Tuesday, June 03, 2008

Ape Tengok2!

This came to my inbox this morning. Wah wah...Bukan main lagi yer mereka2 ni? Cik Kuntum amat yakin (tanpa syak wasangka) penulis yang bernama Jonathan Hayter nih sebenarnya ada motif untuk membenarkan sesuatu yang kurang benar. Ala2 menegakkan benang yang basah la nih.
Al-kisahnya, kalau kaum2 Adam nih dapat merenung (macam nak juling biji mata) ke lurah2 yang ada pada bahagian dada kaum Hawa ni, umurnya akan panjang sikit la. Mengikut kajian (yang dijalankan terhadap 200 lelaki - yang Cik Kuntum rasa rata2 pervert / penyumbaleweng) menunjukkan bahawa dengan merenung ke bahagian tertentu itu, tekanan darah mereka2 ni agak rendah, kurang serangan sakit jantung dan kadar nadi yang juga lebh perlahan berbanding biasa. Kajian juga merumuskan bahawasanya, tindakan ini adalah bersamaan dengan latihan senaman selama 30 minit di gym. But then, apakah ciri2 atau kriteria yang akan menyokong kepada fakta ini? Adakah warna kulit,bentuk dan saiz akan mempengaruhi kepada keputusan ujian?

Personally, Cik Kuntum rasa kenyataan ini agak kurang adil dan mendiskriminasi kaum Hawa. Apakah selepas ini, kita akan mendengar dialog seperti " Eh, mana ada i amik kesempatan tengok dada u.I cuma bersenam je". Hello! Totally unacceptable! Banyak cantik! Ini baru bab tenung2 jeling2. Pasni Cik Kuntum gerenti there will be a lot of other stupid kajian being done by men in order to support their mental disorder and salahlaku. Will one day, aktiviti meraba juga akan dikatakan salah satu senaman untuk melancarkan darah di bahagian jari jemari? Duuuhhh!!!!

The thing is, kajian tuh cuma menunjukkan faedah yang dapat dirasai oleh kaum Adam. Apakah yang terjadi kepada subjek matter, si kaum Hawa? Cik Kuntum rasa, bile kena tenung tang tu...Confirm perkara2 di bawah akan terjadi :-
  • Tekanan darah Cik Kuntum naik mendadak
  • Darah dalam badan akan mengalir deras - mungkin juga membuak2
  • Serangan hangen dalam badan menyebabkan Cik Kuntum rasa sakit hati dan nak pijak2 je si pemerhati tu sampai mati!

1 comment:

KitKet said...

kahkahkah..psycho lah mamat ni.. nak amek kesempatan cakap ajer lah.. research cikunun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...