Friday, September 24, 2010

:: Unik ke Pelik? ::

Fesyen di rujuk sebagai cara berpakaian ataupun tingkah laku yang menjadi kegemaran ramai dan popular pada satu-satu masa.

Fashionista  pula adalah gelaran untuk wanita yang suka berfesyen dan amat mengikut perubahan trend.

Ceritanya begini. Dalam perjalanan ke pejabat pagi semalam, seorang wanita yang cantik rupa parasnya telah menyebabkan saya agak kurang selesa. Mula-mula tak pasti kenapa. Setelah dipandang untuk kali kedua..Ya! Saya dah jumpa!

Harus diakui yang wanita tersebut mempunyai potongan badan yang cantik. Dari cara pemakaiannya, saya jangkakan dia adalah seorang eksekutif di syarikat yang besar. Fitted grey blouse, low neck, no inner, tudung ikat belakang. Yes, that low neck part. Banyak mata yang tertumpu pada bahagian yang terdedah itu. Tak pasti sengaja, atau terlupa. Bonus point bila jari cik kak tu mula main-main buah rantai sambil sebelah tangan lagi membaca sesuatu di Blackkberry. 

Rasanya dia sedar dia jadi bahan tumpuan tapi dia langsung tak kisah. Tak luak apa pun kan. Setakat pandang. Kot luak pun, pahala la. Tapi itu pun tak nampak dengan mata kasar. Tak tahu kategori mana fesyen cik kak tu. Someone said that it's kinda sexy to see some skin when you are all covered. Mungkin. Kinda subjective as sexy and beauty lies in the eye of the beholder.Tepuk dada sendiri.

Di dalam tren yang lain ada kejadian yang hampir sama. Bertudung namun sleeveless. Lagi unik kan? Saya mungkin dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di bandar namun ada sesetengah perkara yang masih gagal untuk saya terima. Contoh tambahan : Seorang wanita berbaju kurung lengkap bertudung,di tepi tangga bersebelahan air pancut KLCC , berhadapan dengan Dome. Biasa? Tidak bila dia duduk bertenggek sambil menghembus liar asap rokok dari mulutnya. 

Memang ada antara kenalan wanita saya yang merokok dan saya juga sedar ia sesuatu yang biasa di zaman ini. Atau patut saya katakan yang ia memang wujud dari zaman dahulu lagi? Nenek-nenek menyuntil sireh kemudian menghisap rokok daun - sounds familiar? Cumanya kerana gadis itu bertudung dan berbaju kurung, saya mungkin agak skeptikal. Call me kolot, but that's how i see it. 


1 comment:

Kimi Kay MS said...

sgt2 setuju tentang ketidak mampuan memahami konsep org dlm berfesyen, sometimes they tried way too hard to prove they're lack of good thinking or maybe no brain at all? God knows.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...