Saturday, January 03, 2009

:: Mohd Hafizal Hamad ::

Oh, tidak!

Saya dapat menangkap apa yang ada dalam pemikiran kalian. Itu bukanlah nama 'si dia'. Harap maklum ya?

Sebentar tadi CK menonton perlawanan bola Piala Sumbangsih antara Selangor menentang Kedah yang berakhir dengan keputusan berpihak kepada Selangor dengan jaringan 4-1. Secara jujur, CK bukanlah peminat fanatik sukan ini.

Apa yang hendak CK kongsikan bukanlah berkisar pada corak perlawanan atau strategi pertahanan kedua2 pasukan kerana sesungguhnya CK sendiri tidak arif dalam bab2 offside, on run dan entah apa-apa lagi terma-terma yang ada di arena bolasepak.

Yang menimbulkan tanda tanya, bagaimana sebuah rangkaian tv nasional yang menyiarkan secara langsung perlawanan ini tidak peka terhadap penggunaan bahasa yang digunakan oleh penyampainya.

CK tidak maksudkan En Hasbullah Awang, yang bertugas mengulas perlawanan di padang secara langsung dari stadium tetapi buat si empunya nama di atas yang bertugas dari Angkasapuri. Antara ayat-ayat yang mengganggu cuping telinga CK ketika mendengarnya adalah:

Contoh 1

"Mari kita saksikan keputusan dari venue yang lain".

Venue ???? Kalau diguna pakai perkataan lokasi pun ada baiknya. Atau mungkin begini :

"Mari kita saksikan keputusan dari perlawanan yang lain".


Contoh 2

"Adakah tindakan itu dilakukan dengan intention?"

Again, hello!!!? Intention? Tak boleh guna pakai perkataan niat kah?


Sebagai sebuah saluran nasional yang sepatutnya berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, bukankah perkara2 sebegini tidak sepatutnya timbul? Secara peribadi, CK maklum yang mana penulisan CK memang rojak.

Namun, sebagai seorang penyampai di RTM1, mana mungkin ini berlaku? Tolong-tolong buka telinga, ya?

4 comments:

SilverFerio said...

i love the games

DoOrDie said...

the game, i have no issue...cayalah Selangor...tapi frust gak terlepas sebijik gol kat Kedah last2 minit...

huhhuhu...

Dory said...

suke tgk bola.. tp kalu game tu ade kat depan mate ni lah. makne kate bukan kipas keras mati (die hard fan).. heh

DoOrDie said...

gimme fai la bebeh! kalau palyer tuh kita leh pilih, sapa yang kita nak tengok...itu lebih baik!

har har har!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...