Sunday, May 30, 2010

:: Dilema si Kaki MekDonel ::

No comments:
Saiz kaki cK bukanlah saiz average perempuan negara kita yang rata2 comel-comel, kecik-kecik belaka. Paling kuat pun kaki dorang saiz 7 / 8. Kalau sesiapa bersaiz 9 tu, dah cukup membuatkan batin terseksa untuk membeli sepasang kasut let it heels, stiletto, wadges atau pun sandal sekalipun. 

Maka, bagi cK yang bersaiz kaki 10 ala-ala model Eropah ni (sendiri kata, orang tak kata)...dapatlah korang bayangkan betapa kecewa dan terasa didiskriminasikan setiap kali singgah di kedai kasut. Kami terpaksa bergantung harap pada gedung-gedung beso demi mencari saiz kasut yang sesuai dengan kaki. Maka, peluang yang ada ketika sales amatlah ditunggu-tunggu. 

Mengambil kesempatan ketika cuti Hari Wesak, cK sempat membuat sedikit pelaburan bijak di Vincci,Sungei Wang. Niat asal nak cari sandal bagi menggantikan selipar yang dah nazak menunggu masa nak putus. Yelah, cK biasanya hanya pakai heels ketika berada di ofis lebih kurang 8-9 jam gitu. Selebihnya, cK akan pakai selipar / sandal untuk berulang alik dari opis - LRT. Tak daya weih nak bertumit tinggi halus, berjalan jauh sambil berdiri berhimpit lama2.

Tapi! Ada sesuatu yang mencuri pandangan cK. Well, ada dua sebenarnya. Memperkenalkan dengan nada meriak dan bangganya hasil rampokan pertama yang berjaya dirembat dengan berbekalkan diskaun 50% "The Funkie-beea'.


Tak pasti kenapa, cK mudah jatuh cinta pada peek toe sekarang. Pokcik Johan Ariff, jika awak membaca nota ini...peek toe tu refer pada kasut yang mempunyai hujung / muncung yang berlubang kecil (macam dalam gambar tu). Plus, cK makin obses dengan gabungan warna putih, coklat dan gold. Jangan tanya kenapa, itulah kenyataannya. Pertama kali cK pandai kasut ni, suara akak Rihanna nyanyi lagu 'Disturbia' terngiang2 kat telinga. The pair has a sophisticated looks with a funkie edge on its strips. Nampak sangat out going and tough! Grrrrrrr!!! 

Hasil rampokan kedua nampak lebih feminin in its gray color contrast to the crocs texture near the heels. Sekaligus menyatakan disebalik kelembutan seorang wanita ada ciri-ciri kecekalan dan oportunist. Thus, cK kasi nama ' Dame de Fer' translate Iron Lady. Kelaaass gitu!


cK rasa selesa dengan kasut -kasut ni (kalau tak selesa buat apa beli kan?). Rasa cam konfirm boleh berlarilah. Hiks. Yang penting, kedua2 mereka dibawa pulang dengan hanya RM60. Best je rasa dapat berbelanja dengan berhemat. After a long, tiring week...those are the best theraphy. Rasa hilang sakit hati. Yang ada cuma riang ria sengeh hingga nampak gigi.

I love maself and i love my shoes too! To my future hubby, its a MUST for you to dedicate your time to accompany me to the shoe hunt. It can be as quick as 30 minutes or last up to 2 days, depends on the necessity and mood. Be prepared.
 

Wednesday, May 26, 2010

:: Jom Ikea ::

No comments:
" I suka shopping kat IKEA je. Murah. Outlet pon banyak kat KL".



There you go people. Well said, if and only if its a FACT. Still, ada bau2 riak pada kenyataan itu ya kawan-kawan. Ni la namanya konsep biar papa asal bergaya, yang melanda spesis manusia yang tak bersyukur dengan apa yang ada dan pantang melihat orang lain dikurniakan sedikit kelebihan dari segi ekonomi berbanding dirinya yang hanya berangan2 untuk menjadi orang kaya.

Kalau setakat datang IKEA makan karipap tak pun pusing2 je, rentikan lah nak meriak tu. Just be yourself. Malu? Lack of confidence? Semua orang bandar kena pergi IKEA baru nampak cool dan berduit? Ahhh...cut it off. 

Should you need to lie, do it with a style. Berpada-pada lah kalau nak menipu pun. Benda yang paling susah bila menipu ni, adalah untuk mengingati perkara apa yang ditipu. Penipu lebih banyak menyerlahkan penipuan mereka sendiri apabila keluarnya kenyataan-kenyataan bodoh dan berbelit-belit hingakan dia jadi sembelit.

Menipu memang memerlukan kadar confident yang tinggi. Tapi! Jangan sampai over confident. Jadilah cam acik yang sorang tu. Apa pun bersangka baik jelah kita...Mungkin dia maksudkan kedai runcit Cik Kiah kot, yang ada online shopping portal E-Kiah tu. Takpun, kedai perabot Ah- Kiah barangkali. 

Dunia-dunia. Eh, jom gi IKEA!

Saturday, May 22, 2010

:: Nak Kenal Dengan .... ::

No comments:

Berapa kali dalam sejarah kehidupan korang adanya antara kawan-kawan korang yang teringin nak berkenalan ngan kawan-kawan korang yang lain. Contohnya kalau korang ni pompuan, pehtu ada plak kawan yang jatuh dalam kategori lawa nama Mala (bukan nama sebenar). Tup2 ada lah kawan alam maya korang dari FB/YM/Gtalk yang nama Tengkujuh (bukan nama sebenar juga) yang korang baru kenal bertanya soalan-soalan di bawah :
1. Mala tu single?
2. Mala tu umur brapa?
3. Mala tu memang lawa camtu?
4. Boleh mintak number telefon Mala?

Yang paling tak best tu, bila mereka2 ni sebenarnya umur dah 32, 36, 38 and claimed to be single. Baru lepas break up la, menduda la, memang bujang trang tang tang la. So apa yang tak kena? By that age, dorang bukan ke patut dah lebih berani untuk berterus terang. Ni tak. Nak main rekemen2 , orang tengah plak. 

cK tak kisah kalau cK memang kenal orang tu before nak match kan ke apa.  But, dude...ni gwe pon baru je nak kenal lu. Baru accept dalam FB dan tak sampai 5 minit ko dah tanya macam2 pasal awek lain. Apakah? Pastu ko kondem2 plak...u nih chubby...beso orang nya itu ini segala bagai.... Sentap mak!

Untuk semua yang baca nota cinta ni, sila maklum yang saya bukanlah agen pencari jodoh selain daripada untuk diri sendiri. For the rest of you guys yang rasa nak mengayat kawan2 gwe dalam list tu, do it your own. Or else, please at least get yourself a mirror ya sebelum nak kutuk orang lain sesuka jiwa raga. Opps! Terlebih sudah!

Tuesday, May 18, 2010

:: Bila Guru Dirai, Anak Murid Kopak Lagi ::

No comments:
Buat memulakan kata-kata, hendaklah cK berkongsi sedikit carian tentang guru. Korang leh refer gambar bawah ni (click la kalau nak lagi besar) atau pergi je kat link ni. Jangan lupa taip guru ya, kawan-kawan.



Ramai orang disini sana ucap selamat pada cikgu-cikgu sekolah rendah, sekolah menengah masing-masing. Terus terang, cK ada sedikit masalah untuk memahami pengertian Hari Guru. Mungkin ia bukan masalah, tapi lebih pada berbeza pandangan. 

Seperti yang telah cK paparkan di atas (tengok balik gambar tu) guru adalah pendidik, pengajar, pengasuh secara ringkasnya. Secara peribadi cK rasa kita semua adalah seorang guru dalam cara yang tersendiri. Ibubapa adalah guru pada anak-anak mereka, kakak / abang pada adik-adiknya, rakan kepada rakan yang lain, boss pada pekerjanya dan banyak lagi. Maka, tidak adil kiranya sambutan Hari Guru hanya difokus pada tenaga pengajar di sekolah sahaja.  

Bila cK letak status FB berbunyi :
We are all teachers in our own way. Salutes to ourselves!

Komen pertama yang diterima adalah "Subjek apa yang kamu ajar eh?". Tak salah soalan itu. Cuma cK rasa Hari Guru itu lebih besar pengertiannya berbanding menyandang jawatan Cikgu Disiplin, Cikgu Sejarah / Matematik hatta Ilmu Alam sekalipun. Apa jadi pada ustaz? Ustazah? Pensyarah?Professor? Perlukah kita wujudkan satu hari lain untuk mengucapkan terima kasih pada golongan ini? Mungkin tidak, bukan?

Maka, cK rasa tidak keterlaluan jika cK katakan Hari Guru ini perlu dirai sebagai Hari Pendidik bagi menunjukkan betapa beharganya budi dan jasa insan2 ini untuk membangunkan nasib agama, bangsa dan negara. Jika tidak, lebih baik Hari Guru itu dinamakan semula menjadi Hari Guru Sekolah bagi menunjukkan betapa Hari Guru itu adalah hari yang istimewa untuk guru sekolah sahaja.
Namun, ini tidak bermakna cK memperlekehkan budi dan jasa yang ditabur oleh para cikgu di negara kita. Pekerjaan mereka adalah satu pekerjaan yang murni dan memerlukan minat serta semangat yang tinggi. Maklumlah, manusia ni macam2 'peel' nya.

Yang tak best tu bila Ewok balik sekolah dan kata "Sister, i nak kena beli hadiah untuk cikgu i. Diaorang minta hadiah daripada semua orang". Bila cK kata, "Orang bagi hadiah kena ikhlas. Cakap kat cikgu you, saya akan doakan untuk kebahagian cikgu hari-hari". Ewok jawab, "Tapi cikgu i nak hadiah. Bukan doa" . Nanti kena marah kalau tak bawak hadiah." Ewok siap nak nangis dah. Dang!

 Tak ikhlas kah mereka? Indah dan murni pada nama profession tapi tidak pada niat? Hurm...tepuk dada tanya sendirilah. Cikgu2 skolah saya dulu (termasuklah Ustazah yang suka kondem bila tengok cK pakai skirt), cK ucap terima kasih banyak2 atas jasa kalian semua. Saya sayang cikgu-cikgu saya!

Friday, May 14, 2010

:: Height Vs. Width ::

No comments:
 
This is serious ok.

I dun think there will be any woman (in normal condition) will refuse if God want to make them taller than what they are now. Here goes :

                          Taller = long legs = sexy = model kinda look. 

But we sure have issues when God decide to increase the width. For real? With 28" waist we fumble. 32" makes us grumble. 38" gets us in trouble. And now what? More? Here goes :

                         Wider = fatter = not sexy = model kinda look (before joining the slimming program!)

Hell NO!

:: Chatting 101 For Dummies ::

No comments:
Abu : Hi...Bole chat?
Ayu : Bole...

Abu : a/s/l?
Ayu : 29/f/kl. u?

Abu : samalah. keje / study?
Ayu : keje da

Abu : keje apa?
Ayu : keje biasa je.

Abu : takde gamba ke?
Ayu : takde la.

BUZZ!!!

Abu : yelah tu.
Ayu : ha ah.takde la u.

Abu : takde ke takut?
Ayu : mmg takde

BUZZ!!! 

Abu : wc ada?
Ayu : pon takde.

Abu : ni online malam2 ni bf tak marah ke?
Ayu : taklah...

Abu : Sex chat?
Ayu : Sorry, not interested.

Abu : Sy tak pandai omputih..
Ayu : ............

BUZZ!!! 
BUZZ!!! 

Pengajaran  :

1. Bukan semua orang yang online malam-malam ni horny ya. So,  tolong behave sikit. Kalau 'punai' dah tak sabar nak terbang, gi la buat apa yang patut. Janji jangan nyusahkan orang.

2. Tak payah nak sebok2 minta gambar orang. Ko sapa? Judge America's Next Top Model ke? Kalau ye sekalipun, sorry la dude. Gwe tak pernah hantar application pun. Sendiri punya rupa pun tak berapa nak semenggah, ada hati nak pilih yang manis cam madu lebah. 

3. Apa pasal plak BF gwe nak marah2 gwe online? Bukan dia bayar broadband gwe pon kan? Lu apa susah? Dah kalau gwe nak online sebab nak bermesra2 ngan bf gwe. Ada kacau lu ke? Lu tu yang kacau daun orang.

4. Lenkali tanya je terang2 "awak dah ada bf?". Tak yah nak bekias2. Janji telus dan tak kurang ajar.

5. Sila tambahkan ilmu pengetahuan eh. Nak macam2. gamba la , webcam la even sex chat pun. Tapi...lu ada apa? ayat simple omputeh pun gegor nak jawab. 

Sentap mak noks!

Wednesday, May 12, 2010

:: Balik2 Pakcik, Cuba Kasi Can Kat Makcik Plak ::

No comments:
Pernah tak korang lepak kat kedai kopi atau mamak? Oklah, mungkin cikai sangat bunyi kedai kopi / mamak tu. Bistro? Pernah dengar? Ha...sure korang dah bayangkan tempat yang cosy2, ada aircond..sejuk..kerusi empuk...Tol?

Kalau kata Kopitiam? Mesti rasa gah sikit. Macam high end la sikit bunyinya ye dak? Ada gak yang rasa seram-seram nak melangkah masuk Kopitiam ni. Kira standard Kopitiam ni bawah sikit dari Bistro. Depends area mana gak la. Pendek kata kalau masuk tu, harga air kadang2 dah boleh cover harga makan + air kedai mamak biasa. Tu dia!

Kalau di KL yang indah permai dan kota perniagaan yang sesak ni, sebut je nama Old Town (tak berapa nak old sebab ada dalam bandar), Bangi Kopitiam (not only in Bangi ya kawan2)..memang confirm2 korang pernah masuk. Kat tempat2 lain pun ada gak kopitiam..cam Kemaman Kopitiam (tak perlu susah payah gi Kemamam, ada je kat Kuantan)

Kalau korang tengok betul2, golongan lelaki adalah golongan yang paling gemar meluangkan masa untuk menghirup secangkir kopi dari berjenis2 tempat minum yang dah cK senarai pendekkan di atas. Berikut mungkin boleh dijadikan sebab musabab terjadinya dorongan ini:
1. Bini kat umah buat kopi tak sesedap yang ada kat kedai. Maklumlah, kat kedai ni kena bayar. Maka, mahu tak mahu kenalah abiskan dan menikmati dengan penuh taksub setiap tegukan yang ada. Kalau yang bini buat, tak abis kalu...masuk je dalam sinki tu...Setel.

2. Bila minum kat kedai rasa syok tu ada. Ini memang penting. Nak buat apa2 mesti ada feel, ada rasa kata orang-orang kita. Dikelilingi ngan kawan-kawan yang prihatin, kita akan jadi lebih berselera nak minum kopi yang ada. Acha Sepriasa pun kata "Berdua Lebih Baik". So, kenalah follow nasihat tu, tak gitu?

3. Time ni la pakcik2 nak lari dari cengkaman bini masing-masing. Cuci mata beb! Sapa takmo? Gila apa kalau tak amik kesempatan.

4. Masa ni juga waktu yang sesuai untuk mereka-mereka ni praktis public speaking, berdebat. Mana tahu kot tercalon jadi YB ke kan? Paling idak pun, ketua kampung pun dah ok sangat dah tu. Dorang leh sembang macam2...ada pasal bini, ada pasal politik...gossip...isu2 semasalah katakan!

5. Satu lagi sebab yang boleh dikiran penting juga yang menyumbang kepada tabiat memenuhkan kedai kopi/mamak/kopitiam ni adalah .... Adanya benda2 free. Free Wifi nak layan YM ke Fesbuk ke dan Astro. Ya la, boleh la juga buat layan tengok bola sambil-sambil sembang tu kan.

Kesimpulannya, ada baiknya dorang ni buat perhimpunan aman camni. Dapat juga mengeratkan sillaturrahim sesama insan. Yang pasti, selalunya dorang ni minum je bergelas2, makan idak pun. So, malam ni ke mana kita?

p/s : gamba ihsan kidnap dari page Ijurk.


:: Sungguh Besar Malu Saya ::

No comments:
Sambil jalan kaki ke LRT Pasar Seni, jari pantas menekan-tekan, kelebek2 butang-butang kecil atas cik Norkiah...

"730 lrt, pls. Tq"

Tu diaaa...Siap dah taip SMS. 
Meh add reciepient....Pa....yeaahh...Pa....aaahh...jumpa dah...!
Sekarang , dengan bangga dan tanpa segan silunya hit that button bebeh!

Sent.

Ok, now...sambung layan lagu sementara nak sampai umah. 
5 minit berlalu.

Buzzz...buzzzzz....oh...cik Kiah gegor2 tanda ada berisi la tu.

Skrin tulis : 1 new message.


Muka kerut, bibir herot. 
Errrr.....Apakah!?

Ek eleh.....Papa ni buat kalut plak. Suh datang amik, tu amik jela..
Tapi....atas skrin tu yang mereply sms bukan nama Papa ya kawan-kawan

Kalau ikut atas skrin tu la kan...kan...kan....

From : Patrick Teoh 
Msg : "WHAT? WHY?"


Miahhahhahahah! Malu derrrrrr!!!!

Pengajaran : Lenkali buka mata lebor2 sebelum nak tekan apa2 butang hatta butang baju sekalipun.


Sunday, May 09, 2010

:: Bila Ramai Orang Cuba Jadi Hero ::

No comments:
Laporan muka depan surat khabar arus perdana dan juga laporan berita di saluran kerajaan mahupun tidak sememangnya bermusim. Ada waktu semuanya melaporkan tentang kejadian tsunami, gempa bumi...kadang kala berita politik bila tiba musim pilihanraya. 

Namun semenjak dua ni berita orang-orang bodoh buang anak sini sana makin kerap. Tapi, itu semua telah pun terhenti seketika bila munculnya ramai hero-hero undercover. Tak caya? Korang try baca ni ah

Hero-hero celup ini mungkin kurang mempunyai masa bermain dengan rakan-rakan ketika waktu kecil dahulu. Kalau kita sekarang ni disuruh main Police n Thief atau bahsa kampungnya polis sentri, mau kita serender. Dah muak kot? Bezanya dorang ni tak tunggang kudalah.

Hero-hero celup or better known as cowboy wanabe ni makin lama makin berani. Pantang ada pistol di tangan, mulalah galak nak menembak sana sini. Mungkin ada juga yang rasa negara kita ni ala pekan cowboy kat Tombstone kah? Tak suka, tembak. Kena potong jalan, tembak. Silap2 pasni...tengok budak2 gaduh main teng teng pon tembak kot?

Pesanan cK kat korang semua :

1) Jangan sesekali rasa nak overtake / potong jalan kereta peronda. Kalau boleh korang jalan kaki je.
2) Kalau nampak ada keta biru putih kat belakang korang, jangan pecut. Bersedia untuk berhenti secara emergency.
3) Kalau nampak je cowboy wanabe ni, doa je la banyak-banyak moga selamat dunia akhirat.

:: Untuk Ratu Hatiku ::

No comments:

Mama, 

Kecil2 dulu Mama akan pegang rotan nak ajar akak ABC...
Dan kakak akan kata "Akak nak lari duk rumah nenek kat atas bukit"
Mama tak pernah amik kisah dan tak peduli...
Mama terus je 'hadiah' kan rotan sampai rasa sakit sikit2

Bila masuk sekolah, mama sikatkan rambut gosokkan baju
Ikatkan tocang dan pakaikan akak riben biru
Mama siapkan bekal ada air tanpa jemu
Tak kisahlah roti ke, nasi ke, cekodok pun akak sapu

Mama,

Kadang-kala ada juga kita bertikam lidah
Kadang-kadang tu sampai berhari-hari mama marah
Tapi memang pun selalu akak yang salah
Fikir tak panjang, sakit sendiri tempah

Masakan Mama semuanya sedap dan lazat
Sebab tu akak makin lama makin sihat
Susah nak stop makan bila dah start
Psal tu la badan makin lama makin berat

Mama, 

Walau apa pun orang kata pada keluarga kita
Yang penting, kita tahu kita gumbira, sehati sejiwa
Lantaklah dorang nak sebok2, ngumpat dan mengata
Bukan mereka yang beri rezeki pada kita

Dihari yang extravaganza istimewa
Akak, Dekdek ngan Ewok nak Mama tahu satu perkara
Kami semua sayangkan Mama sampai bila-bila
We ol tahu Mama pun sayang kitaorang juga...!

Selamat Hari Ibu Puan Fansurina Mohd Halim!

Ikhlas dari, 
Budak2 jahat dalam umah



:: Nasi Sudah Menjadi Bubur ::

No comments:
"Nak makan apa ah?"
"Hurm..nasi bubur mau ka?"
"Lama gak tak makan tu.."
"Boleh la boleh la.."

Maka, inilah hasilnya....Jeng jeng jeng....


Tempat ni first time cK pegi ngan Ijurk. Pergi atas dasar recommendation Leq. Nuri Seafood namanya, kat Kg. Baru ya kawan-kawan.

Ya, lauk pauk kat atas tu semuanya untuk 3 orang jelitawan yang kuat makan. Kitaorang order daging masak kicap pepper, sayur kangkung goreng pedas (tapi tak pedas sangat pun), sotong nipis goreng (rasa cam sotong salai), telur masin dan ya bihun tomyam (yang patutnya kensel tapi abang tu serve juga). Semua ni dicomplement ngan jus buahan2 tembikai, mangga ngan apa ntah air ijurk minum. Hahaha..
Tak cukup ngan tu, Leq ngan Ijurk sempat lagi belasah semangkuk besao kerang bakar. Maaf ya kawan2, cK memang tak baper minat kerang ni. So dorang je la yang bedal sampai licin. Dorang kata kerang kat situ besor2. cK tengok biasa je kot, besar daripada siout sedut tapi tak lah lebih besar daripada tiram. Miahahah...


Ha...yang tu mangkuk cK ya. Amat sesak sekali pengisiannya. Makan sambil mengupdate gossip memang menyeronokkan. Di samping sama-sama menggodak iPhone Ijurk yang dibeli hasil bonos berbulan-bulannya, tau tau makanan dah licin. Huhu. Memang megik!

Kata-kata hikmah "Korang, aku rasa perut aku dah nak terkeluar dah"

Friday, May 07, 2010

::: I & We ::

No comments:

My brain can be funny sometime. I was browsing the FB and saw few status update related to partnership, relationship, space ship and yes teamwork. Its common when you see something like "There's NO i in teamwork but there's we".

We choose to believe that without having further thought. Try to look at the word TEAMWORK again.  It is fact that you cant find any single letter I there but if you observe clearly, there's ME. Yes, ME. Who? Me? And who's ME? It's I. How pathetic is that?

There are options in life. Yes or No, Good or Bad. In normal situation for the entire population,  nothing can falls in between (except for the 'or'). Same goes when it involve Me/I or We. You have to choose. You will put yourself first before others. Agree?

Take this as an example :

If WE are important, 

why is there so many of I product in the market?

- iPod, iPhone, iPad, iTalk,iTune?

 

Why cant they name it WePod, WePhone, WePad etc. It was said that the 'I' represent 'intelligent'. In this case, who's that intelligent arse? It's 'I'. Who? I. And who is I? Me. See? So..where are WE? 

The team say "You'll never walk alone". Nahh..that's rubbish. You will always do, for your entire life. You are the master of your own game and you should take full responsibilities of your act. You may seek for advise but hey, decision is still yours. Make it or break it.

p/s : Word is just a word. You may say thousand things but it means nothing. Yet, when you say nothing..it means everything - loads of things. After all, Ronan says "You say it best, when you say nothing at all"

:: Kaki Bola Sekarang Dah Layak Jadi Kaki Judi ::

No comments:
Selalunya bila menonton Buletin Utama, cK tak ambil port sangat bab2 sukan ni. Hari-hari tunjuk orang main bola. Tak bosan ke apa? Tapi sebagai rakyat yang prihatin dan sedar diri, cK relakan saja berita itu ke udara tanpa ada rasa untuk menukar siaran lain. 

Dan buat pertama kalinya, cK rasa berita sukan lebih kontroversi dari berita dunia atau isu politik dalam negara. Ni antara petikan yang mendebarkan jiwa bila mendengarnya:

"KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia awal Jun ini, bertujuan mengelak kegiatan perjudian haram."

Berkerut dahi cK jap. Pastu ada lagi...

"Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti itu akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini".

Siapa gerangan yang beri kenyataan? Ha .....Timbalan Menteri Kewangan ya kawan-kawan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein namanya. Kalau rasa nak baca panjang lebar, korang click je sini.

cK malas nak cakap banyak. Cuma nak capui mulut je sket:

Sapa yang giler tengok bola?
Lelaki.

Sapa yang kuar kenyataan?
Lelaki.

Sapa yang selalu rasa dia bijak pandai? 
Lelaki.

Sapa yang bakal jadi kaki judi sekarang ni?
Lelaki.

Hebat sungguh mereka yang bernama lelaki ni kan? Demi untuk menyaksikan 22 lelaki lintang pukang lari sambil berpeluh-peluh atas padang kejar bola masing-masing yang sebiji tu, segalanya boleh.

Tunggu je lah kot ada mulut gatai yang kata "Judi itu haram tapi duitnya tak sebab dapat dari sumber yang sah maka ia boleh digunapakai untuk kebaikan bersama".

Akhir kata "Majulah sukan untuk negara".


:: Yang Muat Ke Muat-Muat??? ::

2 comments:
Soalan yang dilontar " what's ur t shirt size?"
Jawapan yang cK beri "depends. Shirt jenis apa ya?"

Dia tanya lagi "Jenis?"
cK kata lagi "Polo shirt ke, round collar ke...kain cotton ke..lacoste ke?"

Reply lagi "I dont know. I just need your size"
cK buntu "Hurm. L then"
Camtu la lebih kurang dialognya. Hasilnya ? Taaaraaaaaaa................



Sehelai BABY T size L yang memang muat dan muat2 ya kawan-kawan. Apakah!?

p/s : boss kata, kalau tak muat...gantung, buat motivasi ...then baca tagline yang ada " Life is Great" hari2.

Thursday, May 06, 2010

:: Happy Three Kg Sri 360! ::

No comments:
Yang hati kering, dah berlajar2 bercinta.
Yang dulu solo, dah sah berdua.
Yang berpartner, dah jadi bertiga.
cK gak masih solo ya...ha ha ha.
Yang penting, semuanya gembira.
Yang pasti, kita masih bertegur sapa walau kadang kala.


Selamat Ulang Tahun ke-3 Wahai Penduduk2 Kampung Sri 360!



Wednesday, May 05, 2010

:: Jiran ku...Bukan Jiranmu ::

No comments:
cK tidak berniat untuk menjatuhkan air muka, air mata atau air peluh sesiapa ya. Namun, apakah perasaan anda apabila didatangi oleh jiran tak berapa nak sebelah rumah yang sarat dengan pelbagai pertanyaan. Mungkinlah niat dia baik, sekadar nak mesra alam...tapi, melalui pendengaran ultrasonik yang ada kat cK ni..bunyi dan maksud ayat yang dilontarkan tu..jauh panggang dari api ye kawan-kawan. Contoh paling ketara:

Dia kata : "Ni sewa ke apa ni?"
cK dengar : "Ni bukan umah sendiri ni. Tak mampu lah. Sure sewa. Kot murah, nak je aku rembat"

Dia kata : "Oh..umah sendiri. Saya beli rege market sekarang dalam 240k. Dulu murah je kan?"
cK dengar : Ala..dulu boleh la. Cuba try tengok beli umah ni sekarang. Takkan mampu la korang ni"

Dia kata : " Lama sangat ke dok sini?"
cK dengar : "Ala..kalau takat baru pindah, toksah banyak cakap"

Dia kata : "Saya keje RanHill. Saya jadi boss"
Ck dengar : "Sorry sikit. Tak main la keje cikai2. Kenalah mantap, baru bergaya"

Ha..ni tak campur lagi part anak dia kehulur hilir berlari macam tak cukup tanah ya, kawan-kawan. Sampaikan pasu-pasu yang ada beralih dari kedudukan asalnya umpama ada kejadian gempa seketika.

Ini tak masuk plak bab anak dia gatai tangan nak usik segala apa. Billa kita offer makan minum plak, abis segala sepah. Yang air tumpah la, yang makan beremah la. Aduiyai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...