Tuesday, May 18, 2010

:: Bila Guru Dirai, Anak Murid Kopak Lagi ::

Buat memulakan kata-kata, hendaklah cK berkongsi sedikit carian tentang guru. Korang leh refer gambar bawah ni (click la kalau nak lagi besar) atau pergi je kat link ni. Jangan lupa taip guru ya, kawan-kawan.



Ramai orang disini sana ucap selamat pada cikgu-cikgu sekolah rendah, sekolah menengah masing-masing. Terus terang, cK ada sedikit masalah untuk memahami pengertian Hari Guru. Mungkin ia bukan masalah, tapi lebih pada berbeza pandangan. 

Seperti yang telah cK paparkan di atas (tengok balik gambar tu) guru adalah pendidik, pengajar, pengasuh secara ringkasnya. Secara peribadi cK rasa kita semua adalah seorang guru dalam cara yang tersendiri. Ibubapa adalah guru pada anak-anak mereka, kakak / abang pada adik-adiknya, rakan kepada rakan yang lain, boss pada pekerjanya dan banyak lagi. Maka, tidak adil kiranya sambutan Hari Guru hanya difokus pada tenaga pengajar di sekolah sahaja.  

Bila cK letak status FB berbunyi :
We are all teachers in our own way. Salutes to ourselves!

Komen pertama yang diterima adalah "Subjek apa yang kamu ajar eh?". Tak salah soalan itu. Cuma cK rasa Hari Guru itu lebih besar pengertiannya berbanding menyandang jawatan Cikgu Disiplin, Cikgu Sejarah / Matematik hatta Ilmu Alam sekalipun. Apa jadi pada ustaz? Ustazah? Pensyarah?Professor? Perlukah kita wujudkan satu hari lain untuk mengucapkan terima kasih pada golongan ini? Mungkin tidak, bukan?

Maka, cK rasa tidak keterlaluan jika cK katakan Hari Guru ini perlu dirai sebagai Hari Pendidik bagi menunjukkan betapa beharganya budi dan jasa insan2 ini untuk membangunkan nasib agama, bangsa dan negara. Jika tidak, lebih baik Hari Guru itu dinamakan semula menjadi Hari Guru Sekolah bagi menunjukkan betapa Hari Guru itu adalah hari yang istimewa untuk guru sekolah sahaja.
Namun, ini tidak bermakna cK memperlekehkan budi dan jasa yang ditabur oleh para cikgu di negara kita. Pekerjaan mereka adalah satu pekerjaan yang murni dan memerlukan minat serta semangat yang tinggi. Maklumlah, manusia ni macam2 'peel' nya.

Yang tak best tu bila Ewok balik sekolah dan kata "Sister, i nak kena beli hadiah untuk cikgu i. Diaorang minta hadiah daripada semua orang". Bila cK kata, "Orang bagi hadiah kena ikhlas. Cakap kat cikgu you, saya akan doakan untuk kebahagian cikgu hari-hari". Ewok jawab, "Tapi cikgu i nak hadiah. Bukan doa" . Nanti kena marah kalau tak bawak hadiah." Ewok siap nak nangis dah. Dang!

 Tak ikhlas kah mereka? Indah dan murni pada nama profession tapi tidak pada niat? Hurm...tepuk dada tanya sendirilah. Cikgu2 skolah saya dulu (termasuklah Ustazah yang suka kondem bila tengok cK pakai skirt), cK ucap terima kasih banyak2 atas jasa kalian semua. Saya sayang cikgu-cikgu saya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...