Tuesday, April 27, 2010

:: Tak Pernah Pakai Eh? ::


Scene 1 :

Pelik sangat ke kalau tengok seorang perempuan menggunakan nail buffer untuk mengilatkan kukunya ketika dalam perjalanan ke opis? Daripada cK ni pandang kiri kanan duk 'termengumpat' dalam hati - "Apsal la akak tu pakai tudung oren, baju ijao" ke..."Mamat ni nguap luas2..busuk plak bau"..baiklah cK dok diam-diam kilatkan kuku. Bukan kuku orang lain pun, kuku sendiri kan? Mana tau leh buat cermin plak pasni. Yang korang nak pandang sinis, siap cebik2 tu pasai apa? Jakun? Ke dok terbayang scene cliche kengkonon cK ni cam seketeri hot yang dok kikis2 kuku time boss mengader  order keje? Tak pernah pakai eh?


Scene 2:

Seorang lelaki yang agak ke depan perotnya mengganggu pemandangan saya kerana...dia tidak memakai tali pinggang. Kesian saya tengok pinggang seluar tu berlipat-lipat. dan kelihatan seperti tunggu masa untuk tetas sahaja. Untuk kamu, cK cadangkan untuk pakai seluar cerut saja. Lebih santai kot? Ke..kamu memang tak kenal tali pinggang langsung? Tak pernah pakai eh?



Scene 3:

Dialog sayu dari orang yang dah bertahun-tahun kerja kat kota metropolitan KL (katanya) :

"Eh, u bole tolong i fax menda ni tak?"
"Pakai la fax yang tu. Ok je"
"Errr...errr....you tolonglah I fax kan"
"Bagi nombor"
"Ha...nombor dia...03....."

Kesimpulan :
a. Dia takmo ngaku yang dia tak reti pakai fax
b. Nak fax dalam KL gak kena dail 03 meh?

Tak pernah pakai eh? Tak tahu guna eh? Tak pernah amik tahu camne nak fax eh?


For all the above, I feel  sorry for you guys. Learn, while you can.

2 comments:

BAIZURA NATASHA said...

referring to scene 1 - dorg jakun la tuh.. pelik btl tgk org kilat2 kn kuku...bkn pakai cutex pn.. agknya dorg teringin nk wt jugak kot kak adzra... hehe~sy wt xto je ble org tgk sy dok kilat2kn kuku..

Unknown said...

apa nak buat...mereka mmg jakun kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...