Monday, April 12, 2010

:: Jenis-jenis Gelak Ketawa ::

Setelah sekian lama pemerhatian dilakukan dengan tekun, cK berjaya mengenal pasti beberapa jenis gelak ketawa yang ada disekeliling kita. Ianya mungkin kedengaran sama, tapi hakikatnya tujuan/sebab dan akbiat dari gelak tawa itu ada pelbagai. Tak caya, korang try baca.


1. Gelak sinis
  • Pendek. Tak sampai dua harkat. 
  • Selalunya berbunyi 'Heh' dan diikuti gerakan bibir atas yang agak terangkat dibahagian sudut kiri.
  • Kerap kedengaran bila ada unsur-undur ketidak puasan hati tentang sesuatu.
2. Gelak terpaksa 
  • Tidak berbunyi.
  • Lebih kepada senyum.
  • Bibir akan cenderung untuk herot ke kanan dan bertahan untuk berberapa saat seolah2 seronok mendengar cerita yang disampaikan.
  • Terjadi apabila individu bosan dengan cerita mebangga diri dan cerita yang repeat berkali-kali.
3. Gelak ikhlas
  • Selalunya berbunyi "Ha ha."
  • Hanya berkadar 2-3 harkat.
  • Akan mengakibatkan bukaan mulut yang sederhana luasnya dan seketika. 
  • Kerap berlaku bila seseorang merasa lucu dan tulus bergembira.
4. Gelak tak hengat
  • Hilai tawa boleh mencecah berharkat2 lamanya.
  • Kadang-kala bebunyi "Muahahhaha"...ada juga "Wakakakakaka"
  • Ia boleh berhenti seketika dan bersambung semula tidak lama kemudian. 
  • Ianya sering diikuti dengan titisan air mata kegembiraan yang tidak terkata.
  • Ada juga unsur-unsur kurang oksigen / sesak nafas gara2 penggunaan udara yang banyak.
  • Gelak berpunca dari unsur-unsur mendajalkan orang-orang sekitar
5. Gelak dibuat-buat
  • Tak berapa panjang, tak berapa pendek.
  • He he he...atau kih kih kih...
  • Sukar dipastikan niat sebenar - boleh jadi sekadar mengambil hati atau menyakitkan hati
  • Volume kurang kuat dan selalunya tone agak mendatar
6. Gelak munafik
  • Raja segala gelak
  • Hilaian yang boleh memeranjatkan pontianak
  • Desibel yang maha tinggi dan boleh mengakibatkan pekak sementara
  • Selalu terjadi di opis-opis keparat oleh durjana  kelas atasan
  • Mengakibatkan tindakan susulan seperti jelingan tajam, rasa meluat tahap gaban pada para pendengar
7. Gelak tak bley blah
  • Respon pada gelak no 6.
  • Amat ringkas dan berbunyi "Ho Ho Ho"
  • Terzahir secara natural kerana meluat tengok si durjana kelas atasan
  • Kadang kala turut digunakan oleh Mr Santa Claus ketika Christmas
Now that u know, bila gelak tu ingat-ingat la ye. Da gak gelak-gelak lain yang tak masuk dalam list ni : Gelak guling2 (dalam YM), gelak dekah-dekah (konon2 kelakar, tapi taklah sangat), gelak manja (ni bila gopren nak apa2 kat bopren). Tak semua orang suka bila dengar kita gelak tak tentu pasal.Apa-apa pun, renungkan baris dibawah ini :

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".  

2 comments:

Kimi Kay MS said...

kikiki setuju amat lah!

Unknown said...

tima kasih awak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...