bebenor teman mendengarnya...eh silap...membacanyer. Maklumlah, kisah ni diceritakan pakai YM so,kena la baca takkan dengar pula kan?

Al-kisahnya sorang yang rasa dia ni SUPERSTAR dok sok-sek among kawan-kawan poyo dia tu minta berhati-hati ngan cK yang katanya stalker. Dey tambi! Ingat gwe takde keje lain ke? C'mon la beb. U ingat my 'daily doing' sumer ada kait mengait ngan lu ke?

Kot kalau gwe jumpa top CEO kat Mesia ni adake gwe canang nama lu? Kalau nyer dwe pecah-pecah kepala pikir nak buat schedule, cari facilitator ni ada ke wa approach lu? Alahai...Apalah jenis perah-santan nyer makhluk ni.

Errmm...kenapa lu rasa camtu eh? Sebab lu usha FB gwe eh? Pehtu bila ada status2 gwe yang lu rasa kena batang idung lu, lu mula rasa seram gitu? Oh Puhleszzz! Kalau gitu, means lu yang stalk gwe NOT the other way round. Apeda!

Anyway, not every thing u see is wat it suppose to seem. Paham tak nih? Ngan darah kacuk lu tu, gwe rasa tak susah lu nak paham. Meh sini gwe nak bagitahu, lu ngan kawan-kawan seberang lu yang kekwat tu adalah tidak sama sekali membawa sebarang hasil dalam kehidupan gwe. Ada ke takde ke, sama je. Bukan gwe dapat dwet sara hidup dari lu pun.

p/s : Kalau gwe nak stalk orang, baik cari mak-mak datin yang suka skodeng laki dorang. At least gwe dapat dwet wooo!

Monday, May 11, 2009

:: Tanam Tebu ::

3 comments:
I hate to say it.

Even to remember about it.

But i have to.

cK ni bukanlah tergolong dalam orang-orang yang baik sangat hatinya. Namun, the part yang bila orang suka mempergunakan kebaikan kita ni cukup menyakitkan hati. Sedar tak sedar kepercayaan dan rasa hormat kita pada orang tu pun mula terhakis, sedikit demi sedikit.

Bila bab berjanji, cK cukup pantang kalau orang tak kotakan. Ya, manusia memang dikurniakan sifat lupa. Itulah satu kata kunci bagi menjawab setiap perbuatan kita yang suka melengahkan sesuatu dan tidak melaksanakan perkara yang sepatutnya.

Lupa itu akan diiringi oleh pelbagai alasan lain samada yang logik atau pun tidak. Segala-gala jenis cerita boleh direka dan diberi untuk menyelamatkan diri. Selamat ke? I don't think so. Excuse me for saying this. When u promise me things, i will make sure it been said and done. Cari sampai lubang cacing pun sanggup ok!

And now, bila i dah stuck..where we you? Were u there to help? Yes, i need you to help. Not because i need something in return of what i have done for you. But, merely because you have failed to deliver what you have promised me which has lead me to this miserable situation. My kindness has blinded you. Worst still, you push me away.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan.





Sunday, May 10, 2009

:: Naked Chef ::

7 comments:
Yeah. Naked chef. Pernah dengar kan? Mind you, this entry has no relation with Jamie Oliver. I'm not gonna rants bout him. Tapi, apakah keajaiban yang bakal terjadi daripada deretan bahan-bahan mentah yang ada dalam bekas-bekas dibawah ni?

Ada daging, ada ayam yang dipotong kecil, udang kertas...ha, sotong pun ada! Tomato sebiji besar (baik untuk kulit ok), serai, ikan tenggiri masin, hirisan bawang. Dah boleh agak dah? Ada few things yang takde dalam gamba ni. Antaranya telur ayam, hirisan cili, daun limau purut.

Cut it short la. Memandangkan hari ni adalah Hari Ibu, Mama mogok takmo masuk dapur. Hehhe. Maka, cK ngan Dekdek masuk dapur untuk menyiapkan menu. Abah hantar sms katanya nak join makan lunch togede2. Ni lah ceritanya, i have 2 moms and dads. Both remarried. So, bila makan2 ni penuh la rumah.

Maka, cK masakkan tomyam campur untuk santapan semua. Tu belum dikira lagi goreng ikan tenggiri masin campur ngan bawang dan cili bebanyak. cK ada goreng wantan juga untuk appertizer la kengkononnya. Last but not least telur dadar favourite Ewok. Combine smua tu, kenyang!!!

Bab air, kena serahkan pada Dekdek. She made her favourite drinks - mango juice. Bayangkanlah dalam cuaca yang panas sekarang ni, bile telan je air sejuk tu..nyaman je rasanya! Both mom n dad have no complaint on the food. Yey! So i guess, this is how we celebrates Hari Ibu? For all Moms across the region, you have contributed a lot in the presence and growth of each human being in this world. For that, we salute you!

:: Lari Laju-Laju ::

2 comments:
Hari ni hari Ahad. Semalam hari Sabtu. Heheh. Apa yang cK buat eh hari ni? Hari telah dimulakan dengan rasa yang kurang cukup tidur gara-gara menampal kebocoran atap rumah cK ni. Dah alang2 tu, kena la cat dinding sekali. Harap-harap jejiran kampung ngan pelawat2 ok la ngan konsep diva daring (daring ke?) umah cK ni.

Ok back to the activity. Bangun pagi hari ni, mulakan langkah ke skolah Ewok. Eh...Ewok..Awok?? Sama je comel wa rasa..ahahah! Iklan2..Ewok wakil darjah satu rumah Syahbandar - kuning untuk acara sukaneka 'Persiap Pengantin'. Ada kategori lelaki dan juga perempuan. Ewok off courselah masuk yang kategori Boyboy.

Sorang student akan tunggu di hujung trek sambil menunggu kawan-kawan on the other end to take turn and dress him up like a pengantin. How cool is that? Terkekek2 juga la gelak. Mana yang nak pakaikan spek itam, keris, stokin sumer. Tu belom kira bab pakai sampin. Pakai kasut pon boleh terbalik! Ewok punya part senang je, pakaikan songkok. Muahahaha...Cargas je dia!

Untuk pengetahuan jejiran, Ewok punya team settle at second place. Kira dapat Perak la. Sengih je dia. Kira oklah tu. Bersukan kan boleh menyihatkan badan! Syabas Ewok! Tahun depan leh masuk acara lagi ok!?

p/s : Hati berbunga2 bila Awok sudah masuk. Nak g tengok ke takmo nih? :-)

Thursday, May 07, 2009

:: L.E.H.E.R ::

8 comments:
Ini semua gara-gara seorang lelaki gempal yang berdiri dibelakang cK dalam train pagi tadi. Bukanlah sengaja niat di hati untuk menuding jari, TETAPI kehadiran dia telah mengundang rasa tak puas hati.

Dia menghimpit cK yang sudah hampir lemas dibelakangnya. Dek kerana jaki, cK pusing belakang nak tengok siapakah gerangan manusia durjana itu. Bila cK toleh, dia stop pushing. Then, he starts back! Dengan pantas cK menoleh dan.... "Ouch! Sakitnyer leher!"

cK cuba lagi untuk menoleh ke kiri namun "Aaaahhh...sakitnya!". Tak bole toleh kiri wooo!!! Bila cuba juga, sakitnya ya amats! Sampai je pejabat, cK tanya kat kawan2 mana tahu ada yang sudi tolong urutkan. Tapi, hampeh! Takde sapa pon yang boleh bunyi2kan leher tu. Crap!

Balik rumah, ingatkan bolehlah mengharapkan Mama letupkan leher tu. Apakan daya...Mama mencuba nasib buat kali kedua namun tak juga berjaya! cK try gugel2 pasal neck pain ni. Namun leh kata hampir semua tak membantu. Paling habis treatment yang disyorkan adalah sapu ointment dan yang penting rehatkan leher tu dari melakukan pergerakan yang banyak. Not helping!

Tapi, dalam banyak2 kan..ayat yang satu ni tak boleh blah tol - "Ko ada leher meh?". Rasa nak pijak jek! Huh!

Wednesday, May 06, 2009

:: Kesian Manusia ::

6 comments:
Dalam pada kebosanan yang melanda selepas menyiapkan tugasan untuk hari ini (hari ni je, esok2 lain pula), edisi bersembang pun dimulakan. Bertambah rancak sebab boss besar tiada.
Kalau korang nak tahu, kat opis cK ni cara sembang ada sikit pelik. Kitaorang nih bukan setakat berbual mulut, tapi ngan tangan2 sekali. Bukan pasal buat aksi ke apa..But selain pok pek, kitaorang nyembang thru Outlook. Sekali anta email beramai2, dan berangkai2.

Tak cukup ngan tu, insan2 terpilih akan dihubungi melalui Real Pop Up - ala2 YM la tapi internal. So, cuba korang bayangkan betapa hebatnya ketukan keyboard yang akan kedengaran. Pastu tak semena2 dengar orang ketawa macam orang giler. Kalau tak pon, nampak masing2 dah berair mata menahan tawa.

Maka, jadilah peristiwa ini tadi. Takleh pakai nama betol ok, rahsia!

Kuli 1 : Eh, kenapalah hantu2 ni semua mesti pakai baju putih labuh2 eh? Kain lembut plak tu.
Kuli 2 : Tu namanya uniform lah.

Kuli 1 : Hebat dorang ni kan..
Kuli 2 : Mestilah, baru senang nak identify dorang ni datang dari group mana.

Kuli 1 : Yelah...takkan nak pakai 2 pcs plak kan?
Kuli 2 : itu bukan hantu kejar orang tu...tu orang kejar hantu!

Kuli 1 : ha ha ha...Betol gak!
Kuli 2 : Heheheheh...kan ? kan?

Kuli 1 : At least kan, hantu2 yang ada ni kira bersopan la juga. Tutup segala part of their body.
Kuli 2 : Tu lah, tak macam manusia...buka sini sana.

Kuli 1 : Tapi kan...memang kesian la kat manusia nih sebenarnya
Kuli 2 : Apa pasal plak?

Kuli 1 : Puas usaha2 nak terbang, bila mati baru leh melayang2!
Kuli 2 : Hampeh!

:: The Lady I Envy ::

2 comments:

Lets do some reading:

Ms Yvonne Chia

Group Managing Director and Chief Executive

Hong Leong Bank Berhad


An international banker for over 25 years, she started her career in Bank of America and has worked in Malaysia and the region. Highly regarded in the banking community in Malaysia, she also has the distinction of being the first woman in January 1996 to become the Chief Executive Officer of any Malaysian bank.


She successfully grew RHB Bank into one of the leading local banking groups in Malaysia and in the region over the challenging 1996-2002 period of the Asian financial crisis. During her tenure, RHB Bank grew from the 6th largest to the 3rd largest bank in Malaysia, having transformed into a full-fledged financial services company. She also headed a distressed bank (the former Sime Bank) under the ambit of Bank Negara Malaysia during the Asian crisis from 1999 to 2000, whilst concurrently helming RHB Bank as the Managing Director.


She is currently the Group Managing Director and Chief Executive of Hong Leong Bank. Under her leadership and stewardship, the bank transformed into a formidable full-fledged financial services organization with leading market positions including multi-channel banking. She led the bank towards a two-fold increase in profits from organic growth, significantly enhanced shareholder value creation as well as built new capabilities.


Apart from enlarging the embedded domestic franchise and its operations in Singapore and Hong Kong, Hong Leong Bank became the first Malaysian bank to make a strategic investment in the Chinese banking sector through its 20% strategic investment in Bank of Chengdu Co., Ltd.. During her tenure, Hong Leong Bank is also the first Southeast Asian bank to be awarded a wholly-owned foreign subsidiary banking license in Vietnam. She also led the diversification of the bank into Islamic financial services through the set-up of Hong Leong Islamic Bank Berhad and Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad.


Her presence yesterday, make me glued to my seat and listen carefully to every single words came out from her mouth. Girl power betol. She is so calm yet so firm still so humble. Envy her much! She mentioned that she loves to work with people from the group of 25-35 of ages. Ada chance nih!

She admit that she is HARD on people but thats what she has to practice to be a good CEO. What's important to the Company betterment should be execute by the right person at the right time using the right mechanics. There's no ME, MYSELF and I in an organization. It was a TEAM effort. Each of us do contribute to the growth or downfall to a Company. Deal with it. Show the world are your worth for every Dollar you get from the Company?

p/s : kalau dia ni dapat Dato' ok lagi...ini..si Zahida Rafik???? Apakah!?



Tuesday, May 05, 2009

:: Jubli Logam ::

12 comments:
Diam tak diam lama juga cK berketua kampungkan Tok Ketua Chapit. Dari umah kayu kat daerah 360, cK dah berjaya dapat tanah lot kat daerah blogspot. Masih sama lagi nawaitu berbloging nih sejak dari awalnya. Nak kongsi kisah, perjalanan hidup dan juga cari kenalan baru.

My thanks should goes to Mem yang mula2 pancing minat cK buat loan nak pajak tanah kat 360. Time tu rasa cam Mem ni glemer amats. Bila lintas je depan umah dia, tengok jejirans dia ramai naw. Thou most of the time Mem ada tergelincir time mood meroyan dia, but hey i think she is REAL.

The next person yang cK kenal is Abg Amir - now lebih selesa kat multiply. Then baru jinak2 bertandang rumah Momi, Mamaket, Baman. Pehtu nampak komen2 dari Tok yang datang sebulan sekali kutip duit perlindungan ngan Aben. Bila Kg Sri 360 dilanda huru hara, Mem suh pindah umah. Maklumlah tapak sedia ada, dah nak diambil alih dek pekerja kontrak yang terlebih.


Berpindahlah cK ke rumah baru dan mula la kenal Mek Mafia yang Tok upah amik alih keje2 kutip dwet tetiap bulan. Then cK dapat taw, ade sorang orang kampung ni yang senang je lupa diri ...errr...i mean..ingatan ikan mas...tapi dia ingat2 si ikan Dory. Ada minah..opps mamat cumil nama AsBha, bro yang shuwet Beaber, Fizzy, Ros, Sue Siput dan Cik Nad yang kengkonon kongsi nama. Tak lupa juga yang cute Yaya n Yana. Orang besar2 cam Wanie and nabil pon ade.

Dalam byk2 perhimpunan yang dianjurkan tanpa permit, kehadiran pertama cK adalah masa buka puasa kat Padi2, Shah Alam. Segan2 kambing gak masa tu. Dan itulah detik mula kenal Som Wow!, K.E Khambeng, Abam Zool, Bukit, Lipih, Along, kira ramai la juga. Rasa kool gak dorang nih.

Projek Have A Heart kita tu menjadikan ikatan kita makin kuat. Sempat gak melayan showwcase Imran Ajmain ngan Yana, Rizal, Anggun, Toti, Mek. Sessi bercerita sambil melantak di Oldtime (kata Yana) pasti segar dalam ingatan.

Anyway, thanks to u guys (semua la tak kira sebut nama ke tak) to give me such opportunity to be apart of the clanz. Muahs muahs muahs...kasih sayang cK untuk korang!

Monday, May 04, 2009

:: Rinduku Terhenti - Tomok ::

2 comments:


Telahku Tinggalkan
Memori Silam Ku Itu
Tidakku Biarkan Hidupku
Dibelit Pilu
Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mancalar Hati
Rindu Ku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Dijiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Walau Duka Menampan Dada
Walau Sepi Mencalar Hati
Rinduku Terhenti

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu
Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Ku Teruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu

Ku Lupa Kanmu Jua
Sedih Kau Pergi Menjauhi

Ku Pinggirkan Sayu
Yang Meruntuhkan Pintu
Kasih Tulus
Ku Biar Berlalu

Ku Pinggirkan Lara
Yang Berpaut Di Jiwa
Kuteruskan Hidup Tanpa Dia

Padahnya Lama Dah Tunggu
Hilang Tak Berganti
Cinta Tiba Cinta Pergi
Biarlah Satu Hati

Biarlah Satu Hati

Sawan daaaa.....

:: Tomoko Fever ::

4 comments:
Entry yang agak lewat tapi tak kisah. Janji update! Kalau nak ikut2kan entry nih kena buh sesiap masa 1hb Mei..apakan daya berukband itu membantutkan usaha murni ku ini. Hehehe..

Sumer orang dah tahu keputusan OIAM kan? Shah Indrawan, best known as Tomok sapu bersih duit satu juta tu. Agak havoc juga la masa di awal2 pertandingan bila announce Tomok dapat the lowest votes. Rasa cam nak balik je (yelah tu...!). Jahat betol si Awal buat announce kejutan gitu. Migrain akak! hehehe!

Anyway, the best part is..kitaorang nih tak duduk kat crowd yang salah. All over beb supporter Tomok nih. cK tak pakai baju kunin sebab baju tuh dah tak muat. Ngeee!!! Leq je yang pakai. Apakan daya penyokong si Aweera nih sesat sudah. Satu line depan kitaorang nih penyokong King jerit tuh. Siap kutuk2 bila Tomok performed. Tapi kitaorang buat derk je. Tahan sabar je.

Bila confirm je Tomok gondol juara, senyap je brother2 tu. Yang paling best, budak sebelah Toti jerit kekuat "Aweera balik kampung potong rambut laaaa!!!". Hangen je mamats itu. Terus angkat punggung blah! Ahahahaha...padan muka ko!

Abang sebelah Leq plak rupa2 satu team ngan Tomok main bola/futsal. Awal2 lagi diaorang dah mintak kat Tomok nak jersi baru kalau Tomok menang. Dapatlah tu kot? Beria juga kitaorang vote untuk Tomok. Bukan apa, takmau jadi macam first season. Sentap seh Pejal Tahir tak menang. Heheheh... So, Tomoko...sila gunakan peluang ini sebaik-baiknya.

Untuk AF7 nyer finale plak...kureng mood la nak layan. See how la eh. Kalau AF MASUK tu ada Aril, maybe la juga nak tengok. Kalau takat akak si Tomoko yang ala2 klon Tokti, sorry no money will come from me. Okie?

p/s : Thanks Izham, for the tixs! Also thanks to leq g collect and Toti for the transportation plus supper!

:: Accident Noks!

2 comments:
Suasana sepoi2 bahasa jer petang semalam. Masa YM ngan Mek, cK kata nak main layang2. Mek suh main buih. Siap suh cilok hanger lagi. Tu belum masuk bab suh campur gula dalam detergent tu. Memang master buih la Mek nih. Salute.

Sebelum nak main buih tu, cK buat cucur bilis + campur. bawang Al-maklum lepas adengan lari2 kat padang sambil tengok buih kuar banyak2 nanti mesti hilang banyak tenaga kan? So..kena siap sedia dari awal. lagipun, lama dah teringin nak makan cucur nih. Dah elok2 siap sumer, rasa terbantut plak nak main buih. Maka, mama ajak basuh keta. Layan!

Dengan Baby T biru dan berseluar putih ala yanki doodle doo, cK pon basuh la kereta. Bole la excercise juga. Sambil perah kain tu, mata cK dok pandang hujung jalan sebiji Myvi Hijau laju benor nampaknya. Tiba2 "BAMMM!!!". Kuat noks! Terkujat akak!

Terus cK atur langkah mem'bz body' kan diri usha tapak kejadian. Gile kuat bunyi hentaman! Makin dekat ngan tapak, tengok orang2 mula keluar kerumun. Ada seorang remaja perempuan telah pengsan. tengok airbag dalam Myvi tu abis dedua belah keluar suda.

On the othe side, ada sebijik Perdana remuk bahagian depan dan Satria Hitam yang agak dahsyat juga keadaannya. Ikut cerita, girl tu makan jalan. Maybe nak pickup sumtin dan tunduk lalu terpress minyak dan hentam Perdana yang park kat tepi tu. Dek kerana kuat sangat, Perdana tu sampai terkebelakang dan hentam plak Satria hitam yang park kat tepi jalan tu gak. Sedar2 je dari pengsan, gigil dan pucat muka the girl.

"Eh, laju sangat ke budak ni bawa?" kata brother baju ijao.
"Memang laju...tu yang usha je"kata cK.

"Awak dok dekat2 sini ke?"
"Taklah..nuuu kat bawah sana. Tengah cuci keta. Tengah tengok keta ni tiba2 dengar hentam kuat giler"

"Tu la..tengah sembang tadi. Terkejut ingat tanah runtuh ke apa"
"Issshh...takkanlah la kot...Abis remuk 3 3 kereta nih ha"

"Adoii..sakitlah nak menjawab nih"
"Tu la pasal"

cK toleh sebelah, tengok2 Andy Flop Poppy noks! Apakah?!!! Mengapakah dia harus melihat gwe dalam keadaan secomot ini? Mengapa????!!! Ngan basah2 peloh campur air sabun...OMG! Gilerlah! Malu2 meow i!

Kesimpulannya : Sentiasa jaga keterampilan diri dimana saja anda berada kerana tak pasti bila anda akan jumpa celebrity negara. Waah...bole gitu?




Saturday, May 02, 2009

:: Berkat Selamat Puan Nad ::

7 comments:
Tadi pegi jenjalan ngan Mira n Jesse. Jalan sampai Taman Tasik Permaisuri. Bukan jalan kaki pun, naik Myvi. Sampai dalam kol 2.00 gitu. Takdela susah sangat nak cari pon tempat nih. Sonang jo...

Baru lepas parking, Mek calling2. Dia ngan Dory dah nak sampai. Dorang plak nak tunggu Ustadz, Som ngan orag umah dia. Aiyoo...Kitaorang takleh lama2 sebabnya Mira curi masa lunch dia je. So, minta diri nak makan dulu. Dorang berdua bagi restu. Yahoo!!!

Dah kata konsep kawen tepi tasik, mestilah open air kan. Agak panas juga cuaca. Kira berkat la majlis, daripada kot ribut taufan kan? Allhamdulillah.. Warna tema pink - putih. So sweet noks! Kira cam tuan punya majlis juga la.

Walaupun Cik Nad...err..Puan Nad..errrr..Cik Puan (hurm...this one i loike) tu mengharungi pelbagai rintangan masa nak buat baju kawen, i have to say her baju look good ok! Seyes ngan beads yang bertaburan tu...lawa seh!

Ramai juga tetamu yang mai. Kitaorang share meja ngan Abam Zool dan partner wink wink nyer. Huhuhu...Tunggu2 gak Baman, rupanya dia terlajak tidur. Balik koje lambat a day before. Syian.

Anyway, ni few pictures from the event. Nak lebih2 korang bukak FB lor....! Mekasih tuan rumah, sudi menerima kehadiran kami. Lepas ni, jemput2lah lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...