Saturday, November 14, 2009

:: Bila Beruk Tengok Bola ::

Sorry geng, komentar ni agak lambat. Bukan apa, kena bagi waktu tambahan untuk bertenang sebelum keluar hujah2 yang menikam kalbu. Huhuhu. I'm not a big fan of football. Let it dalam negeri hatta luar negeri. Maka, chances untuk nampak saya tersadai kat mamak sampai 3-4 pagi sebab nak tengok MU kalah, Chelsea kena belasah atau Liverpool jalan kedek2 adalah sifar.

Tapi! Sabtu lepas, cK sajalah tune TV1 nak tengok final antara Red Warrior (katanya) lawan Dak Ujang Hobin. cK n family jadi penyokong negeri penaja lokasi. Boleh camtu? Rata2 semua dah tahu apa yang dah jadi. Yang tahu, sila ambil perhatian bahawasanya N9 menang malam tu 3-1.

Yang mengecewakan, sikap penyokong. Pemain2 kedua2 pasukan taklah mengecewakan sangat rasanya. Sapa tak nak menang, kan? cK tak kisah sangat kalau si jaguh kampung tu buat aksi macam kat bawah ni ah :



Lantak dia lah. Rasa seksi dan terhibur agaknya bila dia buat joget2 gitu. Nak kata ala2 Hawaian Delight pun ada gak. Miahahah.. But still, boleh la layan. Tapi, bila dorang buat camni :



Sudah lebih la tu kan. Nate beruk beto! Rupo ore darat dah! Miahaha.. Sebagai host, rasa emo seh. Tak cukup ngan bakar kerusi...dorang bakar mercun...pehtu..siap baling2 botol. Ada ke patut player kena kutip botol atas padang before amik tendangan sudut. Gilos!

Suku juta abis gitu je nak repair segala kerosakan yang puak2 kurang cerdik tu tinggalkan. Barulah cK tahu sebijik kusi dalam stadium tu RM500 regenya. Mahai gak! Maka cK ada few cadangan yang boleh dipertimbangkan :

1. Kalaulah tiket bola tu siap ada detail pembeli, sah2 dorang tak berani nak buat suka2 hati. Jadi apa2 kerosakan, leh minta ganti rugi kat pembeli. Padan muka!

2. Buat negeri2 yang ada penonton over fanatik, haramkan penjualan tiket pada penyokong mereka. Suh dorang tengok kat mapley je.

3. Denda giler2 tinggi kelab bolasepak / kelab penyokong yang terlibat pehtu gantung penyertaan dua musim ke? Kot kalau kejam sangat...semusim pun ok.

4. Haramkan lighter. So kalau lighter takde, nak nyalakan bunga api n mercun pun takleh. Lalala...

5. Sapa2 yang ditangkap bawa mercun, bunga api...Ikat dorang dengan menda tu...pehtu bila dah abis lawan, bagi2 piala semua...bakar dorang2 tu. heh!

Sila jaga perilaku masing2 ye lain kali. Hilang kosentrasi i tengok kembar gelecek bola aritu. mencik lah!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...