Monday, February 28, 2011

:: Bangla Pun Pandai Beratur Weih ::

Di hari yang berkat ni maafkan cK jika ada bahasa yang digunapakai dalam coretan cK kali ini agak tidak semenggah. Ya, tak boleh blah. cK cuba habis baik untuk tidak menyumpah, melaser atau mecarut pada entry kali ni.

Korang ingat tak waktu sekolah2 dulu bila perhimpunan harian atau mingguan kat sekolah masing2? Ha ah..yang kena diri tegak nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri masing2 dan lagu sekolah. Ada juga bacaan doa dan ikrar. Yang paling boring bila dengar pengetua bebel la kan. Tak abis2. Asyik2 emo je dia ngan murid2 sekolah dia. Kadang2 kita doa perhimpunan tu habis lambat dengan harapan, waktu yang seterusnya tu 'burn'. Nak2 nyer bila terlupa siapkan homework.

Ada lagi...Time tu la pengganas eh pengawas nak check kuku la, rambut la, baju dalam la...Haih. Ramai la jadi mangsa kena kerat rambut depan2 public. Yang rambut kaler2 plak, cikgu disiplin siap sponsor suh pakai tudung. Hambik korang! Pehtu penuh la rekod masing2 dengan mata2 demerit. Oh, sadis!

Tapi...apa yang paling penting dalam setiap perhimpunan pagi? Apa? Apa? Boleh ke korang duduk bersepah sesuka hati? Sorang kat utara, sorang kat selatan? Boleh? Haruslah tak! Kita semua kena beratur dalam barisan ikut kelas masing2.Siap ada pengawas lagi setiap kelas tu. Dialog rasmi "Luruskan barisan. Angkat.  Jatuh. Angkat. Jatuh". Ha..camtu la lebih kurang kan. Kena plak beratur ikut ketinggian untuk mengelakkan diskriminasi kepada mereka yang kurang ketinggian. Huhu.

Time rehat plak bila nak beli makanan pun kena beratur. Bertolak, bersesak tu lain cerita.Cuma hakikatnya korang kena beratur. Bila dah bekerja pula setiap kali nak gi withdraw duit dan orang ramai (especially time2 dapat gaji cam hari ni) korang kena beratur kan. Hish...tak susah nak faham. Gi tengok konsert, tengok bola, masuk kelab, nak bayar barang bulan yang beli kat Giant ke Carrefor...janji yang ramai orang, sure kena beratur.


Samalah juga bila naik bas. Bangla yang share bas ngan cK pon reti beratur. Tapi! Ada 2 brother muka macam cerdik menggalas beg laptop kelihatan menebeng kat celah2 orang ramai. Ada sorang mamat Indon tu dok pandang2 brother berdua tu dengan muka berkerut. Nampak betul ketidak puasan hati dari riak wajahnya.  Tapi dia diam je sambil bagi renungan tajam.

Bas pun sampai and guess what? The two men selamba2 je menyelit sikit2 masuk line. Sambil buat aksi bercakap kat henpon dan ala2 tak perasan yang orang beratur berlingkar macam ular, sardin je dia pandang bas takmau toleh2 langsung. Bukan apa, takut kena laser ngan mamat Indon belakang dia la tu. Bila dah naik pula, bayar tambang bas yang RM2 dengan not RM50. Tak ke bebal namanya? 

Terkial2 driver bas nak cari duit tukar. Yang mamat tu pula, duk main tayang2 not 50 dia sambil buat muka tak puas hati. Derrr...Kau yang sengal, potong barisan lepas tu berlagak tak bertempat bayar duit bas dengan duit besar pasal apa. I wonder not berapa plak ko hulur bila nak masuk toilet kat shopping complex yang rata-rata tiga posen tu? Nak kata budak, dah layak jadi bapa budak. Tapi sayang, akalnya tak sekali pakej dengan otak. Kalaulah mamat dua orang tu potong depan cK, mahu cK tempikkan kasi malu. No mercy ok. Orang-orang bodoh sombong ni, kena diajar macam tu je. Kalau tak, makin dia berlagak.

Teringat pula kat satu iklan suatu ketika dahulu "Beratur, jangan memotong barisan".

5 comments:

Kimi Kay MS said...

huhuhu i seriously like this one... benci betul dgn org tak reti beratur nih. nak2 yg rasa cam, disebabkan dia vogue dia takkan kene marah, disebabkan dia pregnant dia takkan dianggap bersalah bila main celah je tanpa sebarang ekskus mi ke dan yg perasan cam hensem sgt sbb tu takkan ada yg berani sound dia... puhlisss...

yaya|azura said...

I masa pregnant pun I still beratur gak, unless ada insan berhati mulia offer tempat dia ke apa ke tapi rata-rata takde pong. Hahahah.

Unknown said...

k1m1 : memang tak suka ok. Dia buat muka sardin je macam takde salah ape2. Kalau dia take over depan i...memang la i jerit kuat2.

yaya : selalunya perempuan yang lebih susah nak bagi perempuan lain tempat duduk. siap buat2 tido lagi tu.

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Kalau kat sini x beratur mmg dah kena sound depan2..maloe sangat x sanggup naek bus tu kang..

Unknown said...

u see...ramai yang reti beratur. its like normal practice dah. cuma yang spesis jakun2 ni yang tak reti nak jaga manners. i believe orang2 yang saama gak jadi road bullies.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...