Monday, June 15, 2009

:: Si Anak Baru ::

Seisi rumah bergumbira dengan kehadiran 'anak' baru ke dalam keluarga. Ianya tidak dibeli, tapi dikutip di depan kedai runcit milik seorang Acheh. Maka, mama dengan rela hati bagi nama Acheh kat dia.

Tuan dia buang dia sebab ada luka kat montot dia kot? Agar besor le juga. Tapi takper, sekarang proses merawat telah pun bermula. Oleh kerana dia seekor 'femfuan', kucing2 lain si Tigis, Salem dan Urban telah pun berubah tingkah laku.

Dah takde bising2 lagi dah. Masing2 behave baik punya! Dengan harapan untuk menjadi calon lelaki ini buat Acheh. Cheetah on the other hand, macam kecik hati sikit. Tapi takper, mama tetap utamakan Cheetah tak kira apa pun.

Maka dengan ini, andai ada orang-orang kampung yang nak mencari calon...Sila hubungi cK untuk tetapkan janji temu ok? Haha! Bisnes baru ni...Hanya calon2 yang di short-listedkan saja yang akan dihubungi.

Buat maka sekarang, cK dah pon forward proposal kat Mek untuk anak jantannyer si Ted Baker dan juga Cik Dory kita untuk Gemuts.

Apa lagi tunggu!? Yang terhangat di pasaran!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...