Situasi 1
Malam hari raya. Semua saudara mara berkumpul di rumah keluarga dari depan anjung hingga ke dapur nenda. Penuh. Full house kata omputihnya. Sedang korang lepak2 datanglah cousin korang anak akak korang yang berlainan jantina menyapa. Sapa bukan sebarang sapa tapi, siap ngan ipar korang hulur tangan nak bersalam mesra.Katanya saudara, setahun sekali jumpa nak mesra-mesra.
Situasi 2
Korang baru je dapat anugerah pekerja cemerlang ke pelajar terbaik ke (janji anugerah) dan menjadi tumpuan ramai dalam sekelip mata. Sedang elok tamat sahaja acara, ramai kawan-kawan mengelilingi nak ucap tahniah. Kawan perempuan, lelaki dan yang tak berapa lelaki bersilih ganti hulur tangan nak bersalam. Adat la tu kan. Bila dah puji-puji mesti salam-salam. Amik berkat katanya.
Situasi 3
Pejabat korang menerima kemasukan pekerja baru. Pengurus HR pun dok pusing keliling bawa orang baru nak berkenal-kenalan dengan pekerja yang sedia ada. Pusing punya pusing, sampailah kat tempat korang.Korang ditakdirkan lain jantina. Dia pun hulur tangan dia.Kang kalau tak salam orang kata berlagak pula.
Situasi 4
Korang terpilih menghadiri satu konvensyen besar bertaraf dunia. Bila sampai waktu rehat peserta masing-masing mingle-mingle lah kan. Nak juga kenal sesama sendiri. So, ramai la mat-mat dan minah-minah saleh yang akan mundar mandir, buat eye contact dan mula bersembang ngan korang. Sah-sah ayat awal mestilah "Hi, I'm ___________ (isi sendiri)". Pastu dorang pon hulur tangan nak shake hand. Siap ngan senyum manja lagi tu.
Soalan :
1. Dalam ketiga-tiga situasi, apa tindakan korang ketika kejadian? Sambut salam? Buat-buat tak nampak?
2. Pukul rata, bersentuhan berlainan muhrim itu haram hukumnya. Tapi ikut adat, tak manis menolak huluran salam orang. Korang jatuh kategori mana?
3. Macam mana cara paling sopan kalau kita takmo sambut salam orang tu?
1 comment:
kalau kat ofis, saya sambut salam itu. tapi tgk lah kalau kadang2 kalau melayu/islam sesama the best thing to do is just to angguk and senyum saja. mereka akan memahami. :)
Post a Comment