Semalam cK balik dalam keadaan hujan lebat. Diketika menunggu di stesen LRT sambil mencuba-cuba nasib kalau-kalau ada wi-fi percuma, cK nampak pasangan lelaki perempuan cina sedang memimpin seorang lelakibuta berbangsa Melayu. Pakcik tersebut kemudiannya menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki India. Sounds so 1Malaysia kan? Kebetulan saja.
Entah kenapa tiba-tiba saja hati cK tersentuh memikirkan apa yang baru terjadi didepan mata. Melihat pasangan tadi juga seolah-olah bingung dengan apa yang mereka lakukan sebentar tadi. Membiarkan seorang buta menaiki teksi seorang diri untuk menuju destinasi yang kami pun tak pasti. Medula oblongata cK terus dihimpit pelbagai persoalan. Antaranya:
1. Macam mana orang buta tu tahu bahawa jalan yang dilalui oleh pemandu teksi itu sememangnya menuju tempat yang diinginkannya?
2.Adakah pemandu teksi itu akan jujur apabila memulangkan semula not RM50 yang diberikan secara tidak sengaja oleh sibuta untuk membayar tambang?
3. Apakah nasib si buta jika si pemandu menipu dan meninggalkannya dia tengah-tengah kawasan yang asing?
4. Dapatkah si buta mengenal pasti rumahnya dan mampu berkata "Berhenti" apabila teksi melewati pintu pagar rumahnya?
5. Bolehkah si buta mebantu pemandu baru dengan menunjuk jalan dan mengesan land mark yang ada di destinasi tersebut ?
At that point of time, cK rasa sangat bersyukur dikurniakan pancaindera yang cukup. Terasa begitu kurangnya andai salah satu nikmat itu direntap. Apalah nasib dan bagaimanakah cK dapat menjalani kehidupan yang tidak berwarna - hanya hitam semata. Tidak ada beza siang atau malam, musim luruh atau musim bunga. Bila melangkah, sukar untuk dipastikan adakah cK di jalan yang benar atau sedang sesat. Apatah lagi bila insan keliling lebih rela menjauhkan diri daripada menghulurkan bantuan. Berjalan 'blind folded' pun dah cukup seksa, inikan pula memang tak boleh melihat langsung!
Ya, cK sangat sensitif melihat orang yang kurang upaya. I wish i could help them all. Mungkin bukan dengan wang ringgit, tapi dengan usaha dan pertolongan selagi terdaya. cK percaya, mereka hanya buta pada penglihatan namun tidak pada hati.
No comments:
Post a Comment