Monday, June 15, 2009

:: Hoye-Hoye @ Janda Baik ::

Tarikh : Sabtu, 13hb Jun 2009

Tempat : Janda Baik (atas lagi dari D'Ark and Riverside)

Ahli kumpulan : Semua staff muda2 opis

Akhirnya menjadi kenyataan gak edisi hoye2 yang cK usulkan. Seronok tak terkata la kan. Bertolak seawal jam 9.00 pagi (cK sampai paling last!).



Sorang pon tak pernah sampai ke Janda Baik ni. So jadinya, sapa2 yang rasa nak pegi gak..Takkan sesat la korang. Follow je sign board tu, mesti sampai. Ada beberapa port la kat sana but yang cK nak rekemenkan ni agak dalam la.

Korang follow je sign board nak ke D'Ark atau pun Riverside. D'Ark tu byk challet tapi air dia takat buku lali je pon. Tak feel. Kalau Riverside tu, memang camping side. Kot nak buat team building ke apa, elok sangat lah tu kan.

Kat area kitaorang nyer port ni, ada khemah dua biji. Makcik tu cas RM10 - buat upah dia nyapu sampah. Ok la tu. Area depan umah dia pon. Acik tu kata ada anak Dato nak mai...tak muncul2 pun. Kuciwa i!Puas la kitaorang ni tunggu, bulu kening anak Dato' pon takdak!

Anyway, makanan toksah cakap la. Banyak giler. Masing2 telah siap sedia nak melantak dan mengembangkan badan memasing. cK menaja ayam siap tolong marinate sekali. Muahaha. Tapi, habis ok. Takde pembaziran berlaku di situ. Ha...cK ngan Ayu (my partner) terasa bangga leh hidupkan api ok. Kalahla budak ROTU yang sorang tu. Muahahaha. Clap clap. I loike!

Semuanya berjalan ikut plan asal. Masak, mandi, makan sampai kol 3 petang. Elok je nak naik ke darat, guruh pun kedengaran. Arus sana deras . So kalau hujan turun mau la leh hanyut sampai Australia kot? Bole ke? Hik hik...cK yang berat nih pun boleh dibawa air, kalau Mek n Dory tu...ermmm...tak pun Tok Ketua ke...Ishhh...seram!

Lepas dah siap2, lawa tukar baju semua kitaorang pun beransur. Oh, kami tak terus pulang taw. Then ada aktiviti lain menyusul. Apakah??? Teng teng teng...


Fo more picture sila ke sini.

2 comments:

HambaMaya said...

aiseh.. ramainya ikan duyung.. hehehehe.. ayam bakar tu buat perut hamba pedih lah..

Unknown said...

pedih? awatnya? meronta mau seketol dua ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...