Tuesday, February 01, 2011

:: Hal Ehwal Dating - Part 1::

Date? Apa tu? Date yang cK maksudkan disini bukan tarikh yer kawan-kawan. Please refer it to dating atau budak2 sekarang ni kata ngedet. Kalau ikut wikipedia plak dating tu maksudnya :

"A form of human courtship consisting of social activities done by two persons with the aim of each assessing the other's suitability as a partner in an intimate relationship or as a spouse "

Date ni ada banyak minimum 2 jenis. Blind date, Normal date. Blind date tu bila korang cuma kenal ala2 sekadar dipinggiran je pihak yang lagi satu tu then decide nak go for first date. By saying sekadar dipinggiran tu, maksudnya maklumat yang korang ada memang sangatlah limited edition. Korang mungkin kenal dari tersalah nombor (oh, trick ni saya suka) atau kenal kat chat gitu2 dan korang probably cuma tahu nama pendek atau nama samaran. Mendebarkan. Normal date ni plak bila korang memang dah sahih jadi couple - boypren, girlfren dan keluar date untuk mengisi masa lapang bersama.

Sebelum boleh pergi date ni, kena buat homework sikit untuk prepare itinerary / program hari tu. Yelah kan, bukannya jumpa kawan2 biasa, potential prospect ni. Haruslah debaran tu lain macam. Sexcited lagi tu. Macam2 berlegar kat kepala. Antara benda2 yang terlibat (tanpa turutan):

1. Fikir mana nak pegi. Paling baik bila first time ni, jumpa kat tempat publik je. Manalah tahu, in cyber sounds so like a lover sekali bila keluar dia jadi monster. How? When i said public, shopping complex would be the best place. KLCC, Sg. Wang, Perangin Mall, 1Borneo, EC Mall. Orang ramai, yes. Tapi more secure sebab apa2 pun tempat camtu ada security guard. Kalau dia try macam2 senang je nak jerit. Avoid naik kereta ngan orang yang baru dikenali. We just never know what it will lead u to.

2. Next,fikir baju apa nak pakai walaupun selama hari ni main ambil je apa yang tersangkut kat hanger tu. Mula fikir warna apa yang sesuai ngan kulit, fashion yang macam mana. Kacaulah kan kalau warna baju tak masuk ngan warna kulit. First impression counts la katakan. So, biarlah si prospek tu tenang memandang. Kurang2nya, boleh gak dia bercerita kat kawan-kawan yang kita ni ada style.

3. Mula gigih survey mana2 tempat makan yang affordable.Boleh jadi family restaurant - McD, KFC hatta Pizza Hut sekalipun. Atau, boleh jadi mana2 restoran mamak /nasi kandar. Kalau rasa nak pegi foodcourt pun ok. Cuma kalau boleh gerai2 tepi jalan tu elak-elakkanlah. Nampak sangat tak semenggah. Unless, it is well-known gila babas i.e stall cendol kat Penang tu. Ha yang camtu ok. Kalau tak, nampak tak hygiene tu korang lupakan je lah. A Big NO for first date.

4. Go dutch? Let him / her pay? Oklah. As much as we love free items but i dun think its fair to let him/her sponsor ur meal nor ur expenses for first timers. C'mon we can tanggung our own-selves didn't we? If he / she offers to pay, fine. Respect that. But seriously, if you are a man...try not to let the girls pay. Thou its not written anyway but by doing so, you kinda at least show her that 'gentleman' does exist this day. 

5. Aktiviti sampingan. Bila jumpa tu, takkan nak tawaf shopping complex then makan je ye dak? Well, it can be done that way. Tapi boleh juga buat aktiviti lain depending on your timeline. Contohnya, kalau pegi KLCC boleh masuk Galeri Petronas tu. You know what? Kadang2 kita boleh tau peribadi dan sensitiviti seseorang bila tengok pameran seni ni. Cubalah. It's free anyway. Lepas tu leh gi jenjalan kat park plak. Tak pon, masuk Petrosains. The cheapest will be movie at TGV. See thats why i like KLCC as meeting point. Senang. It can never be boring.

6. Sila ingat perkara2 yang ingin korang bualkan. I mean... have a draft on ur mind at least. So that, i wont be dull. Communications is important to keep the event lively. Taklah macam jalan ngan orang bisu kan. Ada banyak menda kat ur surrounding to talk about. So, use them wisely. Orang dulu2 selalu start ngan cuaca. Kita pun boleh juga. Pastu leh sambung pasal twitter, facebook, or kerja atau orang2 kat tempat kerja. Yang paling mudah, cerita pasal hobi. Tak caya, cubalah.

7. The goodbye. Ha, tak payah ngada2 nak kasi goodbye kiss. But jangan lupa mention that you enjoy his/her company. Berbudi sikit lah. Kalau rasa tak syok pun, kendian hari takyah jumpa. For guys, i would recommend you to at least text the girl after an hour or two asking whether she have made it home, safe and sound. Thou she might not into you for the next date or what so ever, by doing so she just know you care about her. So why not?


Guess, that's about it la. Sikit-sikit tip pasal nak ngedet ni. Lain orang, lain cara. Bottom line, basic rules still sama. So, jangan over.


2 comments:

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

Wah expert pasal date la u ni...those tips are so true...good job! I tergelak je baca..

Unknown said...

weehoo! *mata bersinar2* thanks nabil. lenkali dropby lagi dan lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...