Thursday, August 19, 2010

:: Kereta Besar, Otak Kecil ::

No comments:
Ya. Tak usah nak digosok-gosok mata tu. Memang betul tajuk tu. Tapi bukanlah semua yang macam tu. Jangan korang ingat cK ni marah kat semua orang yang berkereta besar. cK cuma hangin yang orang yang mempunyai otak kecil dan tidak dapat menampung input yang banyak untuk bertindak lebih cerdik ketika memandu kereta besar mereka. 

Apa dia ingat kalau kereta dia besar, dia boleh memecut sesuka hati dengan harapan nak mencilok pastu break emergency sebab kereta bagak dia tak muat nak masuk?

Dia ingat dengan kereta besar dia tu, dia boleh je potong Q bila-bila masa yang dia suka terutamanya bila line panjang?

Dan, adakah dia rasa kereta besar dia tu boleh diparkirkan sesuka hati sampai makan space orang lain?

Dia salah. Dia silap. Dia totally tak betul.

Sakit jiwa betul bila pagi-pagi kita ni berbarislah panjang-panjang menurun bukit tunggu turn lampu merah tu jadi hijau. Yang keta beso ni plak, lalu ikut lane sebelah tup2 baik je dia masuk lane kita. Apahal plak kan? Bangun lambat? Sapa suh kan?

Lagi satu, spesis yang kalau orang nak masuk simpang tu...mentang2 dia kat jalan lurus...seboleh2 dia tekan pedal minyak dia. Dengan body keta yang beso tu, beria2 dia nak lepaskan diri. Tak boleh terima kenyataan kot kalau kereta kecil, comel boleh potong depan dia. Aiyoo...Yang lagi tak boleh blah, bila dia buat dajal...dia pandang kita dengan kening naik sebelah sambil hembus rokok. Hampeh tol!

Lainkali tolong pastikan saiz akal, otak korang sama beso ngan kereta yang korang bawak ye kawan-kawan. Jangan jadi macam beruk dapat belacan. Excited je lebih. Jakun betul.Melainkan kereta yang bawah ni, korang jangan mimpi nak buat menda2 luar dugaan. 


Sekian.

Tuesday, August 17, 2010

:: Apa Benda Yang Kau Taip Ni ? ::

2 comments:
Bila seorang kawan cK menulis satu update yang berbunyi begini :



Maka, dengan senang hatinya cK mengaku bahawasanya "Ya, saya mempunyai masalah yang sama!".

Tak tahulah korang macam mana pula. Mula-mula kita cerita pasal bab memendekkan perkataan. cK rasa bahasa dan ejaan cK dah agak dahsyat dicantas sini sana - terutamanya ketika ber'sms'. Tak sangka pula ada yang lebih tegar caras semua huruf-huruf vowel yang ada dalam setiap baris perkataan. 
cK ada satu habit tengok chat box kat 8TV malam-malam. Kadang-kala cK tengok @15. Yang tu lagi aktif. Naik juling nak faham maksud ayat yang dorang cuba sampaikan. SMS memang sepatutnya ringkas tapi mesti tepat supaya orang senang faham. Bukannya ambil masa dok tenung2 skrin hp tu dengan kening berkerut2 cuba nak faham mesej yang baru masuk inbox. Contoh:

Aq x brp ske ngn dye. Cb ko tgk dye 2.

What is that? Formula baru? Bahasa Iban? My oh my! Maksud sebenar ayat tu cumalah "Aku tak berapa suka dengan dia. Cuba kau tengok dia tu." Ha, amik ko. DIA  jadi DYE. Dan yang paling teruk,celah bedah mana AQ boleh bunyi AKU? Sadis betul. Agak-agak la kan kalah nak slash vowel tu. Ke tak kenal vowel tu menda apa? A,E,I,O,U. Faham?

Spesis kedua, yang jenis suka taip huruf kecik besar selang seli. Boleh tak agak-agaknya buat keputusan? Nak pakai huruf besar ke kecik. Ingat lawa ape huruf selang seli camtu? Tahulah korang leh je buat script untuk tulisan camtu but its a total annoying ok. Terutamanya kalau dorang combine penggunaan perkataan caras ngan typing beso kecik tu.

Aq B bRp SkE nGn DyE. Cb Ko TgK dYe 2.

Tak macam terencat ke korang rasa? The most extreme that i can think of bila nak pendekkan ayat tu cuma "Aku x brp suka ngan dia. Cuba Ko tgk dia tu". Still boleh difahami i guess. Why on earth nak eja CUBA as CB. Cash Book? Coffee Bean? Kalau YOU jadi U, ok lah. Not that bad. Tapi, ni dah sampai tahap mengarut. Silap-silap kang orang ingat mencarut. 

Lagi teruk kalau orang salah faham. Bila buh MRH orang ingat MARAH tapi rupanya MERAH. Mungkin juga ada yang fikir MURAH. Camne tu? Dahlah penuh SMS dengan bahasa rojak segala. Tak perlulah ditambah pula dengan penyalahgunaan bahasa yang melampau over nya. Keep it short and simple. Dah nama pun SMS. So tak perlu mengarang panjang lebar macam menulis buku cerita. 

Kalau nak cerita panjang-panjang gak, cuba belajar buka phone directory tu dan cari nama kawan yang korang nak cerita beria tu. Dah dapat nama dia, tolong tekan butang Call. Kebanyakan hp dia buh icon telefon warna hijau. Korang tekan, tunggu lepas bunyi "tuut..tutt.. tutt.." mesti kawan korang tu akan jawab panggilan tu. Tapi ada gak masa-masa tertentu korang akan dengar suara awek yang jawab "Harap maaf. Kredit anda tidak mencukupi". Jangan suspen, pegi topup dulu. Lepas tu semuanya OK. Peace.

:: Sikit-sikit Advance ::

No comments:
Dia kata "Boss, nak minta advance buat belanja raya untuk anak-anak".
Dia mungkin niat "Ni kalau dapat advance ni, boleh la tukar rim 17"  gold kaler. Pehtu bagi sikit kat bini buat beli perabot, tukar langsir apa patut".

Dia kata "Boss, kalau boleh nak minta advance lah nak buat belanja anak-anak nak masuk sekolah"
Dia mungkin niat "Dah dapat advance ni, boleh la gi holiday. Gi Bukit Tinggi ke, Cameron ke. Janji jalan!"

Ok Ok. cK mungkis bias dalam hal ni. Tapi, sesungguhnya ia sesuatu yang amat muak untuk didengar, dibaca setiap tahun. Minta advance bukan sikit-sikit plak tu. Nak seribu dua. Susah sangat ke orang-orang Gomen ni nak menyimpan? Atau dorang ni memang jenis suka meminta-minta sepanjang masa?

Ni nak bagi peringat sikit kat semua. Tiap-tiap hujung tahun, budak-budak akan cuti sekolah lepas tu awal tahun anak-anak akan naik darjah. Tiap-tiap tahun juga lepas puasa sebulan di bulan Ramadhan, masing-masing akan menyambut Hari Raya tak kira puasa penuh atau tak. Bukan sesuatu yang diluar jangkaan kan? Semuanya dah boleh diduga dan dibuat belanjawan. Jadi, kenapa korang tergedik-gedik nak minta advance?

Jarang plak kita dengar dorang ni minta advance sebab masuk hospital, nak buat kenduri arwah ke apa kan. Balik-balik mintak advance sebab nak bersakan. Duh! Kang bila dah dapat advance tu, mula la kecoh pula nak bonus, kenaikan gaji baik yang melintang, menaik segala. Tapi bila waktu kerja, ramai betul yang menyerong. Patut ke?

Perkhidmatan pelanggan masih ditakuk lama. Kau tolak aku, aku tolak kau. Kalau sampai kat kaunter tu, nak senyum pun payah apatah lagi nak mesra pelanggan kan? Bab-bab duit ni memang sensitif ya. Kalau korang punya perfomance tu setimpal ngan bonus berbulan yang korang dapat tu takpe gak. Ini tak. 

Tolong cermin diri ya abang akak Gomen.Kalau rasa tak mampu nak bersakan, cukuplah seadanya. Tak perlu semua nak serba baru dari pangkal rambut sampai hujung kuku kaki tu. Belajar menabung dan bersyukur dengan apa yang ada. 

Monday, August 16, 2010

:: Bila Sampah Di Salah Erti ::

No comments:
Sekarang ni ramai sangat orang yang confuse dengan istilah pembuangan sampah merata-rata. Atau mungkin mereka confuse sampah tu apa. Ok, meh sini nak recap sikit.

Plastik balut gula2 hacks yang orang lelaki selalu kemam lepas hisap rokok tu, sampah.
Kertas balut burger yang ada tulis burger otai ke Ramly burger tu, bila korang dah habis mentekedarah burger tu..ha, yang tu pon confirm sampah.
Barang2 dalam plastik itam dalam tong sampah besar yang depan rumah masing-masing, sampah.
Benda2 dalam plastik biru dalam tong sampah kat opis kat cubicle masing-masing tu, sampah. 
Faham dah?

Kiranya sampah ni jatuh kategori benda-benda yang tidak berguna hatta sesen pun. Tak caya? Bagi contoh lagi - sampah masyarakat. Ini bukanlah bermaksud sampah2 yang korang semua buang hari2 secara tertib atau pun main lempar je. Tapi, ni maksud nya mayat hidup. Orang yang takde hala tuju, takde rasa nak memajukan diri pehtu dok tibai cucuk sana sini sebab gian nak jadi doktor tak lepas PhD. 
Faham?



Yang cK marah ni, bila ada orang buang je sesuka hati baby yang dah penat bawak memboyot 9 bulan ke hulu hilir. Ada yang tepi longkang, ada gak yang buh kat tepi takungan air hujan. Paling fames buh kat masjid la. Siap ada nota lagi mintak tolong kapan kan baby tu ngan selit duit RM50. Yang paling kurang hajar takat ni kes kat Damansara, buang baby keluar daripada kereta yang bergerak. Hoih! Ni spesis orang yang ada otak tapi takde akal, ya kawan2. 

Elok sangat la bila Mak Menteri kita si Sharizat tu announce yang si haprak2 ni bakal berdepan hukuman gantung sampai mati. Apa punya manusia lah depa2 ni. Takde hati perot, otak buh kat lutut. Time mula2 kenal bukan main hulur tangan salam dijabat, dah kenal dia pakat duk rapat2, bila bercinta dia mula peluk erat2, dahtu bila dekat nafas mula sekat2, sampai masa bila lekat depa pakat buang rata2 tempat. Patutka cek?

Kadang2 cK rasa malu ngan orang2 yang beragama lain ni. Takde agama yang menggalakkan pun, buat maksiat. Tapi, depa2 cerdik la juga pakai protection biar tak haru biru esok lusa. Kot kalau lekat pun, takdaklah sampai sanggup depa nak jadi pembunuh pun. Ada plak, lagi rilek 2 3 orang anak hasil hubungan terlarang ni yang dorang bela sampai besar. Jaga makan minum, pakai segala.Korang apa cerita?

Ni korang tunggu la nanti, bahagian yang menunggu korang di hari pembalasan nanti. Sebab tu dikatakan, iman itu tak boleh diwarisi atau dijual beli. Pokok pangkalnya diri sendiri. Toksah nak tuding2 jari.

Thursday, August 12, 2010

:: When He Said...::

No comments:
Semenjak dua menjak kekalutan yang melanda cK ni menyebabkan hujung minggu banyak dihabiskan diluar rumah. Yelah, weekdays asyik susah nak befoya-foya. Walaupun waktu bekerja adalah ditetapkan hingga jam 5.45 petang sahaja, jarang2 cK akan pulang on time.

Banyak perkara yang perlu dibelek and i guess, it just my nature of doing works suka stay back. Tapi! Jangan ingat cK ni stay sebab nak claim OT ke hape ok...Takde lagi dalam sejarah cK claim OT sampai beratus riban sebulan. Oh No! So not me. 

Kalau sempat pun nak merewang after keje, cK pegi minum2 je. Ada la sempat gi tengok muvee. Pehtu, jalan kaki pusing KL dari hujung ke hujung sebab nak cari kain buat baju raya.  Itu dah kira big accomplishment la tu sebab berjaya paksa diri memastikan aktiviti sosial dalam diari.



Balik sedikit lewat dan keluar dengan besties every weekend.  And i thought its OK until...

"Sister, i rindu lah dengan u. I tahu u balik rumah hari-hari tapi i susah nak jumpa u. Bila i boleh buat appointment ngan u?"

Dang! 

Tiba-tiba mak sentap nok! Rasa nak menitik dah air mata. I am so touched! Sorry my little ones, I have chose work over you all these while. So now, i will try to be there as much as i can. And guess what, cK dah buat satu plan baik punya...I have this one black book which i will drop few lines untuk my lil ones. So, bila dia balik sekolah, dia akan baca dan reply. Then its my turn plak, nak baca n reply to his words. It will go on and on and on. Kool kan?


Lil ones, i will love u always. That, i promise u.

Tuesday, August 03, 2010

:: Hari Ini Kita Naik .... ::

No comments:
Cerita ini adalah berlandaskan kisah benar. Tak ada satu pun part yang tipu atau bohong. Nak kaborkan sikit ni, last week cK sempat join marathon-sendiri-bikin. Mana taknyer, kena berlari beria mengejarkan Putra nak collect tiket SALT punya pasal.

Tiket tu dah booked for 9.30pm tapi haruslah kena collect 45 minit sebelum kot means before pukul 8.45pm lah. Nak jadikan cerita, cK balik keje jalan2 menten pegi LRT Pasar Seni tanpa rasa bersalah nak naik tren pukul 7.45mlm. Kira-kira ada sejam lagi. Plus, it takes only 20 minutes to get to Wangsa Waju. Sempatlah makan minum segala bagai kat Wangsa Walk tu.

Sampai je kat LRT Pasar Seni, tengok ramai benor orang pakat turun dari platform. Eh? Aneh la ni kan. Pehtu dengar orang sok sek sok sek "LRT stuck kat Jamek, dah dekat sejam dah". Dem! hawau tol. Dalam banyak2 hari, apa kekdahnya dia nak rosak hari ni. Pilih lah esok ke, lusa ke. Aiyo!

Otak berputar pantas. Dup dap dup dap bunyi jantung. "Camne nak sampai Wangsa Maju on time ni ah?". Nak amik cab time2 camni, wajiblah berhengget2 dia charge kan. Isk...Gegar jantung weih. Maka, buat julung kalinya dalam tempoh masa 10 tahun...satu rekod baru telah tercipta! Korang kenal apa menda ni?




Tu dia! Sambil2 cK gelabah cari bas Rapid, dengar dengan lantang suara abang Metrobus "Wangsa Maju! Wangsa Maju!". Dengan muka separa sexcited, apa lagi..Hop in la kan. Ngeh ngeh ngeh. Minta ampun minta maaf ye kaklong kak chik...tak merasalah cK nak duduk pun. Kena lah berdiri. Kerok2 wallet nasiblah baik ada duit kecik. Kalau tak, mahu malu kena halau dek konduktor. Tragis!

Rasa aneh gila dah lama dan berhimpit2 ngan manusia yang bercampur ngan bau2 hapak ketiak, debu2 jalan. Oh, sungguh poyo! Kira setimpal ngan tambang lah pun kan RM1.90. Huhu. Its an experience but not something i look forward la kan. Cuma yang best tu cK dah ada alternatif lah nak balik kot Putra buat hal lagi. Takdelah nak suh Mama datang to rescue ngan Mohd Noor Wira tu.

Another memorable moment for year 2010! Plus point - i share it with people that matters. Meow!

:: Krisis Garam dan Mentera Semerah Padi ::

No comments:
Dengan semangat ngeblog yang sedang membara ni, maka eloklah cK ambil kesempatan tang mana yang patut untuk buat movie review.Sebagai tanda sokongan dan cinta yang meluap2 pada produk tempatan, cK mulakan review untuk cerita Mentera dulu.

Jalan cerita dia simple je. Semuanya pasal dengki, khianat dan ilmu hitam. Barisan pelakon filem ni pula, muka baru kebanyakannya. Kalau ada yang cam senior sikit pun, dorang lebih banyak berlakon drama instead of film. Keseluruhannya filem ni OK-OK je. CGI yang cantik especially time 'menurun' dalam penjara Pudu. Naik jap bulu roma. Still, cK masih tak faham kenapa hero cerita ni perlu ala-ala nude gitu. Over tau!

Lagi satu yang tak boleh blah...bila terkenangkan dialog heroin cerita ni "Abang....Abang...." dari awal sampailah habis diulang-ulang. Mungkinkah dia ni susah nak hafal dialog yang panjang2? Atau wujudnya dia dalam filem ni sebenarnya hanya tempelan semata-mata? First timelah juga rasa macam nak baling je tin air tu kat skrin sebab heroin dia ni lampi (lambat pickup) . Geram ok!

Pengajaran yang boleh diperolehi lepas tengok cerita ni ada few lah kan. Antaranya - jangan amalkan ilmu hitam nanti korang jadi hitam ...errr...i mean, internally lah..bahasa kiasan yang bermaksud nanti korang jadi jahat. Then, betapa lemahnya manusia apabila ia berkait dengan orang yang tersayang hingga sanggup melakukan apa sahaja - halal atau haram. 

Next, si GARAM plak. Macam biasalah, cerita-cerita dunia perisikan antarabangsa ni mesti gempak kan. Isunya masih pasal loyalty, kawan makan kawan pehtu nak last2 tu baru nampak twist dia. Tak susah sangat korang nak paham cerita Angie Jolie ni cumanya korang mungkin tertipu kejap lah. Ala...kejap je pun, tak lama. 

Apa yang cK suka ngan cerita ni? The fiction fact that Angie is so fit for just about anything. Dah bengkak bengkil. calar balar, darah2 tapi still tough ok. Nak la juga kot ikut jejak langkah belasah orang sesuka jiwa raga tapi apakan daya, takde cikgu yang sudi nak ngajor. Huhuu...

Oh ye..on the personal notes - i dont like Angie in blonde. Terasa aneh ok. Its like watching a bimbo yang giler expert. It just don't jive. So, back to black color..memang kinda sexy and yes, jiwa kental. Tu cK suka giler. Yang tak suka lagi - mamat yang jadi hubby Angie tu. Apakah? Ok ok...it make sense la kot with the Beauty and the Beast concept. Fairytale je ada couple yang hensem ngan lawa. So, cK terima je lah kenyataan tu. 

Deep down, i believe that there will be a sequel for the movie. Tak mungkin kot ending dia camtu je. Mesti ada punyalah. My next list would be hurm...let see...ape eh? Harry Porter kot? Jangan Pandang Belakang Congkak 2? Har har har....Tunggguuuu.....

:: Bila M Besar Take Over Body ::

No comments:
Dalam waktu yang pendek, kadang-kadang kita cuba buat semua benda. Kadang-kala bila waktu terlalu panjang, kita malas nak buat apa saja hatta bangun dari katil.

Sama juga kekdahnya bila nak kena update blog yang dah mula bersawang ni. The easiest is to blame the time. Walhal diri sendiri yang M. It kinda weird sometime when i didn't update my blog but then my hectic schedule does not let me spare a bit of time to write anything. Tu tak kira lagi part tak setelkan bil berukben semput tu. Dah kalau beruk tu tak diberi makan, macam manalah nak harapkan dia berfungsi dengan cemerlang lagi terbilang?

Maka, sisa-sisa waktu yang terluang cK curi-curi guna kredit henpon update status FB. Terasa jauh sangat dari teknologi bila baca update sendiri yang ada buh "....updated 8 hours ago". Giler saiko lah! Kalau di satu masa dulu, berdesup2 setiap setengah jam update status sampai ada yang tensi dan sanggup hide (yelah...kang delete kang, kecik hati lak kan) ni ha...sekali dalam masa 8 jam baru nak update? Apakah?

Terima kasihlah pada yang masih sudi bertanya khabar. Yang email, sms, inbox .Terasa kurang meriah update kat Home masing-masing gamaknya. Mungkin ada yang cuak kot, mana tau cK dah tukar character jadi anti sosial ke haper ke kan. Kot lah sakit ke, terlantar ke ...kena demam kus kus ke.Korang mana tau kan?

Alhamdulillah, cK ok. Busy je noks. Semenjak pegang portfolio baru ni...ada banyak perkara baru yang nak kena explore. Learning never stop. So, that is what i've been doing all this while. Maka, doa-doakan kesejahteraan cK. And yes, i need somebody in my life but it just that i have not meet that person yet. Tolong carikkan, please!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...