Bercinta dengan seseorang yang bukan milik kita memang perit. Tapi orang selalu kata cinta itu buta dan kita akan JATUH cinta bila tiba pada masanya. See, JATUH - tak sengaja, boleh berlaku tiba-tiba. Mungkin dia solo atau mungkin tidak. Susah bila terpaksa buat pilihan antara akal dan hati terutamanya bila hati dah mula menguasai apa yang ada dalam minda dan sanubari.
Memilih untuk bercinta dengan seorang yang bergelar suami milik wanita lain mungkin bukan tindakan yang bijak. Hasil dari tuntutan hati, biarlah terseksa melayari hari2 bahagia bersama orang yang tidak dapat dimiliki berbanding dengan luluh hati kehilangan insan yang disayangi. Dan seperti yang dijangka, ianya tidak akan lama. Bukan kerana hati tak cinta, tapi hubungan dihidu isterinya. Maka, demi kebaikan semua putus hubungan adalah jawapan yang lebih dituntut masa.
Cuba bangkit dari luka lama, pintu hati dibuka untuk seorang jejaka. Dengan sejarah yang hampir sama, berdua ganding bahu berusaha untuk mengecap bahagia dan lupakan kenangan pahit yang membelenggu jiwa. Namun hasilnya lebih merundung duka. Percintaan yang baru terbina mula goyah tatkala berita kekasih hati dan si dia dahulu rupanya bersaudara. Mana mungkin hati rasa selesa untuk terus melayar bahagia. Tatkala melihat kekasih lama, rasa itu masih ada. Terasa diri tidak berlaku adil dan jujur pada mereka berdua kerana terpaksa berkongsi kasih, cinta dari diri. Apakah ini permainan takdir? Kenapa cinta harus hadir untuk biarkan luka dan air mata mengalir? Kenapa?
Bagaimana lagi harus diteruskan perhubungan ini? Makin rumit bila kekasih lama sudah bersedia untuk melepaskan segala miliknya demi untuk menyambung kembali cinta yang tergantung di pertengahan. Bagaimana pula dengan si dia yang sedang bertakhta di singgahsana hati dan jiwa? Ahhhh!
Terpaksalah aku duduk depan tv lagi malam ni layan episod seterusnya. Baru aku paham kenapa orang suka tengok cerita Korea. Sekali tengok memang selamanya sangkut! Kalau korang nak tahu, cK sekarang ni tengah gila melayan cerita Cruel Love kat KBS World - Astro 391 setiap hari kol 10-11malam. Kalau rasa nak lagi feel, korang tengok marathon hari Sabtu 8.30 pagi - 2 petang. Gerenti sebak!
Memang layan kot cerita ni. OST dia pun best2 woo, sesusai ngan jiwa kuntum cK. Korang toksah risau2, KBS World sekarang ni tengah preview stage je baru so free walaupun tak subscribe. Apa-apa pun, segala cerita kat atas ni semuanya sinopsis ringkas cerita tu dan takde kena mengena ngan cK. And yes, Kim Seung Soo...I have my eyes on you. Sekian.