Tersebutlah kisah di suatu pagi Ahad yang damai. cK dan keluaga bersarapan Mee Hailam sedap yang Mama sediakan. Licin sampai tambah lagi setengah pinggan. Mana tak selera, siap ada cili jeruk woo. Dah kenyang perut, Mama , Papa ngan Ewok keluar jap. Tinggallah cK ngan Dekdek.
cK layan tengok TV sambil nyanyi-nyanyi. Tiba-tiba cK dengar sayup-sayup je suara orang bagi salam sambil mengetuk2 pintu pagar rumah cK. Sebagai orang yang berbudi bahasa, cK pun bangun dari sofa dan berjalan yakin keluar rumah. Kebiasaannya hari-hari cuti ni ada je orang datang nak minta sedekah, jual barang ngan macam-macam lagi.
Sambil senyum simpul, cK tengok mamat yang berbaju uniform warna hijau biru tu. Dialog di bawah pun mengambil tempat.
Mamat : Selamat pagi, ya.
cK : Selamat pagi.
Bagus juga...bersopan je..tak kisah sangatlah loghat Indon dia tu... then sambung lagi...
Mamat : Ermm...Kak, Tuan rumah ada?
cK : Huh? (Mata bulat)
Dek kerana dia tengok cK macam tergamam ala2 blur ayam...dia buat siaran ulangan...
Mamat : TUAN rumahnya ada?
cK : Oh, tuan rumahnya tiada. Keluar. (Dengan slang Indon)
Soalan :
- Adakah mamat tersebut secara tak langsung menganggap cK ini adalah pembantu rumah?
- Adakah dia terlalu naif dan buta untuk melihat betapa comelnya cK untuk menjadi seorang yang pembantu rumah? Kot surirumah tu takper la juga kan.
- Andai cK ditakdirkan jadi pembantu rumah, agak-agak dari negara manakah asal cK?
- Huduh sangat ke baju yang cK pakai hari ni sampai mamat tu ingat cK pembantu rumah?
Meh sini korang tengok apa cK pakai hari ni.
Kesimpulan : Takmolah pakai baju putih lagi bila dok umah.
What's Wrong With You People?
2 comments:
Eh , sekali imbas , memang ada rupa lah :p
Kurang hajaq punya kepeng.
Nyah kamu...!
nanti gwe bawak hari2 broadband gi keje...lalalala~!
Post a Comment