Wednesday, May 06, 2009

:: Kesian Manusia ::

Dalam pada kebosanan yang melanda selepas menyiapkan tugasan untuk hari ini (hari ni je, esok2 lain pula), edisi bersembang pun dimulakan. Bertambah rancak sebab boss besar tiada.
Kalau korang nak tahu, kat opis cK ni cara sembang ada sikit pelik. Kitaorang nih bukan setakat berbual mulut, tapi ngan tangan2 sekali. Bukan pasal buat aksi ke apa..But selain pok pek, kitaorang nyembang thru Outlook. Sekali anta email beramai2, dan berangkai2.

Tak cukup ngan tu, insan2 terpilih akan dihubungi melalui Real Pop Up - ala2 YM la tapi internal. So, cuba korang bayangkan betapa hebatnya ketukan keyboard yang akan kedengaran. Pastu tak semena2 dengar orang ketawa macam orang giler. Kalau tak pon, nampak masing2 dah berair mata menahan tawa.

Maka, jadilah peristiwa ini tadi. Takleh pakai nama betol ok, rahsia!

Kuli 1 : Eh, kenapalah hantu2 ni semua mesti pakai baju putih labuh2 eh? Kain lembut plak tu.
Kuli 2 : Tu namanya uniform lah.

Kuli 1 : Hebat dorang ni kan..
Kuli 2 : Mestilah, baru senang nak identify dorang ni datang dari group mana.

Kuli 1 : Yelah...takkan nak pakai 2 pcs plak kan?
Kuli 2 : itu bukan hantu kejar orang tu...tu orang kejar hantu!

Kuli 1 : ha ha ha...Betol gak!
Kuli 2 : Heheheheh...kan ? kan?

Kuli 1 : At least kan, hantu2 yang ada ni kira bersopan la juga. Tutup segala part of their body.
Kuli 2 : Tu lah, tak macam manusia...buka sini sana.

Kuli 1 : Tapi kan...memang kesian la kat manusia nih sebenarnya
Kuli 2 : Apa pasal plak?

Kuli 1 : Puas usaha2 nak terbang, bila mati baru leh melayang2!
Kuli 2 : Hampeh!

6 comments:

KitKet said...

kahkahkah.. pastu kan hantu pocong mesti mempunyai 6 pack abs sebab payah woo nak lompat cenggitu sepanjang 6 kilometer

Unknown said...

hahahahaha....betol2!

kena suh dorang amik kelas mekap la pulok lagi nak menten muka.

MrxNsrdn said...

HAHA,
skang nie, hantu zaman moden !
phone pon deaorang pakai :)

Unknown said...

eeehhh??? sebok la DekDek!

Jusohbedil said...

susah skang ni nak bezakan hantu ngan manusia...aku tengok manusia skang perangai dah macam hantu..merempit laa...makan orang laa..gigit orang laa...

cuba la contohi hantu-hantu seluruh dunia..walopon dorang nakal tak hingat, tapi dorang masih lagi ada semangat setiakawan dan pentingkan keselamatan dorang..dorang bawak kete, bawak moto takde la sampai terbang..siap pakai seat belt lagi...

hantu pun pandai nak sapa orang kalu jumpe...manusia? jangan harap nak tegur kalu tak kenal batang idung...

cuma satu je yang aku tak berapa bekenan ngan hantu ni...tak penah-penah nak potong rambut..ni kalau Dato' Mohamad Rahmat still lagi menteri penerangan, kompem dah kena gam...

Unknown said...

hahahahahah!!!! sengal la jusoh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...