Wednesday, January 14, 2009

:: Apa Perasaan Jadi Janda? ::

Berat rasa hati nak menjawab persoalan ini andai ianya diajukan terus pada CK. Macam-macam perihal hidup.

Ada yang indah tak kurang yang pedih. Namun, itulah kenyataan yang harus ditempuh setiap dari kita. Buat kenalan CK yang satu tu, tabah-tabahkanlah hatimu.

Dengar cerita akibat ditinggalkan agak lama kerana mengejar cita-cita demi memajukan keluarga si suami main kayu tiga. Kalau tak silap CK kenalan CK ni dah punya anak seorang. Mungkin agak malang tapi bagi CK lebih baik sekarang dari esok lusa bak kata Shidee, "Sayang semuanya sudah terlambat, tak guna engkau kesalkan lagi".

Dia masih bersedih, itu sudah pasti. Tapi, ini menunjukkan sikap sebenar segelintir lelaki. Tak dapatkah mereka mengawal nafsu berahi masing-masing? Alasan lonely ditinggal isteri tu rasanya dah tak relevan dalam konteks kehidupan sekarang. Si suami lonely sikit, sibuk cari hiburan sana sini. Habis tu, isteri korang tu? Sapa yang nak merawat luka di hati? Apa kaum Hawa ni takde naluri?

Apapun, CK tak boleh terus terjah. Mungkin ada juga sebab musabab lain yang mendorong kepada keputusan penceraian itu. Siapalah CK sebagai orang luar ingin menilai baik buruk dalam hubungan orang lain. Diri sendiri pun, belum ada pelengkap diri. Mana mungkin CK boleh bandingkan diri dengan dia yang dalam situasi.

Cuma bagi CK, perkara-perkara sebegini turut menyebabkan mengapa wanita-wanita bekerjaya masakini cukup payah ketemu jodoh. Lebih baik sendiri dan riang dihati daripada berdua menyakitkan hati! Apa kata hati kamu?

11 comments:

Dory said...

Nauzubillah..

Pink Marie said...

kalau dah alasan...

laki ke pompuan sama je ck. pk2 kan lah.. huu~

tumpang simpati kat ur fren. tabah lah!

Unknown said...

Thanks guys...Sian gak ke dia...dah lama tak dengar khabar berita.

alih2 taw2 macam ni plak...Donia2!

Zu said...

ala sunyi tak sunyi kalau dah buaya..... tgk jerrr kisah norman hakim tu tak lonely pun masih boleh tuttttt .......allahualam

Unknown said...

"saya kena jaga air muka dia. dia ada mak bapak"

"abis? saya takde mak bapak?"

ayat tu gwe ngak bisa lupa donk!

FerioBiru said...

itulah kehidupan skrg ni... dulu ngan masalah dulu

Zu said...

yo aku pun bengang ngan ayat tu betul2 bodow punya reason la....buat kwn CK semoga dia dpt mengharungi dugaan ini..masa ni lah dia perlukan org yg blh kasik semangat

Mem Aluya said...

Sekarang ni sapa yang tinggal sapa? Sapa yang kena tinggal? Banyak la dia punya alasan...

I am sorry for yor acquaintance. Semoga beliau tabah.

Unknown said...

amin!

CK pon harap begitu juga. Nak sedih2 lama2 pon tak dapat nak putar balik apa yang dah jadi..

dari simpan2 jari reput tuh, baik potong je kan? cantas!

sue cipot said...

errr ck u buat sue takot lak nk smbung study.. emm plan lps kawin stay kt kl dlu sbp nk smbung study.. wekend bru balik jb.. but now errrrr

Unknown said...

depends sue...

bukan semua orang tuh sama kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...