Monday, September 13, 2010

:: Misteri Hari Raya ::

cK bukanlah jenis yang mudah percaya benda2 pelik lagi ajaib ni kan. Cuma sesuatu yang berlaku pada malam hari raya pertama buat cK rasa sedikit gundah gulana. Guana? Ha...chill ok chill. Sapa yang jenis lemah  semangat, sila jangan sambut pembacaan korang. Cerita ni hanya untuk mereka2 yang berhati  waja dan tegar sahaja. 

Ok, camni ceritanya. Masa cK di kawasan perkuburan baru-baru ni, cK dengan tiba-tiba rasa tersentuh bila melihat pusara yang tidak dilawati dan dibersihkan. Dengan tulus ikhlas, cK cabut rumput rumpai atas kubur2 (ya, bukan 1 tapi ada a few in those 3 tanah perkuburan) yang terbiar tu. Rasa tak sampai hati nak biarkan. Then, cK akan minta Mama taburkan bunga rampai (don't know whether this is the right word sebab selalu bunga rampai orang refer time nak kahwin kan. Ni jenis, racik2 daun pandan campur ngan bunga dan air mawar. About the same ait?).


Tak cukup dengan tu, cK baca nama arwah dan sedekahkan Fatihah, siap minta Ewok do the same gak. In fact, our family akan sedekahkan Fatihah pada semua penghuni ketiga-tiga kawasan perkuburan tu. I just feel right doing so. Selalu, tak pernah plak cK rasa nak cabut segala rumput2 kat pusara orang. Not this time around. I feel happy by doing so. Mungkin dah tua-tua ni, hati lembut sikit kot?

Nak dijadikan cerita, malam tu cK takleh tidur. Rasa cuaca macam panas sangat. Sedangkan kaki time tu sejuk. Dekdek siap tidur bergulung ngan comforter macam udang. But not me. I just cant close my eyes. Paksa juga mata sebab tengok dah pukul 2 pagi. Tiba-tiba...jeng jeng jeng...cK dengar esakan tangis. Aiyo!!! Mau tak rasa nak gugur jantung! It cant be my neighbour ya kawan-kawan. Sebab dorang semua balik raya. 

Soalannya, siapakah dia yang menangis teresak2 pukul 2 pagi sampai pukul 4 pagi itu? Terkumat kamit cKdok baca segala surah, ayat yang hafal. Berdebar2 ye. Nasiblah dia tak tunjuk muka kan. Kalau terus pengsan takpe, kalau tak? Guane? cK pernah dengar orang kata kalau kita dengar bunyi tu sayup2, means 'benda' tu dekat je ngan kita. Kira cam logiklah. Kalau dekat, buat apa 'dia' nak teriak kuat2 kan. Pelan2 sudah. Dah penat baca macam2, dalam pukul 5 pagi baru cK berjaya lelap. Fuuuhh...

cK beritahu Mama, and all she said "Agaknya arwah2 tu tersentuh kot tengok ada orang luar sudi bersihkan kubur dia. Buatlah selalu". Adoi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...