Tuesday, February 23, 2010

:: Perempuan Tak Bijak Membuat Keputusan ::

Sedutan artikel suratkhabar Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa ini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.

Contohnya kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

**Untuk berita penuh, sila klik sini.

My two cents : 

1. This whole article is more to degrading women in general rather than to express one's concern.

2. Adakah dengan adanya lebih ramai boss-boss wanita, sesebuah organisasi itu akan lingkup dan gulung tikar? Teruk sangat ke skill pengurusan seorang wanita? Haven't you heard names like our reputable Governor, Tan Sri Dato' Sri Zeti Akhtar Aziz? Yvonne Chia? Datuk Bridget Lai? Bukankah mereka wanita? I am proud to say, they have done a good job. So, your lame theory is yea..again, LAME.

3. Perempuan hanya layak ditadbir dan bukan mentadbir? Wake up? We are not just a flower pot lah. You got your degree, we own ours too. What's so difficult in accepting the fact? Still, ketua rumah tangga, lelaki yang pegang. Tak cukup ke? Pikul lah tanggungjawab yang penting tu dalam menentukan hala tuju keluarga, ke syurga atau ke neraka. Tak payah sebok2 kalut fikir hal duniawi ni sangat.
4. Ego yang Maha Besar. As much as you hate to admit it, guys...listen. Dari kecil, korang memang telah diperintah oleh seorang wanita yang bernama IBU. She told you what to do, and when. Why cant you just listen, and do what's need to be done. Be professional lah.

5. Seramai-ramai orang atas, orang bawahan yang bernama LELAKI...banyak tu jugalah kes duit kopi, angpaw yang jadi. Sebab? Lelaki suka bab2 RASUAH. Berapa kali dalam sehari, atau ok lah...seminggu kalau tengok berita tu yang ahli lembaga pengarah syarikat sekian2, atau Yang Berhormat wanita nama sekian2...disiasat / ditangkap atas tuduhan rasuah? Fact kan?

6. Orang pompuan lebih suka BELAJAR. Pergi je mana-mana Uni....majoriti sapa yang ada? So, takyah nak bising2. Dah kami2 ni belajar tinggi2, dapat result yang best2...tiba-tiba! Dalam company nak serah kat tangan lelaki yang mungkin hanya SRP? (Kejam plak rasa kenyataan ini).

7. Lelaki jadi orang atas, tidak menjamin kesejahteraan. Tengok je negara-negara membangun, perang gak sana sini. Ramai je yang mati. Kot dulu Imelda Marcos tu, paling kuat...buat koleksi kasut je, takpun ada sapa2 yang cedera.

Again, Whats Wrong With You People?

8 comments:

yaya|azura said...

i pun menyampah noks.... ada patut memperlekehkan perempuan... hallooo .. lelaki skrg ramai aje yang pemalas. lagipun perempuan ni multitasking. dia mampu membuat keputusan yang bijak. lelaki tu dia suka buat keputusan terburu-buru... Lagi satu, i heard yang our PM tu pun the wife yang banyak kasi kata putus... oh lupa lak ... Di belakang setiap kejayaan lelaki, adalah WANITA. :)

Unknown said...

tak kisahlah perempuan itu isteri sendiri atau yang bakal jadi bini. lalalalalaa~!

Pink Marie said...

heheh.. bodo sgt. tk di ckp pula ape jenis implikasinye!

Kimi Kay MS said...

pada aku la kan, patutnya dia sblum bercakap tu, susun ayat habis2 - bukti lelaki memang bukan semua boleh diharap jadi pemimpin disebabkan nak cepat sangat bagi statement maka dia bagila statement yg cam org tak skolah je bagi ni...

anyway, berbalik pd point aku tadi, patutnya dia cakapla, utk melicinkan govt sector punya operasi maka dgn ini dicadangkan bahawa semua badan kerajaan termasuk agensi perlu ada nurseri untuk anak para pegawai & staf supaya tak timbul isu pegawai wanita terutama yg memegang jawatan tinggi akan terjejas dlm melaksanakan tugas di pejabat kerana anak2 yg masih memerlukan perhatian. sbab fitrah wanita yg menjadi ibu akan risau terhadap keselamatan anak2 mereka lantas boleh mempengaruhi emosi & mutu kerja mereka. penjawat awam lelaki yg isteri mereka bekerja di sektor swasta juga boleh meletakkan anak mereka di nurseri sekiranya memenuhi syarat.

apa salahnya kalo dia buat kajian dulu serba sdikit apa punca yg menyebabkan pempuan "tak fleksibel & tak kreatif dalam menjalankan tugas" mereka?

macam isteri dia bukan perempuan je... statement "kreatif & fleksibel" sorang lelaki yg lupa MAK dia pun pempuan, ISTERI dia pun pempuan yg melahirkan & menjaga makan pakai dia. ceh...

Unknown said...

mek : itulah pasal...the next day kuar stmt pasal implikasi. pompuan ni byk cuti. cuti bersalin kekdahnya. dahlah ada ura2 nak up jadi 90 hari...mana depa boleh terima. ntah apa ntah.

k1m1 : eh..lama tak dengar dia ni bebel...hehehe...saya sokong part nurseri tu...biasalah, lelaki boleh fokus only one thing at a time..tak macam pompuan..byk menda nak fikir dalam satu masa.

Pink Marie said...

pastu lelaki yg berckp mcm panjang gila akal dia tu, tak pula memberi cadangan mcm mana nk merperbaiki keadaan. yg tau komplen! komplen! merapu! i need act not excuses!

Kimi Kay MS said...

cK - sure ar bengang beb... huh... rasa nak bakar je muka si tua tuh.

err,... lama tak singgah pasal bz men game kat efbi hahaha...

Unknown said...

heheheheh....isu2 pompuan ni mmg sensitif kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...