Sunday, May 09, 2010

:: Bila Ramai Orang Cuba Jadi Hero ::

Laporan muka depan surat khabar arus perdana dan juga laporan berita di saluran kerajaan mahupun tidak sememangnya bermusim. Ada waktu semuanya melaporkan tentang kejadian tsunami, gempa bumi...kadang kala berita politik bila tiba musim pilihanraya. 

Namun semenjak dua ni berita orang-orang bodoh buang anak sini sana makin kerap. Tapi, itu semua telah pun terhenti seketika bila munculnya ramai hero-hero undercover. Tak caya? Korang try baca ni ah

Hero-hero celup ini mungkin kurang mempunyai masa bermain dengan rakan-rakan ketika waktu kecil dahulu. Kalau kita sekarang ni disuruh main Police n Thief atau bahsa kampungnya polis sentri, mau kita serender. Dah muak kot? Bezanya dorang ni tak tunggang kudalah.

Hero-hero celup or better known as cowboy wanabe ni makin lama makin berani. Pantang ada pistol di tangan, mulalah galak nak menembak sana sini. Mungkin ada juga yang rasa negara kita ni ala pekan cowboy kat Tombstone kah? Tak suka, tembak. Kena potong jalan, tembak. Silap2 pasni...tengok budak2 gaduh main teng teng pon tembak kot?

Pesanan cK kat korang semua :

1) Jangan sesekali rasa nak overtake / potong jalan kereta peronda. Kalau boleh korang jalan kaki je.
2) Kalau nampak ada keta biru putih kat belakang korang, jangan pecut. Bersedia untuk berhenti secara emergency.
3) Kalau nampak je cowboy wanabe ni, doa je la banyak-banyak moga selamat dunia akhirat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...