Tuesday, May 19, 2009

:: Berita Gempar ::

KUALA LUMPUR,18 Mei - Sejumlah kira-kira 150 penumpang Sistem Transit Aliran Ringan (STAR) terpaksa dikuarantin serta merta bermula jam 7 petang kelmarin.

Kejadian berpunca daripada lepasan gas beracun yang dipercayai telah menyebabkan seorang wanita berumur lewat dua puluhan menggelupur sebelum tidak sedarkan diri.

Gas beracun itu dipercayai telah dilepaskan seorang lelaki berusia awal 30-an yang didapati sudah hampir sekian lama tidak mencukur bulu ketiaknya.

Gas yang dikenalpasti mengandungi campuran ammonia dan sulfat telah mengakibatkan kulit mangsa menjadi biru dalam jangka masa kurang dari 2 minit.

Menurut saksi, mangsa terlebih dahulu mengalami sawan dan kekejangan otot sebelum muntah hijau dan pengsan. Pihak berkuasa telah pun mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetatkan lagi kawalan keselamatan termasuk pemeriksaan bau badan di stesen utama STAR
bagi memastikan kejadian ini tidak akan berulang.

Sehubungan dengan ini, sebuah syarikat kosmetik telah bersetuju untuk memberikan sampel deodoran secara percuma kepada setiap pengguna STAR bermula hari ini.

p/s : Nasib baik tak jadi kes camni semalam. cK cam dah nak pengsan menghidu ketiak hangit mamat sebelah cK. Mual, loya, pening semua menyerang in one shot. Gile lah!

5 comments:

Cik Anggun said...

lawak giler bulu ketiak dier neh! geli siuttt....

Dory said...

geli lah!

sw337un73j4 said...

uwekkkkkk!!! mak aihhh hangittss!!

Zu said...

Yarrkkkkkkssssss....

Unknown said...

kah kah kah....itu kalau masuk buletin utama tu tataw la nak buat interview ke tak ngan dia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...