Sunday, March 07, 2010

:: Si Tengah Yang Ado ::

Boleh tak kalau korang pilih untuk berada di kiri atau kanan. Bukan di tengah-tengah. Kenapa? Sebab lu bikin susah! Tak caya, sila baca:

1. Waktu orang nak keluar LRT.
Dok diri tengah2 pintu tu nak berebut-rebut masuk. Beb, give way lah. Bagi orang-orang dalam LRT ni turun. Jangan la kasi semak tengah-tengah jalan. Diri pula tengah-tengah betol depan pintu tu. Korang block jalan, orang tak boleh keluar...korang tak boleh masuk. Paham?

2. Turun lift.
Ni lagi satu. Kalau dah sampai floor korang tu, sila turun cepat sikit. Ni tak, rilek je lenggang kangkung sambil tangan mendepa buka newspaper. Jalan ala2 supermodel buat catwalk. Elok2 korang melangkah keluar dari lift tu, pintu pun mula tutup. And mind you, some lift ni tak peka. Picit la bagai nak rak button tepi tu takdenya nak buka balik pintu tu. So, tolong consider sikit orang lain boleh?

3. Atas jalan raya.
Ha! Ni yang paling tak boleh nak terima. Kejap nak ke kiri, kejap nak ke kanan. Last2 tamak, duk tengah2 jalan. Apakah? Hello, sebesar2 kenderaan atas jalan kat Malaysia ni ...memang muat untuk korang berada samaada di kanan atau kiri jalan. U dun need to be in the middle. Ingat lu sorang je bayar cukai jalan? 

4. Atas eskelator.
Pernah tak tengok papan tanda tulis "Berdiri dikiri, dan beri laluan". Makna kasarnya, "Kalau nak bersantai, korang diri kat belah kiri. Orang-orang yang nak cepat, sila berlari di lane kanan". Susah sangat ke nak faham. Ni tak, sebok nak nyembang diri sebelah2. Bila diminta beralih, tarik muka. Muncung panjang sedepa. Kenapa?

5. Kat shopping complex.
Ni selalu jadi kat wet market area. Tolak troli tengah-tengah dunia, pastu emergency stop. Tak pun, tolak slow slow macam orang tak tahu nak beli apa. Isk...kot ye pon nak cari barang, ke tepi lah. Jangan susahkan orang-orang lain yang dah set dalam kepala nak beli apa. Kang orang mendengus, korang tak suka. Orang terlanggar, korang masam muka. So, behave la ye.

6. Kat parking lot.
OMG! Sekolah memandu manalah yang bagi training kat korang ni. Orang-orang yang suka ambik 2 parking space sedangkan keta kecik je...Tolong rajin sikit boleh tak cik abang, akak? Adjust balik la parking korang tu. Takpun, silalah tajamkan skil parking korang nak2 sekali side parking. Parking space sekarang ni limited, so berhati perutlah kamu ye. 

Dalam banyak-banyak tengah yang cK listkan ni...adalah kot part2 tengah lain yang boleh mententeramkan jiwa dan minda. Tapi, kalau tak pandai guna atau silap cara...sama je. Buat sakit ati je dek non oii! So, bijaklah memilih. Jangan biarkan diri anda disergah gara2 berada ditengah.

2 comments:

Kimi Kay MS said...

huh... dilema demi dilema bila berada di tempat ramai org yg tak paham bahasa atau perasan bagus sgt smpai tak reti nak consider org lain.

ah, nak tambah sket cK, org yg berat sgt mulut nak cakap sori dan terima kasih. huh benci!

Unknown said...

huhuhuh...emo plak awek ni..
tapi mmg betol pon...
Dorang ni tataw datang dari planet mana...

langsung tak reti nak consider...lenkali kena tengok wonderpet lah..

apa yang penting?
K.e.r.j.a.s.a.m.a!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...