Monday, February 28, 2011

:: Bangla Pun Pandai Beratur Weih ::

5 comments:
Di hari yang berkat ni maafkan cK jika ada bahasa yang digunapakai dalam coretan cK kali ini agak tidak semenggah. Ya, tak boleh blah. cK cuba habis baik untuk tidak menyumpah, melaser atau mecarut pada entry kali ni.

Korang ingat tak waktu sekolah2 dulu bila perhimpunan harian atau mingguan kat sekolah masing2? Ha ah..yang kena diri tegak nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri masing2 dan lagu sekolah. Ada juga bacaan doa dan ikrar. Yang paling boring bila dengar pengetua bebel la kan. Tak abis2. Asyik2 emo je dia ngan murid2 sekolah dia. Kadang2 kita doa perhimpunan tu habis lambat dengan harapan, waktu yang seterusnya tu 'burn'. Nak2 nyer bila terlupa siapkan homework.

Ada lagi...Time tu la pengganas eh pengawas nak check kuku la, rambut la, baju dalam la...Haih. Ramai la jadi mangsa kena kerat rambut depan2 public. Yang rambut kaler2 plak, cikgu disiplin siap sponsor suh pakai tudung. Hambik korang! Pehtu penuh la rekod masing2 dengan mata2 demerit. Oh, sadis!

Tapi...apa yang paling penting dalam setiap perhimpunan pagi? Apa? Apa? Boleh ke korang duduk bersepah sesuka hati? Sorang kat utara, sorang kat selatan? Boleh? Haruslah tak! Kita semua kena beratur dalam barisan ikut kelas masing2.Siap ada pengawas lagi setiap kelas tu. Dialog rasmi "Luruskan barisan. Angkat.  Jatuh. Angkat. Jatuh". Ha..camtu la lebih kurang kan. Kena plak beratur ikut ketinggian untuk mengelakkan diskriminasi kepada mereka yang kurang ketinggian. Huhu.

Time rehat plak bila nak beli makanan pun kena beratur. Bertolak, bersesak tu lain cerita.Cuma hakikatnya korang kena beratur. Bila dah bekerja pula setiap kali nak gi withdraw duit dan orang ramai (especially time2 dapat gaji cam hari ni) korang kena beratur kan. Hish...tak susah nak faham. Gi tengok konsert, tengok bola, masuk kelab, nak bayar barang bulan yang beli kat Giant ke Carrefor...janji yang ramai orang, sure kena beratur.


Samalah juga bila naik bas. Bangla yang share bas ngan cK pon reti beratur. Tapi! Ada 2 brother muka macam cerdik menggalas beg laptop kelihatan menebeng kat celah2 orang ramai. Ada sorang mamat Indon tu dok pandang2 brother berdua tu dengan muka berkerut. Nampak betul ketidak puasan hati dari riak wajahnya.  Tapi dia diam je sambil bagi renungan tajam.

Bas pun sampai and guess what? The two men selamba2 je menyelit sikit2 masuk line. Sambil buat aksi bercakap kat henpon dan ala2 tak perasan yang orang beratur berlingkar macam ular, sardin je dia pandang bas takmau toleh2 langsung. Bukan apa, takut kena laser ngan mamat Indon belakang dia la tu. Bila dah naik pula, bayar tambang bas yang RM2 dengan not RM50. Tak ke bebal namanya? 

Terkial2 driver bas nak cari duit tukar. Yang mamat tu pula, duk main tayang2 not 50 dia sambil buat muka tak puas hati. Derrr...Kau yang sengal, potong barisan lepas tu berlagak tak bertempat bayar duit bas dengan duit besar pasal apa. I wonder not berapa plak ko hulur bila nak masuk toilet kat shopping complex yang rata-rata tiga posen tu? Nak kata budak, dah layak jadi bapa budak. Tapi sayang, akalnya tak sekali pakej dengan otak. Kalaulah mamat dua orang tu potong depan cK, mahu cK tempikkan kasi malu. No mercy ok. Orang-orang bodoh sombong ni, kena diajar macam tu je. Kalau tak, makin dia berlagak.

Teringat pula kat satu iklan suatu ketika dahulu "Beratur, jangan memotong barisan".

Tuesday, February 08, 2011

:: Hot and Not ::

2 comments:
Seksi adalah sesuatu yang subjektif untuk diperkatakan. Cuma lumrahnya seksi mesti dikaitkan dengan kaum wanita. Bukan sebarangan wanita, tapi selalunya golongan artis yang jadi rujukan utama. Dan selalunya ia dikaitan dengan cara berpakaian. Lebih kurang kain, lebih banyak lurah dan bonjol, lebih seksilah orang tu dikategorikan. Hot plak bila ketrampilan seseorang tu 'panas' selalu - mengancam pendek kata.

Ada beberapa wanita yang cK rasa seksi dan hot tak kira apa yang yang dia sarung kat badan.  Ada juga yang beria-beria pakai ketat, singkat tapi tetap tahap suam-suam kuku je. Kat bawah ni adalah padangan cK terhadap beberapa wanita yang hot and not yang ada kat muka bumi ni :


1. Stacy Ann Ferguson a.k.a. Fergie BEP 
Dia seksi. Dia hot. Perut dia cantik walaupun peha dia besar sikit. Mungkin hasil dari hobi dia yang gemar berjogging. Tapi cK nampak dia ni suka mekap lebih2 bila nak perform. Nak dapat aura stage persona barangkali. For me she is beatiful, so no need tepek mekap overdose.
Rating : Hot y'all


2. Beyonce Knowles
Ultimate seksi y'all. Dia tutup ke, bukak ke, kasi teaser ke...Body dia memang nyummy dengan curve yang cun. If i were given a choice, i will definitely date her. Sounds so gay eh? Huhu. Dia ni kategori  maskulin build sket la. Tegap, pejal, mantap. Peha dia pun besar sikit tapi balance with the rest. Voluptuous. Aum!  
Rating : Hot y'all


3. Ifa Raziah
Oh, please. Yang ni cK kategorikan dalam jenis 'dia rasa dia seksi'. Boleh? Pakailah ketat, sendat siap ngan bling2 sarat atau kain kaler fluorescent pon cK cuma nampak dia sebagai seksi wannabe.  Tak turn on pun tengok dia pose. Tapi, tengok keletah dia ni boleh tahan terhibur gak lah. Gosip pelik2 hal dalam kain. Berlakon pi mai pi mai tang tu gak la. Kalau diberi bikini kat yang sorang ni pastu suh pose nak masuk URTV...cK awal2 angkat kaki lari!
Rating : Hot Hot Ciken Shit


4. Jue Aziz
Dia ni boleh dikatakan lawa. Badan dia yang genit tu memang leh buat orang toleh dua kali. Tapi rimas plak ngan rambut panjang mngurai dia tu.Bila buka mulut plak, macam manja dibuat2 jadi macam mengada.  Dang! Masa anugerah skrin hari tu plak, 'menonjol' betul dia. Tu nak mengumpan mata yang miang la tu. So free je la lelaki2 kat situ cuci mata sambil capture setiap inchi badan Jue buat bekalan time terdesak. Tak cukup image dalam otak, siap snap2 gamba lagi. Alasan nak update dalam FB. Hiks.
Rating : Hot n Cold.

5. Aishwarya Rai
Ok, i have to be fair. Asyik mat salleh ngan orang kita je mana aci kan? So, ni ha aci India ni. Dia ni memang layak jadi Miss World. Nampak macam naif tapi dia ada satu look yang menggoda. Dan sesungguhnya dia boleh kelihatan amat hot dengan hanya memakai sari. Tak ramai orang yang boleh buat camni ok. Untung anak lelaki Amitabh Bachan dapat memperisterikan seorang 'dewi'.

Cukuplah tu kot? Kenapa takde Chinese or Japanese? Well, i like their men not the ladies thou. Kat office lama dulu perempuan cina, jepun, korea ni kitaorang panggil airport - if only u know why. Ha ha ! Oh ye, cK selalu tertanya2, kenapalah orang yang dah dikurniakan body lawa ni kena berlebih-lebihan nak kurangkan saiz baju sampai tersembul2 mana2 part yang tak patut. They look just fine without any excessive exposure to their assets.

Kalau korang rajin, cuba perhatikan group kawan-kawan perempuan korang. Dalam satu grup tu, mesti ada sesat 1-2 orang yang suka pakai seksi2 ni. Memanjang tak cukup kain sedangkan dalam ramai-ramai orang, dia tu la yang kita harap pakai kaen lebih banyak dari yang lain2. Kalau nak dikira rupa, memang out la. Still, dorang rasa dorang lebih hot dari biasa. See, bila diri sendiri yang rasa hot sedangkan orang lain tak cakap apa pun kot...tu dah lebih kurang kategori angkat bakul binti perasan ya kawan-kawan. Elakkanlah dari jadi tabiat. Kalau tak nanti esok lusa orang meluat. Nak pergi rehat2, duk tepi laut pakai bikini pun orang tulis hentam dahsyat2.  

:: Gol 5kali = 2.5 Juta ::

2 comments:
Pagi-pagi cK gigih baca online news pasal penjaring terbanyak Piala Suzuki. Ni apa yang cK baca paling awal :

http://www.nst.com.my/nst/articles/1rf1w/Article/
 Sah Safee akan menyarung jersi Pelita Jaya untuk tempoh setahun lamanya. Cuma cK agak kurang faham dengan rasional untuk Safee menerima tawaran itu selain dari wang. I'm not a big fan of football. Dan cK bukanlah yang jenis beria sanggup bersengkang mata atau berasak-asak ke stadium dan mamak untuk menonton Liga Super, EPL atau World Cup. Kalau orang ajak, cK pergi. Kalau tak ajak, cK dok umah. Maka, cK mungkin tak layak nak komen hal-ehwal bola ni tapi being me yang super kepochi, i have to let this thought out somewhere before end up tension tak pasal.

RM2.5juta tu agak tinggi nilainya dan pasti sukar ditolak oleh mana2 pemain atau kelab-kelab negara kita. Fine. Tapi Pelita Jaya menduduki tempat ke 15 daripada 15 pasukan yang bertarung dalam Liga Super Indonesia. What does that mean to you? Corot. Ya, dalam kebanyakan laporan berita memang perkataan corot kerap digunakan untuk menunjukkan betapa 'hebat'nya Pelita Jaya. Kenapa tidak ke Persib Bandung yang lebih gah itu?

cK dah highlite para yang agak mengganggu cK. Despite being corot, Pelita Jaya are known for signing big names for their team. Banyak betul duit dorang? And now, they have our Safee and hope he can motivate the rest of team members. I'm a bit skeptical on this. What happen to the rest of the 'big names' they've signed before? Haven't they make it big? Or does the team pull those people down? Atau mungkin their level of corot is not as bad as our corot? Oh, sungguh emo. 

cK boleh terima konsep 'knowledge transfer' yang cuba FAS atau FAM pertahankan bila membenarkan Safee bermain untuk liga luar. Tapi bagi cK, kan lebih elok jika dia dapat 'mencuri' ilmu untuk dibekalkan pada rakan-rakan lain di tanahair instead of menyalurkan segala skillnya pada dunia luar. Sharing is caring, i know. But there should be give and take, and by that it require more than just $$$. 

Nak main bola ni, bukan boleh harap pada satu tonggak semata. Nama pun pasukan. Kena tengok pada coachnya juga. Bariskanlah pemain-pemain handal dunia sekalipun, kalau cK yang jadi coachnya mau tak ke mana team tu. Tapi cuba tengok King Raja kita, bersungguh mengasah bakat dan menyusun strategi untuk anak-anak didiknya. Naahh..sekarang dunia dah mula kenal kita. 

Dapatkah Safee mengembangkan bakat dan menajamkan skillnya di sana? cK harap dia dapat jaga reputasi diri dan negara sewaktu berada disana. Jangan pula nanti ada yang terjerit-jerit nak ganyang Safee, butakan mata ngan laser dan bawa penyapu segala. Takde semangat kesukanan betul. Nyampah i.

Untuk kita-kita ni, mohlah sama-sama tengok last match Safee bersama skuad Harimau Malaya menentang Hong Kong pada 12 Februari ni. Dua hari lepas tu, dia dah kena gigih practice ngan jiran kita disamping  4 kawan2 international yang lain Yuichi Shibakoya dan Tomoyuki Sakai (Jepun), Walter Brizuela (Argentina) dan  Dramane Coulibaly (Mali). Iya-iya, ngak apa2 kok!

:: Lipstit Merah Y'All ::

3 comments:
"Sister, sister! Abah upload gambar you kat Facebook!"
"Dah tu kenapanya?"
"Gambar tu you pakai lipstit merah giler!"
"HAH?!"

Ok fine. Lipstit memang warna merah. Merah hati, merah jambu, merah cili, merah stroberi (eh ada ke?). Tapi bila warnanya merah GILER,itu sudah cukup untuk menyebabkan cK jatuh dalam kelompok fashion victim. Cuak kejap. Dengan gigihnya, cK cari balik gambar tu dalam mukabuku Dekdek.

Rasa macam nak pengsan pun ada ok! Tapi cK buat2 control cun jelah kan. Sapa yang tak pernah terjebak ngan kes salah make-up ni? Apatah lagi bila mula2 belajar pegang berus ngan liptsit Avon tu. Sure tenyeh selagi boleh la kan. Tu yang sampai menyala merah sebbatu dah nampak. Pendek kata, boleh buat konpius antara bibir ngan trafik light. Miahahaha...

Yang pasti, cK nak buat penegasan kat sini yang bahawasanya time cK disabotaj dengan aksi yang sebegini rupa, ketahuilah kamu yang lip gloss masih belum ada dipasaran Malaysia. Iye, betul. tak caya sudah. Memang jenama lipstit paling fofuler time tu Avon la kan. Dapat pegang, beli seketul lipstit tu rasa cam pegang emas ye kawan-kawan. Automatik feel dia lain. Rasa macam diva i tell you! Aku ada lipstit Avon, ko  ado?

Kalau tak silap cK gambar ni diambil time majlis pernikahan yang berlangsung 5-6 tahun sudah. Lipstit merah memang sangat hot ye time tu. So, korang tak payah nak kutuk banyak2. Sampai sekarang ni pun ada je artis2 baik dalam ke luar negara yang duk rajin calit lipstit kaler merah GILER tu. So, obviously im not a follower but i see myself as the trendsetter. Boleh?

Inilah dia gambar yang jenggo itu. Jangan gelak. Kalau tak, entah. Bukan boleh buat apa pun. Korang jauh. Nak sumpit pun tak sampai. So apa lagi tunggu?Mulakan eksesais mulut korang, gelak sampai kejong. Tapi ingat! Sapa2 yang gelakkan orang lain tu, nanti Tuhan marah taw. Ha ..ha...tak tawu! Lantak korang!


p/s: Weih, agak2 la kot nak gelak. Over kot! Sentap mak nanti!

Wednesday, February 02, 2011

:: Ini Tahun, Tahun Arnab ::

2 comments:
Takde niat nak taip panjang2. So cK nak tepek je so called E-Card ni. Bukan kedekut, tapi maximize kelebihan jaringan komunikasi alam maya yang gaban laju ni. Taraaa :


cK tengah gigih prektis line ni "Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Ler, Angpaw Lai ler" sambil2 eksesais tangan kuar masuk macam kadet buat aksi 'Hormat, Hormat kehadapan Hormat!". Weehoo! Oh ya, sapa-sapa yang belum dapat perutusan khas Uncle Jib tu, meh la cK nak share. Jangan kecik hati eh? 



p/s : cuak nok, pasni kalau tiba2 meletop umah cK tak pasal2 kan. Scary!

Tuesday, February 01, 2011

:: Yang Masuk Beza-Beza, Yang Keluar Tetap Sama ::

2 comments:
Setiap hari kita makan. Ada yang hidup untuk makan, ada yang makan untuk hidup. Ada yang suka daging, ada yang makan ikan. Setengah orang suka ulam, ada pula yang terkulat2 bila disuruh telan. Untuk cK sendiri, ulam yang berdaun cK boleh terima lagi. That would include : ulam raja, pucuk pegaga, pucuk paku, daun selom, pucuk jambu. Tapi jenis yang berbau2 macam petai, jering, kerdas tu semua cK lemah betol nak hadam. In fact, cK akan buat2 tak nampak kewujudannya di atas meja makan. 

Healthy food that i like - Shrimp & avocado
Ulam selalunya dimakan dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencaluk. Ni pun satu lagi hal. So far, cK boleh telan semua kecuali budu. Makan menda2 ni kena secara moderate lah. Tak boleh selalu, dan tak boleh nak makan dalam kuantiti yang banyak. Tinggi kandungan garamnya. Kena pula melawat tuan doktor.

Baru-baru ni cK nampak ada banyak post di FB atau Twitter menyeru dan mengalu-alukan permakanan yang seimbang. Well, its not exactly about your food intake tapi ramai yang nak k-u-r-u-s. To be honest, I am and will not eating right to be skinny. I just want to be healthy with an ideal weight. By saying ideal, your 40kg or her 50kg might not be the best for my figure. 

Speaking of figure, tipulah kalau cK kata i don't givadem to look good. And in this land of discrimination for the plus size, i must admit that finding the right size is difficult. Be it your slack, blouse or the best of all - office wears. Muat kat bahu, ketat kat perut. Dapat masuk betis, tak lepas nak tutup punggung. Lucky me to have Papa as tailor. Leh gak beli kain minta jahit apa patut. For those yang tak berapa lucky, keep looking. You may find the booth / kiosk in shopping complex have more to offer than the major stores made for the thin. Guess this is a new business opportunity awaiting to be explored by our designers. Fashion for skinny are so lame and basi, do something for the plus size will ya?

People used to say, you are what you eat. Thus, if you are not eating anything at all, what will that makes you? Maksudnya disini adalah, cK tak percaya dengan berlapar semata2 boleh jadi slim shaddy. You must eat, but less. Kan dalam agama dah kata "Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang". Tak suruh pun "berlapar bila nak makan, jangan berhenti selagi tak kenyang". Odd. Orang asyik nampak nak skip meals which is totally wrong. You shouldn't skip your meals. You should be eating on time and take a balance diet. That's all. If you cant control yourself, no any other things can. 

Nak lagi cepat? Kenalah bersenam. I do have issue with that. Vitamin M banyak sangat. So takyah cakap banyak, memang silap sendiri. But i constantly have this belief that I need to loose some weight before i can be fit for any exercise. Dang! Oklah, sit up wont harm. A brisk walk will help. Lets start with something simple, real and be constant. Double dang! Constant. yes, i have to learn to deal with that. Climbing up and down the average of 150 anak tangga everyday seems to be a good start, didn't it? sekurang-kurangnya cK dah boleh berlari naik turun tangga dah sekarang.   

I might sound poyo for saying this, but i have no intention to become skinny, kurus melidi. Never in my dictionary. And because you want to, does not makes you better than me. Period. 

:; Hal Ehwal Dating - Part 2 ::

2 comments:
Edisi sambungan ngomelan sebelum ini. Kalau sebelum ni cK tulis pasal perkara-perkara yang perlu diambil kira sebelum / ketika / selepas dating, kali ni cK nak share perkara yang sama sekali tidak wajar dilakukan ketika berdating. Teruskan membaca kalau korang nak ada harapan cerah for the next date. Tiada unsur paksaan disini. 

Apa pun, senarai yang bakal korang baca ni adalah berdasarkan pengalaman cK sendiri. Things that i hate during date:

1. Datang lambat. Dalam bandar Kuala Lumpur ni, jam memang merata. So, opt for LRT if you may. Unless, korang ada plan nak gi tempat jauh which require other mode of transportation. Still, jangan lambat. First impression counts ok. Kalau really lambat, 10 minutes dah kira max. Please learn to tect him / her and inform them. Jangan buat dia macam tunggul menunggu. 

2. Lupa nak calit deodorant. Ok, sorry. Bukan niat nak hina, tapi tolong jangan lupa pakai deodorant kalau korang ni jenis cepat berpeluh dan kuat bau badannya. tak semua orang mampu beli perfume yang mahal tu. Nak beli One Drop pun berkira2, apatah lagi nak beli Polo ke DKNY kan. So, most common belilah deo. Walau tak pergi dating, korang still b oleh pakai untuk daily. Build up ur cofidence plus tak menyeksa pihak yang lagi satu. 

3. Jawab call / sms lebih dari 5 minit. Sangat tak cool ok. No matter how boring your date is, don't you ever answer those calls more than you should. Have some mercy. Worst kalau korang tengah syok2 borak, tup2 kamu sembang plak dengan ntah-sapa-sapa on the other line and totally ignore ur date. Nganga je dia. Kesian wooo. A big NO.

4. Related to number #3. Bila jawab call tu, jangan bercakap kuat2 sampai nak terkeluar anak tekak. Malu y'all. Macam nak broadcast to the whole world plak on your conversation. C'mon you are not a superstar so, why talk so dem loud. Cukuplah kamu dan pihak lagi satu tu dengar. End of story.

5. Avoid free politic campaign. Out of so many topics available, kenapa nak kena cakap pasal politik? Fine, keadaan politik kita ni macam2. At there's a lot to talk about. Haraga minyak, krisis Mesir, empangan Bakun, banjir kat Tenang. Pendek kata, macam-macam. But, i am not comfortable with a man who talk like a politician. Remind me alot to NATO - No Action Talk only. Lagi teruk bila dia kata 'i memang tak pernah mengundi. Buang masa'. Dang! There goes your so call - brain. Please la weih. 

6. The biggest one of all. When you are the one who called up for a date, NEVER. EVER. ask the other party "Lagi, nak buat apa?". Wrong move. When you invite that someone on a date, please plan it in advance. Give suggestions, not asking questions. Ni la spesis yang cK paling kureng sekali. Ajak orang keluar tapi blur cap ayam tataw nak buat apa. Mencik tol. Ingat ye, you should have figure it out. Lepas tu, bila orang bagi cadangan, mula la nak bangkang. Tak suka tempat ramai orang, crowded sangatla itu la ini lah. Bengong.

7. Don't talk with your mouth full. Jaga adab sikit cik kak / cek abang. Nampak gelojoh la kan kalau time tu nak bercakap, time tu juga mengunyah. Tersembur-sembur pula nanti. And make sure, lepas makan tu gigi takde terselit apa2 sisa makanan. Tak pasal jadi iklan Dentyne plak.
8. Please sit eye to eye while having ur meal. Bertentang mata. Bukan bersebelahan. Why? It's easier to talk bila berdepan dari terteleng2 kepala kan? Plus, kurang sikit risiko nak meraba, kena raba, diraba atau teraba. So, masing2 selamat. Kan bagus begitu?

Nanti cK tengok apa ada lagi yang boleh dijadikan guideline. I'm not the master but at least i can share a thing or two with you. Sharing is caring kan? Kalau nak diikutkan agama, kita ditegah berdua-duaan kerana yang ketiga itu pastinya syaitan. Tambah pula kalau iman yang lemah, silap haribulan terjerumus ke lembah zina. Nauzubillah! Kalau date korang tu jenis yang miang, eloklah minta excuse balik segera. You don't have to listen ayat2 menyakitkan telinga dan mual tu. Be in control people!

:: Hal Ehwal Dating - Part 1::

2 comments:
Date? Apa tu? Date yang cK maksudkan disini bukan tarikh yer kawan-kawan. Please refer it to dating atau budak2 sekarang ni kata ngedet. Kalau ikut wikipedia plak dating tu maksudnya :

"A form of human courtship consisting of social activities done by two persons with the aim of each assessing the other's suitability as a partner in an intimate relationship or as a spouse "

Date ni ada banyak minimum 2 jenis. Blind date, Normal date. Blind date tu bila korang cuma kenal ala2 sekadar dipinggiran je pihak yang lagi satu tu then decide nak go for first date. By saying sekadar dipinggiran tu, maksudnya maklumat yang korang ada memang sangatlah limited edition. Korang mungkin kenal dari tersalah nombor (oh, trick ni saya suka) atau kenal kat chat gitu2 dan korang probably cuma tahu nama pendek atau nama samaran. Mendebarkan. Normal date ni plak bila korang memang dah sahih jadi couple - boypren, girlfren dan keluar date untuk mengisi masa lapang bersama.

Sebelum boleh pergi date ni, kena buat homework sikit untuk prepare itinerary / program hari tu. Yelah kan, bukannya jumpa kawan2 biasa, potential prospect ni. Haruslah debaran tu lain macam. Sexcited lagi tu. Macam2 berlegar kat kepala. Antara benda2 yang terlibat (tanpa turutan):

1. Fikir mana nak pegi. Paling baik bila first time ni, jumpa kat tempat publik je. Manalah tahu, in cyber sounds so like a lover sekali bila keluar dia jadi monster. How? When i said public, shopping complex would be the best place. KLCC, Sg. Wang, Perangin Mall, 1Borneo, EC Mall. Orang ramai, yes. Tapi more secure sebab apa2 pun tempat camtu ada security guard. Kalau dia try macam2 senang je nak jerit. Avoid naik kereta ngan orang yang baru dikenali. We just never know what it will lead u to.

2. Next,fikir baju apa nak pakai walaupun selama hari ni main ambil je apa yang tersangkut kat hanger tu. Mula fikir warna apa yang sesuai ngan kulit, fashion yang macam mana. Kacaulah kan kalau warna baju tak masuk ngan warna kulit. First impression counts la katakan. So, biarlah si prospek tu tenang memandang. Kurang2nya, boleh gak dia bercerita kat kawan-kawan yang kita ni ada style.

3. Mula gigih survey mana2 tempat makan yang affordable.Boleh jadi family restaurant - McD, KFC hatta Pizza Hut sekalipun. Atau, boleh jadi mana2 restoran mamak /nasi kandar. Kalau rasa nak pegi foodcourt pun ok. Cuma kalau boleh gerai2 tepi jalan tu elak-elakkanlah. Nampak sangat tak semenggah. Unless, it is well-known gila babas i.e stall cendol kat Penang tu. Ha yang camtu ok. Kalau tak, nampak tak hygiene tu korang lupakan je lah. A Big NO for first date.

4. Go dutch? Let him / her pay? Oklah. As much as we love free items but i dun think its fair to let him/her sponsor ur meal nor ur expenses for first timers. C'mon we can tanggung our own-selves didn't we? If he / she offers to pay, fine. Respect that. But seriously, if you are a man...try not to let the girls pay. Thou its not written anyway but by doing so, you kinda at least show her that 'gentleman' does exist this day. 

5. Aktiviti sampingan. Bila jumpa tu, takkan nak tawaf shopping complex then makan je ye dak? Well, it can be done that way. Tapi boleh juga buat aktiviti lain depending on your timeline. Contohnya, kalau pegi KLCC boleh masuk Galeri Petronas tu. You know what? Kadang2 kita boleh tau peribadi dan sensitiviti seseorang bila tengok pameran seni ni. Cubalah. It's free anyway. Lepas tu leh gi jenjalan kat park plak. Tak pon, masuk Petrosains. The cheapest will be movie at TGV. See thats why i like KLCC as meeting point. Senang. It can never be boring.

6. Sila ingat perkara2 yang ingin korang bualkan. I mean... have a draft on ur mind at least. So that, i wont be dull. Communications is important to keep the event lively. Taklah macam jalan ngan orang bisu kan. Ada banyak menda kat ur surrounding to talk about. So, use them wisely. Orang dulu2 selalu start ngan cuaca. Kita pun boleh juga. Pastu leh sambung pasal twitter, facebook, or kerja atau orang2 kat tempat kerja. Yang paling mudah, cerita pasal hobi. Tak caya, cubalah.

7. The goodbye. Ha, tak payah ngada2 nak kasi goodbye kiss. But jangan lupa mention that you enjoy his/her company. Berbudi sikit lah. Kalau rasa tak syok pun, kendian hari takyah jumpa. For guys, i would recommend you to at least text the girl after an hour or two asking whether she have made it home, safe and sound. Thou she might not into you for the next date or what so ever, by doing so she just know you care about her. So why not?


Guess, that's about it la. Sikit-sikit tip pasal nak ngedet ni. Lain orang, lain cara. Bottom line, basic rules still sama. So, jangan over.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...