Thursday, January 08, 2009

:: Perkara2 Menyebabkan Sedih ::

Nampak? Korang nampak tak capital letters kat tajuk entry hari ni? Tak nampak kalu, ada tanda2 la tu korang tak kenal huruf agaknya.

Jujur, Ck tak pasti kenapa dengan diri CK minggu ini. Terlalu emosi. Selalunya taklah sampai macam ni. Pelik!

Mula dengan rasa sebak bila melihat Ewok membesar dan masuk sekolah, tambah pula bila tengok Dekdek dan masuk form 2. Form 2!!? Lahai, jadi anak dara dah rupanya. Eh, bukan ke Dekdek tuh berhingus lagi?!

Tiap2 hari buka je TV ada saja gambar yang sedang sengsara. Gara-gara apa dan siapa, malas dah nak bagi nama. Buang masa dan tenaga saja rasanya mempromosikan bangsa durjana. Selak helaian akhbar pun begitu juga. Ada saja wajah pilu meruntun jiwa. Mengapa?!

Dapat berita tentang rakan sekerja. Masuk hospital buat kedua kalinya. Semalam sahih penyakit Vertigo telah menjadi bebannya. Senyap sunyi alam bekerja, bosannya! Tinggal berdua dalam department, nak urus segala-gala. Dapat sorang penasihat, kurang pula pendengarannya. Tak campur lagi bab selalu hilang tanpa jejaknya!

Ada juga cuba tikam belakang, depan boss cakap macam2. Nasib baiklah boss jenis tak suka main serkap jarang! kalau tak dah lama kena parang! Dah bosan-bosan jiwa raga, Ck cuba layan lawak jenaka. Layari utube tapi tak rasa apa, cuma dapat tangis dalam tawa. Korang bayangkanlah, berdekah2 gelak dengan air mata sedih meraung2 sekaligus. Dapat bayangkan? mesti tak dapat kan? Don't. it won't bring any good pun.

Trainman saya? Ahhh...itu mungkin berita gembira. Tapi entahlah, gembira tu hanya untuk seketika. Sebelum mood CK merudum semula. Adoyaaiii!!! Apalah yang tak kena dengan CK nih? Nak bersosial, takde temannya. Masing2 sibuk dengan agenda yang dah direncana.

Satu lagi perkara tak terduga. Emak sahabat masuk ICU gamaknya. Mahu kejong seluruh anggota bila mula2 dengar berita. Tak kira plak ada sorang senior kena rompak dek rakan sebaya! Macam tu pun boleh ke?

Aahhhh!!! Tak kuasa nak layan semua. Suka atau tidak, 28 hari sekali pasti jadi perkara2 yang sedih2, mengganggu emosi atau mungkin naikkan rasa sakit hati. Kalau tak keluar tanda2 tuh semua, mungkin tersumbat ke apa ke...sampai takleh nak rasa apa dan buat apa2. Tapi kan korang, sampai sekarang CK masih belom angkat bendera lagi. Suci murni lagi tu!

Peyed paling frust pernah Ck rasa. Mungkin itu tanda masing2 dah besar panjang, dan baru belajar untuk berdikari. Cepatlah keluar dari rasa penuh emosi ini!

9 comments:

Pink Marie said...

keep on fighting!

NaD said...

kamu tenang-tenang aja ya..

Unknown said...

mek - i will not let u down!

nad - tendang2 da nih...ehehhe...

aku la ros said...

tabah ya!!!

Zu said...

Inilah kehidupan ada pasang surut

Unknown said...

hahaha...seyes betol komen masing2...

cheer me pls!

FerioBiru said...

jum tinju jum!!!

Dory said...

kalu sedih layan f.r.i.e.n.d.s, ia sangat membantu saya di masa duka. sedih2 layan series ni, boleh jadi lupe dengan sedih itu.. at the moment this is my pills. :)

Unknown said...

baman - tinju tak pandai...tomoi bole ka?

dory - i'll stick to friend...need to talk to sumone n finally has the chance to!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...