Zaman muda-muda kita terutamanya zaman kanak-kanak dan remaja merupakan suatu era yang meninggalkan pelbagai kenangan manis dalam kehidupan. CK percaya setiap antara kita ini pasti tersenyum sendiri bila mengenangkan detik-detik peristiwa yang berlaku dalam tempoh yang CK beritahu tadi.
Pukul rata, waktu inilah kita belajar melakukan suatu perkara yang pertama dalam kehidupan kita. Percaya atau tidak, waktu inilah pertama kalinya kita menjejakkan kaki ke sekolah. Ini juga masanya pertama kali kita belajar makan di kantin, crush / cinta monyet, kena rotan, denda diri atas kerusi dan macam-macam jenis pengalaman lagi.
Salah satu pengalaman CK sendiri adalah kes abang-akak angkat. Kalau u ol nak tahu, CK bermula dengan Sek Men Keb Jln Pdg Tembak (2), Jalan Semarak. Jauh beb nak ulang alik! Dari Darjah 1 sampailah Darjah 6 Ck tekun belajar di SRKJPT. Waktu tuh persekolahan mmasih kira penggal 1,2 dan 3. Jadi kami akan bergilir-gilir penggal untuk sekolah pagi dan petang. Untuk pengetahuan am korang, SRKJPT adalah sebuah sekolah yang diwartakan dalam jajahan Wilayah Persekutuan / Kuala Lumpur.
Masuk sekolah menengah pula CK berpindah ke Sek Men Tmn Melawati (SMTM) yang diletakkan dalam pentadbiran negeri Selangor. Aduyai! Azab betol masa nak buat pertukaran dari KL ke Selangor ni. Birokrasi banyak sangat!
CK nih jatuh dalam kategori asing untuk pelajar-pelajar SMTM. Maklumlah, yang lain-lain tu semua dari sekolah rendah lagi diaorang dah berkenal kenalan tapi CK nih kira budak barulah. Berdasarkan aset yang ada ketika itu (dan hingga kini..haha!), kadar kecomelan CK nih telah mendapat perhatian beberapa pihak.
Hari pertama masuk sekolah telah berakhir dengan 3 pucuk surat yang request nak amik CK jadi adik angkat. Aaahh..jangan pandang serong ok! Bukan lelaki je yang minat ngan CK nih, pompuan pon taw! Kelakar poun ada juga. Yelah, kita tak kenal sapa pun diaorang tup2 dari jauh dah sengih2 kenyit2 mata.
Ada akak yang sorang tu, siap follow lagi sampai depan pintu pagar sekolah nak pastikan CK nih selamat balik sekolah. Alahai, so sweet. Antara ayat2 yang ada dalam surat-surat diaorang tu bunyi gini -
Kepada Adik Comel,
Sudilah kiranya abang ingin mengambil adik menjadi adik angkat abang bermula esok hari. Di harap adik tidak menolak permintaan ini. Kalau ok, tolong telefon abang di nombor !@#$%^& dan sila berikan biodata adik ya?
Pecah kaca, Pecah gelas
Sudah baca , Harap balas
Abang XXXX
Siap ada tarikh berkuatkuasa tu! Pantun tuh memang signature wajib sebab nak tahu respons supaya taklah bertepuk sebelah tangan. Kalau kita terima pun, bukannya ada apa yang jadi. Sekadar diaorang suka usha2 tengok dari jauh. Pehtu sebar kat kawan2, yang kita ni adik angkat dia.
Pastu nanti dia mintaklah nombor telefon.Nak bergayut2 la pulak! Dah umur macam sekarang ni, I dont believe in such. Kalau nak rapat, buat cara rapat. U can threat me as your sista tapi tak payah la rasa nak buat pet sis segala ni. Bukan apa, takut nanti mula-mula angkat lama-lama angkut plak! Owhh.tak rela i!
No comments:
Post a Comment