Free accomodation.
Free flight.
Free tax.
Free your mind.
Berlepas dari Subang 5.10 ptg gara2 keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Terima kasih Firefly! Sampai Langkawi almost 7pm after tawaf 5 kali kat ruang legar sebab hujan. Sampai2 je masing2 lapa. Terus ke Bamboo Restaurant menyantap. Then baru pergi Berjaya Resort to check in. Twin sharing, deluxe unit. Lawa and best.
Hari kedua ramai2 pakat ke jeti menuju ke Pulau Payar. Apa bikin? Snorkeling la beb! First time okie. And u know what? cK tak reti berenang! Miahaha..Tapi dek kerana ada cikgu yang tegar (thanks Suha!) dan bantuan jaket keselamatan, berjaya cK snorkeling sampai kat tengah2 nun. Bangga je rasa ngan diri sendiri. Patut la beaber suka laut! Kena gak belajar berenang ni! Dapat jumpa baby shark, baracudda, gamat, landak laut...byk wooo! Best2..maka, ke Sabah nnt mau repeat lagi!
Waktu malam plak, dihabisan dengan aktiviti makan2 mengushmukkan badan. Hiyark! Selain dari makan chocolate yang dibeli dari Hj Ismail (tima kasih Baman for the tips), kitaorang ada BBQ Session kat Dayang Cafe. Memang menyelerakan! Dah penuh2 perut ngan segala macam makanan, lepak plak kat lounge. Ada filipino ngan Abam hensem (ish..sampai ke sudah tataw nama) perform. Sedap gak suara abang tu. Dia terer main sax ngan piano. Kesimpulan - jari abang tu sangat hebat! Finger lickin good lah! Miahahahah...Haip! Jgn fikir finger lain ok? Sambil2 tu kitaorang main Monopoli yang berjaya menunjukkan bakat Mimin sebagai Tuan Tanah Kedaung yang berjaya. Gila bankrup gwe!
Last day, kitaorang patutnya naik cabel car tu...tapi..tak kesampaian pasal hujan agak ganas. So, pergi la kompleks kraf. Jumpa sepasang kasut cinderella kat sana. Abang tu suh cK order untuk hantaran. cK kata "Order bole, bila pakai berkecai". Pakat gelak je abang tu. After that, drebar tu suggest kitaorang gi tempat gamat. Ehem, cK pun try lacelup tangan dalam kuali besor tempat masak minyak tu. Sapa kata tak panas!? Tipu lah! Panas ok! Tapi jari tak lecur! hehehe...ajaib kan? Rasa panas tu, sekejap je. Jakun2!
Then, kitaorang melantak seafood kat Kg Siam sebelom jadi jakun sebentar ngan Underwater World. Oh.., i guess Aquaria is so much better. But not that bad lah! Then, habiskan duit sikit kat
The Zone beli souvenier sebelom ke airport untuk bye2 Langkawi. I wish i could be here again in future lah. Neway, sapa2 rasa nak tengok LIMA 09, sila2lah ke Langkawi this week. Oooh, i'm so sexcited for my next trip! Yeah!
2 comments:
bes sgt!
tp takbes sgt sbb hujan. i like sunshine. seksok nk p gak lah
mmg hujan renyai2 je most of the time..tapi...belasah juga!
Post a Comment