Hari ini adalah hari terkahir umat Islam di negara kita menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Pengumuman dari lelaki terpenting - Penyimpan mohor besar raja-raja pun dan mengesahkan bahawasanya 1 Syawal akan disambut pada hari Jumaat bersamaan 10 September 2010.
Alhamdulillah, selesai satu lagi bulan penuh ibadah. Insyaallah, kalau tegar cK akan mula mengganti puasa seawal mungkin tahun ini. Haha..kantoi plak, bocor puasa! Bukan apa, alang2 mengganti puasa tu dapatlah buat puasa sunat. Berbaloi2. Harap2 misi itu berjaya. Cuma belum confirm nak buat straight ke Isnin - Khamis. Malas nak ganti last2 minit macam dua tahun kebelakangan ni.
Terus terang, Ramadhan kali ini mencoret terlalu banyak kenangan. Ada yang manis dan ada juga yang getir sampai kuar air mata suci cK ni ah. Yang baiknya, sesukar mana situasi yang cK dan keluarga hadapi .. Tuhan telah tunjukkan jalan dan idea2 bernas untuk menghadapi situasi.
Lega bila persiapan raya masih dapat dipenuhi. Walaupun lebih bersederhana berbanding tahun2 terdahulu, yang penting kami sekeluarga masih bersama meraikannya. Alhamdulillah!
No comments:
Post a Comment