Tuesday, September 28, 2010

:: Tak Nampak Tapi Tak Buta ::

No comments:
Semalam cK balik dalam keadaan hujan lebat. Diketika menunggu di stesen LRT sambil mencuba-cuba nasib kalau-kalau ada wi-fi percuma, cK nampak pasangan lelaki perempuan cina sedang memimpin seorang lelakibuta berbangsa Melayu. Pakcik tersebut kemudiannya menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki India. Sounds so 1Malaysia kan? Kebetulan saja. 

Entah kenapa tiba-tiba saja hati cK tersentuh memikirkan apa yang baru terjadi didepan mata. Melihat pasangan tadi juga seolah-olah bingung dengan apa yang mereka lakukan sebentar tadi. Membiarkan seorang buta menaiki teksi seorang diri untuk menuju destinasi yang kami pun tak pasti. Medula oblongata cK terus dihimpit pelbagai persoalan. Antaranya:

1. Macam mana orang buta tu tahu bahawa jalan yang dilalui oleh pemandu teksi itu sememangnya menuju tempat yang diinginkannya?

2.Adakah pemandu teksi itu akan jujur apabila memulangkan semula not RM50 yang diberikan secara tidak sengaja oleh sibuta untuk membayar tambang?

3. Apakah nasib si buta jika si pemandu menipu dan meninggalkannya dia tengah-tengah kawasan yang asing?

4. Dapatkah si buta mengenal pasti rumahnya dan mampu berkata "Berhenti" apabila teksi melewati pintu pagar rumahnya?

5. Bolehkah si buta mebantu pemandu baru dengan menunjuk jalan dan mengesan land mark yang ada di destinasi tersebut ?


At that point of time, cK rasa sangat bersyukur dikurniakan pancaindera yang cukup. Terasa begitu kurangnya andai salah satu nikmat itu direntap. Apalah nasib dan bagaimanakah cK dapat menjalani kehidupan yang tidak berwarna - hanya hitam semata. Tidak ada beza siang atau malam, musim luruh atau musim bunga. Bila melangkah, sukar untuk dipastikan adakah cK di jalan yang benar atau sedang sesat. Apatah lagi bila insan keliling lebih rela menjauhkan diri daripada menghulurkan bantuan. Berjalan 'blind folded' pun dah cukup seksa, inikan pula memang tak boleh melihat langsung!

Ya, cK sangat sensitif melihat orang yang kurang upaya. I wish i could help them all. Mungkin bukan dengan wang ringgit, tapi dengan usaha dan pertolongan selagi terdaya. cK percaya, mereka hanya buta pada penglihatan namun tidak pada hati.

:: Bukan Orang Islam ? ::

No comments:
Dua hari lepas, cK terkejut bila menerima SMS dari nombor yang tidak dikenali berbunyi begini "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Dang! Bohonglah kalau cK kata tak amik port kan. cK ternanti2 juga depan TV untuk Buletin Utama jam 8 malam. Kalau benar bagai dikata, sah2 lah berita utama. 

Tunggu punya tunggu, tajuk berita utama masih lagi kes bakar, buang mayat tu. Cari bukti sana sini, still tak habis-habis lagi. Sampailah ke berita sukan pasal bumbung stadium runtuh segala. Tak ada satu pun berita pasal Nik Aziz ni. Masih dirahsiakan kah? Mengancam keselamatan negarakah?

Dua hari berlalu, cK menjalani kehidupan senormal yang mungkin. Terfikir juga siapa dalang disebalik penyebaran sms itu. Tak rasa nak balas dan bertanya lebih lanjut sebab line telefon kena bar. Dan hari ini, si pengirim sms tegar menghantar YM kepada cK. Sambil gelak2 dia tanya cK dapat tak sms yang dia hantar pasal Nik Aziz pakai nombor baru dia tu. Jujur, cK pun ngaku lah. Memang ada. Then, dia buat ulang tayang kata , "Nik Aziz buat kenyataan yang dia bukan orang Islam." Pastu dia tanya cK "U nak tau dia kata apa?" . "Apa?". Tok Guru mengaku dan kata "Ambo ore Isle". Dang!

Terus cK sentap dan ignore sms mamat tu. Kelakar meh hantar sms camtu? Entah berapa banyak kredit dia habis hantar sms tu dan entah berapa ramai orang yang percaya dan mula sebarkan berita tu kat merata pelusuk. Nak kata dah mula waktu untuk pilihanraya, tak juga. Yang ko gatal-gatal nak menyebar fitnah tu pasal apa? Ada unsur-unsur politik wang? Seronok? Jahil kot sampai tak boleh nak beza yang mana boleh dilawakkan dan yang mana tidak. Malu plak rasa ada sorang kawan yang cenggini peel nyer. cK share cerita ni ngan korang dengan harapan korang tak terpedaya ngan sms bodo tu dan korang juga tak jadi macam mamat tu. Tak payah buang masa nak sebar fitnah.

And Dude, that is NOT funny at all. Retarded adalah kot!

Friday, September 24, 2010

:: Unik ke Pelik? ::

1 comment:
Fesyen di rujuk sebagai cara berpakaian ataupun tingkah laku yang menjadi kegemaran ramai dan popular pada satu-satu masa.

Fashionista  pula adalah gelaran untuk wanita yang suka berfesyen dan amat mengikut perubahan trend.

Ceritanya begini. Dalam perjalanan ke pejabat pagi semalam, seorang wanita yang cantik rupa parasnya telah menyebabkan saya agak kurang selesa. Mula-mula tak pasti kenapa. Setelah dipandang untuk kali kedua..Ya! Saya dah jumpa!

Harus diakui yang wanita tersebut mempunyai potongan badan yang cantik. Dari cara pemakaiannya, saya jangkakan dia adalah seorang eksekutif di syarikat yang besar. Fitted grey blouse, low neck, no inner, tudung ikat belakang. Yes, that low neck part. Banyak mata yang tertumpu pada bahagian yang terdedah itu. Tak pasti sengaja, atau terlupa. Bonus point bila jari cik kak tu mula main-main buah rantai sambil sebelah tangan lagi membaca sesuatu di Blackkberry. 

Rasanya dia sedar dia jadi bahan tumpuan tapi dia langsung tak kisah. Tak luak apa pun kan. Setakat pandang. Kot luak pun, pahala la. Tapi itu pun tak nampak dengan mata kasar. Tak tahu kategori mana fesyen cik kak tu. Someone said that it's kinda sexy to see some skin when you are all covered. Mungkin. Kinda subjective as sexy and beauty lies in the eye of the beholder.Tepuk dada sendiri.

Di dalam tren yang lain ada kejadian yang hampir sama. Bertudung namun sleeveless. Lagi unik kan? Saya mungkin dilahirkan, dibesarkan dan tinggal di bandar namun ada sesetengah perkara yang masih gagal untuk saya terima. Contoh tambahan : Seorang wanita berbaju kurung lengkap bertudung,di tepi tangga bersebelahan air pancut KLCC , berhadapan dengan Dome. Biasa? Tidak bila dia duduk bertenggek sambil menghembus liar asap rokok dari mulutnya. 

Memang ada antara kenalan wanita saya yang merokok dan saya juga sedar ia sesuatu yang biasa di zaman ini. Atau patut saya katakan yang ia memang wujud dari zaman dahulu lagi? Nenek-nenek menyuntil sireh kemudian menghisap rokok daun - sounds familiar? Cumanya kerana gadis itu bertudung dan berbaju kurung, saya mungkin agak skeptikal. Call me kolot, but that's how i see it. 


Friday, September 17, 2010

:: Luka Itu Masih Sakit ::

No comments:
Sekali terluka, kesannya masih ada. Kalau kena kat bahagian yang nampak, bolehlah lagi nak sapu Vitamin B ke T3 oil ke apa kan...Tapi kalau dalam hati? Camne nak kasi rawatan kecemasan? Camne nak balut ngan anduh kalau patah hati? Bolehke nak tampal plaster? Susah...memang susah. 

Nak diukur dalam lama torehan pun payah. Luka dipermukaan kah? Luka dalaman kah? Kena infeksi tu belum confirm lagi. Kalau jumpa doktor, dapat tak ubat yang sesuai dan boleh sembuh serta merta? Amat sukar untuk memperolehinya. Ubat tidur dan dan ubat penenang, mungkin boleh lekakan minda dan hilangkan sakit buat seketika tapi bukan menghilangkannya.

Ia akan sembuh, tapi perlukan masa. Berapa lama? Terpulang pada tuan punya badan. Setelah melalui banyak perkara dalam kehidupan, satu perkara yang saya belajar adalah "Let it out, Let go". Luahkan dan lepaskan. Kemudian , berserahlah pada Tuhan. InsyaAllah, segalanya akan lebih jelas. 

Dendam? Bukan jalan terbaik. Berdepanlah dengan kesulitan kamu dan atasinya. Itu akan membuatkan kamu lebih bahagia dan lebih kuat dari biasa. Percayalah, tidak ada satu manusia pun diuji Tuhan dengan dugaan yang tidak mampu ditanggung olehnya. Kita cuma diuji dengan ujian yang berbeza-beza namun tujuannya masih sama - untuk mendewasakan kita. Paling penting, jangan lupa pada Dia.

Wednesday, September 15, 2010

:: 1st Malaysia Day ::

No comments:
Malaysia, u make me proud to be a Malaysian. To cherish the unity among us and as a support to the 1Malaysia notion, i strongly believed below ads explain it best. 

 
Selamat Hari Malaysia.

Credit to : The creative and brainy peeps @ DiGi

:: Gushmuk ::

No comments:
Sesungguhnya pada masa dan ketika ini saya amat mengasihani perut saya.Setelah dia berehat sebulan, sekarang dia didera dengan aneka juadah. Yang manis, berminyak, berlemak, pedas, masin dan pendek kata segala macam rasa. Saya tahu bukan salah dia kerana sebagai unit yang menurut perintah, dia cuma menerima segala-galanya dengan redha. Sesekali ada unsur protes bila dia melakukan lonjakan angin yang menyebabkan segala isi kandungannya terpaksa diluahkan semula. Kesian dia!

Saya memang salah. Tapi, takkanlah saya nak menolak mentah-mentah. Almaklumlah, juadah ni dapat setahun sekali dan saya agak malas untuk memasaknya sendiri. Ambil lemang sebagai contoh. Mana ada bulan2 lain orang jual lemang berderet2? Ketupat pulut pun camtu gak. Kalau ada pun, mungkin boleh jumpa di sesetengah pasar tani terpilih. Just that feel raya tu takde lah. Another bonus point,  makan2 di bulan  raya ni mostly FOC. Maka, its hard to resist okie.

Antara hasil yang berenang-berenang di dalam perut saya
Sekarang, saya berhadapan dengan dua masalah besar. Yang pertama : kebarangkalian penambahan jisim saya adalah melebihi pengurangan lemak ketika berpuasa. Hoh...scary kan? Kalau posing nak bergambar tu, rasa cam takmo amik side tepi je. Rata sangat. Takde lekuk ke curve or apa2 yang sewaktu dengannya. Oh tidak!
Masalah kedua : Segala input yang masuk dalam badan saya tidak diproses atau lebih tepat lagi dihadam dengan sempurna menyebabkan jadual pelaburan terganggu. Yelah, sebulan rehat tiba2 kena kerja keras. Tak ke sawan? Secara tak langsung, ianya amat berkait rapat dengan permasalahan saya yang pertama. Bila dah isi penuh2, tapi pengeluaran takde...bertambah-tambahlah jisim. Dipam-pam umpama mak buyong peknen gamaknya. Nehi!

Maka dengan ini, saya perlu mengambil langkah drastik untuk memulakan ops mengganti puasa secepat mungkin. Secara tak langsung mengambil berkat puasa enam di bulan Syawal. Mampukah saya? Yes, u can!

Tuesday, September 14, 2010

:: Saya Bantah Yang Arif! ::

No comments:
I hate to start my day with a unwanted lecture or should i say "Pukul anak, Sindir menantu" kinda thing. Double hates when i have to listen to it at the exact moment for me to enjoy my foodies. A big NO. Do not by any chance scold me, nag me, even shout at me when I am having my meals. Never ever. 

And please, do not waste my time with your lame statements as below:

"When you are in a company, do not comment or complaint".
I read : Wrong. Doesn't stand up for your rights ring a bell? For those who got nutin to say in how a company is running its business its due to 2 things - The Company is super duper excellent OR the employee are too lazy to think for the Company. If I am a Boss, i don't want to have a Yes Man / Woman to be by my side. being supportive is not the same as sucking up the ass above you. Period.
"You may think you have a good idea, but people might not like it".
I read :  Does it PEOPLE or YOU? Say something about it. Don't just say No but suggest something else which is better. Most people love to argue about everything but refuse to offer solution or option. Those are the kind of people who are lack of motivation and certainly not a career driven type of person. Always remember, work and career are two different things. 
"My office hour starts at 8.45" with a smirk on your face.
I read : How great! What a perfect example for the staff. But wait...Starting the day (or work) at 8.45am(as u claimed) does not entitle you to have lunch at 12.45pm (when it suppose to be 1.00pm) and yes, it does not granted you with the extra 10 minutes to wrap up  your makan-makan at 2.10pm. Sad!

 Nasib baiklah sesetengah orang itu tua pada umurnya. Suka atau tidak, masih ada rasa sekelumit hormat untuk tidak menjatuhkan maruahnya di khalayak umum. Pun begitu, sabar setiap insan ada batasannya. Eloklah tidak bertentang mata daripada asyik nak bersengketa. Dan kerana umur juga la, cK lebih rilek sekarang ni.

Baru sudah Ramadhan berlalu, dah mula nak buat cK berbulu. Memang magiklah dia boleh tahan nafsu berkata perkara2 nista selama sebulan sebelum dia sambung habit lama. Cakap depan2, kan senang. Setel semua benda. Ini tak, nak membebel time orang nak menghadap rezeki. Nasiblah tak putus selera. Nasib juga la cK ingat yang makanan tu cK beli ngan duit belen gaji so, tak boleh nak bazir suka2 hati.

Nak bagi nasihat percuma? Maaf, saya akan minta bila perlu. Dan kamu, bukanlah orang yang pertama saya akan jumpa untuk mengadu  dan bercerita. Try harder to be in my life. But i am proud to tell you that, u will never come close to it. Sorry. Do not cross the line.

Monday, September 13, 2010

:: Misteri Hari Raya ::

No comments:
cK bukanlah jenis yang mudah percaya benda2 pelik lagi ajaib ni kan. Cuma sesuatu yang berlaku pada malam hari raya pertama buat cK rasa sedikit gundah gulana. Guana? Ha...chill ok chill. Sapa yang jenis lemah  semangat, sila jangan sambut pembacaan korang. Cerita ni hanya untuk mereka2 yang berhati  waja dan tegar sahaja. 

Ok, camni ceritanya. Masa cK di kawasan perkuburan baru-baru ni, cK dengan tiba-tiba rasa tersentuh bila melihat pusara yang tidak dilawati dan dibersihkan. Dengan tulus ikhlas, cK cabut rumput rumpai atas kubur2 (ya, bukan 1 tapi ada a few in those 3 tanah perkuburan) yang terbiar tu. Rasa tak sampai hati nak biarkan. Then, cK akan minta Mama taburkan bunga rampai (don't know whether this is the right word sebab selalu bunga rampai orang refer time nak kahwin kan. Ni jenis, racik2 daun pandan campur ngan bunga dan air mawar. About the same ait?).


Tak cukup dengan tu, cK baca nama arwah dan sedekahkan Fatihah, siap minta Ewok do the same gak. In fact, our family akan sedekahkan Fatihah pada semua penghuni ketiga-tiga kawasan perkuburan tu. I just feel right doing so. Selalu, tak pernah plak cK rasa nak cabut segala rumput2 kat pusara orang. Not this time around. I feel happy by doing so. Mungkin dah tua-tua ni, hati lembut sikit kot?

Nak dijadikan cerita, malam tu cK takleh tidur. Rasa cuaca macam panas sangat. Sedangkan kaki time tu sejuk. Dekdek siap tidur bergulung ngan comforter macam udang. But not me. I just cant close my eyes. Paksa juga mata sebab tengok dah pukul 2 pagi. Tiba-tiba...jeng jeng jeng...cK dengar esakan tangis. Aiyo!!! Mau tak rasa nak gugur jantung! It cant be my neighbour ya kawan-kawan. Sebab dorang semua balik raya. 

Soalannya, siapakah dia yang menangis teresak2 pukul 2 pagi sampai pukul 4 pagi itu? Terkumat kamit cKdok baca segala surah, ayat yang hafal. Berdebar2 ye. Nasiblah dia tak tunjuk muka kan. Kalau terus pengsan takpe, kalau tak? Guane? cK pernah dengar orang kata kalau kita dengar bunyi tu sayup2, means 'benda' tu dekat je ngan kita. Kira cam logiklah. Kalau dekat, buat apa 'dia' nak teriak kuat2 kan. Pelan2 sudah. Dah penat baca macam2, dalam pukul 5 pagi baru cK berjaya lelap. Fuuuhh...

cK beritahu Mama, and all she said "Agaknya arwah2 tu tersentuh kot tengok ada orang luar sudi bersihkan kubur dia. Buatlah selalu". Adoi!

:: Be-Ra-Ya 2010 ::

No comments:
Apa yang best raya tahun ni? Well....Let see...Ahah! Malam raya tak pasal2 ada projek baik punya! Thanks to D and J, bawak saya pusing naik keta beso sampai ke Pahang semata-mata nak cari lemang. Walaupun agak kecewa sebab gerai2 lemang tu tak semeriah selalu, tapi...at least lemang tu tahan 3 hari ok. Plus, lembut plak tu. Tu belom lagi cerita bab harga. Satu batang besar RM7...yang kecik sikit RM6. Lemang Pak Ali? Tak dapat la harga camtu kot? Plus...dah lama cK stop beli lemang Pak Ali. Tu semua gara2 beli lemang pagi, petang dah basi. Terus pangkah! 


Raya tahun ni, thrill dia lain sikit. Bayangkan, my baju raya siap dijahit pukul 5 petang on Raya eve. Kelasss! Pehtu, balik dari lemang hunting...dok terkedek2 jahit tangan kat part2 yang patut. Pastu jahit sikit la pearl sikit2 nak nampak meriah. (Motif sebenar : Nak bagi tahu cK ni reti pegang jarum ngan benang ok!). Tahun ni, we go green. Yang best, most of the time (beberapa tahun kebelakangan ni lah) tema family kitaorang mesti sama ngan baju PM on first day raya - time dia buat open house tu. Teruja la juga kan. So, tahun depan nak kena forecast warna apa plak. Setakat ni, Dekdek dah request nak warna Oren ala lemak ketam tu. Macam cun gak. Memandangkan tahun ni cotton jadi hits, so both cK n Dekdek pon pakailah cotton.

Yang best lagi raya kali ni? For the first time in my life, cK pergi melawat Tanah Perkuburan Ampang. Kat mana? Yang kat depan tempat orang cucuk langit tu -  Zouk. Pelik? Don't be. Sebelum ni, cK dok pergi Tanah Perkuburan Klang Gate tengok pusara arwah Atuk (side Abah). Then pergi Tanah Perkuburan Cheras melawat pusara nenda (side Papa). This time around, i managed to visit pusara Moyang and the other relatives from Mama's side. I wish i could fly to Jakarta to visit pusara Nenek. I shall do that, one day. As for now, Al-Fatihah untuk Nenek.  And yea...on the way balik tu, sempat bz body tengok tiga unit  kedai kat Kg Baru terbakar. Nampak api wooo...Nak masuk tengok dekat2, tapi bomba tak kasi. Sedeh.


Sorry to Chuck Bass's favorite step bro , Dylan van de Woodsen cuz I didnt make it to your family mansion on the first day of raya. Pitty me tak dapat rasa your air tangan preparing the nasi dagang. Hint : Sila repeat at ur unit dear. Huwaaaa....gitew! Mentang2 dah abis bulan puasa ni kan...Nak jalan2 pegi rumah terus! Chill! U know I'm teasin u, ait? Still, i wish my dream will come true! Hahahaha...
Oh yea, did i mentioned that i have simpan satu tin penuh cheese cookies that i made the other day? Oppss! Spoiler! Yes, i did. And No, u cant have it. I am so in love with my cookies that i dont want to share it with anyone. Miahahahah! So, kalau datang rumah cK apa yang cK hidang tu je la korang bedal. Jangan pandai2 nak mintak macam2. Ada paham?!


 Last but not least, Boy masak hasil tangkapan laut Abah dan kitaorang makan sama-sama. Ikan kerapu beso, ikan siakap pun ada. Puas hati la makan kan. Kenyang beb. Masak lenaj ada, masak tiga rasa ada, boncis goreng (ni tak amik dari laut la kan), jering (yang ni, cK tengok je tak gheti nak makan)., ulam kacang botol, sambal belacan ngan air sirap ijao. Makan ramai-ramai ala2 kenduri. Best!

p/s : Congrats to both Abam Fazz n Kak Yaya on ur new born!

Thursday, September 09, 2010

:: Diari Ramadhan Tahun Ini ::

No comments:
Hari ini adalah hari terkahir umat Islam di negara kita menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadhan. Pengumuman dari lelaki terpenting - Penyimpan mohor besar raja-raja pun dan mengesahkan bahawasanya 1 Syawal akan disambut pada hari Jumaat bersamaan 10 September 2010.

Alhamdulillah, selesai satu lagi bulan penuh ibadah. Insyaallah, kalau tegar cK akan mula mengganti puasa seawal mungkin tahun ini. Haha..kantoi plak, bocor puasa! Bukan apa, alang2 mengganti puasa tu dapatlah buat puasa sunat. Berbaloi2. Harap2 misi itu berjaya. Cuma belum confirm nak buat straight ke Isnin - Khamis. Malas nak ganti last2 minit macam dua tahun kebelakangan ni. 

Terus terang, Ramadhan kali ini mencoret terlalu banyak kenangan. Ada yang manis dan ada juga yang getir sampai kuar air mata suci cK ni ah. Yang baiknya, sesukar mana situasi yang cK dan keluarga hadapi .. Tuhan telah tunjukkan jalan dan idea2 bernas untuk menghadapi situasi.

Lega bila persiapan raya masih dapat dipenuhi. Walaupun lebih bersederhana berbanding tahun2 terdahulu, yang penting kami sekeluarga masih bersama meraikannya. Alhamdulillah!

Monday, September 06, 2010

:: Funny ::

No comments:
To save someone's ass from being under utilized, i have to hand over my portfolio. After a hard work in building up repo with outsiders, the credit will now goes to that someone. Before i agree to take up the challenge and responsibility to handle those, i was been approached nicely. And now, without any notes...it just been taken away from me. Just. Like. That. 

Immediately, i lost my mood and excitement to do things. Is this a plot, to make me look like the insignificant ones? Gosh. Only God knows how i feel now. Maybe its the 'colors' and it happen to be that my fair skin does not good enough to beat the others.

Crap!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...