Sesungguhnya pada masa dan ketika ini saya amat mengasihani perut saya.Setelah dia berehat sebulan, sekarang dia didera dengan aneka juadah. Yang manis, berminyak, berlemak, pedas, masin dan pendek kata segala macam rasa. Saya tahu bukan salah dia kerana sebagai unit yang menurut perintah, dia cuma menerima segala-galanya dengan redha. Sesekali ada unsur protes bila dia melakukan lonjakan angin yang menyebabkan segala isi kandungannya terpaksa diluahkan semula. Kesian dia!
Saya memang salah. Tapi, takkanlah saya nak menolak mentah-mentah. Almaklumlah, juadah ni dapat setahun sekali dan saya agak malas untuk memasaknya sendiri. Ambil lemang sebagai contoh. Mana ada bulan2 lain orang jual lemang berderet2? Ketupat pulut pun camtu gak. Kalau ada pun, mungkin boleh jumpa di sesetengah pasar tani terpilih. Just that feel raya tu takde lah. Another bonus point, makan2 di bulan raya ni mostly FOC. Maka, its hard to resist okie.
Antara hasil yang berenang-berenang di dalam perut saya |
Sekarang, saya berhadapan dengan dua masalah besar. Yang pertama : kebarangkalian penambahan jisim saya adalah melebihi pengurangan lemak ketika berpuasa. Hoh...scary kan? Kalau posing nak bergambar tu, rasa cam takmo amik side tepi je. Rata sangat. Takde lekuk ke curve or apa2 yang sewaktu dengannya. Oh tidak!
Masalah kedua : Segala input yang masuk dalam badan saya tidak diproses atau lebih tepat lagi dihadam dengan sempurna menyebabkan jadual pelaburan terganggu. Yelah, sebulan rehat tiba2 kena kerja keras. Tak ke sawan? Secara tak langsung, ianya amat berkait rapat dengan permasalahan saya yang pertama. Bila dah isi penuh2, tapi pengeluaran takde...bertambah-tambahlah jisim. Dipam-pam umpama mak buyong peknen gamaknya. Nehi!
Maka dengan ini, saya perlu mengambil langkah drastik untuk memulakan ops mengganti puasa secepat mungkin. Secara tak langsung mengambil berkat puasa enam di bulan Syawal. Mampukah saya? Yes, u can!
No comments:
Post a Comment